HAKIM PAO DAN KES BEG DUIT YANG HILANG (Legenda dari CHINA)
Di China, pada zaman Dinasti Sung, ada seorang hakim bernama Pao Ching Tien, yang bermaksud ‘Seterang Syurga’. Peribadinya menepati namany. Semasa dia lahir, ada bentuk bulan sabit did ahinya. Apabila Hakim Pao membicarakan sesuatu kes, bulan sabit itu berkilauan. Orang jahat yang melihatnya pasti ketakutan. Hakim ini terkenal akan keadilannya dalam membuat keputusan, tidak kira orang yang dituduh itu berkedudukan tinggi atau Cuma pengemis jalanan. Seorang pembunuh akan dihukum mati, walaupun dia seorang raja. Dalam kisah ini, Hakim Pao menunjukkan keadilannya yang tidak berbelah bahagi…
Di wilayah Kaifeng, tinggal seorang pemotong kayu bernama Xiao Chen. Setiap pagi, sebelum matahari terbit, dia ke hutan bersama kapaknya. Selalunya, ranting dan dahan pokok yang dikumpulkannya tidak cukup untuk menampung perbelanjaannya. Walaupun dia berdiri seharian di luar kedai kopi untuk menual kayu tersebut, ada kalanya tiada orang yang datang membelinya. Wang-ma, pemilik kedai kopi yang baik hati itu, berasa kasihan terhadap Xiao Chen dan sering memberinya beberapa biji kuih pau. Xiao Chen membungkusnya dalam sehelai kain dengan cermat.
Apabila petang menjelang, dia pulang ke rumah. Kuih pau yang disimpannya tadi diberikan kepada ibunya yang telah tua. Dia tidak kisah jika dia sendiri lapar. Jadi, walaupun ada kalanya dia terpaksa berlapar, dia merasakan bahawa dia masih kuat dan esok masih ada. Esok, dia akan menjual kayu api secukupnya untuk membeli makanan. Pada suatu hari, Xiao Chen berdiri di tempat biasanya dengan timbunan kayu api di depannya. Salji telah turun dan dia meringkuk mendekati dinding supaya terlindung daripada angina yang sejuk. Hari itu ialah hari lahir dewi kuil kampong itu dan jalan raya penuh sesak dengan orang
ramai. Xiao Chen memperhatikan kenderaan, lelaki dan wanita yang berpakaian cantik serta pembantupembantu mereka yang mengekori dengan dulang-dulang berisi manisan dan buah tangan untuk dipersembahkan kepada dewi mereka. Dia ingin memohon restu juga, terutamanya bagi ibunya. Ibunya sering sakit kebelakangan ini, mungkin disebabkan kekurangan makanan. Oleh itu, setelah menjual cukup kayu api untuk membeli makanan dan sayuran, dia mengikat baki kayu-kayu api itu dan memikulnya dengan sebatang buluh. Seliparnya telah haus dan mukanya berkerut apabila kakinya terasa sejuk.
Tetapi, dia gembira kerana makanan yang ada cukup untuk beberapa hari. Dia berjalan pulang sambil bersiul. “Ibu!” serunya semasa tiba di rumah. “Xiao Chen…” ibunya memanggil dengan lemah. “Saya telah membeli makanan yang cukup untuk kita,” kata Xiao Chen. “Saya akan memasak nasi supaya ibu boleh makan. Saya hendak ke kuil.”. “Xiao Chen, jangan bimbangkan ibu. Masih adakah kayu api yang lebih?” “Ya, ibu. Tidak cukupkah kayu api yang ada?”
“Bukan begitu. Pasangan di belakang pondok kita perlukan kayu api. Mereka telah tua dan tidak berdaya untuk ke hutan memungut kayu api. Boleh engkau beri mereka sedikit?” Xiao Chen membuka ikatan kayu apinya. Sesuatu yang bersinar jatuh darinya, sebuah beg duit yang bersulam. Xiao Chen mengambilnya dan membukanya. “Ibu!” jeritnya. “Lihat apa yang saya jumpa!” Dia menuangkan isi beg duit itu ke atas meja. Mereka saling berpandangan. Beg itu berisi wang emas. Perlahan-lahan mereka mengira wang itu, berulang-ulang kerana
tidak percaya dengan apa yang dilihat. Kemudian, ibu Xiao Chen memasukkan semula duit syiling itu ke dalam beg duit tadi. “Kita mesti memulangkannya. Pemiliknya tentu risau. Mungkin dia perlukan duit ini untuk membeli makanan keluarganya.” “Tetapi, saya tidak tahu siapa pemiliknya,” kata Xiao Chen. “Engkau hendak ke kota semula, jadi bawalah beg duit ini bersama,” kata ibunya. “Selepas engkau ke kuil, berdirilah di tempat engkau menjual kayu. Tentu ada orang yang datang mencari-cari beg duit di kawasan itu.”
