Halaman DAFTAR KANDUNGAN
Halaman
02 Atur Cara Mesyuarat Agung PIBG ke-44 84 Usul daripada AJK PIBG
03 Surat Panggilan Mesyuarat Agung 85 Usul daripada Ibu Bapa
PIBG ke-44 94 AJK PIBG Sesi 2021/2022
04 Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-43
39 Laporan Tahunan PIBG Sesi 2020/21 95 AJK Pelaksana Mesyuarat Agung
PIBG 2021
50 Laporan Kewangan dan Nota Kewangan 96 Lampiran
PIBG SSP tahun 2020
02
ATUR CARA
PROGRAM
03
04
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG, KE-43
PIBG SEKOLAH SERI PUTERI
CYBERJAYA
05
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-43
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA
Perkara : Mesyuarat Agung Tahunan ke-43, PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
15 Februari 2020 (Sabtu)
Tarikh : Dewan Puteri Perdana, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
09.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Rujuk lampiran 1
Masa :
Kedatangan :
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi
Pengacara majlis, En. Hamir mengalu-alukan kehadiran Pengetua Pn. Hjh Roslina binti Ahmad. Tuan Hasnal bin
Hashim selaku Yang Dipertua PIBG, barisan AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang hadir.
2.0 Bacaan Doa
Majlis didahului dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Haikal Ashari.
06
3.0 Ucapan Alu-aluan Pengetua, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
3.1 Pn. Hjh Roslina binti Ahmad selaku Pengetua Sekolah Seri Puteri Cyberjaya mengucapkan terima
kasih kepada En. Hamir Habeed selaku Pengerusi Majlis. Pengetua juga mengucapkan syukur dan tahniah
serta mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Seri Puteri Cyberjaya ke-43.
3.2 Pengetua juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada PIBG sesi 2019/2020 atas kerjasama
yang baik bagi pembangunan murid dan sekolah terutama dalam membantu dan memberi sumbangan
dari segi kewangan, tenaga, moral dan fizikal. Anugerah ASISS Kebangsaan adalah merupakan sokongan
PIBG. Kerjasaama erat PIBG dan sekolah juga menjadi faktor kecemerlangan sekolah dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah. Pengetua mengucapkan terima kasih atas sumbangan Iscore
daripada PIBG kerana sistem ini sangat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kawalan
keselamatan murid-murid. Setelah wujud sistem Iscore kes disiplin telah berkurangan.
3.3 Dari segi akademik 2019 pula bagi Tingkatan 1 mendapat gred purata 2.07 berbanding 2.32 pada
tahun 2018. Target SBP untuk tingkatan 1 ialah 2.54. Bagi Tingkatan 2 pula gred purata yang diperolehi ialah
1.89 berbanding 2.15 pada tahun 2018. Target SBP untuk Tingkatan 2 pula ialah 2.66. Gred purata untuk
tingkatan 3 pula ialah 1.12 berbanding 2018 1.13. Dalam PT3 pula, seramai 60 orang murid memperoleh
semua A manakala pencapaian gred purata tingkatan 4 iaitu 2.80 telah meletakkan SSP padakedudukan
teratas dalam senarai SBP. Hal ini membuktikan SSP berada dalam landasan yang betul dari aspek
akademik.
07
3.4 Dari aspek fizikal pula Apple TV telah dipasang di semua kelas Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dengan kos
pemasangan dibiayai oleh PIBG. Apple TV ini amat membantu dalam proses PdPC. Selain itu, Pengetua
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa Loistava atas sumbangan Laman Loistava yang mewujudkan
suasana tenang di Musolla. Tandas-tandas di Musolla juga telah dinaik taraf. Pengetua turut mengucapkan
terima kasih kepada batch Distira atas sumbangan mural dan khat yang cantik di musolla juga kepada batch
Adelpha yang menyumbang mercu tanda Aishah Humaira. Pembangunan fizikal ini penting untuk keselesaan
dan kemudahan pembelajaran murid-murid.
3.5 Dari aspek kokurikulum pula SSP telah mendapat emas dalam World Scholar Championship di Beijing
dan Yale, tarian tradisional oleh Puteri Kencana mendapat emas di Paris dan johan dalam Asia Korean Speech
Contest. SP Winds pula mendapat emas di Sydney Australia manakala pasukan bola keranjang mengekalkan
kejuaraan sebanyak 24 kali di peringkat SBP.
3.6 Bagi program HEM pula, murid-murid berjaya menghafaz juzuk 30 selepas 6 bulan menyertai program
Smart Tahfiz Salsabila. Murid-murid juga berjaya menjadi Imamah.
3.7 KSIB melancarkan Kempen SSP Bersih akibat peningkatan sampah pada hujung minggu. Kempen SSP
Sifar Sampah 2020 diteruskan dan memerlukan kerjasama semua ibu bapa. KSIB SP Winds merancang
menyertai pertandingan di Singapura. KSIB SCUD sangat aktif begitu juga dengan KSIB Sanggar Bahasa dan KSIB
Aishah Humairah. Fortis Catur juga menyerlah. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada KSIB dan ibu bapa
yang banyak membantu pihak sekolah. Pengetua turut mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG 2019/2020
dan berharap semoga AJK baharu yang dipilih akan memberi komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah.
4.0 Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 08
4.1 Tuan Hasnal bin Hashim selaku YDP PIBG Sekolah Seri Puteri mengucapkan terima kasih kepada pengerusi
majlis, puan Pengetua, barisan pentadbir sekolah, ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru serta para hadirin atas
kehadiran ke program-program sekolah. YDP memulakan majlis dengan surah Al-Fatihah dan menyedekahkan
kepada ahli-ahli yang telah kembali ke rahmatullah.
4.2 YDP juga memaklumkan bahawa peperiksaan SPM 2018 telah melonjakkan kedudukan Sekolah Seri Puteri
sebagai antara 3 sekolah terbaik di Malaysia dengan GPS 1.32. YDP juga pasti dan yakin bahawa Adelpha juga
akan mencapai kecemerlangan dalam SPM serta menjadi antara contoh terbaik keputusan akademik SSP.
