UNIT 8
KECERGASAN
FIZIKAL
BERDASARKAN
KESIHATAN
PJPK TINGKATAN 3 KSSM PJ
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM JOHOR
KECERGASAN FIZIKAL BERDASARKAN KESIHATAN
• Kecergasan fizikal merujuk keupayaan melakukan aktiviti
harian dengan bersungguh-sungguh tanpa cepat berasa
letih, masih mempunyai tenaga yang lebih untuk melakukan
aktiviti riadah dan menghadapi sebarang kecemasan.
KECERGASAN FIZIKAL
BERDASARKAN
KESIHATAN
• Tahap kecergasan fizikal yang
tinggi boleh mengelakkan diri
daripada menghidap penyakit
hipokinetik.
• Komponen kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan terdiri
daripada daya tahan
kardiovaskular, kelenturan,
daya tahan otot, kekuatan
otot dan komposisi badan
KECERGASAN FIZIKAL
BERDASARKAN KESIHATAN
• Untuk meningkatkan tahap
kecergasan fizikal, seseorang itu
perlu melakukan senaman.
• Jenis senaman, kekerapan,
intensiti dan jangka masa akan
mempengaruhi tahap
kecergasan fizikal individu.
KAPASITI AEROBIK - LITAR KARDIO
• Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan salur
darah untuk mengedarkan darah beroksigen kepada otot yang
bekerja semasa melakukan senaman secara berterusan
• Peningkatan dalam keefisienan sistem kardiovaskular akan
meningkatkan kapasiti aerobik iaitu keupayaan menggunakan
oksigen secara maksimum pada satu-satu masa semasa
bersenam.
KAPASITI AEROBIK - LITAR
KARDIO
• Untuk melakukan aktiviti
meningkatkan kapasiti aerobik, anda
perlu mematuhi prinsip Frequency,
Intensity, Time, Type (FITT).
• Salah satu cara menentukan intensiti
untuk aktiviti meningkatkan kapasiti
aerobik adalah dengan menggunakan
Kadar Nadi Latihan (KNL).
• KNL boleh dikira dengan mengira
peratus Kadar Nadi Maksimum
(KNM)
KAPASITI AEROBIK
- LITAR KARDIO
• Jika anda bersenam pada
Kadar Nadi Latihan dalam
julat 65 peratus hingga 85
peratus daripada KNM,
kapasiti aerobik anda akan
meningkat.
• Kira Kadar Nadi Latihan
anda pada julat 65 peratus
hingga 85 peratus daripada
Kadar Nadi Maksimum
CONTOH LITAR KARDIO
CONTOH LITAR KARDIO
CONTOH LITAR KARDIO