BUAH-BUAHAN BERMESYUARAT NAMA : KELAS : SEKOLAH : Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 1 Salah sebuah cerita dongeng orang tua-tua ialah kisah pokok buah-buahan bermesyuarat. Pokok kelapa dipilih menjadi ketua.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 2 “Sekarang kita mesti mempunyai raja, ” kata pokok kelapa. Pokok durian ditakuti oleh semua pokok lain kerana buahnya berduri tajam.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 3 Namun, isinya sangat lazat. Oleh yang demikian, pokok durian dipilih menjadi raja. Itulah sebabnya durian digelarkan Raja Buah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 4 Pokok kelapa menyuruh semua pokok mengundi untuk berbuah. Kononnya, itulah sebabnya ada pokok berbuah mengikut musim masing-masing.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 5 Antara pokok berbuah mengikut musim ialah rambutan, manggis, langsat, duku, gajus, ciku, salak, dan lain-lain lagi.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 6 Pokok rambai, binjai, dan kelubi pula kononnya enggan datang mengundi. Itulah sebabnya buah rambai, binjai, dan kelubi rasanya sangat masam.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 7 Pokok pisang pula kononnya tidak bersetuju pokok durian menjadi raja. Oleh yang demikian, pokok kelapa tidak membenarkan pokok pisang berbuah banyak kali.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 8 Kononnya, itulah sebabnya pokok pisang hanya berbuah sekali sahaja.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 9 Selepas selesai bermesyuarat, semua pokok bertanya kepada pokok kelapa, “Wahai pokok kelapa, bilakah pula giliran engkau akan berbuah?”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 10 “Aku dilantik sebagai ketua. Aku tidak mengundi. Oleh yang demikian, aku boleh berbuah sepanjang musim,” jawab kelapa.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 11 Kononnya, itulah sebabnya pokok kelapa dapat berbuah sepanjang musim.