MINAT MEMBACA CARA MEMUPUK KANAK-KANAK
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Mereka boleh menentukan bahan-bahan bacaan sebagai keperluan keluarga dan mewujudkan susasana keseronokan membaca dengan pelbagai cara.
Membeli bahan-bahan bacaan fizikal seperti buku, majalah, suratkhabar dan bahan-bahan digital seperti CD atau DVD sebagai bahan bacaan bersama di rumah.
Membacakan buku kepada anakanak sebelum tidur (bedtime story)
Membaca bersama anak-anak.
Memberi buku sebagai hadiah kepada anak-anak pada harihari istimewa seperti hari lahir.
Memberi galakan dan panduan kepada anak-anak untuk memilih buku mereka sendiri.
Mengalakkan anak-anak menjadi ahli perpustakaan pusat sumber sekolah, perpustakaan awam, perpustakaan komuniti, perpustakaan cawangan atau perpustakaan desa.
Membawa anak-anak ke perpustakaan untuk bersamasama menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan serta mengikuti aktiviti seperti sesi bercerita, sesi mewarna, sesi kraftangan, dan lain-lain.
Membawa anak-anak ke pameran dan jualan buku seperti pesta-pesta buku anjuran pelbagai pihak.