RAJA MMAAHHAADDII
Perang Kelang ataupun Perang Saudara Selangor berlaku dari tahun 1867 hingga 1874. Ia bermula dengan perbalahan antara Raja Abdullah bin Raja Jaafar dan Raja Mahadi bin Raja Sulaiman.
Pada tahun 1849 atau 1850, sultan Selangor ketika itu, Sultan Muhammad Shah meletakkan jajahan Kelang di bawah jagaan Raja Abdullah. Pada tahun 1866, Raja Abdullah kemudiannya telah memajak Kelang kepada dua orang saudagar dari NegeriNegeri Selat yang bernama William Henry Macleod Read (W.H. Read) dan Tan Kim Ching. Kedua-dua saudagar itu kemudiannya keluar memungut cukai daripada pendudukpenduduk Kelang.
Sebelum Raja Abdullah dilantik sebagai ketua Kelang, ayah Raja Mahadi pernah menyandang kedudukan Raja Abdullah. Keadaan ini memberi Raja Mahadi satu kedudukan yang tinggi di kalangan orang Melayu di Kelang. Oleh itu, Raja Mahadi terasa terhina apabila orang luar datang mengutip cukai daripadanya. Dengan perasaan marah, Raja Mahadi enggan membayar cukai kepada dua saudagar dari Negeri-negeri Selat tersebut.
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada Sultan Abdul Samad sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, dengan Tengku Kudin dan juga telah melantik Tengku Kudin sebagai pentadbir daerah Langat. Sultan Abdul Samad
Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahadi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu Raja Ismail, anak Raja Abdullah yang memimpin kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia. Tengku Kudin
Pada bulan Ogos 1868, Liu Ngiam Kong, Kapitan Cina Kuala Lumpur telah mati dan telah digantikan oleh pembantunya Yap Ah Loy. Pada tahun 1869, beliau telah dilantik secara rasmi oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai Kelang. Walau bagaimanapun, Yap Ah Loy telah berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin setelah mereka berjaya menguasai Kelang. Yap Ah Loy
Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Hubungan ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Tengku Kudin dan Raja Ismail bersama Captain Powlett. H.M.S. "Avon".
Perang Kelang tamat dengan rasminya pada tahun 1874. Keadaan ini telah memaksa Raja Mahadi melarikan diri keluar dari Selangor dan menetap di Johor. Beliau meninggal dunia di sana dan dimakamkan di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. KOTA RAJA MAHADI DI KLANG TELAH DIBINA OLEH RAJA MAHADI SEBAGAI KOTA PERTAHANAN MENENTANG BRITISH.