IKHTILAT K A T A K A N T I D A K P A D A P E R G A U L A N B E B A S ! V O L U M E 01 S E SI II : 2 0 2 2 /2 0 2 3 TUNDUKKAN PANDANGAN, JAGA AURAT DENGAN SEMPURNA M EI 2 0 2 3 R M10.0 0 (S M) / R M15.0 0 (S A B A H & S A R A W A K) MPU23012 PENGAJIAN ISLAM SALAH LANGKAH MEMAKAN DIRI KENIKMATAN BERUJUNG PETAKA KERANA BUKTI MARUAH TERGADAI PENYESALAN
ISI KANDUNGAN Prakata Penasihat 03 Sidang Redaksi Pengenalan KOLEKSI CERPEN & INFOGRAFIK PENDAHULUAN Cerpen Salah Langkah Memakan Diri Cerpen Kenikmatan Berujung Petaka Cerpen Kerana Bukti Maruah Tergadai 04 05 07 08 10 12 Infografik Adab Pergaulan Dalam Islam Infografik Punca Pergaulan Bebas Terhadap Pelajar Infografik Ciri-Ciri Pergaulan Bebas Infografik Kesan Pergaulan Bebas 14 17 15 16 Cerpen Penyesalan
R A K A T A P E N A S I H A T Majalah Ikhtilat merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam (MPU23012). Tugasan ini telah mengetengahkan konsep penulisan kreatif dan santai bertemakan isu-isu dan cabaran semasa dalam masyarakat & institusi global. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar bagi pengajian sesi 2 2022/2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah ini untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan secara santai ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang cabaran global dunia Islam masa kini. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan secara kreatif dalam merealisasiakan matlamat kerajaan membentuk Agenda Malaysia Madani melalui platform pendidikan. Sekian, terima kasih. P PUAN NOR KHAYATI BINTI BASIR PENSYARAH POLITEKNIK PORT DICKSON 3
Sidang Redaksi Majalah Sesi II : 2022/2023 Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, Majalah IKHTILAT ialah suatu platform yang disediakan oleh para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi kursus Pengajian Islam (MPU 23012). Tugasan ini telah mempertengahkan isu pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DSK2B, sesi 2 2022/2023 yang telah memberikan komitmen dan kesungguhan yang padu dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah IKHTILAT untuk dimanfaatkan kepada diri sendiri dan masyarakat di luar sana. Harapan kami semoga mesej yang disampaikan dalam penulisan ini dapat memberikan kesedaran kepada kepentingan menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan di Malaysia. E dit o r P e n y u n tin g J u r u g a m b a r P e n u lis NUR IMAN 'AQILAH BINTI BAHARUDIN 06DSK22F1025 AINAA AIMANINA BINTI ANUAR 06DSK22F1001 NUR FARISHA BINTI KHAIRUL ANUAR 06DSK22F1049 AIMANSYAKIRAH BINTI SHAMSUDIN 06DSK22F1010 4
PENGENALAN PERGAULAN BEBAS Salah satu bentuk perilaku menyimpang dimana "bebas" yang dimaksudkan ialah melebihi batas-batas norma yang ada. Ianya juga merupakan proses bergaul dengan berlainan jantina tetapi melepasi ikatan batasan pergaulan Di dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud " hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul" 5
6
