VARIASI
SILAJ
Kepelbagaian
Dalam
Silaj
i
KANDUNGAN
Pengenalan............................................1
Objektif..................................................3
Kepentingan Silaj di Ladang
Ternakan........................……………………..4
Kepentingan Silaj kepada
Penternak.............................................5
Faedah Silaj..........................................6
Faktor Silaj Berkualiti........................7
Proses Pembuatan Silaj......................8
Peralatan Pembuatan
Silaj.......................................................10
Bahan-Bahan yang Digunakan
untuk Membuat Silaj..........................13
Prinsip Penyimpanan Silaj................16
Cara Penyimpanan Silaj.....................17
Kos Pembuatan Silaj...........................21
Kesan Penggunaannya terhadap
Alam Sekitar........................................22
Fakta-Fakta tentang Efluen
Silaj.......................................................23
Keberkesanan Silaj.............................24
Penambahbaikan.................................26
Kesimpulan..........................................27
1
PENGENALAN
Silaj didefinisikan sebagai sejenis makanan yang
terdiri daripada ternakan ruminan yang
mengandungi bahan rufaj yang tinggi
kelembapannya dalam lingkungan antara 65% hingga
75% air. Selain daripada makanan lain, silaj ini juga
boleh dikatakan makanan utama ternakan ruminan
yang bermutu tinggi jika dibandingkan dengan hay
dan rumput segar. Ini kerana kaedah pembuatan silaj
ini tidak begitu sukar kerana tidak bergantung pada
keadaan cuaca. Apa yang perlu dilakukan oleh
penternak atau pengusaha silaj adalah hanya
mempunyai bekas penyimpanan silaj atau dikenali
dengan Silo dan cara penyimpanannya harus
berjaga-jaga kerana ia mesti disimpan dalam
keadaan kedap udara untuk memastikan silaj itu
boleh disimpan dalam jangka masa yang lama. Jadi
ini memberi kemudahan kepada penternak atau
pengusaha silaj untuk memproses silaj kerana bila-
bila masa boleh laksanakan pembuatan silaj ini
dengan hanya menggunakan bahan terpakai seperti
batang jagung, rumput dan pelepah kelapa sawit
yang sudah tentu tidak membabitkan kos yang besar.
2
PENGENALAN
Silaj ini penting untuk tumbesaran ternakan ruminan
kerana dikatakan silaj ini mengandungi unsur asid
lemak yang memberi tenaga kepada ternakan
ruminan diperoleh daripada asid lemak yang berwap.
Selain dapat memberikan tumbesaran pada
ternakan, fungsi lain asid lemak ini juga dapat
menghasilkan susu yang segar dan juga fungsi lain
metabolik. Oleh itu silaj ini amat penting dalam
penyimpanan stok untuk ternakan ruminan kerana
pelbagai manfaat yang diperoleh. Pelbagai kaedah
atau program boleh dilaksanakan bagi memberi
kesedaran pada penternak bahawa pentingnya Silaj
ini kepada ternakan ruminan. Sebagai contohmya,
membuat kempen besar-besaran anjuran Pihak
berkuasa kepada penternak-penternak. Ini boleh
menghindar daripada ketiadaan stok silaj apabila
menjelang musim banjir dan kemarau melampau.
Seperti yang sedia maklum, bahan pembuatan silaj
yang terdiri daripada batang jagung, pelepah sawit
dan rumput tidak boleh hidup pada musim kemarau
dan banjir. Jadi, dengan menyimpan silaj untuk
jadikan stok dapat mengelakkan daripada putusnya
stok silaj.
3
OBJEKTIF
1. Dapat mempelajari dengan lebih mendalam
tentang kepelbagaian maklumat berkaitan silaj.
2. Dapat mengenalpasti kebaikan dan kepentingan
penggunaan silaj sebagai sumber makanan
kepada haiwan ternakan.
3. Dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang
proses, peralatan dan bahan yang digunakan untuk
pengeluaran silaj dalam kehidupan seharian.
4. Dapat mempelajari tentang prinsip dan cara
penyimpanan silaj dengan betul.
