The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhanaqinqin, 2021-09-26 22:33:15

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2021

MAKP SMK Mat Salleh Ranau 2021

Keywords: MAKP SMKMSR 2021

SMK MAT SALLEH,
JALAN TAMBUNAN-RANAU, 89307

RANAU, SABAH.

30 SEPTEMBER 2021
9.00 PAGI










Dirasmikan Oleh:
Yang Berusaha Encik Majus Munsing,
Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

SEKALUNG MADAH KEMILAU KATA



VIP PERASMI
YANG BERUSAHA ENCIK MAJUS MUNSING
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH RANAU




SYUKUR kepada Tuhan atas kejayaan kita melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Selamat pagi, salam
sejahtera dan salam damai untuk semua. Salam JPN Sabah No. 1 Menerajui Perubahan. RANAU HEBAT. Tahun Ini Pasti
Lebih Baik. Mari Kerja Bersama.

Kemenjadian murid merupakan matlamat kita bersama sepertimana yang telah dijelaskan dalam gagasan KPPM.
Kecemerlangan pelajar sama ada dalam kurikulum dan kokurikulum merupakan antara indikator awal terhadap
kemenjadian pelajar di bawah didikan kita. Di peringkat sekolah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2021 (MAKP)
merupakan satu medan yang sah bagi mengiktiraf dan menghargai prestasi cemerlang para pelajar. Mudah-mudahan
pengiktirafan dan penghargaan ini menjadi pemangkin motivasi kepada pelajar lain untuk ikut bersaing dan meraih
kecemerlangan. Kita doakan semoga mereka akan dapat kita bentuk menjadi pemimpin generasi akan datang yang
berupaya membawa kesejahteraan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara kita. Sekolah merupakan platform yang
terbaik buat pelajar untuk mengasah bakat, mengasah minda, dan membina keyakinan diri.

Kepada penerima penghargaan pada hari ini, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan anda. Jadikan
anugerah yang anda terima ini sebagai pengobar semangat untuk terus berjuang mencapai kecemerlangan yang lebih
besar. Kongsilah resipi dan strategi kejayaan anda dengan rakan-rakan yang tidak menerima hadiah seperti anda.
Kongsilah ilmu yang anda ada, beri dorongan dan inspirasi. Kelak anda akan dikenang sebagai insan yang budiman dan
berperibadi mulia. Saya mendoakan agar anda akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri,
keluarga, universiti, masyarakat, bangsa dan negara.

Pada masa kini, KPM telah menzahirkan naratif baharu dalam amalan pendidikan yang bertunjangkan kerja berpasukan
atau team work yang padu. Naratif utama kita berfokus kepada pembelajaran berasaskan perkembangan murid. Satu
aspek penting dalam naratif baharu KPM ini ialah pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Norma pembelajaran
baharu sekarang ini menjadikan aspek pentaksiran ini lebih mencabar dan memerlukan melibatkan kerjasama guru-ibu
bapa-pelajar. Guru menyediakan bahan dan membimbing pelajar, ibu bapa memastikan anak membuat tugasan, dan
pelajar pula fokus terhadap tugasan. Benar, kita dengan peranan masing-masing perlu sentiasa melakukan pembaharuan
iaitu perlu menjadi lebih baik, lebih tangkas, lebih strategik dan berdisiplin. Kita perlu mengejar kualiti sepanjang masa
kerana kita sentiasa berhadapan dengan cabaran hari muka yang tiada kepastian. Semuanya dilakukan bagi
mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan awam.

Tahniah yang istimewa saya kalungkan kepada SMK Mat Salleh, Ranau di bawah pimpinan Pengetua, Tuan Boy @ Sharif
Francis yang sentiasa menyokong aspirasi KPM, JPN dan PPD terhadap pelaksanaan semua dasar dan inisiatif pendidikan
supaya sasaran untuk memacu peningkatan sistem pendidikan dalam Gelombang 2 PPPM 2013- 2025 dapat direalisasikan.
Syabas yang istimewa juga saya abadikan kepada PIBG SMK Mat Salleh, Ranau yang dipimpin oleh Yang Dipertua PIBG,
Tuan Jaidi Gulis yang memahami keperluan warga sekolah kini dan sentiasa cemerlang membantu apabila diperlukan.

