Seni Peribumi
1.Alat
perburuan
4. Seni Seni 2. Alat
ukiran peribumi muzik
3.Seni kraf
anyaman
1. Alat perburuan
- Masyarakat orang asli
menggunakan pelbagai alat
perburuan untuk memburu
binatang di kawasan persekitaran
mereka.
- Antara alat perburuan yang
terkenal dalam kalangan mereka
ialah belantik, jerat, sumpit, panah
dan perangkap.
Sumpitan diperbuat
daripada buluh sewor kerana
mempunyai lohong yang
luas. Corak dan motif yang
menarik juga dihasilkan pada
bahagian muncung buluh.
Sumpitan buluh
.
Lidi bertam
digunakan untuk
membuat damak. Damak
yang diisi dalam tabung
damak turut diukir
dengan menggunakan
hiasan bermotifkan alam
sekeliling.
Tabung Damak
Pelbagai jenis bubu
Selain itu, terdapat juga alatan untuk
menangkap ikan. Antara alatan yang
digunakan adalah seperti bubu, serkap,
tempuling, serampang, tiruk, dan sauk.
2. Alat muzik
- Muzik menjadi sebahagian daripada media hiburan
dalam kalangan masyarakat peribumi selepas selesai
aktiviti musim bertani, meraikan perkahwinan dan
menyambut hari perayaan yang diadakan secara
besar-besaran.
- Bagi suku kaum Temiar, alat muzik digunakan
dalam hiburan dan sewang. Alat muzik yang
digunakan dalam tarian Sewang ialah
siol (seruling buluh), gooh (buluh centong), bataq
(gendang) dan kereb (gitar buluh).
- Bagi suku Temuan pula, mereka menggunakan alat
muzik seperti tung-tung, kong-kong dan gengong
dalam tarian Siamang Tunggal dan tarian Limau
Manis.
Sape merupakan alat muzik tradisional
etnik orang Ulu di Sarawak.
Sape diperbuat daripada bongkah
pokok yang ditebuk pada
bahagian dalam untuk mendapatkan
alunan bunyi. Alat muzik ini
dihiasi dengan motif-motif unik
peribumi. Sape biasanya dimainkan
dalam upacara ritual di rumah panjang.
Sape
Sompoton ialah alat muzik yang terkenal
dalam kalangan etnik Kadazandusun di
Sabah. Alat muzik ini boleh dimainkan
secara persendirian atau berkumpulan
sewaktu mengiringi tarian. Alat ini
diperbuat daripada labu air yang
dikeringkan dan ditebuk untuk dibuat
lubang. Lubang tersebut akan
dimasukkan dengan lapan batang buluh
kecil yang disusun dalam dua lapisan bagi
menahan angin daripada keluar
melalui celah-celah buluh apabila ditiup.
Sompotan
Gong
Gong merupakan alat muzik yang dimainkan
untuk mengiringi tarian Sumazau, Limbai
dan Siamang Tunggal. Gong terdiri daripada
pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi
yang berbeza.
3. Seni kraf anyaman
- Anyaman merupakan seni kraf yang sinonim
dengan masyarakat peribumi. Motif anyaman
bersumberkan alam semula jadi seperti flora dan
fauna. Bahan anyaman terdiri daripada mengkuang,
pandan, buluh dan rotan.
- Bagi suku Jah Hut, mereka menganyam
menggunakan batang kumbuh, batang menerung,
batang bertam, batang purun, pelepah langkap, daun
kelapa, daun nipah, daun tebu, daun palas, daun
gerencang dan akar resam.
Seni kraf anyaman boleh didapati
pada rumah orang Asli, alat-alat
perburuan, alat berkebun, senjata dan
perkakas rumah. Produk anyaman
adalah seperti anyaman bakul dan
nyiru berfungsi untuk menyimpan
dan meletak makanan. Anyaman tikar
dihasilkan untuk keperluan alas
tempat tidur dan digunakan semasa
majlis keramaian, kematian,
menjemur padi dan sebagainya.
Anyaman buluh pada
dinding rumah orang asli
Bakul
Anyaman bakul raga amat terkenal
dalam kalangan masyarakat peribumi.
Kebiasaannya bakul raga dianyam
dengan halus dan mempunyai simbol-
simbol yang menggambarkan
kehidupan mereka. Di Sabah, pembuatan
bakul juga sinonim dengan aktiviti
pertanian. Bakul digunakan untuk
membawa buah-buahan, sayur-sayuran
dan hasil perburuan.
Sirung (topi) masyarakat
Kadazandusun
4. Seni ukiran
- Kepercayaan masyarakat peribumi berkait secara langsung
dengan penggunaan topeng dan ukiran patung. Suku kaum
Mah Meri dan suku kaum Jah Hut mempercayai dan
menganggap patung mewakili moyang.
- Kaum Mah Meri mempercayai bahawa moyang Amei
berkuasa untuk menjaga dan mengawal keberlangsungan
kehidupan, kesihatan, aktiviti pertanian dan pemburuan.
- Topeng suku kaum Mah Meri diperbuat daripada kayu pulai,
iaitu sejenis kayu ringan dan lampung. Moyang sangat
dihormati oleh masyarakat orang Asli kerana mereka dianggap
ketua yang menjadi pemegang adat, penjaga penempatan
mereka, mematuhi pantang larang dan kekuatan bagi kaum
masing-masing.
Ukiran patung juga digunakan dalam upacara
perubatan atau nyisoi yang dikendalikan oleh
pengamal perubatan, iaitu bomoh atau
poyang. Patung harimau berantai sangat
terkenal dalam kalangan suku kaum
Mah Meri. Patung tersebut diperbuat
daripada kayu keras, iaitu nyirih batu.
Harimau berantai etnik Mah Meri
Kaum Jah Hut pula menggunakan
kayu merbau dan rengas dalam
penghasilan patung.
Patung etnik Jah Hut
Di Sarawak, ukiran dihasilkan pada
terabai, parang ilang, perahu panjang dan
keliring. Keliring ialah binaan tiang yang
digunakan untuk pengebumian
pemimpin-pemimpin suku kaum di
Sarawak. Tiang keliring ini menjadi
simbol keunikan seni ukir kaum di
Sarawak.
Keliring
Jerunai pula diperbuat daripada kayu belian
yang besar dan cukup tua kerana kayu ini
tahan lama kepada cuaca panas dan hujan
hingga ratusan tahun dan menjadi lambang
yang bersejarah bagi masyarakat Melanau.
Jerunai