The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murid skdls, 2023-08-27 10:20:10

Pak Pandir Membeli Lembu

Pak Pandir Membeli Lembu

Pak Pandir Membeli Lembu


Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung. Nama si isteri, Mak Andeh dan nama si suami Pak Pandir.


Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suaminya untuk membeli lembu. Si suami bertanya pada isterinya, "Bagaimana rupa lembu tu ya, Andeh?" Isterinya pun menjawab, "Rupa lembu itu senang saja. Ia bertanduk dan makan rumput."


Pak Pandir pun berjalan ke sekeliling kampung mencari lembu. Sedang dia berjalan, dia terlihat seorang hamba Allah sedang menyabit rumput dengan menggunakan sabit.


"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikirnya sendirian. Pak Pandir pun menghampiri orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan saudara itu," katanya sambil menunjuk sabit di tangan orang itu. "Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu.


"Tidak, itulah lembu. Jualkanlah kepada saya. Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir bersungguh-sungguh. Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itupun beri.


"Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir memberi semua duit yang diberi oleh Mak Andeh tadi.


"Tapi duit kenapa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebingungan. Pak Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan ditarik pulang, seperti menarik lembu.


Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isterinya, "Mak Andeh, Ini lembu yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma mendengar suara Pak Pandir merasa sukacita.


"Cepat dia dapat beli lembu. Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir Mak Andeh sendirian sambil menuju ke tingkap hendak melihat lembu yang dibawa pulang. "Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh.


"Ini! Aku beli dengan semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan kepada sabit yang diikat dengan tali itu. Mak Andeh menepuk-nepuk kepala .. "Habis duit simpanan aku..," keluh Mak Andeh.


Nilai 1. Bantu-membantu 2. Bersungguh-sungguh 3. Saling mempercayai


Pengajaran 1. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan. 2. Kita mestilah bersungguh-sungguh melakukan perkerjaan supaya pekerjaan kita menjadi lebih mudah.


3. Kita hendaklah mempercayai orang sekeliling kita dan sentiasa bantu mereka ketika jika mereka salah.


Click to View FlipBook Version