The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SKM Penang, 2023-07-24 22:27:50

Draf Majalah v3

_draf Buletin V3(CMYK)

ASPIRA Aspirasi Gerakan Koperasi Negeri Pulau Pinang Satu wadah oleh YAB Perdana Menteri bersama YB Menteri KUSKOP untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menawarkan barangan keperluan harian pada harga yang istimewa dan berkualiti.


TINTA PENGERUSI NORLELAH BT SAMSUDDIN T I M B A L A N P E N G A R A H S K M P U L A U P I N A N G Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Majalah Gerakan Koperasi Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2023 dapat diterbitkan bagi berkongsi dan memaparkan perkembangan terkini gerakan koperasi Negeri Pulau Pinang.


tIM PENERBITAN PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI KETUA EDITOR EDITOR GRAFIK PN NORLELAH BINTI SAMSUDDIN EN SHAHRIZAN BIN ABDULLAH EN MOHAMED FAHRURAZI BIN MOHAMED NOR PN NORZULIANA BINTI YUSOF PN ZURIATI BIN OSMAN EN SYAHRUL AIDIL BIN MOHAMAD TAJUDDIN PN NUR AQILAH BINTI ABDULLAH EN SHAFIZOL BIN HALIFAH EN MOHD MALEK BIN CHE ZABRI EN JASMIN BIN MOHD ABD JALIL EN MOHD SHAZWI BIN MOHD NOR en mohd ashraf syafiq bin mohammad mohayadin


BILANGAN KOPERASI ANGGOTA INDIVIDU JUMLAH SYER & YURAN (RM JUTA) JUMLAH ASET (RM JUTA) PEROLEHAN (RM JUTA) Gerakan Koperasi Negeri Pulau Pinang STATISTIK BAGI TAHUN Koperasi 804 Anggota 167,339 RM 246,551 RM 1,019,647 RM 368,114 BAGI TAHUN BAGI TAHUN 754 776 Koperasi Koperasi 152,172 191,202 Anggota Anggota 278,369 271,112 RM 845,597,868 RM 1,007,774 RM RM RM 260,297 RM 283,443 Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


NEG W I L A Y A H N E G E R I TL WILAYAH TIMUR LAUT WIBDLAYAH BARAT DAYA SPT S WILAYAH SEBERANG PERAI TENGAH / SELATAN WISPU LAYAH SEBERANG PERAI UTARA WILAYAH Statistik Koperasi Sehingga 31 Disember 2022 67 Koperasi 31,455 Anggota RM 173,707,245 Jumlah Syer & Yuran (RM Juta) 147 Koperasi 23,131 Anggota RM 15,568,423 Jumlah Syer & Yuran (RM Juta) 207 Koperasi 34,960 Anggota Jumlah Syer & Yuran (RM Juta) RM 9,699,485 145 Koperasi 28,950 Anggota RM 21,795,965 Jumlah Syer & Yuran (RM Juta) 238 Koperasi 48,843 Anggota RM 25,780,774 Jumlah Syer & Yuran (RM Juta) Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


Koperasi AUFI Pulau Pinang Berhad (KOAUFI) didaftarkan pada 4 Februari 2021 dan dianggotai oleh penduduk di sekitar kawasan Batu kawan Pulau Pinang. KOAUFI menjalankan pelbagai aktiviti antaranya sebagai pembekal perkhidmatan pembungkusan makanan, menjalankan aktiviti pengguna termasuk pemborongan dan peruncitan. Koperasi telah berjaya membuka sebuah premis peruncitan iaitu Alkakaya Grocery dan Alkakaya Restoran yang beroperasi di pusat perniagaan Vortex Batu Kawan, Pulau Pinang. Pencapaian terkini, KOAUFI telah memperoleh kelulusan bagi mengusahakan 5 lot kebun kerang yang disampaikan oleh YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin, Exco Teknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pada 5 Mei 2023. Koperasi akan mengembangkan lagi aktiviti terutamanya dalam sektor perikanan, penternakan dan akuakultur bagi membantu anggota yang kebanyakannya terdiri dari nelayan dalam kumpulan B40. NEG W I L A Y A H N E G E R I Produk KOAUFI (Asam Laksa) Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


