The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauzi.7992, 2021-10-25 19:30:17

20 ISTINJAK

20 ISTINJAK

PELAJARAN ISTINJAK SUATU TUNTUTAN
20
HARI : _______________ TARIKH : ______________
(FEQAH)
MAKSUD : BAHASA :
Selamat daripada penyakit.

ISTINJAK MAKSUD : ISTILAH :

Perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau
dubur.

HUKUM :
Wajib

ALAT :
1. Air Mutlak ( 7 sumber air).

2. Batu atau benda -benda kesat.
(Tisu, batu, kertas, kulit kayu, kain dan daun kering)

BAHAN YANG HARAM DIGUNAKAN UNTUK BERISTINJAK
× Kertas atau bahan yang tertulis ayat al-Quran atau hadis, nama-nama Allah dan

Rasul.
× Benda yang dihormati seperti makanan dan tulang.

× Benda yang berbahaya seperti kaca dan buluh.

× Benda najis atau yang terkena najis seperti tahi binatang yang kering.

× Benda yang bernilai seperti emas, perak dan sutera.

KEPENTINGAN BERISTINJAK.
Terhindar dari jangkitan penyakit.

Badan menjadi sihat dan cergas.

Ibadah sah dan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

10

SYARAT BERISTINJAK MENGGUNAKAN
BENDA KESAT

Alat mesti suci, Najis pada qubul Najis tidak Tiada najis lain
bersih dan kering atau dubur meleleh ke tempat yang melekat
lain seperti peha ditempat keluar
belum kering.
atau betis. najis.

Menggunakan (Afdal) bersihkan tempat
batu dan air keluar najis dengan

mengunakan tiga biji batu
atau satu biji batu yang
mempunyai tiga
permukaan, kemudian
basuh dengan air mutlak
sehingga diyakini bersih.

CARA BERISTINJAK Menggunakan Basuh tempat keluar najis
air dengan air mutlak

sehingga diyakini bersih.

Menggunakan Bersihkan tempat keluar
batu atau benda- najis dengan 3 biji batu

benda kesat atau sebiji batu yang
mempunyai tiga

permukaan atau benda-
benda kesat sehingga
diyakini bersih.

11

ADAB QADA HAJAT
1. Tidak membawa masuk ke tandas sesuatu yang dimuliakan seperti al-Quran atau

nama-nama Allah.
2. Membaca doa sebelum masuk tandas.
3. Memakai selipar dan menutup kepala.
4. Melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri.
5. Menjaga aurat sehingga masuk ketempat membuang air, mencangkung dan berhati-

hati dengan percikkan najis.
6. Tidak menghadap kiblat (bagi tempat yang tidak berdinding).
7. Tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika membuang air seperti :

× Bercakap semasa membuang air.
× Memegang qubul atau dubur dengan tangan kanan.
8. Tidak membuang air di tempat yang dilarang seperti :
× Tempat berteduh
× Laluan orang ramai
× Dalam lubang tanah
× Dalam air yang tenang seperti tasik atau kolam renang.

12


Click to View FlipBook Version