Oleh : Nur Iman 'Aqilah binti Baharuidn SALAH LANGKAH MEMAKAN DIRI Aku seorang yang tidak mempunyai kawan lalu didatangi oleh seorang pelajar lelaki yang sebaya denganku dan tanpa aku sedar, dia sedang memikirkan cara untuk merosakkan diri aku. Disinilah segalanya bermula. Aku pelajar semester 1 di sebuah politeknik. Aku tidak mempunyai kawan dan aku banyak menghabiskan masa seorang diri. Tidak kira kemana saja aku pergi, aku sentiasa bersendirian. Satu ketika, aku ditegur oleh seorang pelajar lelaki jurusan mekanikal. Aku merupakan pelajar yang duduk di asrama manakala dia duduk di luar kawasan poli iaitu rumah sewa. Pada awalnya, kami jarang berjumpa mahupun berbual secara berlebihan tetapi pada satu hari, dia dengan beraninya berjumpa aku lalu meminta nomborku dengan mengatakan bahawa agar mudah untuk kami saling berkomunikasi mahupun berjumpa dikemudian hari. Aku pun terus memberinya nomborku lalu terus bergerak untuk pergi ke kelas seterusnya. Kami sentiasa berhubung melalui WhatsApp sampai satu ketika kami mula berbual di telefon. Dia mula meluahkan perasaan kepada diriku dan aku pun bersetuju untuk bercinta dengannya. Kami sentiasa berbual di telefon sehingga satu hari perbualan kami mula mengandungi perkara-perkara yang kurang senonoh. Aku berfikir bahawa dia hanya ingin bergurau tapi aku tidak menyangka bahawa dia mengambil serius semua apa yang dikatakan itu. Selepas beberapa minggu, perbualan tersebut semakin kotor dan dia mula meminta agar aku memberikan gambar mahupun video diriku tanpa seurat benang. Aku sering menolak tetapi dia tidak putus asa dan sering meminta aku gambar mahupun video tersebut. Dia mengugut bahawa dia akan berpisah denganku sekiranya aku tidak memberikan apa yang diminta. Dia juaga turut berjanji bahawa dia tidak akan menyebarkannya kepada sesiapa sekiranya aku memberinya gambar dan video tersebut. Tanpa berfikir panjang dan kerana sayang aku memberinya gambar yang diminta. Sampai satu ketika dia mula meminta aku untuk merakam aksi-aksi yang dapat menghairahkannya serta memberikannya video aku melakukan onani pada diri sendiri. Aku enggan melakukannya tetapi dia sering mengugut dengan mengatakan dia ingin berpisah denganku. Hari demi hari, bulan berganti bulan, sehingga satu ketika dia meminta agar kami berpisah tanpa aku tahu apa kesalahan yang aku lakukan. Dia terus menyekat nomborku dan apa-apa aplikasi lain yang membolehkan kami untuk berhubung. Selepas beberapa hari selepas kejadian tersebut, aku diberi tahu oleh rakanrakannya bahawa dia telah bertunang dengan pilihan keluarganya sendiri. Aku berasa sangat sedih. Tetapi kisah ini tidak sampai disitu sahaja. Ketika aku melihat sosial media, aku ternampak gambar serta video yang aku pernah berikan kepadanya telah tersebar luas. Aku berasa sangat malu dan berasa bodoh kerana aku mempercayainya. Kemana sahaja aku pergi, banyak mulut yang berkata buruk tentangku. Sampai satu ketika aku berasa putus asa dan aku mengambil keputusan untuk berhenti dari meneruskan pelajaranku kerana malu yang teramat. Begitulah kisah gelapku. Aku berharap agar semua yang membaca ini dapat mengambil pengajaran dari kisahku ini agar tidak menyesal dikemudian hari. Ingatlah wahai semua wanita diluar sana. Jangan kerana cinta kamu menjadi bodoh dan tidak memikirkan tentang perkara yang akan terjadi pada masa akan datang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. 7
