AASSAALL UUSSUULL PULAU LLAABBUUAANN
Pada asalnya, Pulau Labuan merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei dan pulau ini kemudiannya diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei pada ketika itu, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin II pada tahun 1846.
Peristiwa ini berlaku setelah British bertindak menggunakan pulau ini sebagai tapak operasi menentang lanun.
Labuan mendapat namanya daripada ringkasan perkataan " perlabuhan " yang merujuk labuhan dan dikenali dengan nama Victoria Island semasa Labuan berada di bawah pemerintahan British.
Namun begitu, Labuan yang diperintah oleh Jepun pada tahun 1941 sekali lagi menukar namanya kepada Maida Island sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo, iaitu Marquis Toshinari Maeda.
Pada tahun 1946, pulau ini kemudiannya digabungkan dalam Borneo Utara dan digabungkan pula dalam malaysia bersamasama Sabah pada tahun 1963.
Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan masyarakat Kedayan dan Melayu Brunei ini mula menjadi destinasi utama untuk pelabur asing berurus niaga.
Wilayan Persekutuan Labuan juga diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Persisir Antarabangsa pada tahun 1990 dan kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (LOFSA).
Labuan pada masa ini menjadi tarikan pelancong dengan adanya kawasankawasan seperti Taman Damai, tinggalan sejarah tentera Jepun di Tanjung Taras dan Taman Burung Eksotik.
Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan air seperti pertandingan memancing di laut dalam, luncur jet (jet ski) dan berkayak.