TL WILAYAH TIMUR LAUT KOPERASI MELAYU BUKIT GELUGOR PULAU PINANG BERHAD Koperasi Melayu Bukit Gelugor Pulau Pinang Berhad telah didaftarkan pada 11 Julai 2005 dengan seramai 539 anggota. Jumlah syer yang terkumpul sehingga kini berjumlah RM 1,267,800. Aktiviti utama koperasi adalah menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnu. Koperasi telah mendapat pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMP-SKM) sebanyak RM 1,890,000 pada tahun 2021. Pada tahun 2022, koperasi telah mendapat Bantuan Program Transfer sebanyak RM 70,000.00 bagi membaikpulih bangunan dan kerja-kerja berkaitan outlet Ar-Rahnu milik koperasi. ISU & CABARAN KOPERASI Kenaikan Kos Faedah Pinjaman Kekurangan Kakitangan Yang Berminat dalam Sektor Ar-Rahnu HALA TUJU KOPERASI Mempelbagaikan Bidang Perniagaan (Sektor Kesihatan) Menceburi Sektor Pembangunan Hartanah Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


WI BD LAYAH BARAT DAYA Projek tebus guna tanah Selatan Pulau Pinang atau Penang South Reclaimation (PSR) adalah sebuah projek bertujuan untuk melonjakkan ekonomi negeri sekaligus meningkatkan taraf nilai negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan skim cadangan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) bagi menangani kesan daripada projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) terhadap nelayan. Koperasi Komuniti Pulau Pinang Selatan Berhad (KKPPSB) telah didaftarkan pada 21 April 2022 di bawah inisiatif SIMP Projek Tambakan Pulau Pinang Selatan. Menurut Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti, penubuhan KKPPSB adalah wajar kerana projek pembangunan PSR akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar projek. KKPPSB mempunyai 686 orang anggota yang majoritinya terdiri daripada nelayan tempatan, penduduk dan peniaga di kawasan Pulau Pinang Selatan. Walaupun masih baharu, KKPPSB telah diurus dengan baik, mengekalkan prestasi kewangan yang sihat. KKPPSB telah terlibat sebagai pengurus projek bagi pembekalan 20 unit bot dan enjin di bawah skim SIMP projek PSR. Koperasi juga terlibat dalam projek pembinaan kemudahan jeti nelayan sementara untuk unit Permatang Damar Laut. KKPPSB akan memainkan peranan yang besar dalam merealisasikan manfaat SIMP seperti pembinaan jeti nelayan, peluang pekerjaan dan perniagaan, sokongan keusahawanan dan sebagainya. Banyak peluang perniagaan akan diwujudkan seperti pembekalan barangan dan perkhidmatan yang menyokong pembangunan PSR, aktiviti perikanan rekreasi dan agropelancongan yang akan menjana peluang pendapatan untuk masyarakat setempat. Aktiviti perniagaan lain dalam perancangan ialah inisiatif Samudera yang akan membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan mereka pada harga yang lebih tinggi melalui koperasi, akuakultur atau penternakan siput sudu dan tiram, sukan memancing dan perikanan rekreasi, dan pengangkutan bot untuk penumpang dan kargo. KKPPSB juga aktif dalam menyertai program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia seperti Sambutan Hari Koperasi Negara serta Program Kembara 1922 sempena Sambutan 100 tahun koperasi pada tahun 2022. KOPERASI KOMUNITI PULAU PINANG SELATAN BERHAD Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