KENIKMATANBERUJUNGPETAKA Oleh : Nur Farisha Bt Khairul Anuar Setiap orang memerlukan kawan baik, tidak terkecuali aku. Aku menuai kembali apa yang terjadi pada aku dahulunya menutup aurat, menjaga perbatasan dan sentiasa mendekatkan diriku padaNya. Namun semuanya berubah setelah aku melanjutkan pelajaran Diploma di Politeknik. Pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke tempat ini, aku berasa amat janggal ingin membuat kawan baharu. Oleh kerana zaman persekolahan aku yang dahulunya amatlah tegas tentang agama ia membuatkan aku hanya mendekatkan diriku padaNya sahaja tanpa pengetahuan luar serta peredaran zaman. Setelah selesai urusan mendaftarkan diri serta kediaman, aku pun bersalaman dengan ibu bapa dan adik-adikku. Banyak pesanan ibubapa aku yang aku perlu sematkan dalam pemikiran dan tujuan aku hadir disini. " P I L I H L A H K A W A N Y A N G B A I K K E R A N A I A C E R M I N A N K I T A " Setelah itu, aku berkenalan dengan rakan sebilik aku yang bernama Natasya. Dari luaran Natasya Nampak berasal dari keluarga yang senang berbanding aku. Natasya, tinggi orangnya, kulitnya yang putih gebu serta ramping membuatkan aku kagum melihat kecantikkan nya. Sedang kami mengemas barang-barang dapatlah kami mengenal satu sama lain dan secara tidak langsung aku dan Natasya menjadi rapat. Beberapa bulan aku melanjutkan pelajaran aku disini, banyak tekanan yang aku hadapi dari aspek kewangan, pelajaran dan lain-lain. Aku sering menceritakan masalah aku pada Natasya. Kadang-kadang aku cemburu dengan Natasya kerana Natasya kelihatan seperti tiada masalah. Terkadang aku cemburu dengan kehidupan Natasya yang social dan perkara tersebut membuatkan aku ingin menjadi sepertinya. Walau apa pun yang terjadi aku tetap ingat pesanan ibu aku yang ingin melihat aku berjaya. Aku sentiasa berdoa agar tuhan sentiasa kuatkan iman aku agar tidak melakukan perkara yang dilarang olehNya. Namun, manusia sememangnya tidak lari dari kesilapan serta iman yang berubah. 8
" SAHABAT YANG BAIK ITU ANUGERAH, TIDAK PERLU YANG BERPURDAH ATAU BERSERBAN. CUKUPLAH YANG SELALU MEMBIMBING KE JALAN ALLAH. " Disinilah semuanya mula berubah. Pakaian aku sedikit demi sedikit berubah tidak seperti dahulu lagi kerana aku tidak ingin lagi orang memandang rendah terhadap pemakaian aku. Aku tidak ingin lagi orang menganggap aku kolot dalam menjaga keterampilan diri. Aku mula belajar sedikit demi sedikit cara berfesyen bersama Natasya. Secara tidak sedar, aku mengenali ramai lagi rakan-rakan dan aku hilang malu untuk memakai pakaian yang dapat menarik perhatian lelaki. Dahulunya aku merupakan pelajar terbaik, kini tiada lagi. Dahulunya aku selalu menelefon ibubapa aku, kini tiada lagi. Dahulunya, aku sering mendekatkan diri padaNya, sekarang jarang aku lakukannya. Sehingga hari bermulanya kisah hitamku , Natasya mengajak aku ke satu tempat hiburan untuk aku melupakan semua masalah aku. Ketika aku sedang leka berhibur bersama-sama rakan yang lain ,Natasya menghidangkan aku secawan minuman yang tidak pernah aku bayang untuk menelannya. Namun kerana pujukan rakan yang selalu berada di samping aku ,aku turutkan .Hanya secawan tiada masalah, fikir aku .Beberapa ketika kemudian pandangan ku menjadi kabur . Apa yang aku tahu, aku tersedar aku di sebuah ruangan gelap dan seperti ada seseorang disebelah aku. Ketika minda dan mata ku telah mengadaptasi pekara yang berlaku rasanya jantungku hampir gugur.Aku telah terlanjur dengan salah seorang rakan Natasya.Pandanganku kosong membayangkan reaksi ibu dan ayah jika pekara ini terbongkar. . Disinilah semuanya mula berubah. Pakaian aku sedikit demi