Xiao Chen bersetuju dengan ibunya lalu pergi memberikan sedikit kayu api kepada pasangan di belakang pondok mereka, memakai pakaian yang bersih, dan pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apabila Wang-ma melihatnya datang, dia bertanya sama ada Xiao Chen mahukan kuih pau. Xiao Chen menerangkan tujuannya ke situ. “TUnggulah did alam kedaiku. Engkau boleh Nampak jalan raya dari sini. Di luar itu sejuk,” kata Wang-ma. Xiao Chen mengucapkan terima kasih lalu masuk ke dalam kedai. Salji turun dengan lebat dan dia tidak tahu bila aka nada
orang menuntut beg duit itu. Jika hari telah gelap dan salji menyelubungi perkampungan itu, dia tidak akan dapat mencari jalan pulang. Keadaan semakin sejuk dan dia menarik baju sejuknya sambil berpeluk tubuh. “Abang Chen, abang mahu sup panas?” dia terdengar seseorang bertanya. Dia menoleh dan dilihatnya Cui Yu, anak Wang-ma, memegangs emangkuk sup. Apabila Xiao Chen memandangnya, gadis itu tersenyum. Xiao Chen mengambil sup itu. “Saya…. Baiknya hati awak,” kata Xiao Chen.
“Kebaikan dibalas dengan kebaikan, ” jawab Cui Yu. “Ibu memberitahu saya tujuan abang ke sini. Saya tidak pernah menemui orang sejujur ini.” Xiao Chen tersenyum gembira. Dia telah mencintai Cui Yu secara diam-diam sejak dia mula menjual kayu api di luar kedai itu. Tetapi, dia miskin dan dia pasti gadis secantik itu mempunyai ramai peminat. Dia tidak berani menegurnya, apalagi mengajaknya berkahwin. Cui Yu pula sebenarnya sukakan Xiao Chen. Dia tidak suka akan orang-orang kaya yang sering memikatnya dengan memberikan hadiah dan menjanjikan
kekayaan serta kemewahan. Mereka dimanjakan sejak kecil dan tidak pernah bekerja keras, malah hanya menghabiskan harta orang tua mereka. “Carikan saya seorang yang jujur dan saya akan berkahwin dengannya walaupun dia miskin,” kata Cui Yu kepada ibunya. Cui Yu tahu bahawa Xiao Chen ialah orang yang sesuai untuknya apabila ibunya memberitahunya tentang beg duit itu. Dia pernah melihat Xiao Chen menjual kayu di luar kedainya. Dia sukakan wajahnya dan senyumannya. Dia berasa terharu melihat Xiao Chen membungkus kuih pau untuk ibunya. Tetapi, pada zaman iotu, orang
perempuan tidak menyatakan perasaan mereka secara terus terang kepada orang lelaki. Oleh itu, Cui Yu merahsiakan perasaannya itu. “Salji amat lebat,” kata Cui Yu kepada Xiao Chen, “mungkin pemilik beg itu tidak akan datang.” Xiao Chen berfikir demikian juga tetapi, apabila dia menoleh ke luar, dia ternampak seorang lelaki gemuk berpakaian segak bergegas ke situ. Lelaki itu ialah seorang ahli perniagaan bernama Hsiu. Hsiu berjalan sambil melihat-lihat di sepanjang jalan, ke kiri dan ke kanan. Dia kelihatan ridau dan
bercakap seorang diri. Xiao Chen berlari keluar. “Tuan kehilangan sesuatu?” Dia bertanya kepada Hsiu. Hsiu mengerutkan dahinya. “Jangan ganggu aku. Pergi!” Katanya. Xiao Chen terus berdiri di situ. “Mungkin saya dapat menolong tuan. Adakah ia beg duit?” Hsiu terkejut lalu memandangnya. Kemudian, dia tersenyum sinis. “Aku hanya akan memberikan ganjaran yang kecil. Aku tak fikir engkau akan menjumpainya dalam salji ini.”
Xiao Chen mengeluarkan beg duit tadi dari sakunya. Hsiu merampasnya daripada Xiao Chen. “Hah! Rupanya engkau yang menyimpannya. Mengapa engkau tidak memulangkannya?” “Saya hendak memulangkannya tetapi saya tidak tahu siapa pemilinya,” jawab Xiao Chen. Hsiu mengeluarkan wang emas itu lalu mengiranya. Kemudian, dia memasukkan wang itu ke dalam beg duitnya semula dan terus berlalu. Cui Yu yang memerhatikan mereka bergegas keluar lalu menarik lengan baju Hsiu.
