AL-BAA'ITH 99 NAMA ALLAH
Allah Al Baa'ith Maha Membangkitkan yang membangkitkan manusia di hari kebangkitan.
Dia membangkitkan manusia dari dalam kubur untuk perhitungan dan hisab.
Orang beriman yakin dengan kematian di mana wujud siksaan bagi orang yang kafir dan kurniaan nikmat bagi orang beriman di alam kubur dan hari kebangkitan,
orang beriman akan dinaikkan martabat di sisi Allah dengan ganjaran yang berganda dan orangorang yang kafir akan direndahkan martabat di sisi Allah dengan azab siksa yang pedih.
Dalam konteks kemanusiaan, seseorang harus sedar bahawa hidup dalam kejahilan adalah hakikatnya kematian bagi
seseorang dan hidup dengan berilmu hakikatnya satu kehidupan yang suci yang mendapat rahmat Allah.
Hidup manusia adalah untuk memimpin manusia kepada Allah dan mengingat manusia kepada hari kebangkitan
seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan golongan ulamak yang mewarisi perjuangan baginda.
rujukan kitab Al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma' Allah al-Husna