Aktiviti Permulaan
Murid menonton tayangan video.
Murid diminta menyatakan perasaan mereka selepas menonton
video klip berkenaan pencemaran sumber air sebagai manfaat alam
Murid diminta merumuskan isi video yang ditonton.
Guru mengaitkan video dengan pembelajaran tajuk hari ini dengan
pembelajaran lepas.
Murid membaca standard pembelajaran dan standard prestasi.
PENGAJIAN AL QURAN: Surah Al Fathir ayat 12-13
MANFAAT KEJADIAN ALAM
1.10.5 Menilai kepentingan menjaga alam sekitar
1.10.6 Mencadangkan usaha dan tindakan yang sesuai untuk
memakmurkan alam dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan
Aktiviti Utama
Murid menyatakan secara lisan kepentingan menjaga sumber air dan alam sekitar.
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan, ada sekurang-kurangnya 5 ahli di dalam 1 kumpulan
dan diminta melantik seorang ketua. Ketua kumpulan diminta untuk memilih 1 cadangan projek
inovasi yang disusun seperti kipas tangan seperti berikut:
Projek Mengumpul Buku Terpakai Setiap Tingkatan
Projek Kitar Semula Air Wudhu
Projek Penguatkuasaan Peraturan Penggunaan Air di Asrama
Projek Tabung Alam
Projek Pengurusan Sisa Dewan Makan
Ketua kumpulan kemudiannya dibekalkan dengan kertas mahjung dan kembali pada kumpulan
masing-masing.
Setiap murid di dalam kumpulan berbincang dan dikehendaki merancang perjalanan projek
yang telah dipilih.
Murid membentangkan hasil perbincangan mereka secara Gallery Walk
Contoh: Projek Inovasi Kitar Semula Air Wudhu
Nama Projek: Firtigasi Tanaman Lada Api
Tarikh Cadangan:
Lokasi:
Proses perjalanan projek:
Data Anggaran / Lakaran Cadangan Projek:
Penggunaan Pendapatan Projek :
Aktiviti Penutup
Menjawab soalan yang disediakan oleh guru bagi
mendapatkan maklum balas daripada murid.
Soalan guru:
i) Apakah akibat jika manfaat alam tidak dijaga dan
dipulihara?
ii) Sebagai pelajar SMAP Labu dan rakyat Malaysia,
apakah peranan yang boleh dimainkan untuk menjaga
manfaat alam?
* Pak 21 : Fan n Fun, Gallery Walk