4.3 Kejayaan SSP di peringkat kebangsaan dan antarabangsa memerlukan penglibatan semua pihak. YDP
menyatakan pencapaian ini hanya mampu dicapai sekiranya wujud asas hubungan yang kukuh antara pihak ibu
bapa dan guru yang membantu dalam melonjakkan prestasi anak-anak. Sikap ibu bapa yang proaktif
pemangkin pencapaian anak-anak dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan rohani. Anak-anak yang
cemerlang adalah kerana ibu bapa dan guru-guru juga cemerlang.
4.4 YDP merumuskan Scope of Engagement yang telah diamalkan dan diikuti oleh PIBG SSP semenjak tahun
2017 hingga 2019 dan Insya-Allah hingga tahun 2020.
4.5 YDP memaklumkan atas nasihat pihak Pengurusan SSP, PIBG akan membantu pelajar dengan program-
program dalam tempoh 6 bulan pertama. Antaranya, pihak sekolah dengan bantuan PIBG dan KSIB berusaha
untuk membantu pelajar menyediakan pelbagai aktiviti dan modul terbaik agar murid-murid lebih berdaya saing
di peringkat serantau dan global.
09
4.6 YDP juga memaklumkan sukan peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang sedang berlangsung.
Keputusan-keputusan penyertaan dan pasukan SSP boleh dilihat di Instragram PIBG atau laman
sesawang SSP.
4.7 KSIB Inovasi dan STEM telah ditubuhkan tahun ini untuk membantu SSP menjalankan aktiviti dalam
Pendidikan Inovasi dan STEM demi meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada
murid. YDP mengharapkan dengan penglibatan ibu bapa melalui KSIB Inovasi dapat membantu sekolah
serta para ibu bapa dalam menggalakkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan inovasi dan STEM.
4.8 YDP memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat 9 KSIB yang ditubuhkan dan berada di bawah
pengawasan PIBG. YDP menyenaraikan pengerusi bagi setiap KSIB iaitu Tuan Haji Adzman (KSIB
SPWinds), Puan Syakirah (KSIB SCUD), Puan Azleen (KSIB Musolla Aishah Humaira’), Encik Hamka (KSIB
SSP Bersih), Tuan Syed Azhar (KSIB Dewan Makan dan Kafé), Dato’ Wan Jamaludin (KSIB Sanggar
Bahasa). Encik Mahadir (KSIB Inovasi dan STEM) dan Dr Zubir (KSIB SP FORTIS) Hanya KSIB Memanah
belum ada lantikan lagi. YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan ahli KSIB yang banyak
membantu sekolah dan AJK PIBG demi murid-murid SSP dan warga SSP amnya.
4.9 Bagi SP Winds 2020, antara aktiviti yang bakal disertai ialah Konsert Diraja Flourishes 2020 yang
bakal diadakan pada 17 April 2020 di The Everly Putrajaya Hotel dan SBP Wind Orchestra pada 20 Jun 2020
dengan SSP sebagai tuan rumah.
10
4.10 Dalam mengekalkan kejuaraan SSP dalam HKSBP yang ke-25, pihak sekolah dan KSIB SCUD telah
merangka program tahunan bagi membolehkan para pemain SCUD untuk menjalani sesi latihan intensif
untuk Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh yang akan datang.
4.11 YDP memaklumkan penganjuran debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat rumah
sukan oleh KSIB Sanggar Bahasa telah berjaya mencungkil pelapis baharu serta pengendalian program
kepada murid. Kemahiran insaniah ini juga perlu bagi membimbing pendebat SSP menjadi pemimpin
masa depan. Tahun ini kita bakal menyaksikan satu bentuk pertandingan baharu iaitu Debat Bahasa
Melayu dan Debat Bahasa Inggeris Jemputan SSP Inter-SBP (Perempuan) yang akan dianjurkan pada
bulan September.
4.12 YDP juga turut memaklumkan KSIB SSP Bersih akan melaksanakan program Sifar Sampah. Pihak
sekolah juga menganjurkan program kitar semula antara rumah Hashtag #SSP Sifar Sampah dan Jom
Bawa Balik Sampah sentiasa diulang siar dalam sebarang pengumuman oleh pengerusi-pengerusi KSIB.
4.13 Di samping itu, dalam mewujudkan polisi kebersihan bermula daripada asrama dan kepimpinan
dalam kalangan murid, pihak PIBG akan menyumbang dana bagi membeli 4 unit waterjet agar para
murid boleh bergilir mengikut jadual untuk mencuci bilik air asrama sebelum Inspeksi Umum (GI).
11
4.14 Program Gotong-Royong Perdana Asrama bersama-sama ibu bapa akan diadakan pada hari Sabtu, 7
Mac 2020 bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama dan tolong-menolong.
Satu kutipan dana telah dijalankan untuk pembelian pokok-pokok bagi menaik taraf Laman Gemala Puteri di
asrama. Kipas di dorm dan kelas telah dibaiki oleh PIBG dengan kos hampir RM10 ribu.
4.15 Proses naik taraf Dewan Makan akan menyebabkan penutupan dapur bermula 14 Mac hingga 16 Mei
2020 iaitu selama 2 bulan. Pembekalan makanan akan diadakan daripada central kitchen. Satu jawatankuasa
yang terdiri daripada Pengurusan SSP, PIBG dan KSIB Dewan Makan & Kafeteria, JKR, kontraktor kerja dan Dewan
Makan telah ditubuhkan bagi memastikan aktiviti dan kebajikan murid tidak terganggu oleh kerja-kerja naik taraf
ini.
4.16 Bermula Mac 2020, perkhidmatan dobi coin operated yang telah dinaik taraf semenjak tahun 2017 akan
mula beroperasi ketika hari persekolahan iaitu dengan menyediakan seorang pekerja bagi membantu murid
mendobi dan melipat pakaian daripada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Servis ini diadakan bagi meleraikan
kesesakan penggunaan mesin oleh murid pada hujung minggu.
