PELAJARAN BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
15
BAHASA HARI : _______________ TARIKH : ______________
(AKIDAH) ISTILAH Membenarkan
Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lisan dan
IMAN beramal dengan anggota badan.
MAKSUD Membenarkan dengan hati bahawa Allah SWT Maha Pencipta, pemilik
BERIMAN dan pentadbir alam ini dan hanya Allah SWT yang berhak disembah.
KEPADA Keyakinan ini dikuatkan dengan pengakuan lisan dan disempurnakan
ALLAH SWT dengan kepatuhan kepada suruhan dan larangan Allah SWT.
Beriman kepada
Allah SWT.
Beriman kepada Beriman kepada
qadak dan qadar. malaikat.
RUKUN IMAN
Beriman kepada Beriman kepada
hari kiamat. kitab.
Beriman kepada
rasul.
6
Beriman kepada Allah SWT merupakan asas kepada rukun iman yang lain
Al-Quran mengajar manusia supaya melihat dan berfikir tentang ciptaan Allah SWT.
Dengan ini mereka dapat menambah keyakinan terhadap kekuasaan-Nya.
Allah SWT yang mencipta dan memiliki alam ini sepenuhnya dan hanya Dia yang
berkuasa mentadbirnya. Seluruh alam berada dalam kekuasannya.
Hal ini boleh diumpamakan dengan seorang pereka robotik, dialah yang memiliki
robot rekaannya dan dialah juga berhak mengatur serta mengawal robot tersebut
mengikut kehendaknya.
Oleh itu, kita wajib yakin bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dan ditaati,
dan kepatuhan kepada-Nya adalah mutlak.
CIRI DAN KESAN BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
CIRI-CIRI ORANG YANG KESAN BERIMAN
BERIMAN Mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT.
Ikhlas dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT.
MengEsakan Allah SWT
dalam ibadat
Takut kepada Allah SWT. Menjauhi perkara mungkar.
Bertaubat kepada Allah SWT atas dosa yang dilakukan.
MengEsakan Allah SWT Yakin kepada kekuasaan Allah SWT.
dalam berdoa Berikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT.
Cinta yang mutlak kepada Taat dan patuh segala perintah Allah SWT.
Allah SWT. Berkorban demi ketinggian agama Allah SWT.
7