NAMA: NUR IZZATI BINTI KHAIRULANUAR KELAS: B6 ANGKA GILIRAN: 2022192340117 NO. KAD PENGENALAN: 040113101382 BUKU LOG PANDUPUTERIKADET
ISI KANDUNGAN PENGURUSAN DAN 1 PENTADBIRAN PASUKAN 2 Takwim dan Perancangan Aktiviti Pasukan Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGM KPM Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat IPGMKBM PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Am Latar belakang: Tujuan, Visi, Misi Kepimpinan : Pemimpin Tidak Berwaran, Pemimpin Berwaran Penubuhan, Pendaftaran dan Pentadbiran: Penubuhan, Pendaftaran Pasukan Pasukan Pandu Puteri Kadet Keagamaan Kewangan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Pemimpin Pemimpin : Pemimpin Tidak Berwaran, Pemimpin Berwaran Waran Pemimpin Waran Perjawatan Pemimpin Pandu Puteri Tunas
3 4 Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri Cogan Kata dan Lambang Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Berjabat Tangan dan Khidmat Pandu Puteri Isyarat Wisel serta Isyarat Tangan Lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-Lagu Pandu Puteri Tunas (lagu-lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan maksudnya Bendera Dunia dan maksudnya SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Sejarah Perkembangan Riwayat Hidup Pengasas World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Malaysia Hari Peringatan Sedunia Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Cawangan Persatuan Pandu Puteri Kadet Persatuan Pandu Puteri Tunas Persatuan Pandu Puteri Kelipkelip ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Prinsip Asas PPT Anugerah TOPAZ 1, TOPAZ II, TOPAZ III Skim Lencana Kecekapan Menyediakan satu perancangan tahunan program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di sekolah rendah yang mengandungi skim-skim lencana Pandu Puteri Tunas.
Kelas: Kumpulan Berenam: Angka Giliran: Nama: Nur Izzati Binti Khairulanuar Siantan 2022192340117 No Kad Pengenalan: 040113-10-1382 B6
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN
YANG DIPERTUA TIMBALAN YANG DIPERTUA YM DATO’ TENGKU SHIREEN BINTI ALMARHUM DATO’ PADUKA TENGKU SULEIMAN YB DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DATO' DR. WAN ISMAIL KETUA PESURUHJAYA YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG PENAUNG DIRAJA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG RAJA ZARITH SOFIAH YANG DIPERTUA-YANG DIPERTUA CAWANGAN PESURUHJAYAPESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN AHLI-AHLI EX-OFFICO STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
BIL. NAMA JAWATAN CAWANGAN 1. YBrs. Dr. Rektor Penaung IPGM 2. Dr. Zanariah binti Ibrahim Yang Dipertua Cawangan IPGM 3. Dr. Noor Habibah binti Kaderan Ketua Pesuruhjaya Cawangan IPGK Pendidikan Islam 4. Dr. Sholehah binti Ismail Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan IPGK Perempuan Melayu 5. Pn. Azizah binti Alias Setiausaha Kehormat IPGK Ipoh 6. Pn. Pathmavathy a/p Alagappan Penolong Setiausaha Kehormat IPGK Bahasa Melayu 7. Pn Nik Suzana binti Nik Mat Bendahari Kehormat IPGK Ilmu Khas 8. Pn Rozana @ Umi Kalthum Binti Sahul Hamid Penolong Bendahari Kehormat IPGK Perempuan Melayu 9. Cik Nik Noor Najmi binti Md Ibrahim Pesuruhjaya Latihan IPGK Ipoh 10. Pn. Shahaliza binti Halim Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan IPGK Ipoh 11. Pn. Norliza binti Samin Pesuruhjaya Perhubungan dan Masyarakat IPGK Temenggung Ibrahim 12. Pn. Adelina Hannani binti Abdullah Pesuruhjaya Program IPGK Bahasa Antarabangsa 13. Dr Murni Hayati binti Mohd Dollah Pesuruhjaya Antarabangsa IPGK Perempuan Melayu 14. Cik Luvrina binti Jamaludin Pesuruhjaya Keahlian IPGK Tun Hussein Onn 15. Dr. Noazima Binti Wahab Penolong Pesuruhjaya Keahlian IPGK Raja Melewar 16. Dr. Rohaya binti Ahmad Pesuruhjaya Trefoil Guild IPGK Tuanku Bainun 17. Dr Muliyati binti Timbang Pesuruhjaya Tunas IPGK Tawau STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPGMKPM
STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT IPGMKBM
PRINSIP ASAS PANDU PUTERI
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANGUNDANG AM
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM LATAR BELAKANG: TUJUAN, VISI, MISI LATAR BELAKANG Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia TUJUAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Menerajui Perkembangan Potensi Gadis Dan Wanita Untuk Membawa Perubahan DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM LATAR BELAKANG: TUJUAN, VISI, MISI VISI MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.