4.17 Sehingga kini terdapat 17 mesin penapis air di bawah akaun PIBG iaitu 3 unit di blok tingkatan 1, 2 dan
3, 3 unit lagi di blok tingkatan 3, 4 dan 5, 2 unit di musolla, 1 unit di bawah tangga berhadapan gelanggang bola
keranjang manakala 7 unit di asrama. Penggunaan mesin penapis air diharap dapat memastikan anak-anak
memperoleh bekalan air minum yang mencukupi sepanjang hari terutamanya selepas sesi akademik atau
aktiviti bersukan. YDP mengharapkan anak-anak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik-
baiknya.
4.18 Pihak PIBG akan terus membantu murid daripada keluarga B40 dalam mempercepatkan proses yang 12
dipohon melalui pihak sekolah contohnya Permohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAP) 2020,
Bantuan Kecil Kerajaan dan juga Caring Hearts oleh PUTERI. Satu Vot baru B40 telah diwujudkan oleh PIBG
2019/2020. Sumbangan 5% daripada keuntungan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PIBG dan KSIB khususnya
yang melibatkan sumbangan syarikat luar disalurkan kedalam vot ini. Sumbangan ini digunakan untuk
menampung defisit kos aktiviti-aktiviti sekolah akibat pengecualian sumbangan PIBG dan akademik yang
diberikan kepada ahli.
4.19 YDP juga memohon agar pendingin hawa digunakan mengikut jadual yang ditetapkan agar bil elektrik
di musolla terkawal. YDP turut menyarankan agar anak-anakmenitikberatkan kebersihan bilik air. Peralatan yang
disediakan oleh pihak Pengurusan dan PIBG adalah untuk keselesaan dan digunakan oleh murid dalam
jangkamasa yang panjang dan bukan hanya untuk pertandingan semata-mata. Ibu bapa Loistava juga telah
menghadiahkan satu laman keceriaan yang dinamakan Laman Loistava yang menelan kos RM20K bagi
menjayakan ASISS 2019. Kos naik taraf musolla ini mencecah hampir RM400 ribu. YDP mengucapkan terima kasih
kepada semua penyumbang.
4.20 YDP memaklumkan 6 bulan pertama dalam tahun akademik 2020 fokus utama SSP dan SBP ialah
akademik. YDP menggalakkan murid yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang khususnya gred C dan
ke bawah untuk menghadiri kelas tambahan atau tuisyen yang dianjurkan oleh guru atau ibu bapa. Untuk
Loistava, PIBG telah mendapat mandat pada Hari Penetapan Target 2020 untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang oleh pihak pengurusan. Target PIBG 2020 ialah Lositava SSP akan kembali ke persada negara
sebagai sekolah nombor 1 di Malaysia dalam SPM 2020. Semoga target GPS 1.08 untuk SPM 2020 menjadi
kenyataan.
13
4.21 PIBG akan menjalankan program Shadow Internship kepada murid Loistava. Program ini
bertujuan memberi pendedahan awal tentang realiti dunia pekerjaan dalam 3-5 hari bekerja untuk
memberi pendedahan dan membina keyakinan diri murid sebelum menjejakkan kaki ke alam
pekerjaan yang sebenar. Penglibatan ibu bapa, alumni dan komuniti penting bagi menjayakan
program yang julung kali diadakan ini.
4.22 Selain itu, YDP memaklumkan bahawa pada Tahun 2020 PIBG akan membantu menaik taraf
Dewan Puteri Perdana dengan penggantian AV system yang baharu dengan projector, skrin besar dan
sound system yang lebih baik. Projek ini akan dilakukan selepas projek membaiki bumbung oleh
kontraktor JKR siap. Jika ada lebihan dana, PIBG akan membantu menaik taraf Pusat Sumber Sekolah.
4.23 YDP menyatakan bahawa kejayaan dalam membentuk generasi kini bukan sahaja bergantung
pada barisan pendidik semata-mata, namun memerlukan satu gandingan bersama dengan barisan
ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan PIBG. Kejayaan murid-murid SSP sama ada dalam akademik
atau kokurikulum merupakan matlamat utama semua pihak. Oleh itu kepercayaan, sikap toleransi
serta kesepakatan antara ibu bapa dan guru merupakan kunci kejayaan. YDP megucapkan jutaan
terima kasih kepada semua barisan ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020. YDP mengucapkan
permohonan maaf atas segala kekilafan yang berlaku sepanjang menerajui PIBG 20019/2020.
5.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-42 Sesi 2019/2020. 14
5.1 Setiausaha PIBG, Pn. Rosmawati binti Saman memohon sidang mesyuarat meneliti Minit
Mesyuarat Agung yang lepas bermula pada halaman 6 hingga halaman 22. Kehadiran pula boleh
dirujuk mulai halaman 23 hingga halaman 31.
5.2 Puan Zuraidah binti Ahmad (anak : Nursyazatul Zuhailee binti Roslee 5I) mencadangkan
minit diluluskan dengan sedikit pindaan dan disokonG oleh Pn Noor Asima binti Osman (anak
: Alya Adlina Muhamad Ilmami 1P)
6.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2018/2019
6.1 YDP PIBG, Tuan Hasnal bin Hashim meminta Setiausaha PIBG, Pn. Rosmawati binti Saman
membentangkan Laporan Tahunan PIBG bagi sesi 2019/2020.
6.2 Setiausaha memulakan pembentangan dengan memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2019
dan 2020 PIBG berkesempatan mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa sebanyak 4 kali iaitu
pada bulan Mac, Ogos, November 2019 dan Februari 2020 untuk membincangkan pelbagai isu
dan aktiviti PIBG.
6.3 Setiausaha memohon kepada semua sidang meneliti halaman 32 – 40 berkaitan Laporan 15
Tahunan PIBG sesi 2019/2020. Setiausaha memaklumkan pelbagai kejayaan telah dicapai pada
tahun 2019. Dalam bidang kurikulum, GPS keputusan PT3 meningkat daripada 1.13 kepada 1.12 pada
tahun 2019. Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik sekolah sejak PT3 diperkenalkan. Seramai 60
orang murid memperoleh 9A dan 83 orang mendapat 8A. 4 mata pelajaran yang memperoleh 100% A
iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Lisan, Bahasa Inggeris dan Reka Bentuk dan Teknologi.
Prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid ini adalah natijah daripada pelbagai usaha, program dan
aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dan kesungguhan para guru memberi bimbingan siang
dan malam kepada murid-murid ini dengan sokongan padu dan berterusan daripada ibu bapa termasuk
KSIB.
6.4 Bagi Peperiksan SPM 2019 pula, keputusan masih belum diumumkan namun berharap agar murid
ADELPHA mencapai target GPS 1.10.
6.5 Pencapaian kokurikulum murid-murid sepanjang sesi 2019/2020 amat membanggakan bukan
sahaja diperingkat negeri dan kebangsaan malah diperingkat antarabangsa. SPWinds telah memenangi
anugerah Emas dalam Festival Muzik Antarabangsa 2019 di Sydney Australia. Pasukan Debat Bahasa
Inggeris, Thalions pula memenangi 28 pingat dalam World Scholar’s Cup Tournament of Championship
16
Yale universiti. Pasukan Puteri Kencana juga mendapat tempat pertama dalam kategori tarian tradisional
dalam Pertandingan Tarian Tradisional di Paris. Selain itu, pasukan SCUD menjuarai Pertandingan Bola
Keranjang HKSBP 2019. Dalam Pertandingan Showcase SGE pula pasukan SSP memperoleh Platinum dalam
CCP@SSP, Perak dalam Youth Summit dan Matex.
6.6 Kejayaan-kejayaan SSP sebenarnya turut dibantu para ibu bapa khususnya sukarelawan KSIB. PIBG
juga amat menghargai sokongan dan komitmen ibu bapa yang sudi mempunyai penglibatan anak-anak dan
memberikan sumbangan kewangan untuk pelbagai program pengantarabangsaan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah seperti Program Misi Kemanusiaan ke Kampuchea, Kembara Syair Remaja Malaysia-Indonesia,
Pengantarabangsaan Sister School antara SSP dan Aichi Commercial High School Japan, Pengantarabangsaan ke
New Zealand, Korea, Singapura, China dan Belanda.
6.7 PIBG cakna akan kebajikan demi keselesaan murid. Kempen SSP Bersih diteruskan pada tahun ini. Usaha
menaik taraf infrastruktur sekolah juga diperkemas. Projek penghadang jalan (barrier) dan sistem iScore telah
disiapkan dan mula beroperasi sepenuhnya tahun ini, kerosakan-kerosakan kelas dan asrama seperti suis lampu,
kipas, lokar, tandas dan wakaf juga telah dibaik pulih menggunakan sumber kewangan PIBG. Begitu juga dengan
mesin penapis air yang telah ditambah dan diselenggara untuk kemudahan anak-anak. Selain itu, sistem
pendingin hawa di Musollah Aishah Humaira’ juga mula beroperasi dan memberi keselesaan kepada murid dan
warga SSP beribadat. Program Snap n Pay Musolla Aishah Humaira’ diwujudkan bagi membantu dalam
pertandingan ASISS 2019. PIBG berharap agar kemudahan yang disediakan digunakan dan dijaga dengan baik
demi keselesaan anak-anak.
17
6.8 Keselamatan diri murid-murid juga menjadi keutamaan justeru Program Komuniti Kepolisan
dan Demonstrasi Jenayah hasil kolaboratif PIBG, Kickstart Academy, MPS Sepang dan PDRM telah
dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada murid kaedah pencegahan jenayah yang selamat
diamalkan. Selain itu, PIBG sentiasa memberikan sokongan moral dan material kepada aktiviti yang
memberikan impak positif kepada perkembangan sahsiah murid dan juga daya kepimpinan dalam
kalangan murid.
6.9 Antara program berkaitan akademik yang dibiayai oleh PIBG bagi sesi 2019/2020 ialah
6.9.1 Tingkatan 1
1. Seminar Keibubapaan
2. Kem Team Building
3. Tuisyen Sains
6.9.2 Tingkatan 2
1. Tuisyen Sains
2. Kelas tambahan Matematik (bottom 20)
3. Revisi Matematik
4. Kem Jati Diri
5. Projek Penulisan dan Penerbitan Buku Kembara Adli dan Adlina
18
6.9.3 Tingkatan 3
1. Program Kecemerlangan PT3: Learning Skills
2. Program The Power of Savings for Knowledge, Thinking Skills and Enhancement of Proficiency in
English
3. Bengkel PT3 Berita Harian
4. Pecutan PT3 Matematik Siri 1
5. Program Smartstudy Memory Skills Siri 1
6. Pecutan PT# Matematik Siri 2
7. Seminar Sains PT3
8. Rehat Minda Distira
9. Solat Hajat dan Bacaan Yasin PT3
10. Muslimah dan Cabaran Masa Kini
11. Pengenalan kepada STEM bersama-sama Dr Zahari
12. Teknik Menjawab Berfokus ASK
13. Pemantapan Subjek ASK
6.9.4 Tingkatan 4
1. Majlis Anugerah Cemerlang
2. Teknik Menjawab Biologi
3. Program Kecemerlangan Kimia
4. Program Projek Penulisan dan Penerbitan Buku Kembara Adli dan Adlina
5. Pengenalan kepada HOTS bersama-sama Dr. Zahari
19
6.9.5 Tingkatan 5
1. Program Penetapan Target SPM
2. Seminar dan Bengkel KBAT Matematik Tambahan
3. Physics Outrech
4. Program Immersion ke SMS Banting
5. Tuisyen SPM Biologi
6. Teknik Menjawab kertas 2 Ekonomi SPM; SSP-SMKC di UKM
7. Outreach Ekonomi
8. Program belajar Remember in 2 minutes (Sejarah dah dan Bahasa Melayu)
9. Program Sejarahku Excellent
10. Program Eksplorasi Minda Sejarah
11. Program Hala Tuju Selepas SPM
12. Program Inovasi Sains
13. Teknik Menjawab Biologi SPM
14. Program Kecemrlangan Kimia SPM
15. Program teknik Menjawab subjek Bahasa Inggeris SPM
16. Program penataran Ilmu
