The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murid skdls, 2023-09-08 01:10:51

Yoyo

Yoyo

Yoyo


Yoyo ialah satu alat permainan pintal yang dibuat daripada dua cakera dan tali pintal. Yoyo berasal dari negara China, telah wujud sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Yoyo pada masa itu dibuat daripada cakera gading dan tali sutera. Yoyo juga telah wujud pada zaman Yunani. Sebuah pasu yang ditemui, dipercayai milik orang Yunani menunjukkan satu lukisan kanak-kanak bermain yoyo. Pasu itu kini dipamerkan di Muzium Berlin.


Di satu muzium di Anthens, terdapat satu yoyo yang telah ditemui, dibuat daripada cakera seramik. Yoyo itu masih boleh digunakan. Di Filipina, yoyo digunakan sebagai senjata pada zaman prasejarah. Yoyo pada zaman itu dibuat daripada ketul batu api yang berat dan besar yang dilekatkan pada tali kulit yang panjang. Pemburu akan menunggu mangsa di atas pokok. Yoyo itu akan dijatuhkan ke badan mangsa atau melilitkan tali ke leher mangsa.


Yoyo juga popular di Eropah pada tahun 1970-an. Terdapat lukisan yang menunjukkan raja-raja muda seperti Raja George dari England sedang bermain yoyo. Yoyo mula tiba di Amarika Utara pada tahun 1886 tetapi mula popular pada tahun 1928 kerana Donald F. Duncan. Duncan mengupah pemain yoyo yang mahir untuk ke sekolah-sekolahd an kawasankawasan penempatan untuk menunjukkan cara bermain yoyo.


Terdapat banyak pertandingan dan kejohanan yang dianjurkan. Kemuncak permainan yoyo adalah pada zaman ekonomi meleset kerana yoyo adalah permainan yang murah dan bagus untuk mengisi masa lapang.


Click to View FlipBook Version