Seorang pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti kursus Prawaran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu Puteri Pemimpin boleh memakai lencana pelantikan pelantikan pemimpin. Pemimpin yang telah menguruskan pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran. DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM KEPIMPINAN : PEMIMPIN TIDAK BERWARAN, PEMIMPIN BERPEMIMPIN BERWARAN PEMIMPIN TIDAK BERWARAN Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Calit Emas serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti kursus lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja. Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV. Kepimpinan Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan barisan pemimpin untuk mendidik dan memimpin ahli wanita dan dewasa. Barisan pemimpin dikategorikan mengikut peningkatan iaitu : PEMIMPIN BERWARAN
Pasukan Kelip-Kelip, Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer untuk kanak-kanak dan remaja wanita boleh ditubuhkan di mana-mana sahaja, umpamanya di ibu pejabat Pandu Puteri cawangan, kawasan perumahan, tempat kerja di tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta di kolej matrikulasi DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM PENUBUHAN, PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN: PENUBUHAN, PENDAFTARAN PASUKAN PENUBUHAN Pasukan Pandu Puteri Kadet ditubuhkan di Institusi Pendidikan Guru Pasukan Pandu Puteri Dewasa/ Pandu Puteri Siswi boleh ditubuhkan di ibu pejabat Pandu Puteri cawangan dan di Institusi Pendidikan Tinggi Guild Pandu Puteri Raja, Guild Trefoil untuk wanita dewasa dan Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya, serta Kumpulan Ahli Sukarela Pandu Puteri boleh ditubuhkan di ibu pejabat Pandu Puteri cawangan, tempat kerja dan di kawasan perumahan. Pihak yang ingin menubuhkan Pasukan Pandu Puteri KelipKelip/ Puteri Tunas/Pandu Puteri Remaja/Pandu Puteri Renjer/Pandu Puteri Kadet/Pandu Puteri Dewasa/Pandu Puteri Siswi atau Guild boleh menghubungi Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan masingmasing
Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip, Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pasukan Pandu Puteri Dewasa, Guild Pandu Puteri Raja, Guild Trefoil, Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya serta Kumpulan Ahli Sukarela Pandu Puteri hendaklah disahkan serta didaftarkan secepat mungkin. DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM PENUBUHAN, PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN: PENUBUHAN, PENDAFTARAN PASUKAN PENDAFTARAN PASUKAN Borang pendaftaran boleh didapati daripada ibu pejabat kebangsaan atau ibu pejabat cawangan ataupun dari laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Borang pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Borang pendaftaran dari Institut Pendidikan Guru (kampus tertentu) hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Borang pendaftaran Pandu Puteri Dewasa/Pandu Puteri Siswi hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke ibu pejabat kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya melalui Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa Kebangsaan.
Yuran pendaftaran pasukan dibayar hanya sekali. DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM PENUBUHAN, PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN: PENUBUHAN, PENDAFTARAN PASUKAN Ibu pejabat kebangsaan merekod pendaftaran dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pasukan perlu mengemaskinikan dan membaharui pendaftaran tahunan ahli-ahlinya dengan ibu pejabat kebangsaan melalui eDaftar. Pembaharuan pendaftaran tahunan berserta bayaran yuran ahli perlu dihantar ke ibu pejabat kebangsaan tidak lewat daripada 30 Mac setiap tahun melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan . Sijil pendaftaran adalah hak milik pasukan. Jika sijil hilang, bayaran dikenakan untuk sijil ganti.
