The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murid skdls, 2023-09-03 13:23:52

Ular Berbisa

Ular Berbisa

PATUKAN ULAR Ular berbisa mempunyai bisa yang fungsi utamanya adalah untuk mendapatkan makanan. Ular-ular ini tidak boleh bergerak pantas dan tidak boleh melilit mangsa seperti ular yang tidak berbisa. Sebaliknya, mereka mempunyai bahan kimia iaitu bisa yang boleh melemahkan mangsa yang menjadi makanan mereka. Ular tidak mempunyai daya pendengaran yang baik. Bagaimanapun, mereka mempunyai kebolehan untuk mengesan kehadiran makhluk lain di sekeliling mereka. Terutamanya, kerana mereka adalah haiwan yang panjang dan tidak berkaki, badan mereka di atas tanah dapat merasakan getaran pergerakan makhluk lain. Lidah yang kerap dikeluarkan, dapat menangkap udara yang dimasukkan ke ruang dikenali sebagai organ Jacobson di lelangit mulut, membolehkan mereka mengesan mangsa.


Pit vipers (rattlesnakes, Copperheads dan Cottonmouths) mempunyai sistem pengesan tambahan. Walaupun ia hanya berfungsi dalam lingkungan jarak 12 hingga 18 inci, ianya sangat sensitif dan membolehkan ular menyerang mangsanya dengan tepat. Di tengah antara mata dan hidung di kedua-dua bahagian kepala ular membolehkan mereka mengesan mangsa melalui haba. Walaupun memiliki sistem yang hebat, ular adalah haiwan yang lemah. Mereka tidak mampu menanggung trauma, tulang rapuh dan mereka mudah terdedah dengan pelbagai jangkitan. Mereka juga tidak mampu menahan cuaca ekstrim. Suhu yang sesuai untuk ular adalah dalam lingkungan 22 darjah celsius. Jika suhu lebih panas, atau terdedah kepada cahaya matahari secara terus, ular akan mati. Jika suhu lebih sejuk, ular akan menjadi lemah dan lambat bertindak balas, dan dengan mudah menjadi mangsa kepada haiwan lain.


MENGAPA ULAR MEMATUK Ular berbisa tidak mematuk dengan sengaja. Fungsi utama bisa adalah untuk mencari makanan, namun ia juga digunakan untuk mempertahankan diri jika tiada pilihan lain. Kajian mendapati 25 peratus patukan ular berbisa tiada bisa. Ular juga biasanya tidak menyerang kecuali jika ianya rasa terancam. Ia akan memberi amaran dengan mengeluarkan bunyi terlebih dahulu. Jika ia rasa dirinya dalam bahaya, barulah ular akan mengeluarkan bisanya. Tindak balas ular berbeza mengikut ancaman yang diterimanya. Ular secara alami adalah haiwan yang pemalu dan mudah panik kerana ia selalu diancam oleh pelbagai haiwan lain. Ular mudah dielak jika tabiat ular diketahui. Kebanyakan ular akan cuba bersembunyi atau melarikan diri jika didekati, namun jika ia rasa diancam, ia akan mematuk.


Click to View FlipBook Version