Akhir kata, salam cemerlang untuk semua. Kepada semua penerima anugerah, teruskanlah kecemerlangan anda hingga ke
peringkat tertinggi dalam timeline hidup anda.

Sekian. Terima kasih.

SEUNTAI KATA SEMANIS MADAH



YANG BERBAHAGIA TUAN JAIDI @ ADRIAN GULIS
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU




TERLEBIH dahulu setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama-sama
dalam majlis ini.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini,khususnya kepada anak-
anak yang menunjukkan kecemerlangan. Sesungguhnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2021 (MAKP) ini
merupakan tradisi sekolah sejak sekian lama dan mempunyai makna yang tersendiri kepada seluruh warga sekolah.
Walaupun pada tahun ini, kita meraikannya secara maya sahaja tetapi saya percaya semangat untuk meneruskan
kecemerlangan tetap berterusan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru yang tidak pernah lelah mendidik anak-anak
sehingga berjaya. Walaupun sekolah terpaksa ditutup untuk mengekang penularan COVID-19, pengajaran dan
pembelajaran tetap diteruskan melalui pelbagai kaedah sama ada secara atas talian (online), luar talian (offline) dan
penggunaan modul. Kerjasama antara ibu bapa, semua guru dan kakitangan sekolah menjadi pemangkin kejayaan
anak-anak ini walaupun dalam suasana norma yang berbeza.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Objektif utama PIBG adalah untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan
pencapaian dan kegemilangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Hal ini telah dibuktikan oleh
anak-anak SMK Mat Salleh melalui pencapaian keputusan SPM 2020 yang cemerlang, walaupun situasi
pembelajaran amat sukar kerana pandemik COVID-19. Terima kasih atas segala kerjasama, sumbangan, idea dan
tenaga yang telah diberikan pihak sekolah.

Kejayaan anak-anak pada hari ini merupakan titik permulaan bagi meneruskan jalan kehidupan ke arah pencapaian

sebenar dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang
murni, jati diri yang ampuh dan keteguhan iman perlu

disepadukan bagi membolehkan anak-anak meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Semoga majlis
penghargaan yang diadakan ini akan meniup semangat yang lebih tinggi, khasnya kepada anak-anak yang akan
menempuh peperiksaan besar pada tahun ini. Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dalam majlis
ini. Semoga SMK Mat Salleh akan terus menggilap prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek.

Sekian, terima kasih.

SETITIS TINTA
ALUAN BICARA




YANG BERUSAHA ENCIK BOY @ SHARIF FRANCIS
PENGETUA SMK MAT SALLEH




Bismillah Hirrahmaa Nirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SMK Mat Salleh. Sabah Hebat. Katakan Tidak
Kepada Nombor 16. Katakan iya kepada 10 terbaik. Salam Ranau Hebat. Tahun ini pasti lebih baik. Mari kerja
bersama. Dan Salam Sabah Maju Jaya.

Memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan limpahan-Nya, saya berbesar hati merakamkan ucapan setinggi-
tinggi tahniah kepada penganjur majlis tahun ini iaitu Bidang Bahasa dan juga kepada semua guru yang terlibat
dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sesi 2020 yang berjaya dilaksanakan tahun ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar ini disambut dengan suasana yang unik dan berbeza berbanding tahun
lepas walaupun masih dalam situasi pandemik. Namun kita masih mengekalkan tujuan dan intipati utama majlis
berprestij yang dianjurkan pada kali ini. Kita sangat menghargai usaha-usaha pelajar yang menghasilkan
kejayaan, umpama bintang yang bergemerlapan di angkasa raya, dalam bidang pelajaran, peperiksaan awam dan
penggal serta keterlibatan yang jitu dalam arena kokurikulum sehingga mengharumkan nama sekolah di persada
kebangsaan. Saya sangat gembira dan kami guru-guru bangga dengan pelajar semua.