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM PASUKAN PANDU PUTERI KADET PASUKAN PANDU PUTERI KADET Tujuan : Menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam Pandu Puteri. Ahli-ahli Terdiri daripada pelajar-pelajar guru di Institut Pendidikan Guru. Bilangan ahli Pasukan Pandu Puteri Kadet adalah antara 12 orang (minima) hingga ke 36 orang (maxima). Sekiranya terdapat kurang daripada 12 orang ahli, kebenaran khas boleh diperolehi daripada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Jawatankuasa Terdiri daripada: Ketua Pasukan Setiausaha Bendahari Pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil Pasukan Pandu Puteri Kadet boleh dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran atau seorang jurulatih. Borang pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Kadet yang telah dilengkapkan berserta yuran pendaftarannya hendaklah dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan Institut Pendidikan Guru untuk pengesahan. Ketua Pesuruhjaya Cawangan Institut Pendidikan Guru seterusnya menghantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan serta yuran pendaftaran kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ibu pejabat kebangsaan akan merekodkan pendaftaran dan mengeluarkan sijil pendaftaran Pasukan Pandu Puteri Kadet.
Objektif bahagian kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM KEAGAMAAN DAN KEWANGAN KEAGAMAAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia terbuka kepada mereka yang menganuti satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran atau kepercayaan tersebut. KEWANGAN Menyimpan maklumat yang betul dan tepat tentang kedudukan kewangan persatuan. Membekalkan maklumat yang tepat dan benar kepada pihak pengurusan mengikut masamasa yang ditetapkan. Memastikan semua data dan statistik yang dikehendaki oleh undang-undang (statutory requirements) disimpan dengan baik. Memastikan semua garis panduan peraturan yang berkaitan dengan Piawaian Perakaunan Antarabangsa dipatuhi. Mengamalkan nasihat Lord Baden Powell ” Do not beg for money”. Perbelanjaan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibiayai oleh sebahagian daripada kutipan yuran ahli-ahli, hasil jualan pusat peralatan persatuan, usaha-usaha mengisi tabung persatuan, sumbangan derma yang diterima serta punca kewangan lain yang telah dipersetujui. Ahli-ahli persatuan tidak boleh memungut derma dengan cara menjual barangan di tepi-tepi jalan sama ada untuk persatuan atau untuk badan- badan lain.
Pungutan derma untuk persatuan perlu melalui cara-cara tertentu yang telah dipersetujui oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa termasuk pihak polis tempatan untuk memungut derma. Ketua Pesuruhjaya Cawangan boleh memohon bantuan kewangan seperti subsidi untuk pentadbiran, tanah dan bangunan, pembelian peralatan atau tajaan untuk latihan daripada pihak-pihak tertentu. Salinan permohonan berkenaan perlu disampaikan kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ahli-ahli persatuan boleh menolong memungut derma untuk persatuan atau badan-badan kebajikan yang memerlukan bantuan, melalui cara-cara yang telah dipersetujui oleh persatuan. Ahli yang berkenaan perlu buat persiapan awal dan maklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah terlebih dahulu dan seterusnya kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pesuruhjaya Daerah mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkuasa termasuk daripada pihak polis tempatan.Ini adalah untuk membolehkan kumpulannya menjalankan kerja amal tersebut dengan baik dan sempurna. DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM KEAGAMAAN DAN KEWANGAN Ahli-ahli persatuan dilarang mengutip derma melalui caracara yang bertentangan dengan undang-undang negara seperti perjudian. Cara pungutan derma
Pemimpin perlu menyimpan akaun kewangan. Akaun tersebut boleh diperiksa oleh mana-mana pihak yang berkenaan. Setiap pasukan atau guild menguruskan hal kewangan masing-masing. DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM KEAGAMAAN DAN KEWANGAN Peranan setiap pasukan/guild Setiap pasukan atau guild perlu membuat kutipan yuran daripada ahli- ahlinya. Akaun Kewangan Penyata akaun tahunan daerah yang telah diaudit mesti dihantar ke cawangan masing-masing satu bulan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Penyata akaun tahunan cawangan mesti dihantar ke ibu pejabat kebangsaan selewat-lewatnya pada 30 Mac setiap tahun.
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN PEMIMPIN : PEMIMPIN TIDAK BERWARAN, NNNPEMIMPIN BERWARAN Sumber: Laman web PPPM Pemimpin adalah ahli dewasa yang layak memimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik. PEMIMPIN PEMIMPIN TIDAK BERWARAN Pemimpin Tidak Berwaran ialah Pemimpin Baharu yang telah dilantik oleh Pesuruhjaya. Tugas: Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik. Pemimpin tidak berwaran yang telah diselia oleh Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran. PEMIMPIN BERWARAN Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja dan Prawaran Pandu Puteri Kadet, Pasukan Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik. Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara 1, Mutiara 11, Mutiara 111 dan Mutiara IV.