17. Bengkel Pemerkasaan Teknik Menjawab Kimia SPM Siri 1
18. Seminar A+ Kertas 2 Bahasa Melayu SPM
19. Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam
20. Solat Hajat SPM
21. Tuisyen Fizik
22. Tuisyen Matematik
23. Bengkel Pemerkasaan Teknik Menjawab Kimia SPM Siri 2
24. Majlis BBQ
25. Tuisyen Sains
20
6.10 Program lain yang dibiayai PIBG ialah
6.10.1 Jurulatih aktiviti kokurikulum
1. Bayaran jurulatih Bola Keranjang (Jan-Nov)
2. Bayaran jurulatih Bahas Bahasa Melayu 2018
3. Bayaran jurulatih hoki (Jan – April)
4. Bayaran jurulatih Caklempong
6.10.2 Infrastruktur / Penyelenggaraan sekolah
1. Dobi dan pemasangan semula langsir asrama
2. Sumbangan mesin cetak berwarna & mesin laminasi Unit Kokurikulum
3. Sumbangan Apple TV di Makmal Bahasa dan Bilik Matematik
4. Bayaran kerusi dan mengecat bilik PIBG
5. Bayaran naik taraf 1 unit tandas guru wanita
6. Penambahan 2 unit Penapis Air Coway (Pembelian dan pemasangan)
7. Pemasangan 12 unit Apple TV di kelas Tingkatan 3 dan 4
8. Pemasangan 1 unit Apple TV. Projektor, slaid, AP di Musolla
6.10.3 Jamuan dan Majlis keraian / Program khas guru
1. Majlis Sambutan Hari Guru
2. Jamuan Persaraan Puan Hjh Norlaila
3. Mesyuarat Agung PIBG ke-42
6.10.4 Kebajikan murid
1. Program Bersama Dengan Darus Syifa’
2. Duit poket Kembara Syair Remaja Malaysia-Indonesia
21
6.10.5 Aktiviti / Program murid dan sekolah
1. Program Pendaftaran Murid Tingkatan 1
2. Hari pembayaran yuran Tingkatan 2-5
3. Persidangan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid SBP
4. Program Pengantarabangsaan ke New Zealand
5. Majlis Anugerah Cemerlang
6. Program Pengantarabangsaan ke Jepun
7. Karnival Keusahawanan dan Kokurikulum
8. Program Hibikian Asia 2019, Jakarta Symposium 2019
9. Program CCP@SSP
10. Jamuan Hari Raya
11. Majlis Apresiasi Pengawas Tingkatan 5
12. Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sistem Rumah
13. SGE Apple Learning Camp Siri 3
14. FairMUN Kuala Lumpur Conference
15. Sambutan hari lahir Ruby, Topaz, Emerald dan Sapphire
16. Kursus Kepimpinan Pengawas
22
6.10.6 Program koakademik
1 . Pertandingan Olimpiad Matematik SBP (SBPMO)
2. Pertandingan Cabaran Debat Za’aba UKM
3. Pertandingan World Scholar’s Cup Global Round Beijing
4. Pertandingan Deklamasi Sajak
5. Pertandingan Perbahasan Bahasa Melayu
6. Pertandingan Inovasi-ICYS
7. MIYIO
8. Pertandingan Singapore 8th International Biomedical Quiz
9. Pertandingan World Scholar’s Cup Yale Universiti
10. Kembara Syair Remaja Malaysia – Indonesia
11. Pertandingan Mathematics Explorace
12. Sewa peralatan muzik caklempong
6.10.7 Program kokurikuluM
1. Kejohanan Boling Tenpin MSSD
2. Kejohanan 7th Catur KUSESS
3. Kejohanan Bola Keranjang MSSS
4. Kejohanan Memanah SBP dan Sekolah Jemputan (ReSITARCH)
5. Kejohanan Olahraga SSP
6. Perkhemahan PPIM dan Pengakap Udara
7. Pertandingan Tarian Tradisional di Paris
8. Perkhemahan Kor-Kadet Polis Negeri Selangor
23
6.11 Malam Selingkar Kasih (MSK) merupakan Program tahunan PIBG. MSK edisi 2019 telah
berlangsung dengan jayanya pada 13 September 2019 di Masmera Ballroom, Hotel Everly
Putrajaya. Tetamu kehormat ialah Dato’ Hajah Rashidah binti Md Ariff mantan Ketua
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
juga mantan SSP. PIBG merakamkan penghargaan kepada penderma dan penyumbang
untuk program MSK ini, khususnya ibu bapa murid tingkatan 5.
6.12 Setiausaha mengakhiri laporan dengan merakamkan ucapan penghargaan terima kasih
kepada semua AJK PIBG 2019/2020 yang telah berusaha menjalankan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Setiausaha juga memohon kemaafan
atas segala kekurangan serta kelamahan dan berharap kekurangan itu dapat dibaiki
pada masa akan datang.
6.13 Puan Shahida Sahlan (anak : Maryam Sofea 2E) memohon supaya Buku Program dihantar
24 jam sebelum Mesyuarat Agung. Beliau memohon jasa baik pihak sekolah dan PIBG
memberi laporan dalam bentuk buku. YDP memaklumkan bahawa SSP mengamalkan
dasar penjimatan kertas namun begitu isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK .
7.0 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 24
7.1 Pn. Norfarhana Abd Rahman selaku Bendahari Kehormat membentang Penyata Kewangan PIBG
sebagaimana yang terdapat pada lampiran di dalam buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG ke-43
secara e-elektronik.
7.2 B40 merupakan akaun yang baru dibuka dan belum menerima permohonan daripada mana-mana
murid untuk menggunakan wang tersebut. Jumlah sumbangan RM12,000.00. YDP memaklumkan
bahawa wang ini diterima pada bulan Julai 2019.
7.3 Puan Senaini bt Muda (anak: Nur Irdina Insyirah – 2T) ingin penjelasan sebab bayaran majalah
pada tahun tersebut lebih mahal. Beliau juga mohon penjelasan bentuk majalah yang dikeluarkan
dan memaklumkan bahawa sudah tahun anak beliau tidak menerima majalah sekolah.