5. Dapat mengira kos anggaran yang diperlukan bagi
menghasilkan silaj.
6. Dapat mengetahui tentang kesan-kesan
penggunaan silaj terhadap alam sekitar.
7. Dapat menganalisis tentang bukti keberkesanan
silaj.
4
KEPENTINGAN SILAJ
DI LADANG
TERNAKAN
Penternak seharusnya mempunyai bekalan makanan
ternakan sekurang-kurangnya untuk 1 hari sebagai
simpanan. Tidak kira silaj itu adalah daripada rumput
napier, jagung ataupun sawit.
5
KEPENTINGAN SILAJ
KEPADA PENTERNAK
1. Untuk kecemasan seperti banjir, kemarau ataupun
kekurangan tenaga kerja secara tiba-tiba.
2. Untuk memaksimumkan penggunaan rumput jika
stok bekalan rumput terlalu banyak. Dan silaj dapat
disimpan dalam masa yang lama.
3. Harga kos makanan ternakan yang tinggi jika
penternak mempunyai ternakan dalam kuantiti yang
tinggi.
4. Mempelbagaikan jenis makanan kepada haiwan.
6
FAEDAH SILAJ
1. Silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa berbanding
rumput segar.
2. Lebih selera daripada rumput kering.
Nutrisi pemakanan lebih bagus daripada rumput segar.
3. Tahan lama untuk disimpan.
4. Tidak menggunakan banyak ruang untuk disimpan.
5. Tidak mudah terbakar.
6. Produk semulajadi pada kos yang rendah bagi
pelaksanaan peringkat teknologi.
7
FAKTOR SILAJ
BERKUALITI
Kelembapan Foraj 65% - 75%
Kelarutan >3%
Karbohidrat
Keadaan Kedap udara
(Persekitaran anaerobik)
Udara Disingkirkan melalui
Bahan mampatan
Tidak tercemar
Contoh: Tanah
8
PROSES PEMBUATAN
SILAJ
1. Menyediakan bahan dan peralatan untuk membuat
silaj.
2. Bahan foder atau batang jagung akan dihancurkan
dengan menggunakan alat pemotong bagi
menggalakkan proses fermentasi berlaku dengan
berkesan.
3. Batang jagung akan dihancurkan sehingga mencapai
anggaran saiz 3-5cm bagi memudahkan proses
pemadatan.
4. Batang jagung yang telah dihancurkan dimasukkan
ke dalam silo tong plastik dalam anggaran 25kg.
5. Batang jagung yang telah hancur dicampurkan
dengan bahan aditif yang telah dilarutkan seperti
molasses mengikut nisbah molasses: air iaitu (1: 3.5).
9
PROSES PEMBUATAN
SILAJ
6. Batang jagung yang dicampurkan dengan bahan
aditif dimasukkan ke dalam silo tong plastik bagi proses
pemadatan sama ada menggunakan alat pemampat
atau secara manual.
7. Silo tong plastik ditutup dan dipateri sehingga kedap
udara bagi mengelakkan kebocoran udara yang
menyebabkan silaj rosak.
8. Proses menutup dan memateri silo tong plastik
dilakukan dengan menggunakan alat pemotong dan
pemampat (OTOSIL).
9. Proses fermentasi lengkap berlaku apabila silo tong
plastik ditutup dan disimpan di bawah bangunan
sebelum dijadikan makanan kepada ternakan atau
dipasarkan.
10. Silaj yang matang dalam masa 21 – 30 hari, boleh
diberi kepada ternakan ataupun dijual.
10
PERALATAN
PEMBUATAN SILAJ
1. Alat Pemotong (Chopper)
• Digunakan untuk memotong bahan foder menjadi
lebih halus.
• Ini menjadikan proses pemampatan serta pengisian
ke dalam silo menjadi lebih mudah.
• Penggunaan mesin ini mampu menjadikan proses
pengisian dan pemadatan menjadi lebih cepat, mudah
dan efisien.
11
PERALATAN
PEMBUATAN SILAJ
2. Alat Pemampat (Silager)
• Alat ini menggunakan kuasa hidraulik untuk
memampatkan bahan foder yang dipotong atau
diracik di dalam silo.