Menyimpan rekod pasukan seperti: Sijil Pendaftaran Pasukan Rekod Kedatangan Ahli Buku Stok Rekod Kewangan DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN WARAN PEMIMPIN Syarat mendapat waran pemimpin Telah membaca sekurang-kurangnya dua buah buku Pandu Puteri untuk menghayati pergerakan Pandu Puteri. Telah menghadiri Kursus Prawaran dan memahami prinsip Pandu Puteri untuk mengendalikan Pasukan. Mengetahui cara mengendalikan Mesyuarat Pow-Wow dan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan (Court of Honor). Mengetahui dan boleh menjalankan permainan Pandu Puteri dalam Program Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik iaitu Permainan Kim dan Permainan Luas. Rekod Kemajuan Ahli Program/Perancangan Log Pasukan/Aktiviti Minit Mesyuarat Pasukan Menyimpan Buku Log Peribadi sendiri Mengendalikan Perjumpaan Mingguan dan menjalankan Istiadat Pelantikan Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik Telah diselia oleh Pesuruhjaya Daerah setelah beliau menerima permohonan yang berkenaan. Telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin Peringkat Daerah sekurang kurangnya sekali. Fail penyertaan latihan/ kursus yang dihadiri Fail surat menyurat Fail Mesyuarat Daerah
WARAN Tanda pengesahan pelantikan kepada sesuatu jawatan Pandu Puteri. Syarat mendapat waran perjawatan DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN WARAN PERJAWATAN Mengikuti Kursus Pra-Waran Menjalankan tugas sebagai Pemimpin Pasukan atau Kelab sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan Diselia oleh Pesuruhjaya Daerah Waran yang dikeluarkan untuk sesuatu jawatan khusus tidak boleh ditukar kepada jawatan lain. Apabila tamat tempoh pelantikan sesuatu jawatan, waran berkenaan tidak perlu dikembalikan ke Ibu Pejabat Kebangsaan. Pesuruhjaya daerah bertanggungjawab menghubungi pihak sekolah atau institusi dan mendapatkan nama pemimpin yang ditugaskan memimpin pasukan. Seterusnya Pesuruhjaya Daerah mengambil tindakan dengan melantik atau membuat permohonan mengeluarkan waran. Permohonan untuk waran baharu akan dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan bagi pelantikan baharu setelah Pesuruhjaya Daerah berpuas hati bahawa semua syarat pelantikan telah dipenuhi. Waran ialah milik Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan berhak menarik balik atau membatalkan waran tanpa memberi alasan. Seorang pemimpin berwaran yang telah ditukarkan sekolah atau tempat kerja tidak perlu mengembalikan waran tersebut tetapi perlu memohon waran baharu semula daripada Pesuruhjaya Daerah.
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia. PELANTIKAN PEMIMPIN TIDAK BERWARAN Pesuruhjaya Daerah bertanggungjawab melantik pemimpin Pandu Puteri Tunas dengan kerjasama: Pihak sekolah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) (jika perlu) Selepas persetujuan pihak sekolah, Pesuruhjaya Daerah/Ketua Pesuruhjaya Cawangan mencadangkan pemimpin tidak berwaran diberi Waran Kakak Setia atau Siti Setia. Cadangan perlu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pesuruhjaya Daerah/Ketua Pesuruhjaya Cawangan mesti memastikan calon: Berakhlak baik & berpendirian teguh untuk memimpin dan memajukan Pandu Puteri Tunas. Berminat & memahami Pandu Puteri Tunas yang dipimpin. Faham Misi & Visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia nnn(WAGGGS). Bersetuju & taat kepada matlamat asas program Pandu Puteri dan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sedia menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (jika belum pernah menyertai mana-mana pasukan Pandu Puteri). Bersedia mengikuti Kursus Prawaran dan kursus lanjutan. Bersedia mendapatkan latihan tambahan dari semasa ke semasa. Berupaya mengendalikan perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Tunas
Syarat sebelum mencadangkan waran pemimpin SYARAT MENJADI PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS Kakak Setia: 21 tahun ke atas (dalam keadaan tertentu, 20 tahun boleh dilantik) Siti Setia: 18 tahun ke atas (dalam keadaan tertentu, 17 tahun boleh dilantik) Diselia dan dibantu oleh Pesuruhjaya Daerah selama 3 bulan. Membaca sekurang-kurangnya dua buah buku Pandu Puteri. Menghadiri Kursus Pemimpin Baharu dan Kursus Prawaran. Memahami & mengamalkan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri dalam mengendalikan pasukan. DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS PELANTIKAN PEMIMPIN BERWARAN Pesuruhjaya Daerah mesti memastikan pemimpin berkeupayaan mengendalikan perjumpaan Pandu Puteri Tunas melalui: Mengadakan perbincangan yang mesra dengan pemimpin berkenaan Menemu ramah pemimpin berkenaan Memerhati pemimpin berkenaan mengendalikan perjumpaan pasukannya. Syarat umur Pesuruhjaya Daerah/Ketua Pesuruhjaya Cawangan perlu memastikan perkara berikut sebelum melantik pemimpin: Pemimpin baharu