Didaftarkan di Pulau Pinang pada 7 Oktober 2005 memiliki anggota seramai 102 orang sehingga 31 Disember 2022. Koperasi ini diterajui Tuan Haji Rosli Bin Ishak sebagai Pengerusi dibantu oleh Encik Abu Hassan Bin Saad sebagai Setiausaha dan disokong oleh Puan Norma Binti Ismail sebagai Bendahari berserta 9 orang lagi Anggota Lembaga Koperasi. Koperasi menjalankan aktiviti menjual input pertanian,bajakan, tuaian padi, semburan dron dan jualan beras. Koperasi telah mencatat perolehan pada 31 Disember 2022 sebanyak RM1,784,571.69. Koperasi telah mendapat bantuan pendigitalan koperasi (Mynic) e-dapat sebanyak RM20,000 pada tahun 2022. Koperasi juga telah menerima bantuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2005 untuk menampung kos pengedaran aktiviti baja cecair Green dan pada tahun 2009 sebanyak RM49,000.00 untuk membina pejabat dan stor koperasi. Pada tahun 2017 sekali lagi koperasi mendapat bantuan sebanyak RM100,000.00 bagi membiayai sebahagian kos pembinaan pusat perkhidmatan sehenti pertanian padi (pusat pengumpulan padi, bengkel baikpulih jentera, pusat jualan padi, test plot dan stor input pertanian). Dalam program Mentoring dan Coaching, Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Pulau Pinang Berhad telah dilantik sebagai Mentor kepada 7 koperasi kelompok di Wilayah Seberang Perai. Koperasi bertindak memberi bimbingan dan latihan kepada mentee melalui bidang pengurusan, perniagan dan teknikal atau latihan berkaitan modul Perkongsian Pengurusan Sawah Padi. KOPERASI KERJAYA PERMATANG NIBONG PULAU PINANG BERHAD WILA SPT S YAH SEBERANG PERAI TENGAH / SELATAN Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


KOPERASI QARYAH MASJID TAMAN BERTAM INDAH KEPALA BATAS BERHAD Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang Koperasi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah Kepala Batas Berhad (KOTAQWA) telah didaftarkan pada 6 Mac dengan keanggotaan terkini sebanyak 427 orang pada tahun 2022 di mana jumlah syer yang terkumpul berjumlah RM589,503.40. KOTAQWA telah menjalankan beberapa aktiviti perniagaan utama yang terdiri daripada Peruncitan, MyFarm Outlet, Pengeluaran Makanan Sejuk Beku, Pengeluaran Air Mineral dan Jus Buah di dalam botol, penjualan tenaga elektrik kepada TNB melalui Solar Panel, Kedai Dobi, Cuci Kenderaan, Kedai Makan, Kedai Gunting Rambut, Sewaan Tapak Bazar Ramadhan, Ternakan Lembu Fidlot, Ternakan Ayam Probiotik, Kontraktor Binaan dan pelbagai lagi. Koperasi juga telah menceburi bidang perhotelan dengan wujudnya penginapan AtTaqwa Inn. Kepelbagaian aktiviti KOTAQWA dilihat bertepatan dengan matlamat penubuhannya iaitu untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip-prinsip koperasi dengan menjadikan KOTAQWA sebagai platform untuk memenuhi keperluan anggotanya. Ini kerana secara langsung dan tidak langsung KOTAQWA telah berjaya menyediakan perkhidmatan, mewujudkan peluang pekerjaan serta menyediakan sumbangan dari masa ke semasa kepada anggota mahupun masyarakat setempat. Pencapaian Koperasi K O PE RASI T E R BAIK K OMU N I T I A N UGERA H SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2016 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2016 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG K O PE RASI T E R BAIK PROF I L KOTAQWA aktif dalam menyertai program-program bengkel, kursus, seminar dan jualan harga patut yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta seringkali memberikan komitmen dalam menjayakan Sambutan Hari Koperasi Negara. KOTAQWA merupakan salah sebuah koperasi yang mana aktivitinya bertepatan dengan matlamat pembangunan lestari (SDG – Social Development Goals) mahupun keusahawanan sosial. Pencapaian ini adalah hasil daripada pengurusan dan pentadbiran koperasi yang diuruskan dengan baik serta mendapat kerjasama yang baik dari pihak pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah. Justeru, sokongan padu dan kerjasama yang mampan KOTAQWA dengan pihak pengurusan masjid diharap akan terus berkekalan bagi kelestarian aktiviti yang memanfaatkan komuniti. WI SPU LAYAH SEBERANG PERAI UTARA COOP Mart Kedai Dobi Kedai Cucian Kenderaan Gerai Makan PROGRAM PENANDA ARAS MENJADI KOPERASI PILIHAN