7.4 PK Kokurikulum menjelaskan bahawa pada tahun 2018 sekolah mempunyai Program Jubli Emas
maka majalah dihasilkan juga berkualiti tinggi. Semua murid akan menerima majalah sekolah edisi
2018 pada awal tahun 2019 iaitu sebelum keputusan SPM diumumkan.
7.5 Prof Hadiani Ismail (anak: Alisha Nur – 5U) mencadangkan agar penyata kewangan bagi sesi
2019/2020 diluluskan dan disokong sebulat suara oleh sidang mesyuarat.
8.0 Pembentangan dan Penerimaan Usul. 25
8.1 YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim membentangkan usul daripada PIBG (Rujuk halaman 47). Antara
usul PIBG yang dibentangkan ialah:
8.1.1 Penerimaan oleh ahli atau ibu bapa atas pembayaran sumbangan yang telah ditetapkan oleh
PIBG untuk tahun akademik 2020 seperti di Lampiran 1, iaitu :
Tingkatan 1 RM455
Tingkatan 2 RM305
Tingkatan 3 RM405
Tingkatan 4 RM355
Tingkatan 5 RM805
Tuan Azhar b. Tuan Hasan (anak: Tuan Qistina Damia – 1T) mencadangkan usul diterima.
Sidang dewan sebulat suara menyokong usul tersebut.
8.1.2 Kenaikan kadar sumbangan PIBG daripada 100.00 kepada jumlah baharu mengikut kelas
pendapatan ibu bapa. Kadar bayaran baharu yang dicadangkan ialah:
i. Kumpulan B 40 – RM100
ii. Kumpulan N 40 – RM150
iii. Kumpulan T 20 – RM200
26
En. Aliff Adha ( anak – Farahiya -1T ) tidak menyokong tambahan bayaran sumbangan PIBG
kerana ada baki duit pada akaun.
YDP memaklumkan jika dilihat pada setiap tahun memang akan ada baki dalam akaun. Pada
tahun 2017 hanya ada RM960.00 baki di dalam akaun PIBG justeru sumbangan PIBG dinaikkan
daripada RM50.00 kepada RM100.00 kerana kos untuk program murid semakin tinggi. Tabung ini
merupakan tabung PIBG untuk menampung semua program atau aktiviti murid. Usul yang diutarakan
ini adalah untuk tahun 2021.
YDP juga memaklumkan bahawa selama 3 tahun berada di sekolah ini pihak sekolah akan
membuat permohonan berdasarkan apa yang PIBG ada. PIBG tidak pernah menolak permohonan
sekolah selama tiga tahun ini. Jika ada duit lebih pihak sekolah boleh membuat permohonan
tambahan. Sebagai contoh KSIB Sanggar Bahasa baru ditubuhkan dan diperuntukkan RM10,000.00
untuk memulakan aktiviti mereka dan ada rekod. Terdapat juga beberapa KSIB yang memerlukan
sumber kewangan seperti KSIB Memanah sebagai contoh untuk membayar yuran penyertaan. Tahun
lepas juga berlaku kecemasan Dewan Makan dan memerlukan kos sebanyak RM4 ribu lebih sebagai
tambahan dan ianya diluluskan demi kebajikan murid.
Puan Aida Baizura Abdul Rahman (anak : Lylia Julia – 3R) RM100 untuk bayaran B40 agak
tinggi dan patut dikurangkan. Jika dilihat kepada bayaran keseluruhan untuk B40 agak tinggi. Beliau
memohon B40 yang miskin tegar dikurangkan untuk bayaran PIBG.YDP memaklumkan yang B40, N40
dan T20 boleh menghantar surat untuk pengecualian pembayaran.
Encik Aliff Adha (anak: Farahiya 1T) Mencadangkan agar dibuat perbandingan bayaran PIBG 27
dengan TKC dan STF banyak persamaan termasuk dari segi logistik.
Puan Zurina Ros Zamri (anak: Dhiya Eddina – 5T) membuat perbandingan dgn SAS yang
mana beliau menyatakan yang PIBG SSAS lebih tinggi daripada SSP .
Puan Hanira Hanafi (anak: Aminee Ilhami – 1P) mencadangkan bayaran PIBG dikekalkan
kepada kadar semasa sementara kajian selanjutnya akan dijalankan.
Encik Amirulhusni Alshukor (anak: Alisha Nur 5U) cadang usul diterima. Ibu bapa jangan
berkira duit dengan sekolah dan jangan dibuat perbandingan dengan sekolah lain kerana keperluan
setiap sekolah tidak sama.
Puan Mazyah binti Ahmad Dooa (anak : Imanina Abd Rahman – 2R) memohon agar tidak
dinaikkan bayaran PIBG berdasarkan ekonomi semasa yang kurang memuaskan. Semua anak yang
bersekolah perlu membuat bayaran PIBG justeru memohon agar usul di bawa ke tahun hadapan.
YDP minta sesiapa yang menyokong atau menolak membuat undian. Kiraan undi dilakukan
dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat AJK.**
8.1.3 Penambahan bayaran untuk majalah daripada RM15.00 kepada RM20.00 satu keluarga.
Kenaikan diusulkan berikutan kenaikan kos percetakan. Kiraan undi dilakukan dan usul ditolak oleh
sidang mesyuarat.
8.2 Noor Safbrina Marjuni (anak: Khaleeda Mohamad Hafiz -2U) 28
Cadangan : Dipercepatkan waktu prep malam dari pukul 9.00 ke 8.00 bagi membolehkan anak-anak mempunyai
lebih masa untuk membuat kerja rumah dan ulang kaji.
Ulasan : Pengisian kerohanian perlu dibuat antara waktu Maghrib dan Isya’ untuk keseimbangan jasmani dan
rohani murid. Selain itu, murid-murid dapat solat Isya’ pada awal waktu secara berjemaah. Pihak sekolah akan memantau
pergerakan murid supaya lebih lancar.
8.3 Encik Faiz Husin (anak: Emira Frida – 5E)
Cadangan 1: Agar kehidupan di asrama lebih selesa dan bahagia.Agar waktu prep ditambah diantara 1-3 jam sehari.