12
PERALATAN
PEMBUATAN SILAJ
3. Alat Pemotong dan Pemampat (OTOSIL)
• OTOSIL ialah sejenis mesin yang lengkap untuk
penghasilan silaj.
• Terdapat tiga komponen utama dalam alat ini iaitu
alat pemampat, alat pemotong dan alat penyembur
inokulum.
13
BAHAN-BAHAN
YANG
DIGUNAKAN
UNTUK
MEMBUAT
SILAJ
14
Antara bahan-bahan yang selalu digunakan untuk
membuat silaj adalah seperti rumput, batang jagung,
pelepah sawit, kulit nenas dan sekoi. Sekoi atau
dikenali juga sebagai Millet adalah sejenis yumbuhan
yang ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji ini
akan dikisar halus untuk dijadikan tepung. Bahan
rufaj yang mengandungi kelembapan antara 65%
hingga 75% dan mengandungi karbohidrat larut air
yang mencukupi adalah paling sesuai untuk
memproses silaj. Tidak menjadi satu masalah yang
besar sekiranya kandungan karbohidrat tidak
mencukupi. Hal ini kerana penternak atau pengusaha
silaj boleh menambah atau mencampur bahan
tersebut dengan bijirin atau molases. Hal ini boleh
membaiki mutu silaj yang diperam. Beberapa
pemanis yang popular seperti gula dan madu.
Molases juga merupakan sejenis pemanis yang gelap,
manis dan manis yang dibuat semasa pengambilan
gula dari tebu. Molases boleh berbeza-beza dalam
warna, manis dan kandungan nutrisi bergantung
kepada berapa banyak gula yang diekstrak.
15
Manakala, bagi bahan rufaj yang mengandungi
kandungan air yang kurang daripada 65% akan
menyebabkan kurang mampat apabila dibuat silaj. Ia
juga akan memberi kesan kepada silaj seperti
berlakunya pertumbuhan kulat. Foraj yang terlalu
lembab ( lebih 75%) juga akan menyebabkan mutu
pengeluaran silaj akan menjadi masam disamping
menyebabkan kehilangan air dan nutrien yang
banyak. Selain daripada itu, silaj yang tidak bermutu
juga tidak bersesuaian untuk diberi kepada ternakan
kerana akan menyebabkan ternakan tersebut sakit
dan mati.
16
PRINSIP
PENYIMPANAN SILAJ
Foraj disimpan dalam persekitaran pH rendah iaitu
(4.2) dan juga anaerobik di mana berlakunya proses
biokimia dan aktiviti bakteria pengurai aerobik
sekaligus menghalang pembiakan kulat.
Skala pH
17
CARA
PENYIMPANAN SILAJ
Silo Mudah Alih
Silo Tong Plastik
Silo Bendela
Silo Beg
Silo Leal
18
SILO MUDAH ALIH
Silo Tong Plastik Silo Bendela
Silo Beg Silo Leal
19
CARA
PENYIMPANAN SILAJ
Silo Bukan
Mudah Alih
Silo Bongkah
Silo Longgok
Silo Menara
20
SILO BUKAN
MUDAH ALIH
Silo Longgok
Silo Bongkah Silo Menara
21
KOS PEMBUATAN
SILAJ
Kos makanan ternakan pada masa sekarang kian
meningkat, lebih lagi jika sebahagian daripada bahan
mentah untuk menghasilkan makanan ternakan
tersebut diimport daripada luar negara. Oleh kerana
itu, pembuatan silaj merupakan alternatif yang lebih
murah untuk menjadikan pengganti makanan utama
kepada haiwan ternakan ruminan.