BANTUAN Pembangunan Koperasi SKM Pulau Pinang Sebanyak RM 1,490,000 peruntukan telah berjaya diagihkan kepada 33 buah koperasi di Negeri Pulau Pinang mengikut program bantuan yang telah ditetapkan. PEMBIAYAAN Tabung Modal Pusingan SKM Pulau Pinang Sebanyak 8 buah koperasi telah memohon pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) pada tahun 2022 di mana 5 buah koperasi telah diluluskan permohonan berjumlah RM 9,485,830. Antara tujuan pembiayaan yang diluluskan seperti pembelian bangunan, modal pusingan, dan pembinaan rumah. RM 9,485,830 YANG TELAH DILULUSKAN J UML A H PE MBI A Y A A N CTAP Program http Program putra Program RM 30,000 RM 200,000 RM 24,000 1 Koperasi 1 Koperasi 1 Koperasi TRANSFER Program RM 780,000 15 Koperasi E-DAPAT Program kpr Program RM 156,000 RM 300,000 9 Koperasi 6 Koperasi Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


Penang 2030 COOP Grant telah mula diperkenalkan pada tahun 2021 oleh YB Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang memerangkap Pengerusi MMK Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti sebanyak RM 450,000.00 di mana sebanyak 40 buah koperasi telah menerima manfaat pada tahun tersebut. Pada tahun 2022, kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak RM 300,000.00 kepada 34 buah koperasi bagi memperkembangkan dan memulihkan perniagaan koperasi dengan lebih progressif. Sekali lagi, untuk tahun 2023, kerajaan negeri telah meluncurkan Penang 2030 COOP Grant sebanyak RM 450,000 untuk memacukan lagi ekonomi koperasi khususnya di Pulau Pinang. Sebanyak 23 buah koperasi telah menerima peruntukan masing-masing pada Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Gerakan Koperasi Pulau Pinang pada 9 Mei 2023 di Dewan Al Ansar, Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang dan sebanyak 25 buah koperasi pada 26 Jun 2023 bertempat di Dewan Sri Perdana, SMK Dato' Kailan, Kepala Batas. PENANG 2030 COOP GRANT RM 450,000 RM 300,000 RM 450,000 KOPERASI KOPERASI KOPERASI Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


KOPERASI PENTERNAK BURUNG WALIT MALAYSIA BERHAD Koperasi Penternak Burung Walit Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai KOWALIT telah didaftarkan sebagai sebuah koperasi pada 20 November 2012 .Aktiviti utama koperasi ini ialah memproses sarang burung walit bagi tujuan ekspot ke pasaran antarabangsa khususnya ke Negara China. Beroperasi di kawasan perindusrian ringan di Lunas Kedah, kilang memperoses sarang burung walit milik koperasi ini dibiayai oleh Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti clean room class D (NEBB,US) serta memperolehi sijil perakuan seperti HACCP, GMP, MeSTI, VHM, HALAL , Produk Buatan Malaysia, Malaysia The Best dan Permit lesen export CNCA/ GACC dari Negara China yang di luluskan pada tahun 2018. Hampir 95% pengeluaran sarang burung walit oleh KOWALIT di eskpot ke Negara China dimana koperasi telah mendapat kelulusan kouta ekspot tahunan sebanyak 18.6 tan. Koperasi juga menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) bagi mengeluarkan produk hiliran berasaskan sarang burung walit seperti produk kecantikan dan minuman. KOWALIT telah mengeluarkan 4 jenis produk iaitu KOWALIT® Edible Bird Nest, ebn® Exclusive Regenerating and Lifting Spray, KOWALIT® Instant Freeze dry Birdnest dan Cheetah™ Energy Drink with Birdnest Extract. PENCAPAIAN KOPERASI Setelah lebih 10 tahun beroperasi, KOWALIT telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan pada tahun 2022 koperasi telah berjaya mencapai perolehan melebihi RM100 juta. Paling membanggakan koperasi ini juga berjaya dienaraikan dalam 100 koperasi terbaik di Malaysia bagi pada tahun 2023. http Program RM 200,000 E-DAPAT Program RM 18,000 Antara insentif Bantuan yang diterima oleh KOWALIT daripada SKM pada tahun 2022: membiayai bahan promosi produk secara atas talian dan pembangunan laman web. membiayai kos pembelian peralatan mesin, sistem automasi dan bantuan kos perkhidmatan perundingan. Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE) didaftarkan pada 28 Januari 2010 dan beroperasi di Plot 21, Technoplex , Medan bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas Phase IV, 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang. Keanggotaan koperasi adalah terbuka kepada pengedar emas fizikal Public Gold dan Public Dinar serta kakitangan Syarikat Public Gold Group. Aktiviti utama KDE adalah menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnu iaitu pajak gadai berlandaskan syariah dan beroperasi di 40 cawangan Ar-Rahnu KDE di seluruh Malaysia. Visi KDE adalah untuk menjadi sebuah koperasi yang dinamik, maju dan berdaya saing dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota dan menjadi contoh koperasi terbaik di seluruh Malaysia. Antara pencapaian terbaik KDE, adalah berjaya disenaraikan dalam TOP 350 Koperasi terbaik di Malaysia bagi tahun 2022 dan pada 24 Mac 2023, KDE telah dianugerahkan Anugerah Nanyang Siang Pau 100th Anniversary Phoenix Outstanding Business Award. KOPERASI DAGANG EMAS PULAU PINANG BERHAD PENCAPAIAN KOPERASI Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang NEW STRATEGIC INCENTIVE NEW STRATEGIC INCENTIVE(NSI) KOPERASI MELAYU PULAU PINANG TERNAKAN AYAM PROJEK PROJEK TERNAKAN LEMBU KOPERASI PEKEBUN KECIL GETAH PULAU PINANG BERHAD