“Saudara Chen datang semata-mata untuk memulangkan beg itu. Jika tuan tidak mahu memberikan ganjaran, sekurangkurangnya ucapkanlah terima kasih!” Marahnya. Hsiu berasa malu tetapi dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Orang yang lalu-lalang memandang mereka bertiga. Dia tidak mahu memberikan ganjaran kepada Xiao Chen, tetapi apa yang dapat dilakukannya? Dia menarik lengan bajunya daripada pegangan Cui Yu. “Ini bukan urusan engkau!” Jeritnya. “aku ada tiga puluh keping wang emas dan dia hanya memulangkan lima belas keping
wang emas. Tentu dia telah mengambil yang selebihnya.” “Tidak. Memang ada lima belas keping wang emas sahaja,” tegas Xiao Chen. Orang ramai mula berkumpul di situ. Mereka yang mengenali Hsiu tahu bahawa dia kedekut dan tidak berhati perut. “Apa kata kita bawa saja perkara ini kepada hakim?” Cadang seorang daripada mereka. “Tidak! Biarlah ia begitu sahaja!” Tergesa-gesa Hsiu menjawab. “Lagipun, aku tak ada masa. ”
“Engkau tidak mahu menuntut baki wang emas itukah?” Satu suara bertanya dengan nada menyindir. “Kita mesti bawa perkara ini kepada Hakim Pao,” kata Cui Yu kepada Xiao Chen. “Jika tidak, orang kampong akan menganggap awak mengambil wang emas itu.” Oleh itu, Xiao Chend an Hsiu pergi ke mahkamah tempatan. Xiao Chen menerangkan kesnya kepada hakim. Hsiu memandang Xiao Chen dengan muka yang masam dan mendakwa bahawa sebenarnya ada tiga puluh keping wang emas di dalam beg duit itu. Hakim Pao mengurut-urut
janggutnya sambil berfikir. Dia memerhatikan pakaian Xiao Chen yang lusuh dan jubah Hsiu yang bersulam kemas. “Siapa lagi yang mengira wang ini?” Tanya hakim kepada Xiao Chen. “Ibu saya. Dialah yang menyuruh saya memulangkannya.” “Panggil ibu Xiao Chen,” arah Hakim Pao. “Apa!” Ibunya sebagai saksi! Tentulah dia berpihak kepada anaknya!” Jerit Hsiu. “Diam!” Hakim Pao memandang ke arah Hsiu. Hsiu menundukkan kepalanya. “Saya tinggal jauh dari kampong ini. Ibu saya telah tua dan sakit. Cuaca pula sejuk.
Jika tuan membawanya ke sini, dia mungkin tidak tahan perjalanan yang jauh ini.” Hakim Pao mengangguk. Kemudian dia mengarahkan dua orang pembantunya pergi menyoal ibu Xiao Chen. Apabila mereka pulang, mereka melaporkan bahawa ibu Xiao Chen mengatakan anaknya mengira lima belas keping wang emas sahaja. Hakim Pao memandang Hsiu. “Kamu pasti ada tiga puluh keping wang emas di dalam beg duit kamu?” “Tentulah! Kamu fikir aku ke mari untuk apa? Dia mengambil lima belas keping wang syilingku!” “Penipu!” Jerit satu suara.
Hakim Pao mengangkat keningnya. “Siapakah itu?” Tanyanya. “Sila ke depan!” Cui Yu ke depan dengan berani. Dia menjeling Hsiu. “Apakah hubungan kamu dengan pemuda ini?” “Taka da apa-apa, tuan hakim. Dia menjual kayu api di hadapan kedai kopi ibu saya. ” “Jadi mengapa kamu menyebelahinya?” “Saya berbuat demikian demi keadilan,” jawab Cui Yu. “Jika dia berniat untuk mengambil wang itu, dia tidak akan
memulangkan beg duit ini. Dia bersikap jujur tetapi orang yang tidak mengenang budi ini menuduhnya pula.” “Kamu gadis yang berani lagi bijak,” kata Hakim Pao. “Saya pun berfikir tentang perkara yang kamu katakan.” Dia bertanya kepada ahli perniagaan itu sekali lagi. “Ini kali terakhir aku bertanya, adakah beg duit kamu yang hilang itu berisi lima belas atau tiga puluh keping wang emas? Fikir betul-betul sebelum menjawab.” “Tiga puluh,” jawab Hsiu dengan pantas. “Baiklah,” kata Hakim Pao. “Olehs ebab kamu hilang beg duit berisi tiga puluh
keping wang emas, beg duit yang dijumpai oleh Xiao Chen bukan kepunyaan kamu. Oleh itu, kamu tidak boleh menuntutnya.” Kemudian, dia berkata kepada Xiao Chen, “Orang muda, memandangkan tiada sesiapa yang datang menuntutnya,w ang emas itu milik kamu. Saya cadangkan agar kamu membawa ibumu berjumpa doktor dan baki wang itu digunakan untuk berniaga. Antara kita di sini, saya pasti ada seorang gadis yang menaruh harapan terhadap kamu. Jangan hampakan dia. Kes ini ditutup.” Semua orang yang mendengar kes itu bersetuju dengan keputusan hakim. Xiao
Chen memulakan perniagaan membeli dan menjual kayu api. Perniagaannya semakin maju dan apabila dia merasakan dia dapat memberikan kehidupan yang selesa kepada ibunya dan Cui Yu, dia menemui Wang0ma untuk melamar Cui Yu. Wang-ma menerima pinangan itu. Tetamu khas semasa perkahwinan mereka tidak lain daripada Hakim Pao yang namanya tetap dikenang setelah beliau meninggal dunia.