Burung Camar dan Helang
Pada suatu masa dahulu, tinggal seekor burung camar yang tamak. Burung yang lapar itu mencari makanan di sepanjang pantai. Tiba-tiba, dia ternampak seekor ikan yang besar di pantai. “Wah, rezeki aku memang baik hari ini. Aku dapat makan makanan yang lazat,” kata burung camar itu sambil mematuk ikan itu dengan paruhnya yang tajam. Oleh sebab
terlalu lapar, dia pun tidak berhenti makan walaupun perutnya sudah penuh. “Elok aku makan secukup-cukupnya kerana rezeki seperti ini tidak akan datang semula,” katanya sambil makan dengan gelojoh. Tanpa disedari, burung itu tertelan secebis daging yang besar. Selepas makan sehingga perutnya buncit, burung camar itu tidak dapat bergerak lagi. Dia
pun berbaring sebentar di pantai. Malangnya, makanan yang tidak terhadam itu menyebabkan burung camar itu mati. Seekor burung helang telah memerhatikan gelagat burung camar sejak awal tadi. Apabila dia ternampak burung camar yang sudah mati, dia pun berkata, “Padan muka kamu. Kamu sepatutnya terbang di langit dan mencari
makanan yang tinggi dan bukannya makan makanan laut.” Moral: Berhati-hati mencari rezeki di tempat orang.