Kesabaran
Kesabaran itu ada dua jenis; sabar atas sesuatu yang tidak diingini dan sabar menahan diri daripada sesuatu yang kau ingini.
Kesabaran adalah cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.
Ketahuilah bahawa kesabaran, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh, jika kepalanya hilang, maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Begitulah jika kesabaran hilang, maka segalanya akan rosak.
Pilihlah KESABARAN untuk mengatasi masalah dan DIAM untuk menghindari masalah.
Untuk berlatih kesabaran, Seorang musuh, Adalah guru yang terbaik.
Kesabaran itu ada batasnya... ...dan orang-orang yang sabar adalah mereka yang tidak pernah melihat batas itu.
Bukanlah kesabaran, Jika masih mempunyai batas. Dan bukanlah keikhlasan, Jika masih merasakan sakit.
Setiap kesabaran akan menuai hasil yang indah. Tiada kesabaran yang sia-sia.