The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharaamurtham, 2021-04-24 19:32:28

SULTAN SIR ABU BAKAR

DISEDIAKAN OLEH
FARISSA DANIA BINTI HAMIDON

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DR SYED NASIR

Nama: Farissa Dania Binti Hamidon
Kelas: 5 Al-hafiz

Nama Sek: Sk Tun Dr Syed Nasir
Alamat E-mail: [email protected]

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada saya dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada beberapa orang yang tidak mengira masa dan waktu untuk menyiapkan buku
skrap digital ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PPD Kota Tinggi yang telah menganjurkan
program seperti ini bagi mencungkil bakat yang terpendam dalam murid. Seterusnya, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SKTDSN En Zakaria Bin Mohd Salleh atas
sokongan dan kepimpinan terhadap saya sepanjang saya berusaha untuk menyiapkan buku skrap
digital ini. Tidak lupa juga kepada Cikgu Sharmimi selaku GPK Hem yang menaruh harapan
yang tinggi terhadap saya. Guru Kaunseling Cikgu Shara yang telah mengajar saya beberapa
perkara yang kurang saya faham tentang alam digital.

Tidak lupa juga kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa di samping saya memberi
semangat dan tunjuk ajar yang konsisten. Akhirnya sekali, Terima kasih kepada semua pihak
yang membantu saya dalam menyiapkan buku skrap digital ini.

PENDAHULUAN

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Temenggong Seri Maharaja
Tun Daeng menggantikan ayahandanya, Temenggung Daeng Ibrahim, bagi mentadbir Johor dari
1862 hingga 1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat[3].
Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Baginda ialah sultan Johor era moden
pertama.

Temenggung Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana.
Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan
membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah
menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya
pusat pentadbiran kerajaan Johor.

BIODATA TOKOH

Pemerintahan 13 Februari 1886 - 4 Jun 1895
Pendahulu Sultan Ali Iskandar Shah
Pengganti Sultan Ibrahim
Raja Muda Tunku Ibrahim Iskandar
Pasangan Wan Chik binti Muhammad Tahir

Zubaidah binti Abdullah
Fatimah binti Abdullah
Khadijah Khanum
Anakanda Tunku Ibrahim Iskandar (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Mariam
Tunku Putri
Tunku Azizah
Tunku Fatimah
Nama penuh
Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun
Daeng Ibrahim

BIODATA TOKOH

Ayahanda Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Bonda Cik' Ngah

Keputeraan 3 Februari 1833

Teluk Blangah, Negeri-negeri Selat, Singapura

Kemangkatan 4 Jun 1895 (umur 62) Bailey's Hotel, South Kensington, London, United Kingdom

Dimakamkan 7 September 1895, Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

Agama Islam

Pendidikan tokoh

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan
cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-
negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat
memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh
pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great
Britain pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung
Abu Bakar pada tahun 1868.

Pendidikan tokoh

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui
perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat.
Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai
British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju
melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar. Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran
sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Alkhalil.
Sebagai Sultan Johor
Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak; dokumen berupa berlembagaan negeri ini
digubal sebagai tindak balas kepada keadaan diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor yang
semakin dicampur urusan petandbiran dengan pihak British[10] lagi-lagi dengan kesihatan baginda yang
semakin melemah buruk.[11] Dokumen tersebut dilihat sebagai langkah mengekalkan kebebasan status
negeri Johor sepertimana yang ada sekian lama.

Kerjaya tokoh

Baginda berjaya mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan di
bawah pemerintahan Baginda pada tahun 1877. Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan
waris-waris Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris memakai gelaran Sultan Johor. Berikutan
Perjanjian Setia, Baginda menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Terdahulu dari itu pada tahun
1866, Baginda menukarkan nama bandar Iskandar Puteri kepada Johor Bahru. Pada tahun 1871, Baginda
mereka semula bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja.

Kerjaya tokoh

Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor terus dimajukan, dan Dato’ Jaafar Muhammad dilantik sebagai
Menteri Besar Johor pertama. Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perbendaharaan,
Polis, Penjara, Jabatan Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Laut, Johor Arsenal, Perubatan, Pos dan
Pelajaran. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
yang merupakan Negeri Melayu pertama mengadakan undang-undang itu. Perladangan lada hitam dan
gambir dimajukan dengan membawa masuk peladang Cina dan buruh Jawa. Pada tahun 1883 Jabatan
Pelajaran ditubuhkan untuk memajukan pelajaran anak-anak Melayu Johor. Baginda telah dimahkotakan
pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang Baginda sendiri ilhamkan. Dalam istiadat itu Baginda
menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor. Mahkota dan darjah kebesaran itu menjadikan
Johor negeri pertama berbuat demikian.

Sumbangan tokoh

emenggung Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah memajukan
dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan
Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada
Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada
orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan
digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan
melantik pegawai British sebagai penasihat.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara
pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah
terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan
mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British.
Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut telah
mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868.

Sumbangan tokoh

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan
cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara
Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat
memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang
dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada
masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada
tahun 1868.

Nilai kepimpinan

ebagai Temenggong (1862–1868)
Abu Bakar mengambil alih jawatan Temenggung Johor 3 hari selepas kemangkatan ayahandanya dan
mengalihkan persemayaman baginda ke estet Tyersall (kini Taman Tyersall berdekatan Kebun Bunga
Singapura). Johor diancam tuntutan pemilikan oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah yang digulingkan

Sebagai Maharaja (1868–1885)
Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas
Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah
sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang Jementah pada 1879 tetapi gagal.

Nilai kepimpinan

Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.

Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini,
kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar
juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai
Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang
ancaman dari luar.

Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Alkhalil.

Lakaran rupa baginda daripada akhbar Inggeris, 1866.
Sebagai Sultan Johor
Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak; dokumen berupa berlembagaan negeri ini digubal sebagai tindak balas
kepada keadaan diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor yang semakin dicampur urusan petandbiran dengan
pihak British[10] lagi-lagi dengan kesihatan baginda yang semakin melemah buruk.[11] Dokumen tersebut dilihat
sebagai langkah mengekalkan kebebasan status negeri Johor sepertimana yang ada sekian lama.

rujukan

1. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Dewan Sastera, pg 14
2. Christopher Buyers, Johor10, dicapai pada 20 April 2009
3. A History of Johore (1365–1941) (1992), pg 195
4. A History of Johore (1365–1941) (1992), pg 54


Click to View FlipBook Version