sedikit berubah tidak seperti dahulu lagi kerana aku tidak ingin lagi orang memandang rendah terhadap pemakaian aku. Aku tidak ingin lagi orang menganggap aku kolot dalam menjaga keterampilan diri. Aku mula belajar sedikit demi sedikit cara berfesyen bersama Natasya. Secara tidak sedar, aku mengenali ramai lagi rakan-rakan dan aku hilang malu untuk memakai pakaian yang dapat menarik perhatian lelaki. Dahulunya aku merupakan pelajar terbaik, kini tiada lagi. Dahulunya aku selalu menelefon ibubapa aku, kini tiada lagi. Dahulunya, aku sering mendekatkan diri padaNya, sekarang jarang aku lakukannya. Selama 2 bulan aku cuba merahsiakan hal yang terjadi, aku turut menjauhkan diri daripada Natasya. Hanya Allah yang tahu betapa aku menyesali apa yang aku lakukan apabila aku disahkan mengadung .Sepatutnya aku berfikir lebih matang sebelum mengikut ajakan Natasya, Apa perlu aku lakukan lagi, nasi sudah jadi bubur.Aku berfikir untuk mengugurkan kandungan ini namun aku tidak mahu menjadi manusia kejam, tiba masanya aku mengaku apa yang terjadi kepada ibu dan ayah. Seperti yang dijangka raut wajah mereka sangat kecewa. Ayah tersenyum perit, senyuman yang sukar aku tafsirkan .Ibu pula menatap sendu lantai kayu yang sedikit berlubang tanpa membalas penjelasan aku sejak tadi. Setelah mereka berbincang, mereka membina kata sepakat untuk menghantar aku ke tempat pemulihan akhlak bagi mengelakkan aku melakukan perkara yang tidak diingini lagi. Aku tidak lagi fikir panjang dan aku setuju dengan cadangan mereka. Pada aku bukan salah rakan aku Natasya cuma aku sahaja yang mudah terpedaya 9
KERANA BUKTI MARUAH TERGADAI Hafiz dan Alia telah menjalinkan hubungan selama satu tahun sejak mereka di semester pertama lagi. Mereka merupakan pelajar di salah sebuah politeknik yang berada di dalam Malaysia. Alia seorang perempuan yang sangat tinggi kehidupan sosialnya kerana ibu bapanya sibuk dan kurang mengambil berat tentang dirinya. Bahkan apa yang dia lakukan kedua ibu bapanya langsung tidak memberi perhatian dan membuatkan dia rasa bebas untuk lakukan apa saja tanpa dibantah. Hari ini hari minggu. Seperti biasa Hafiz akan datang ke rumah Alia. Alia hanya tinggal seorang bertemankan adiknya Aina. Kedua orang tua Alia tiada di rumah kerana ke luar negara bagi menguruskan hal kerja. Bagi Alia, ini la waktu dia bebas untuk lakukan apa yang dia inginkan. "Bila parents awak balik, Lia?" tanya Hafiz. "Lagi dua bulan" jawab Alia. "Wah, awak seronok la ni bebas buat apa saja sebab mereka tiada" kata Hafiz mengusik Alia. "Haa, alang-alang tu nanti jom pergi kelab yang biasa kita pergi tu nak?" Hafiz pelawa Alia dengan tenang. "Berdua je ke?" tanya Alia balik. "Lagi seronok kalau kita pergi ramairamai. Kita ajak Su dengan Daniel nak?" tanya Hafiz. "Boleh juga, esok saya bagitau Su" kata Alia. Mudah betul Alia terima pelawaan si Hafiz. Mungkin kerana dia sudah percayakan teman lelakinya itu lebih dari segalanya. Yelah, bukan nak kata Hafiz ni baik sangat tapi selama setahun bercinta sekali pun Hafiz tak pernah buat benda terkutuk pada dia. Tapi setakat pegang tangan dan peluk itu perkara biasa bagi mereka dan kaawan-kawan. Seminggu berlalu Alia dan Hafiz sedang bergurau senda di dataran pelajar tiba-tiba Daniel dan Su menyapa mereka. "Piz, Lia! Malam ni korang berdua takde aktiviti apaapa