AL-HAQQ 99 NAMA ALLAH
Allah Al Haqq Maha Benar iaitu kewujudan Allah itu benar
dan ilmu berkenaan DiriNya adalah kebenaran yang paling benar.
Dan kalimah yang paling benar ialah kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah.
Dalam konteks kemanusiaan, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa kewujudannya adalah bersandar kepada Allah Al Haqq.
Manusia tidak wujud dengan sendiri melainkan diwujudkan oleh Al Haqq.
Seseorang itu hendaklah memandang semua yang wujud di alam ini adalah tanda-tanda kebenaran Al Haqq.
rujukan kitab Al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma' Allah al-Husna