AL JABBAR 99 NAMA ALLAH
Allah Al Jabbar membawa maksud Yang Maha Pemaksa yang mampu melaksanakan segala keinginan dan kehendakNya tanpa ada yang mampu membantahNya,
dan tiada siapa mampu memaksa Allah untuk melakukan kehendak peribadinya.
Setiap cengkamanNya, tiada yang mampu melepaskan diri.
Nabi Muhammad S.A.W. menyerlahkan sifat ini di kalangan manusia yang menyebabkan baginda mampu mempengaruhi umat manusia untuk mengikut jalan yang lurus.
Sesiapa yang mendekati jalan yang ditunjuki oleh baginda tidak akan mahu jalan yang lain kerana kebaikan dan manafaat yang ditunjukkan oleh baginda.
Sifat dan cara hidup yang sangat mulia yang ditunjukkan oleh baginda menyebabkan manusia ingin mencontohi baginda.
rujukan kitab Al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma' Allah al-Husna