ke?" tanya Daniel. "Eh haah, haritu kami ada rancang nak pergi kelab tengah bandar tu, korang nak ikut tak?" tanya Alia. "Mantap! Kami okay je. Lagipun Su ni haa sibuk ajak aku lepak dengan korang, rindu nak fun katanya." jawab Daniel sambil mengusik Su. "Okay deal! Kalau macam tu, kita jumpa kat sana macam biasa." kata Hafiz. Daniel dan Su pergi tinggalkan mereka berdua. Malam minggu pun tiba. Alia dah siap untuk ke kelab malam dengan pakaiannya yang seperti tidak cukup kain. Sambil menunggu Hafiz datang mengambilnya, adiknya Aina datang dan menegur. "Kak, kau tak payah pergi lah kelab malam tu. Aku rasa tak sedap hati lah." kata Aina. "Ahh, apa je yang kau tahu? kau tu budak kecil lagi" jawab Alia dengan sinis dan pergi tinggalkan adiknya. Penulis: Aimansyakirah binti Shamsudin 10
Hafiz, Alia, Su dan Daniel sampai di sebuah kelab malam yang terletak di tengah bandar berdekatan kediaman mereka. Siapa sangka rupa-rupanya ada sesuatu yang bakal terjadi kepada Alia. "Engkau yakin nak buat benda ni? Kau tak takut kalau orang lain tahu?" Daniel bisik perlahan di telinga Hafiz. "Rilek je lah. Kan dari dulu aku bercinta sebab nak dapatkan dia je. Bapak dia kan kaya. Bukan atas dasar suka atau cinta pun. Lagipun awek betul aku si budak Kamelia tu dah suruh aku putus dengan perempuan ni. Kalau bukan dengan cara ni tak mungkin dia nak putus dengan aku" jawab Hafiz dengan tiada rasa bersalah. "Lantak kau la Piz, janji aku dapat habuan aku. Kau jangan lupa pula wang ringgit yang kau dah janji nak bagi aku tu" kata Daniel. "Hahaha aku tak lupa. Duit tu dah ada dalam dompet aku ni. Baru dalam kereta tadi Alia bagi" jawab Hafiz lagi. Ada udang di sebalik batu rupanya. Selama harini Alia ditipu hidup-hidup dengan seorang lelaki yang sangat dia sayang dan percaya. Hafiz dapatkan Alia semata kerana keluarganya yang berharta. Betul kata pepatah, cinta itu buta. Alia langsung tak sedar yang dia dah dipermainkan oleh Hafiz. Tambahan lagi, ditikam oleh kawan-kawan dia yang lain. Ketika Alia sedang sibuk bergembira dan berbual dengan Su, Hafiz datang dengan membawa sebuah kotak yang diisi cincin di dalamnya lalu menyapa Alia. "Lia, saya dah berniat lepas lulus je ujian akhir semester kita nanti, saya nak nikah dengan awak." kata Hafiz. "Ehh, awak biar betul Hafiz?" tanya Alia dengan terkejut" "Yes, I'm serious. Alia, will you marry me?" risik Hafiz kepada Alia. Alia hanya mampu menutup mulut dengan kedua tangannya lalu mengangguk tanda setuju. "Tapi sebelum tu, saya perlukan bukti daripada awak" kata Hafiz. Alia yang kelihatan seperti diselubung seribu satu soalan di dalam mindanya, lalu Hafiz membawanya ke sebuah bilik yang telah ditempah oleh Daniel yang juga berada di dalam kelab malam tersebut. Hanya mereka berdua di dalam bilik itu. Dek kerana terlalu percaya kepada Hafiz, di dalam bilik itu lah segalanya terjadi. Kenikmatan yang sementara, masa depan dan kehidupan Alia hancur begitu saja kerana terjebak oleh kebodohannya sendiri yang kononnya seronok hidup dalam kebebasan sehingga terjerumus dalam perkara yang paling terkutuk ini. Padahal tinggal lebih kurang satu bulan lagi mereka akan jalani ujian akhir semester untuk menentukan masa depan mereka. Di hening pagi, jam menunjukkan jam 7 pagi, Alia hanya mampu menangis sambil melihat Hafiz yang sekarang meminta putus