The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Abu Nawas dalam Kisah (3) Membalas Perbuatan Sultan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murid skdls, 2023-08-22 09:22:23

Abu Nawas dalam Kisah (3) Membalas Perbuatan Sultan

Abu Nawas dalam Kisah (3) Membalas Perbuatan Sultan

dalam kisah (3) Membalas Perbuatan Sultan ABU NAWAS


Abu Nawas hanya tunduk sedih mendengar cerita isterinya. Pagi ini beberapa orang pekerja diraja diarahkan oleh Sultan untuk membongkar rumah mereka. Kononnya Tuanku bermimpi bahawa di bawah rumah Abu Nawas tertimbus emas dan permata yang tidak ternilai.


Tetapi selepas mereka terus menggali ternyata emas dan permata itu tidak ditemui. Namun, Baginda Sultan juga tidak memohon maaf kepada Abu Nawas. Walau diberi ganti kerugian, Abu Nawas tetap menyimpan dendam.


Lama Abu Nawas memerah otaknya, namun beliau belum menemui jalan untuk membalas dendam. Makanan yang dihidangkan oleh isterinya tidak dimakan kerana seleranya hilang. Malam tiba, tetapi Abu Nawas masih tidak berganjak.


Keesokan harinya, Abu Nawas melihat lalat mengerumuni makanan basi. Abu Nawas tibatiba ketawa riang. "Tolong ambilkan penutup hidanganku dan batang besi, " Abu Nawas berkata kepada isterinya. "Untuk apa?" tanya isterinya kehairanan.


"Membalas perbuatan Sultan, " jawab Abu Nawas ringkas. Dengan muka berseriseri Abu Nawas pergi ke istana. Sesampainya di istana Abu Nawas menunduk hormat dan berkata, “Ampun Tuanku, patik menghadap tuanku untuk mengadu tentang


perlakuan tetamu yang tidak diundang. Mereka masuk ke rumah patik tanpa izin dan makan makanan patik. " "Siapakah tetamu yang tidak diundang itu wahai Abu Nawas?" tanya Sultan.


"Lalat-lalat ini, tuanku. " kata Abu Nawas sambil membuka penutup pinggannya. "Kepada siapa lagi kalau bukan tuanku, patik adukan perlakuan tidak adil ini. " "Kalau begitu keadilan apa yang kamu mahukan daripada beta?"


"Patik hanya mahukan kebenaran bertulis daripada Tuanku sendiri supaya patik bebas menghukum lalat-lalat itu. " Baginda tidak dapat mengelak daripada menolak permintaan Abu Nawas kerana ketika itu para menteri sedang berkumpul di istana, maka baginda terpaksa


memenuhi permintaannya. yang membolehkan Abu Nawas memukul lalat di mana sahaja mereka mendarat. Tanpa menunggu arahan Abu Nawas mula menghalau lalat di pinggannya sehingga terbang dan hinggap ke sana sini. Dengan sebatang besi yang


dibawanya dari rumah, Abu Nawas mula mengejar dan memukul lalat itu. Ada yang hinggap di kaca. Abu Nawas bebas memukul kaca sehingga pecah, kemudian pasu bunga yang cantik, kemudian giliran patung hiasan itu sehingga sebahagian istana dan perabotnya digilis batang besi Abu Nawas.


Baginda tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyedari kesilapan yang telah dilakukan terhadap Abu Nawas dan keluarganya. Setelah berasa puas, Abu Nawas pulang. Banyak barang di istana dimusnahkan. Bukan itu sahaja, Baginda juga menanggung malu.


Kini, baginda sedar betapa salahnya bertindak sewenangwenang terhadap Abu Nawas. Abu Nawas yang kelihatan lucu dan sering menggembirakan orang boleh berubah menjadi garang dan ganas serta mampu membalas dendam terhadap orang yang mengganggunya.


Abu Nawas pulang dengan perasaan lega. Pasti isterinya sedang menunggu di rumah untuk mendengar cerita apa yang dibawa dari istana.


Click to View FlipBook Version