LATIHAN UNTUK PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS Kursus Pra Waran Pemerhatian dan penglibatan diri sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Tunas yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang berpengalaman. Pengalaman mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya di bawah asuhan Pesuruhjaya Daerah, jurulatih atau pemimpin yang berpengalaman selama tiga (3) bulan Usaha membaca, melayari laman web dan pengalamannya sendiri di dalam Pasukan Pandu Puteri Tunasnya Menghadiri Kursus Lanjutan TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pemimpin Pandu Puteri Tunas harus: Aspek Bimbingan & Latihan Membantu Pandu Puteri Tunas memupuk persahabatan dan mengamalkan Persetiaan, Undang-Undang & Cogan Kata. Bercerita dengan gaya yang menarik minat ahli. Memahami & mengendalikan Sistem Berenam, Mesyuarat Pasukan, Pow-Wow, Upacara & Istiadat. Melatih & memberi peluang kepimpinan kepada Ketua Pasukan. Memahami matlamat & proses Program Pandu Puteri Tunas, serta melatih & menguji ahli mengikut Pra Persetiaan, Calit Emas, Tangga Emas, Tangan Emas & Anugerah Tunas Harapan Mempunyai pengetahuan tentang Pergerakan Pandu Puteri di Malaysia & peringkat antarabangsa untuk digunakan dalam latihan.
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS Aspek Pengurusan & Perancangan Memastikan Cuti Pasukan & aktiviti luar dijalankan mengikut Program Pandu Puteri Tunas. Menyimpan rekod penting seperti kewangan, kemajuan & aktiviti pasukan. Merancang & mengatur perjumpaan mingguan yang sesuai serta mengendalikannya dengan baik. Memahami peranan Pasukan Pandu Puteri Tunas di daerah & menyedari pentingnya kerjasama dengan pasukan lain seperti Pandu Puteri Remaja, Renjer, Kadet, Siswi, Tingkatan 6 & Politeknik. Aspek Kolaborasi & Profesionalisme Berhubung rapat & bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah untuk kepentingan pasukan. Mengekalkan waran dengan menyertai: Mesyuarat Pemimpin peringkat daerah Acara Pandu Puteri Kursus lanjutan & tambahan Membaca penerbitan Pandu Puteri Aspek Peningkatan Ilmu & Kajian Mendapatkan maklumat & ilmu berkaitan Pandu Puteri melalui laman sesawang Meningkatkan ilmu & kemahiran melalui bacaan penerbitan Pandu Puteri. Menulis makalah Pandu Puteri untuk diterbitkan di dalam & luar negara. Menilai pengalaman sendiri sebagai pemimpin & membuat pengubahsuaian jika perlu. Merancang & melaksanakan kajian tindakan untuk meningkatkan prestasi diri & pasukan
PERANAN PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PEMIMPIN PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS PERTUKARAN PEMIMPIN PANDU PUTERI TUNAS Kakak Setia atau Siti Setia: Mengurus Pasukan Pandu Puteri Tunas & melatih ahli berdasarkan Dasar Pertubuhan & UndangUndang Pandu Puteri Tunas. Peranan Kakak Setia Boleh menggantung keahlian Pandu Puteri Tunas yang berkelakuan tidak memuaskan, tetapi perlu berunding dengan Pesuruhjaya Daerah sebelum melucutkan keahlian. Boleh menguji ahli dalam bahagian Pra Persetiaan, Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas. Membimbing ahli memahami & menghayati Lencana Kecekapan Pandu Puteri Tunas. Hanya pemimpin berwaran atau panel penguji yang mempunyai kemahiran tertentu boleh menguji ahli. Waran ialah tauliah bagi seseorang pemimpin untuk mengendalikan sesuatu Pasukan Pandu Puteri Tunas. Proses Pertukaran Pemimpin Pemimpin berwaran yang bertukar lokasi tidak perlu memulangkan waran, tetapi perlu memohon waran baharu untuk pasukan baharu melalui Pesuruhjaya Daerah. Pesuruhjaya Daerah akan menghantar permohonan waran baharu kepada Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pesuruhjaya Daerah akan memastikan pemimpin baharu: Mengelola Pasukan Pandu Puteri Tunas baharu ?? Menerima latihan yang diperlukan ??✨ Menghadiri mesyuarat & acara Pandu Puteri secara berkala ???? Pesuruhjaya Daerah membantu & memberi sokongan kepada pemimpin yang baru bertukar.
PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI
PERSETIAAN DAN UNDANGUNDANG PANDU PUTERI PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi UndangUndang Pandu Puteri. UNDANG-UNDNG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua Seorang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
COGAN KATA DAN LAMBANG
Selalu Sedia (Be Prepared) Lencana Dunia COGAN KATA DAN LAMBANG LAMBANG Setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau balasan Logo Pandu Puteri Malaysia (PPPM) COGAN KATA
LENCANA DUNIA COGAN KATA DAN LAMBANG Trefoil (cabang tiga) melambangkan Persetiaan Pandu Puteri. 1. Warna emas (matahari bersinar di langit biru) payung kepada semua Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di dunia. 2. Dua biji bintang melambangkan Persetiaan dan UndangUndang Pandu Puteri 3. Segitiga ke atas jarum kompas tunjuk utara melambangkan matlamat Pandu Puteri. 4. Tangkai melambangkan perasaan kasih sayang sesama manusia yang sentiasa menyala dalam jiwa Pandu Puteri 5.
LOGO PPPM COGAN KATA DAN LAMBANG PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengahtengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya. 1. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas logo (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh PPPM. 2.
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI
ISYARAT HORMAT ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Semasa memberi isyarat hormat, tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia. Berikut merupakan cara memberi dan menerima hormat Pandu Puteri. Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah Maksud Hormat Pandu Puteri Sumber: Laman web eCentral
BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI BERJABAT TANGAN BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI Pandu Puteri berjabat tangan dengan tangan kiri apabila bertemu ahli berpakaian seragam. Jika berjumpa orang kenamaan atau individu tanpa pakaian seragam, Pandu Puteri menggunakan kedua-dua tangan sebagai tanda hormat, selaras dengan budaya Malaysia. Cara Berjabat Tangan Sejarah & Maksud Berjabat Tangan dengan Tangan Kiri Amalan ini berasal daripada pengalaman Baden-Powell di Afrika semasa menjadi askar. Pahlawan suku kaum yang sering bermusuhan memegang senjata di tangan kanan dan hanya sanggup mengangkat tangan kiri sebagai tanda persahabatan & kepercayaan. Baden-Powell menjadikan amalan ini sebagai tradisi dalam Pengakap dan kemudian diterapkan dalam Pandu Puteri. Tujuan Berjabat Tangan ✔️ Tanda hormat dalam nnnPandu Puteri. ✔️ Cara bertegur sapa nnnnsesama ahli & pemimpin. ✔️ Melambangkan nnnpersahabatan & kepercayaan.
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI KHIDMAT PANDU PUTERI BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI Seseorang Pandu Puteri digalakkan untuk membantu orang lain sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Pandu Puteri juga sentiasa bersedia memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan. Sumber: Laman web PPPM
ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai. ISYARAT WISEL Tujuan Nota
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI ISYARAT TANGAN ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN
LAGU PANDU PUTERI (LAGU DUNIA, TAPS SIANG, TAPS MALAM)
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI LAGU DUNIA LAGU PANDU PUTERI (LAGU DUNIA, TAPS SIANG, TAPS MALAM) Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give.
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI TAPS SIANG LAGU PANDU PUTERI (LAGU DUNIA, TAPS SIANG, TAPS MALAM) Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang Langit biru, mana pergi Hidup kami, tuhan saksi Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris Thanks and praise, for our days Neath the sun, neath the stars Neath the sky, as we go This we know,god is nigh
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI TAPS MALAM Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat tuhan. Day is done, done the sun From the sea, from the hills From the sky, all is well Safety rest, god is nigh. LAGU PANDU PUTERI (LAGU DUNIA, TAPS SIANG, TAPS MALAM)
LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS (LAGU-LAGU KUMPULAN BERENAM)