padanya. "Kita putus. Terima kasih untuk semuanya." kata Hafiz sambil mengusap kepala Alia sambil senyum sinis. "Dasar jantan tak guna! Kalau aku mengandung macam mana? Aku nak kau tanggungjawab." kata Alia dengan tegas. "Aku? Jahat? Kau tu yang bodoh. Murah! Senang-senang je kau bagi badan kau kat lelaki kan. Kenapa kau tak tolak je dari mula?" jawab Hafiz lagi dengan sinis. Alia hanya mampu diam dan hilang seribu bahasa. Dia langsung tak percaya dengan semua yang dah jadi. Sebulan berlalu dan Alia mula rasa mual dan keluar masuk tandas dengan kerap kerana muntah. Sampai rasa kering isi perutnya disebabkan muntah tak henti. "Kau kenapa kak?" tanya Aina. "Tah la Na. Pening lepastu asyik rasa nak muntah je." jawab Alia. "Jom pergi hospital lah. Risau pula aku tengok kau macam ni, kak." kata Aina. Sampai sahaja di hospital, Alia sentiasa berada disisi Alia bagi menemani kakaknya itu. Alangkah terkejutnya mereka sewaktu doktor memberitahu apa punca Alia sakit selama harini. "Tahniah, puan hamil satu bulan" kata doktor. Alia terdiam membisu kerana memikirkan bagaimana cara untuk dia hadap kata-kata orang ramai terhadap dia dan keluarganya nanti. "Kalau macam tu, kami minta diri dulu ye doktor. Terima kasih." kata Aina. Sambil melangkah keluar dari hospital, Aina menyoal Alia. "Siapa yang mengandungkan kau kak? Lagi berapa hari lagi kau nak periksa. Macam mana kalau mama dengan papa tahu? Kenapa kau rosakkan diri kau" tanya Aina dengan kesal. Seperti biasa, Alia hanya mampu diam selepas disoal dengan bertubi-tubi oleh adiknya sendiri. Dia mahu ceritakan hal sebenar tetapi tak mahu aibkan bekas teman lelakinya itu. Dalam waktu macam ni dia masih bela Hafiz dan bukan dirinya sendiri. Pulang ke rumah Alia menghubungi Hafiz. "Haa ada apa call aku ni? 5 minit je lepastu chaw." kata Hafiz. "Saya mengandung satu bulan, Piz. Saya nak awak bertanggungjawab." kata Alia sambil menangis. "Haa? Kita kan dah putus, jadi kita dah takde apa-apa hubungan lah kan? Aku takkan tanggungjawab. Dengan senang kau bagi tubuh kau kat aku haritu, tak mustahil kau boleh buat benda yang sama dekat lelaki lain. Dan tak mustahil juga anak dalam perut kau tu anak orang lain." kata Hafiz lalu meletakkan telefon. Alia semakin tertekan dan sudah bermacam cara dia buat untuk gugurkan kandungannya tapi apalah daya kuasa tuhan lebih hebat. Lagi dua hari ibu bapanya akan pulang dan ujian akhir semester juga akan bermula. Alia makin buntu hingga akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Dia pergi ke dapur lalu mengambil pisau dan menikam dirinya sendiri. Selamat tinggal segala masalah. TAMAT . Tetaplah setia menjaga maruahmu wahai wanita. Jauhilah segala perbuatan yang boleh menconteng arang ke atas muka keluargamu sendiri. Jaga batas pergaulan kerana jika sudah terlanjur, tiada jalan untuk berpatah balik. 11