Dikesempatan ini juga, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada PIBG dan ibu bapa yang sentiasa memberi
sokongan padu dan kerjasama kepada pihak sekolah demi kemenjadian anak-anak sekalian tanpa mengenal
penat lelah.

Impak daripada program seumpama ini, kesemua guru dan pelajar sekolah dapat meningkatkan kesungguhan,
motivasi dan membina kejayaan serta kecemerlangan diri pada tahun akan datang.

Justeru, saya dengan gembiranya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya
memperolehi anugerah pada kali ini. Harapan saya agar kejayaan yang digenggam tidak berhenti setakat di sini
sahaja, tetapi teruskan kecemerlangan diri di mana sahaja kalian berada. Kejayaan yang terserlah saya yakin
dapat menyuntik semangat inginkan kejayaan bagi pelajar-pelajar lain kelak.

Akhir kata, jadikan hidup anda lebih bermakna. Wabillahi taufik Walhidayah Wassalaamualaikum
Warahmatullahi Wabarakaatuh.

ATUR CARA MAJLIS

9.00 pagi Ketibaan tetamu -link youtube
9.15 pagi Nyanyian Negaraku

Nyanyian lagu Sabah Tanah Airku
Bacaan doa
Ucapan alu-aluan Encik Boy @ Sharif bin Francis, Pengetua SMK Mat Salleh
Ucapan Encik Jaidi Gulis, Yang Dipertua PIBG SMK Mat Salleh
Ucapan Perasmian Encik Majus Munsing, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau
Penyampaian Anugerah Kokurikulum tahun 2020
Penyampaian Anugerah Top 10 mengikut tingkatan tahun 2020
- PPKI
-Tingkatan 1
-Tingkatan 2
-Tingkatan 3
-Tingkatan 4
-Prauniversiti Semester 1
Tayangan Video Program Pendidikan Khas Integrasi
Penyampaian Anugerah Cemerlang Panitia 2020
-PPKI
-Tingkatan 1
-Tingkatan 2
-Tingkatan 3
-Tingkatan 4
- SPM
- STPM
Penyampaian Anugerah SPM terbaik
Penyampaian Anugerah STPM terbaik
Tayangan Video Penerima Anugerah SPM terbaik 2020
Tayangan Video Penerima Anugerah STPM terbaik 2020
Nyanyian lagu sekolah
11.30 Majlis dijangka selesai

JAWATANKUASA PELAKSANA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

PELAJAR 2021 (MAKP)




PENGERUSI :

NAIB PENGERUSI :
ENCIK BOY @ SHARIF BIN FRANCIS (PENGETUA)
ENCIK MOHD AYUB BIN JAMIRIN (PK PENTADBIRAN)
PUAN HALIZAH BT HJ JANI (PK HEM)
ENCIK MOHD ZAINUDDIN IBRAHIM (PK KOKUM)
ENCIK HAPIRIN BIN YASIN (PK PETANG)
ENCIK MOHD KHAIRI YUDI (PK T6)
PUAN ROSE BINTI BOIK (PK PEND.KHAS)
PUAN SITI MARADINAH AB HALIM CHAN(KB BAHASA)
PUAN HJH NORAIDAH BT SURATMAN (KB SAINS & MATE)
PUAN NORHAITI BINTI KASSIM (KB TEKVOK)
PUAN AIDAH JAPININ (KB PEND. ISLAM)

PENGARAH : PUAN ANNGIE LEONIE CHAN

SETIAUSAHA: PUAN HAFIZAH SAMSIR

PANEL PEMILIH ANUGERAH AKADEMIK : PN. NUR FERRADIRA ADNAN (K)
PN. NORAZAH JAMININ
PN. PRISCILLA AMBROSE
EN. JUMAIDI JUMAT
PN. VOI NEE GUNSOROB
PN. FAUZIAH AMIN
PN. JUDITH MICHAEL
EN. HALIMI LIMUNDOK