22
KESAN
PENGGUNAANNYA
TERHADAP
ALAM
SEKITAR
Dalam proses penapaian silaj, silaj menghasilkan
efluen yang boleh mencemarkan air sungai dan juga
air tanah. Ini kerana efluen silaj mengandungi
kepekatan sebatian organik dan gula yang besar, dan
merupakan makanan ideal untuk mikroorganisme
yang hidup di sungai dan aliran air lain. Sebarang
efluen yang bocor ke dalam alur air akan diuraikan
oleh mikroorganisme ini dan, semasa proses itu,
sebahagian atau semua oksigen yang terlarut dalam
air akan digunakan oleh mikroorganisme
menyebabkan kematian ikan dan organisme kecil
dalam sungai walaupun dalam jumlah yang kecil.
Efluen silaj boleh datang dari semua bentuk
penyimpanan silaj: bunker, silo tegak, beg, dan
longgokan.
23
FAKTA TENTANG
EFLUAN SILAJ
• Sekurang-kurangnya 200 kali lebih kuat daripada
kumbahan domestik yang tidak dirawat.
• Ia membunuh ikan dan organisme kecil dengan
menyebabkan mereka kelaparan oksigen sehingga
mereka lemas.
• Ia boleh menjejaskan abstraksi air dengan teruk.
• Dengan jumlah kecil sahaja ia dapat mencemarkan
air bawah tanah, mata air dan telaga membahayakan
bekalan air awam.
24
KEBERKESANAN
SILAJ
Selaku basis makanan ruminan yang bermutu tinggi,
silaj mempunyai kebaikan untuk dibandingkan dengan
rumput segar kerana silaj boleh dihasilkan bila-bila
masa sahaja dan juga prosedur keluarannya tidak
tertakluk kepada situasi cuaca. Silaj juga boleh dibuat
dengan pelbagai bentuk bahan rufaj kelapa sawit dan
jagung. Jika tidak diganggu ataupun tidak terdedah,
silaj yang bermutu tinggi boleh dikekalkan selama
bertahun-tahun.
Memahami keperluan asas ternakan ruminan untuk
akan menggalakkan usahawan melaksanakan aktiviti
pengeluaran silaj. Tenaga yang diperuntukkan untuk
ternakan ini diperolehi dalam bentuk asid lemak
berwap. Asid lemak berwap ini dikonsumsi oleh
ternakan ini untuk pertumbuhan, pengeluaran susu
dan fungsi metabolik lain.
25
KEBERKESANAN
SILAJ
Kaedah membuat silaj juga penting dalam proses
penyediaan makanan haiwan kerana ia boleh
dikekalkan serta digunapakai pada masa kesukaran
untuk mendapatkan makanan seperti kemarau dan
banjir. Pembuatan silaj ini menggunakan rumput
Napier, rumput saka yang tahan terhadap perosak
dan penyakit tumbuhan, menghasilkan biojisim yang
tinggi, dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi
untuk penternakan.
Selain diberi makan dan dijual, rumput Napier juga
boleh diproses menjadi silaj melalui proses penapaian
anaerobik, terutamanya apabila sumber makanan
terhad, dan disediakan kepada ternakan ruminan
seperti lembu, kambing serta biri-biri. Ia juga sesuai
untuk sistem fidlot untuk pengeluaran daging lembu.
26
PENAMBAHBAIKAN
• Teknologi mesin pengisar dan mesin pemampatan.
• Pemasaran silaj perlu diperluaskan.
• Dana Industri Silaj perlu dipertingkatkan.
27
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pengetahuan tentang bahan
makanan seperti silaj adalah sangat perlu bagi
membolehkan penternak dapat menyediakan sumber
makanan yang berkualiti dan sesuai untuk diberikan
kepada haiwan ternakan termasuklah lembu, kambing
dan sebagainya. Pembuatan dan penghasilan silaj
yang betul dapat memberi keuntungan yang
maksimum kepada penternak sekaligus dapat
meningkatkan sumber ekonomi negara.
PENULIS
Luqman Hakim Bin Tajuddin
Muhammad Ikmal Hakim Bin Bahrim
Nur Farah Nadhirah Binti Mohd Zuki
Nur Fitrah Binti Badlishah
Nurul Ailin Mazzwin Binti Mazlan
Riezman Shaqif Bin Rohaizad
Siti Nursyafika Binti Abdul Ghani
Wan Nur Syafiqah Binti Wan Mohd Ghazali