Agar waktu tidur/rehat ditambah diantara 1-2 jam. Agar pembaziran masa dikurangkan diantara 1-2 jam sehari. Agar
diadakan kelas tambahan khusus/sesi berjumpa dengan guru pada waktu tengah hari.
Ulasan : Solat berjemaah diwajibkan di sekolah. Qailullah diadakan supaya murid sentiasa segar semasa pdpc
pada waktu petang dan prep malam. Murid boleh berjumpa guru pada waktu tengah hari pada masa yang ditetapkan
bukan pada masa Qailullah. Waktu pembelajaran sukatan pelajaran memerlukan 61 waktu x 30 minit seminggu tidak
termasuk waktu rehat. Oleh itu kelas pada hari Isnin, selasa dan Khamis berakhir pada pukul 4.00 petang manakala pada
hari Rabu dan Jumaat berakhir pada pukul 1.45 petang.
Usul ini menerima maklum balas daripada ustaz Hazman. Ustaz Hazman menegaskan bahawa murid-murid SSP
bukan sahaja perlu kecemerlangan akademik tapi perlu juga cemerlang dalam akhlak. Ustaz Hazman meminta waktu solat
berjemaah tetap dikekalkan kerana itulah santapan rohani anak-anak.
En, Shamsol b. Siron (anak: Hannah Elyssa – 3R) menyokong ke empat-empat usul En. Faiz Husin. Puan Nor Aniza
Awang (anak: Myra Amani Amran 4U) Solat jemaah bukan setiap waktu. Wajibkan Maghrib dan Subuh. Tiada keputusan
untuk usul ini. Usul ini akan diputuskan oleh Pengurusan SSP. Pada penghujung sesi ini pengetua menegaskan bahawa
setiap keputusan akan diputuskan oleh pengetua dan barisan pentadbir sekolah.
29
9.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
Tuan Hasnal bin Hashim selaku YDP PIBG Sesi 2018/2019 dengan rasminya membubarkan
jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019.
10.0 Pelantikan Pengerusi Sementara
En. Hamir Habeed dilantik sebagai pengerusi sementara dan dipersetujui sebulat suara oleh sidang
mesyuarat.
11.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
11.1 Pelantikan AJK dalam kalangan guru telah dibuat oleh pihak sekolah sendiri. Seterusnya
pemilihan jawatankuasa PIBG dalam kalangan ibu bapa bagi sesi 2020/2021 dibuka untuk
pencalonan.
11.2 Proses pelantikan AJK bermula mengikut proses di bawah:
i. Dato’ WanJamaludin (anak: Wan Nor Ashela Hany – 3U) mencadangkan Tuan Hasnalbin
Hashim dilantik sebagai YDP PIBG dan disokong sebulat suara oleh sidang dewan.
ii. Encik Feroza bin Abdul Karim ( anak: Zara Jasmin 1P) mencadangkan Puan Aimy Bazura
sebagai Naib Yang Dipertua dan disokong sebulat suara.
iii. Puan Aimy Bazura (anak : Iman Izani 4E) mencadangkan Puan Rasifah Ibrahim sebagai
Penolong Bendahari 2 dan disokong oleh Puan Hanira Hanafi ( anak: Aminee Ilhami 1P).
Puan Nasriah turut dicalonkannamun beliau menarikdiri.
30
iv. Tuan Hasnal Hashim ( anak : Hanna Zalia 5I) mencadangkan Puan Intan Suria binti
Mohd Noordikekalkan sebagai Pemeriksa kira-kira 1. Cadangan disokong sebulat suara.**
v. Encik RapidaiAhmad ( anak : Risqeen Rapidai 1P) mencadangkan Puan Hanira Hanafi
sebagai AJK. Disokong oleh sidang dewan.
vi. Puan Norshireen Nazli Abdul ( anak : Nurmarisha 4U) mencadangkan Puan Nor Aniza
Awang sebagai AJK manakala Puan Zurina Ros ( anak : Dhiya Eddina 5T) mencadangkan
Puan Sapiah Salleh sebagai AJK.
vii. Puan Aida Baizura Abdul Rahman ( anak : Lylia Julia 3R) mencadangkan Dr . Nur’Ain
Mohd Rawi ( anak :Nur Hannah Lyana 3I) sebagai AJK .
vii. Prof. Dr. Zunita Zakaria (anak : Hanna Zalia 5I) pula mencadangkan Dato’ Wan
Jamaludin (anak : Wan Nur Ashela Hany 3U) sebagai AJK .
viii. Puan SharifahFatin ( anak : Aleya Natasha Abrari3U) mencadangkan Puan Nasriah Abd
Rahman sebagai AJK. Undian dilakukan mengikut urutan nama.
x. Mesyuarat sebulat suara memilih Puan Sapiah sebagai wakil SAFE 5, Pn. Nor Aniza Awang
mewakili SAFE 4, SAFE 3 diwakili Dato’ Wan Jamaludin, SAFE 2 Pn. Nasriah manakala SAFE
1 diwakili Pn. Hanira. Dr. Nur’Ain dipilih kerana undian tinggi bagi melengkapkan 6 AJK PIBG
dalam kalangan ibu bapa.
31
NOTA **
8.1.2 Daripada kiraan undi didapati
lebih 3/5 dewan menolok usul tersebut.
11.2 (IV)(Xi) - Pelantikan Puan Intan
Suria dibatalkan kerana tidak hadir
dalam mesyuarat.Agung PIBG ke-43.