PANEL PEMILIH ANUGERAH KOKURIKULUM : EN. NORASHID OTHMAN (K)
EN. NAZRI MAT
EN. NEILSON FRANCIS
EN. NORBERT EMEH
EN. MOHD SARZUKI

KAWALAN MUTU ANUGERAH: EN. MOHD AYUB
EN. MOHD ZAINUDDIN
EN. KHAIRI YUDI
PN. ROSE BUIK
SEMUA KETUA BIDANG

HADIAH/CENDERAHATI/SIJIL : PN. JUHINAH INTANG (K)
PN. S. WILLIN KIMIN
PN. LINAH KUNDAMOR
PN. CELESTINA JOSEPH ABI
PN. NORHAFIZAH RAJUM
PN. VILMIDAH PETRUS ATIN

DIBANTU GURU-GURU PRAKTIKAL
CIK SHIRAH AMIRAH WAIDEH
CIK JULAILLAH SURIDI
CIK EMA SUHAILA BINTI JOES
CIK ELVIERA MASLI
CIK NURUL FAZIRAH WATI BINTI ISININ
CIK NORDIANA BINTI KAIBI
CIK NOR ASBELLAH JANIUS

VIDEO UCAPAN PELAJAR: SPM
PN. BAITA GADANA (K)
PN RAINEH BUIK

STPM
PN. FELICIA BIDI (K)
PN. SARITA JAPIN

PPKI
PN SITI SOFIAH (K)
PN. JUDITH SING

PUBLISITI : SEMUA GURU

MINI STUDIO DAN RAKAMAN: EN. RAMDY JAIMIS (K)
EN. ELLICXMEN MANJILIM
EN. RYSALL SIGI
EN. ROSLAN TAIP

DIBANTU GURU PRAKTIKAL
EN. MOHD. AIZAT BIN JAUDIN
EN. HURGLES ESSTON IBAR
EN. WELLIERONS ILIAS

BUKU PROGRAM: PN. FARHANA HASIQIN ROSLAN (K)
PN. NORSALIHAH MUJIH
PN. FAMIEZA JADIN

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA: PN SHELLSIA YAP (K)
CIK NURDIYANA WMR
PN SAHINA AMBIU

DIBANTU GURU PRAKTIKAL
CIK MARIE VIANNEY JOHNNY
CIK NURUL SYARINAH BINTI JOUMIN

FOTOGRAFI/DOKUMENTASI: EN. JANIUS GHANI
EN. HAMININ ENON

PENULIS TEKS UCAPAN PERASMI

& KATA-KATA ALUAN: EN WITER GUNIK (PPD)

PN AIDAH JAPININ (PENGETUA)

CIK KASMAH MUSIN (YDP PIBG)

BACAAN DOA: USTAZ JUNAIDI SAIP

PENGACARA MAJLIS: PN. SAMSIAH GONTOL
EN. HAMDAN HARUN

DIBANTU GURU PRAKTIKAL
CIK DAISYLEA JONIUS
EN. MOHD AMIRUL HADI BIN AMIDIN

PENDAFTARAN: PN AGNES GODTOL (GURU-GURU)
PN. NORAIDAH SAH (IBU BAPA DAN PELAJAR)

SENARAI PENERIMA ANUGERAH
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2021

Anugerah Kokurikulum











Anugerah Top 10 Mengikut Tingkatan
Tahun 2020



Anugerah Panitia Cemerlang 2020



Anugerah Keputusan SPM Terbaik
2020

Anugerah Keputusan STPM Terbaik
2020

SEKALUNG PENGHARGAAN

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar 2021 dengan tulus
ikhlas merakamkan ucapan penghargaan
kepada semua yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam menjayakan majlis
ini.


Click to View FlipBook Version