erana ingin rasa dihargai dan disayangi aku mengambil keputusan untuk mengenali lelaki di aplikasi jodoh seperti Tinder and Omichat. Semuanya baik-baik sahaja sehingga seorang lelaki yang agak berumur mahu menjadikan aku sebagai "Sugar Baby". K PENYESALAN ku bukan berasal dari keluarga yang senang dan kedua-dua ibu bapaku juga telah bercerai tapi kerana ingin membanggakan ibu aku masih meneruskan pelajaran walaupun ibu mengalami kesempitan wang. Aku meneruskan pelajaran di politeknik. Seperti pelajar lain mereka mengambil PTPN sebagai wang untuk membiayai pengajian tetapi aku tidak. Ibu kata tidak usah ambil PTPN kerana dia tidak mahu aku terikat dengan hutang yang menimbun seperti dirinya. Semuanya baik-baik sahaja di politeknik sehinggalah aku berasa sunyi dan cemburu kerana terdapat rakanrakan ku yang mempunyai kekasih dan kekasihnya memberinya bermacammacam benda. Contohnya, makanan dan pakaian. INDUSTRY > A emasa menjadi Sugar Baby hidupku senang lenang. Aku dibawa keluar jalan setiap minggu, dimewahkan dengan macam-macam benda. Lelaki itu turut membiayai pengajian aku. Dia juga memberi aku duit bulanan. Selain itu, dia juga memberi kasih sayang seorang lelaki yang tidak pernah aku rasakan kerana ibu bapaku telah bercerai dan aku hanya duduk dengan ibu. Jadi kasih sayang seorang bapa jarang aku raih sejak aku kecil lagi. Seperti orang tua berkata "Jangan suka-suka nanti kelak kecewa". Hidup aku berubah 100% ketika aku ditangkap khalwat bersama lelaki tersebut. Perkara yang aku paling endahkan akhirnya terjadi juga. Dengan sekelip mata aku hilang hak pengajian sebagai seorang pelajar di politeknik. Ibuku juga tidak lagi mempercayaiku dan ibu berasa sangat kecewa dengan diriku. Aku juga menyesal dengan perkara tersebut kerana rasa malu yang teramat dengan Sang Pencipta, ahli keluarga dan rakan-rakan aku meneruskan kehidupan seprang diri di kampung. S Oleh: Aina Aimanina Bt Anuar 12
13
ISLAM ADAB PERGAULAN DALAM Adab dengan rakan sebaya Menghormati dengan merendahkan suara Tidak memotong pembicaraan Memohon maaf untuk diri ssendiri dan untuk orang tua Jangan membalas gurauan kasar yang mereka lakukan Adab yang baik adalah melakukan pergaulan yang tidak bertentanggan dengan syariat islam Adab terhadap berlainan Jantina Menundukkan pandangan Menutup aurat Tidak duduk berdua-duaan tidak bersentuhan Menghormati Memberi sokongan moral Cuba memahami mereka Tidak bergurau berlebihan Adab terhadap orang tua 14
PENGARUH RAKAN SEBAYA KURANG DIDIKAN AGAMA Ibu bapa tidak memberi penekanan tentang ilmu agama kepada anak-anak. PUNCA PERGAULAN BEBAS TERHADAP PELAJAR Rakan sebaya yang negatif akan memberi impak yang negatif kepada rakan yang lain. Kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. KURANG PERHATIAN DARIPADA IBU BAPA Apabila anak-anak tidak diberi perhatian secukupnya, mereka mula mencari orang lain yang mampu memahami masalah dan kehendak mereka. Ada yang jadikan pasangan sebagai rumah kedua bagi mereka untuk meluahkan segalanya dan disitu bermulanya pergaulan secara bebas berlaku. PENGARUH MEDIA MASSA Kelakuan yang tidak senonoh ditonton lalu menimbulkan perasaan ingin mencuba dalam diri pelajar. TAHAP IMAN YANG LEMAH Penulis: AIMANSYAKIRAH BINTI SHAMSUDIN 15
Ciri-Ciri Pergaulan Bebas Penghamburan harta untuk memenuhi keinginan seks bebasnya. Upaya mendapatkan harta dan wang dengan menghalalkan segala cara termasuk dari jalan yang haram dan keji Menimbulkan perilaku munafik dalam masyarakat Rasa ingin tahu yang besar Rasa ingin mencuba dan merasakan. 16
kesan pergaulan bebas Keruntuhan akhlak Kemerosotan dalam pelajaran Menjejaskan masa depan Menjejaskan imej diri dan keluarga 17
" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." Surah Al-Isra' : ayat 32 18
JAGA MARUAH DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA