The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctzawana, 2021-11-11 01:45:06

PROJEK REKACIPTA SIMPLE DISHWASHER

PROJEK REKACIPTA SIMPLE DISHWASHER

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL KANDUNGAN

1 Biodata Diri
2 Penghargaan
3 Pendahuluan
4 Objektif Rekacipta
5 Kaedah Rekacipta
6 Pengiraan Kos Bahan
7 Cara Penghasilan Rekacipta
8 Cara Penggunaan Rekacipta
9 Fungsi Rekacipta
10 Rumusan
11 Rujukan

BIODATA DIRI

Nama : Nur Khairina Husna Binti Mohd Amir
Umur : 12 Tahun
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Saujana Indah
Kelas : 6 Brilliant
Alamat : No 17 Lorong Seri Saujana 2, Taman

No Telefon Seri Saujana, 14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang, Malaysia.
: 011-2087829

2

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak yang telah memberi
kerjasama di dalam projek rekacipta ini.
Ucapan penghargaan terima kasih ini saya tujukan
terutamanya kepada Cikgu Farah Wahidah dan rakan-
rakan saya yang memberi sokongan kepada saya.
Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih ini juga
ditujukan buat ibu dan ayah saya yang telah
menyumbangkan idea dan sanggup mengeluarkan
perbelanjaan untuk membeli bahan-bahan tugasan
projek rekacipta ini.
Akhir kata saya berharap agar tugasan yang saya
hasilkan ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan
memberi manfaat kepada semua orang.

3

PENDAHULUAN

Cikgu Farah Wahidah telah memberi satu tugasan
matapelajaran Sains yang memerlukan pelajar untuk
merekacipta sesuatu benda yang boleh memudahkan
kerja harian.
Rekacipta dan Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk
menghasilkan produk atau pengubahsuaian yang lebih
baik.Ia dihasilkan dengan idea-idea kreatif perekanya.
Sepanjang pemerhatian saya, saya dapati kaedah
pencucian pinggan mangkuk masih menggunakan
kaedah biasa yang mana boleh menyebabkan
pembaziran sabun dan sebangainya.
Oleh itu, saya telah merekacipta satu kaedah pencucian
pinggan mangkuk yang lebih efektif dan
menjimatkan.Rekacipta ini dinamakan sebagai “Simple
Dishwasher”.
Dengan itu, buku skrap ini menerangkan cara-cara
penghasilan “Simple Dishwasher”dengan lebih teperinci
dan boleh dijadikan rujukan kita Bersama.

4

OBJEKTIF REKACIPTA
 Proses mencuci pinggan mangkuk menjadi lebih

mudah dan cepat.
 Menjimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan

mangkuk.
 Penjimatan ruang dapat dilakukan.
 Mudah untuk menyimpan span dan sabun pencuci

pinggan.

5

KAEDAH REKACIPTA

Saya telah membuat pemerhatian tentang penggunaan
alat untuk mencuci pinggan mangkuk di rumah. Atas
faktor kemudahan yang digunakan untuk mencuci
pinggan mangkuk agak terhad di rumah, saya membuat
kajian tentang masalah berikut dengan membaca dan
melayari internet untuk mencari jalan penyelesaian agar
proses mencuci pinggan mangkuk dapat diselesaikan
dengan cepat dan lebih efektif.
Setelah mengumpul semua maklumat tersebut, saya
mula mengubahsuai span dengan menggabungkan span
dengan sabun pencuci pinggan mangkuk dan rekacipta
ini dinamakan sebagai “Simple Dishwasher”.
Daripada perkakasan rekacipta ini, saya juga membuat
satu buku skrap yang mengandungi maklumat tentang
projek rekacipta yang saya hasilkan.

6

PENGIRAAN KOS BAHAN

Projek Rekacipta: “Simple Dishwasher”

Bil Bahan Harga Kuantiti Jumlah (RM)
1. Botol air mineral seunit 2 RM 2.00
(RM)

RM 1

Span basuh RM 1.00 1 RM 1.00
RM 2.50 1 RM 2.50
2. pinggan

mangkuk

3. Gunting

4. Pisau RM 1.50 1 RM 1.50

5. Gam Super Glue RM 1.50 1 RM 1.50

6. Pen marker RM 1.90 1 RM 1.90

Kos RM 10.40
keseluhuran

(RM)

7

CARA PENGHASILAN

BIL GAMBARAJAH PENERANGAN

1. Bahan-bahan yang di perlukan:
- 2 unit botol plastik
bersaiz 500ml
- Span pencuci pinggan
mangkuk
- Gunting
- Pisau
- Gam super glue
- Pen marker

2. Membuat garisan pada kedua-
dua botol menggunakan pen

marker dengan ukuran 3.5cm

dari bahagian bawah botol.

3. Pilih salah satu botol yang
hendak digunakan dan
buatkan satu garisan kedua
menggunakan pen marker
dengan ukuran 3cm dari
garisan pertama tadi.

8

4. Dengan menggunakan pisau,
potong garisan yang telah
dihasilkan pada kedua-dua

botol.

5. Ini adalah hasil daripada
bahagian potongan botol
tersebut.

6. Menggunakan besi pemateri
panas, buat beberapa lubang
di bahagian bawah salah satu
botol plastik tersebut.

7. Lukis bulatan di bahagian
tengah permukaan span
mengIkut saiz bulatan tengah
botol plastik yang hendak
digunakan.

9

8. Potongkan span tersebut
dengan menggunakan gunting
mengikut bulatan yang telah
dilukis.

9. Cantumkan kedua-dua

bahagian bawah botol.

10. Cantumkan bahagian
potongan tengah botol pada
bahagian bawah botol yang
mempunyai lubang kecil.
Kemudian lekatkan dengan
menggunakan gam super glue.

10

11. Akhir sekali, masukkan span
yang telah dipotong mengikut
bentuk yang dikehendaki ke
dalam botol plastik yang telah
disediakan seperti dalam
gambarajah.

Gambarajah Hasil Rekacipta “Simple Dishwasher”

11

CARA PENGGUNAAN

BIL GAMBARAJAH PENERANGAN

1. Masukkan sabun pencuci
pinggan mangkuk ke dalam

bekas ‘Simple Dishwasher”

dan letakkan semula
penutupnya.

2. Sedia digunakan untuk
mencuci pinggan mangkuk.

Jika sabun pencuci

berkurangan di dalam

“Simple Dishwasher”, ulangi
langkah 1.

3. Setelah selesai
menggunakan “Simple
Dishwasher”, letakkan di
dalam bekas yang sesuai.

12

FUNGSI REKACIPTA

“Simple Dishwasher”ini direka untuk memudahkan dan melancarkan
proses pencucian pinggan mangkuk dengan lebih cepat.”Simple
Dishwasher”dihasilkan menggunakan bahan kitar semula seperti
botol air mineral dan span pencuci pinggan mangkuk yang
digabungkan dan diisi dengan sabun pencuci pinggan
mangkuk.Disebabkan itulah rekacipta ini lebih mudah dan cepat.

13

RUMUSAN

Kesimpulannya, projek rekacipta ini dapat menjadikan saya seorang
yang lebih kreatif.Projek rekacipta yang saya hasilkan ini juga dapat
meningkatkan kualiti hidup, serta memlihara ekosistem dan alam
sekitar kerana saya menggunakan bahan kitar semula.
Dalam masa yang sama, saya juga dapat menambah pengalaman dan
mempertingkatkan pengetahuan di dalam bidang rekacipta.

14

RUJUKAN

-Youtube Video
https://youtu.be/j-Ms6C5gL3c
(Projek Inovasi “Simple Dishwasher”)

15


Click to View FlipBook Version