The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murid skdls, 2023-09-01 12:12:43

Ular dan Kikir Tukang Jahit

Ular dan Kikir Tukang Jahit

Ular dan Kikir Tukang Jahit


Pada zaman dahulu, tinggal seekor ular di sebuah hutan. Setiap hari, dia suka merayau di kawasan hutan. Pada suatu hari, dia pun berfikir, “Sungguh membosankan hidup aku di hutan, elok hari ini aku keluar ke Bandar. ” Maka, dia pun menyusur di sekeliling Bandar. Selepas seketika, dia terjumpa sesuatu yang


menarik. Apa itu? Nampak macam kedai, katanya. Selepas mendekati kedai itu, ular itu sedar kedai itu sebenarnya ialah sebuah kedai tukang jahit. Tukang jahit di kedai itu ialah pereka fesyen pakaian tentera.


“Pakaiannya menarik. Elok saya mencubanya,”” kata ular itu sambil menyusur ke dalam kedai itu. Semasa menyusur ke dalam kedai itu, ular itu terasa badannya seperti digeser dengan benda kasar dan tajam. Sebenarnya, benda itu adalah batu kikir yang digunakan oleh tukang jahit


untuk melicinkan bahagian pakaian yang kasar. ”Oouch!” teriak ular itu dengan marah. Tanpa berfikir panjang, ular itu pun menelan batu kikir itu. Perbuatannya itu telah melukai badan dan mulutnya. “Menyesalnya saya kerana melakukans esuatu tanpa berfikir panjang,” kata ular itu.


Moral: Berfikir dahulu sebelum bertindak terutama di kawasan yang asing bagi kita.


Click to View FlipBook Version