32
33
34
35
36
37
38
39
40
LAPORAN TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA
1.0 MUKADIMAH
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
diperlukan oleh pihak sekolah dalam membantu pembangunan sekolah secara menyeluruh. PIBG
menjadi wadah penghubung antara pihak sekolah dan ibu bapa agar segala kecairan maklumat
dan permasalahan yang wujud dapat diperjelas dan ditangani secara berhemah. Hubungan baik
antara pentadbir, guru dan ibu bapa melalui PIBG dan KSIB penting demi mewujudkan iklim
sekolah yang kondusif dan memacu kecemerlangan murid-murid dan sekolah sejajar dengan
objektif penubuhan PIBG iaitu membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam bidang
kurikulum, kokurikulum, bina insan, disiplin, keceriaan sekolah dan keselamatan sekolah
2.0 JAWATANKUASA PIBG 41
Jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG ke-43 pada 15 Februari
2020 bagi Sesi 2020/2021 ialah seperti berikut :
Yang Dipertua : Tuan Hasnal bin Hashim
Naib Yang Dipertua : Puan Aimy Bazura binti Mohamed
Setiausaha : Puan Rosmawati binti Saman
Penolong setiausaha : Puan Dayang Melati binti Abdullah
Bendahari : Puan Rohaniza binti Yahya
Penolong Bendahari 1 : Puan Hamiliya binti Mustafa
Penolong Bendahari 2 : Puan Rasifah binti Ibrahim
Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa) : Puan Nasriah binti Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa (Guru) : Puan Nor Aniza binti Awang
Puan Sapiah binti Salleh
Dr. Nur’Ain binti Mohd Rawi
Puan Nor Shuhida Mat Noor
Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik
Cik Siti Nursyahirah binti Mohamad Jailani
Puan Rafiduriana binti Abdul Rahman
Encik Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman
Encik Mukhtar bin Abdul Hamid
Pemeriksa Kira-kira 2 : Puan Rosmaliza binti Baharom
42
43
4.0 LAPORAN AKTIVITI
Pada akhir tahun 2019 dan 2020, dunia dikejutkan dengan penyebaran wabak
Covid-19. Walakin, beberapa aktiviti PIBG masih sempat dijalankan sebelum Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan beberapa kali sepanjang 2020. Aktiviti
berkaitan dengan akademik khususnyan bagi calon-calon SPM 2020 dan program yang
berkaitan dengan kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid-murid juga diberi
perhatian yang sewajarnya walaupun tiada peperiksaan PT3 dijalankan ekoran
pembatalan beberapa peperiksaan awam, pada tahun 2020.
Pencapaian kokurikulum murid-murid sepanjang sesi 2020 juga agak
membanggakan walaupun ada yang dilaksanakan secara maya. Kejayaan-kejayan SSP
pada peringkat antarabangsa tambah bermakna apabila guru-guru mendapat sokongan
daripada para ibu bapa khususnya sukarelawan KSIB. PIBG juga amat menghargai
sokongan dan komitmen ibu bapa yang sudi membantu dan memberikan sumbangan
kewangan untuk pelbagai program pengantarabangsaan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.
PIBG cakna akan kebajikan demi keselesaan murid. Kempen SSP Bersih
diteruskan melalui program Gotong Royong Perdana di asrama pada Mac 2020. Satu-
satunya program PIBG yang melibatkan semua ibu bapa yang sempat dijalankan
sebelum PKP dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa
yang hadir dan membantu menceriakan asrama anak-anak SSP.
44
Usaha menaik taraf infrastruktur sekolah juga diperkemas. Kerosakan-kerosakan
kelas dan asrama seperti suis lampu, kipas, lokar, tandas, wakaf dan bilik gosok juga
telah dibaik pulih menggunakan sumber kewangan PIBG. Begitu juga dengan mesin
penapis air yang telah ditambah dan diselenggara untuk kemudahan anak-anak.
Selain itu, naik taraf sistem ICT, pemasangan skrin besar di Dewan Puteri Perdana
dan Kipas industri Air Gard yang diusahakan oleh PIBG diharap memberi impak
positif kepada warga Sekolah Seri Puteri khususnya anak-anak yang menduduki
peperiksaan di situ. Semoga kemudahan yang disediakan digunakan dan dijaga
dengan baik.
Demi keselesaan anak-anak yang dihadkan pergerakan kerana pematuhan SOP,
PIBG juga menggerakkan ahlinya untuk menaik taraf Bilik Rekreasi di asrama. Usaha
berbentuk pertandingan ini telah dimenangi oleh rumah Topaz. PIBG berharap
pengubahsuaian hiasan dalaman bilik rekreasi ini memberi keselesaan kepada anak-
anak yang mahu merehatkan minda pada hujung minggu atau pada waktu senggang.
Pengoperasian Klinik Aishah Humaira dan pelibatan ibu bapa sebagai sukarelawan
melalui pemeriksaan dan rawatan untuk penyakit ringan yang diberikandiharap dapat
menjimatkan masa anak-anak berbanding mendapatkan rawatan di luar.
Pembangunan sahsiah murid juga diberi keutamaan sepanjang PKP. PIBG turut
menyumbang untuk pelaksanaan Program Sembang Santai Dakwah yang dianjurkan
oleh pihak sekolah sepanjang PKP.
45
4.1 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
46
4.2 PROGRAM LAIN
47
48
4.3 MALAM SELINGKAR KASIH (MSK 2020)
Pada tahun ini program yang diadakan khusus untuk meraikan murid-murid
tingkatan 5 telah diadakan di Movenpick, KLIA dengan mematuhi SOP dan
dikelolakan sepenuhnya oleh para ibu bapa Loistava. Majlis berjalan lancar
dengan kehadiran mantan pengetua Sekolah Seri Puteri, ibu bapa dan anak-
anak Loistava.
5.0 PENUTUPAN 49
Kerjasama dan toleransi menjadi intipati gerak kerja dalam menggerakkan sesebuah
organisasi. Saya berharap para ibu bapa dapat memanfaatkan platform PIBG untuk menjalin
komunikasi dua hala antara pihak ibu bapa dengan pihak sekolah dalam pelbagai aspek demi
kemaslahatan warga Sekolah Seri Puteri khususnya murid-murid. Semoga pandemik ini cepat
berlalu dan murid-murid dapat melalui hari persekolahan seperti biasa. Insya-Allah.
Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada AJK PIBG sesi 2020/2021 yang telah berusaha menunaikan amanah dan
tanggungjawab dengan sebaik mungkin walaupun dalam situasi PKP. Sekiranya ada
kekurangan dan kelemahan atau keterlanjuran kata serta perbuatan, kemaafan dipinta kerana
yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri.
Sekian. Wabillahittaufik Wal Hidayah Wassalamu Alaikum WRM. WBR.
ROSMAWATI BINTI SAMAN
Setiausaha PIBG sesi 2020/21
Sekolah Seri Puteri
Cyberjaya