Ros Laici Teh Gingerich Kicap Pedas Ketupat Palas Pes Char KueTiaw Asam Laksa Cheetah Energy Drink Serbuk Cili Rempah Briyani Serbuk Kunyit Serbuk kari Ikan Asam Pedas Jus Kurma Madu Jus Asam Jawa Jus Durian Belanda Asam Boi Kasturi Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang Koperasi Wanita Kepala Batas Berhad Tanaman Serai Tanaman Pisang Emas Koperasi MRSM Balik Pulau Berhad Tanaman Timun Tanaman Pisangan Berangan


Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang AGRO PELANCONGAN Koperasi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Pinang Berhad Koperasi Keluarga Musa Hitam Pulau Pinang Berhad MUSA VALLEY COOP AGRO-TOURISM


HARI KOPERASI NEGARA 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jaya pada 17-19 Jun 2022 bertempat di Midtown Perda, Kubang Menerong, Tasek Gelugor. Tema sambutan kali ini "100 Tahun Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia". Pelbagai aktiviti menarik dan gerai jualan daripada usahawan dan koperasi turut serta bersama menjayakannya. Turut hadir bagi merasmikan HKN 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang ialah Dato' Haji Abdul Halim bin Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang. HARI KOPERASI NEGARA 2022 PPEERRIINNGGKKAATT NNEEGGEERRII PPUULLAAUU PPIINNAANNGG Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Februari 2023 bertempat di Hotel Bayview Georgetown. Objektif program ini adalah bagi menghargai dan meraikan para koperator dan agensi yang terlibat dalam membangunkan gerakan koperasi Pulau Pinang. Turut hadir dalam program ini seterusnya merasmikan ialah YB Dato' Ir Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang memerangkap Pengerusi MMK Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti. Dalam majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan penyampaian mock-up cheque Penang 2030 COOP Grant kepada 23 koperasi dengan berjumlah RM 215,000. MAJLIS APRESIASI DAN PEMANTAPAN GERAKAN KOPERASI NEGERI PULAU PINANG Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


PASAR COOP merupakan satu platform khas bagi para koperator dan juga masyarakat setempat untuk mendapatkan keperluan barangan asas dan runcit pada harga yang berpatutan dengan tawaran diskaun sehingga 30 % bagi sesuatu produk yang ditawarkan. PASAR COOP juga mendapat kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri melalui program kolaborasi 'PERKAMPUNGAN KHAIRA UMMAH 2030' (KAMPUNGKU2030) disamping program bersama di bawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Melalui PASAR COOP, terdapat pelbagai insentif telah diperkenalkan. Antaranya Jualan Harga Patut (JHP), Jualan Madani Koperasi (JMK) dan Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU). PASAR Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


KORPORAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR) S K M C A W A N G A N N E G E R I P U L A U P I N A N G Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Pulau Pinang bersama beberapa koperasi di negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program edaran “Bubur Lambuk CO-OP Pulau Pinang”. Program tersebut bertujuan untuk mempromosikan SKM dan Gerakan Koperasi kepada masyarakat melalui edaran bubur lambuk dan Pek Ramadan (Kurma, Kismis dan Buah Kering). Antara lokasi yang strategik yang telah dipilih untuk edaran adalah seperti berikut: 1) Koperasi Masjid Daerah Seberang Perai Tengah Berhad, Bukit Mertajam sempena Majlis Ihya Ramadan Masjid. pada 14 April 2023. 2) Kompleks MBSP, Taman Desa Sena, Tasek Gelugor sempena Jualan Madani Koperasi (JMK) pada 16 April 2023. Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


BENGKEL KONSULTASI PERAKAUNAN KOPERASI telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 14hb hingga 15hb Mac 2023 dan 11hb hingga 12 Julai 2023 bertempat di Bilik Gerakan SKM Pulau Pinang dan Bilik Mesyuarat SKM Wilayah Seberang Perai, Bukit Mertajam. Lebih 50 anggota koperator yang hadir ke bengkel tersebut bagi menyiapkan dan juga mengemaskini rekod-rekod kewangan koperasi dengan lebih lancar dan berkesan seterusnya membantu koperasi dalam menghantar laporan kewangan untuk diaudit dan membolehkan koperasi juga mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). BBEENNGGKKEELL SSIISSTTEEMM PPEERRAAKKAAUUNNAANN KKOOPPEERRAASSI((EEAASSYY CCOOOOPP)) BENGKEL SISTEM PERAKAUNAN KOPERASI 'EXCEL ACCOUNTING SYSTEM FOR COOPERATIVE SOCIETIES' (EASY COOP) telah berlangsung dengan jayanya pada 19-20 Jun 2023 bertempat di Hotel Royal Chulan, Georgetown. Seramai 50 koperator termasuk urus setia telah menghadiri bengkel ini. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk memastikan penyeragaman dalam penggunaan sistem perakaunan koperasi dan juga dalam memastikan koperasi mematuhi seksyen 58, Akta Koperasi 1993 (penyelenggaraan akaun), seksyen 60 (pengauditan koperasi) dan seksyen 39 (Mesyurat Agung Tahunan). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan latihan hands-on atau latihan praktikal kepada koperator supaya sistem Easy Coop ini akan digunapakai untuk merekod transaksi kewangan bagi tahun kewangan hadapan dan digunakan secara berterusan. BAHAGIAN AUDIT SSKKMM PPUULLAAUU PPIINNAANNGG 14- 15 MAC 2023 Bil.1 / 2023 KONSULTASI PERAKAUNAN KOPERASI bengkel 1 1 - 12 JULAI 2023 Bil.2 / 2023 KONSULTASI PERAKAUNAN KOPERASI bengkel Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


tahun 2018 2019 2020 2021 2022 koperasi layak audit 441 451 476 420 424 % koperasi selesai audit 80.27 73.84 65.76 66.67 47.17 TAHUN 2019 2020 2021 2022 2023 KUTIPAN FI AUDIT RM 57,500 RM 59,200 RM 65,500 RM 132,950 RM 53,500 BIL DIKELUARKAN 121 79 102 225 94 Bantuan Perakaunan & Pengauditan Koperasi Kecil Dan Mikro P RO G RAM Bantuan Penyediaan Akaun Koperasi (Bantuan Akaun) Penyediaan akaun bagi koperasi kecil dan mikro secara penyumberluaran (outsource) oleh panel firma perakaunan atau Orang Kompeten yang ditentukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi akaun yang telah tertunggak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun kewangan. Jumlah bantuan akaun adalah sehingga RM3,000.00 bagi setiap koperasi (terhad RM500.00 bagi setiap tahun kewangan atau maksimum RM3,000.00 bagi satu koperasi) Bantuan ini adalah bertujuan untuk membiayai kos penyediaan akaun yang dilaksanakan oleh panel firma perakaunan / orang kompeten yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Tujuan utama program ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah koperasi yang belum audit dan tidak boleh diaudit. Bantuan Pengauditan Koperasi (Bantuan Audit) Pengauditan oleh panel firma juruaudit swasta yang diberi kelulusan oleh SKM bagi koperasi kecil yang telah menerima bantuan penyediaan akaun dengan syarat, firma juruaudit swasta adalah berlainan dengan firma perakaunan yang menyediakan akaun. Jumlah bantuan audit adalah sehingga RM3,000.00 bagi setiap koperasi (terhad RM500 bagi setiap tahun kewangan atau maksimum RM3,000.00 bagi satu koperasi) Status Prestasi Pengauditan Koperasi SKM Negeri Pulau Pinang Status Prestasi Kutipan Fi Audit SKM Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2023 adalah sehingga 30 Jun 2023 Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang


NU TI PE N G AWALAN UNIT PENDAFT A R A N U N I T L I K U I D A S I U NIT STATUTORI Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang Akta Koperasi 1993 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 Peraturan-peraturan Koperasi Garis Panduan Koperasi Surat Arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Bahagian Statutori dan Pendaftaran (BSP) bertanggungjawab ke atas pentadbiran perlaksanaan perundangan oleh koperasi khususnya : PPeennggeennaallaann Mendaftarkan koperasi baharu dan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi (UUK) didaftarkan selaras dengan peruntukan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Koperasi; Memastikan perundangan koperasi yang kondusif seiring dengan perubahan semasa; Memastikan proses pembubaran koperasi adalah selaras dengan kehendak perundangan; dan Mentadbir pelaksanaan perundangan koperasi. OObbjjeekkttiiff ddaann FFuunnggssii OOrrggaanniissaassii STATUTORI DAN PENDAFTARAN SSKKMM PPUULLAAUU PPIINNAANNGG


Aspirasi GeraASPIRA kan Koperasi Negeri Pulau Pinang WARGA KERJA SKM Negeri Pulau Pinang BARISAN DEPAN (DARI KIRI) Pn Norlelah bt Samsuddin (Pengarah), Pn Nazariah bt Md Nayan (Audit), Pn Usha A/P Kooliyatte Ayyapan (Audit), Pn Norazira bt Md Janu (Audit), Pn Nurul Nabilah bt Hamzah (Audit), Pn Hanidahuri bt Arshad (Pentadbiran), Pn Shahidatull Emyra bt Shahidatullah (Audit), Pn Norzuliana bt Yusof (Peg.Wilayah Negeri), Pn Nor Haizatul Akma bt Mohd Ariff (Statutori & Pendaftaran), En Shahrizan bin Abdullah (Timbalan Pengarah), En Syukri bin Abdullah (Pemandu), En Mohamed Fahrurazi bin Mohamed Nor (Peg.Wilayah BD & Promosi), En Mohamad Aminuddin bin Mohamad Rashid (CI Wil.TL), En Jasmin bin Mohd Abd Jalil (Perniagaan), En Ab Wahab Saarani bin Mat Rejab (CI Wil. TL). BARISAN TENGAH (DARI KIRI) Pn Nor Naimah bt Md Nayan (Pentadbiran), Pn Khairatul Shuadah bt Hussein (Audit), Pn Zuriati bt Osman (Peg Wil. SPT/S), Pn Noor Syahirah bt Abu Bakar (Pentadbiran), En Mohd Amin Bin Yasup (Audit), En Shafizol bin Halifah (Audit), En Mohamad Amirul bin Abdullah (Audit),En Muhammad Firdaus bin Anuar (Perniagaan), En Mohd Asyraf Syafiq bin Mohammad Mohayadin (ICT), En Saadol Amir bin Che Lah (Pentadbiran), En Mohd Shazwi bin Mohd Nor (Promosi). BARISAN BELAKANG (DARI KIRI) Pn Nur Aqilah bt Abdullah (Peg. Wil..TL), Pn Nurashiqin bt Ismail (CI Wil. BD), Pn Yusnita bt Yahaia (Audit), En Muhammad Haiman bin Fadhlur Rahman (Pentadbiran), En Muhamad Syafiq bin Norazman (Audit), En Mohd Malek bin Che Zabri (Statutori & Pendaftaran), En Muammar Syahmi bin Yusuf (Audit), En Muhammad Kamal bin Ahmad Sukkri (CI Wil. SPU).


SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG Tingkat 5, Bangunan Tuanku Syed Putra, 10750 Pulau Pinang. [email protected] 04-261 1335


Click to View FlipBook Version