The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iamlagendbakhtiar, 2021-01-16 01:20:33

SBLM1023_TUGASAN 3 KHIDMAT BAKTI RELA

SBLM1023_TUGASAN 3 KHIDMAT BAKTI RELA

SBLM 1023
PENGANTAR PENULISAN

TUGASAN 3 (KUMPULAN) :
E-MAJALAH : KHIDMAT BAKTI RELA

Disediakan untuk:
DR. MOHD TARMIZI HASRAH

Pensyarah





PENGENALAN Selaras dengan peranan RELA sebagai sebuah jabatan
Jabatan Sukarelawan Malaysia atau lebih sinonim dengan sukarelawan, pengurusan tertinggi RELA telah menggariskan
RELA merupakan salah satu jabatan tunggal yang beberapa dasar utama untuk membuktikan keupayaan jabatan ini
mempunyai keanggotaan sukarela melebih 3 juta orang. bersaing dengan jabatan lain mengikut keperluan semasa. Antara
Jabatan ini merupakan salah sebuah jabatan berunifom di dasar terbesar dan terpenting yang digalas oleh RELA adalah
bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pelaksanaan Program Khidmat Bakti RELA. Program ini menjurus
diiktirafkan sebagai benteng kedua pertahanan negara kepada aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan kemanusiaan yang
selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga mempunyai nilai keprihatinan dan daya tarikan titik sentuhan
POLIS. Sejarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berimpak tinggi kepada anggota dan masyarakat. Penulisan ini
adalah berkait rapat dengan Pasukan Home Guard yang bertujuan untuk membincangkan dasar kerajaan yang dipilih
ditubuhkan bertujuan bagi menjaga keselamatan setempat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup
apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan masyarakat. Penulisan ini akan membincangkan sejarah dasar,
bermula pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf fungsi dasar, kumpulan sasaran, masalah yang timbul, kaedah
menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai penyelesaian dan juga agensi–agensi yang terlibat dalam
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). pelaksanaan dasar tersebut

PROGRAM KHIDMAT BAKTI RELA

PROGRAM KHIDMAT BAKTI RELA

Khidmat Bakti RELA atau KBR merupakan salah satu dasar kerajaan Dasar ini pada mulanya tidak diangkat sebagai dasar utama pada awal
yang dilaksanakan di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) penubuhan Jabatan ini. Pada awal pelaksanaan dasar, Jabatan RELA
dengan slogan “Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat” dalam lebih tertumpu kepada khidmat masyarakat dari segi menghulurkan
memberikan sumbangan kepada masyarakat dan juga bertujuan bantuan pertukangan dan membaik pulih rumah anggota RELA.
melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab Namun, selepas berlakunya transformasi kesedaran secara drastik
terhadap masyarakat dan negara. RELA terus diberikan sokongan dan masyarakat dan juga jabatan tentang pentingnya khidmat kepada
perhatian dalam semua aspek supaya ia terus diperkasakan bagi masyarakat, pada tahun 2015, Ketua Pengarah RELA, Datuk Lukeman
membawa wadah Kementerian Dalam Negeri dalam aspek keselamatan Bin Haji Said telah memperkenalkan Khidmat Bakti RELA semasa
dan kesejahteraan rakyat. Dasar ini bertujuan untuk menunjukkan ucaptama beliau pada sambutan Hari RELA Ke 43 Tahun, dimana
kecaknaan anggota–anggota RELA terhadap kepentingan perkhidmatan beliau menetapkan supaya program KBR ini menjadi salah satu
kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. Dasar ini Sasaran Kerja Tahunan kakitangannya. Pada ketika itu juga, Pelan
juga dapat memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong- Perancangan Dan Strategik RELA diwujudkan untuk memastikan
menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu Jabatan RELA mencapai sasaran yang ditetapkan.
dengan badan bukan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. Antara
contoh–contoh Program Khidmat Bakti RELA adalah seperti
gotong–royong, lawatan kebajikan, Program Keharmonian RELA dan
Rondaan Sukarela.



MODAL INSAN

KESEDARAN MASYARAKAT

Setelah masyarakat mula sedar tentang pentingnya RELA,
jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan
Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bomba, Pihak
B er k uasa Tem pat an, Jawa t a n k u a s a K a m p u n g t e l a h
bekerjasama membantu jabatan RELA untuk mencapai dasar
kerajaan untuk mendekati rakyat. Dasar ini kemudiannya
diperluaskan bukan sahaja ditujukan kepada anggota RELA,
malah RELA turut mula mengorak langkah membantu rakyat
tempatan dan masyarakat yang memerlukan bantuan.
Peranan RELA Dalam Bidang Pembangunan Sosial
Meningkatkan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan
setempat khasnya dalam bidang-bidang yang akan
menghasilkan kesan geraksaraf yang tinggi. Pemulihan dan
Pembinaan rumah orang daif bertujuan membantu Kerajaan
mengurangkan masalah kemiskinan.

PELAN PERANCANGAN DAN STRATEGI TRANSFORMASI

Walaubagaimanapun, dasar ini turut menghadapi kekangan dari segi sumber kewangan, faktor geopolitik, sosiobudaya
dan juga fahaman yang hanya bersifat pentingkan diri sendiri. Kekangan yang sering timbul adalah kekangan kewangan
kerana untuk program membaik pulih rumah, ia memerlukan sejumlah peruntukan yang besar. Sumber kewangan jabatan
adalah terhad dan ini menyebabkan sasaran tahunan membaik pulih rumah tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Sebagai
langkah untuk memastikan dasar kerajaan tercapai, Pengurusan Tertinggi RELA, melalui Dasar Pelan Perancangan Dan
Strategi Transformasi RELA tersebut, garis paduan telah diwujudkan untuk memudahkan jabatan diperingkat negeri dan
daerah dapat melaksanakan Program Khidmat Bakti RELA. Antara pelan tersebut adalah pegawai RELA diperingkat
negeri dan daerah membuat kunjungan dan perbincangan secara terbuka kepada wakil rakyat tempatan untuk
mendapatkan sumbangan dana bagi jabatan melaksanakan arahan tersebut. Kaedah lain pula adalah melalui kerjasama
antara jabatan persekutuan dan negeri melalui Program Pelan Strategi Lautan Biru (NBOS) dapat membantu jabatan
RELA mencapai objektif sasaran dasar. Bagi program gotong royong pula, jabatan RELA memohon bantuan daripada
Jawatankuasa Kampung yang terdiri daripada Penghulu, Ketua Kaum dan Jawatankuasa untuk memberikan sumbangan
makanan secara “potluck” dengan syarat RELA akan membekalkan tenaga kerja bagi memudahkan Jawatankuasa
Kampung melaksanakan aktiviti mereka.

KEHARMONIAN RELA

YOUTH

Click here to add content of
the text, enter your text here,
or paste your text here.

PERMASALAHAN

Masalah juga timbul semasa perbincangan pelaksanaan program khidmat bakti yang yang akan
diadakan oleh jabatan diperingkat daerah dimana tiada pusat pentadbiran bagi anggota RELA untuk
membuat perjumpaan dan perbincangan. Oleh hal yang demikian, melalui pelan tindakan tersebut juga,
pengurusan tertinggi RELA telah mengeluarkan satu arahan untuk mengenalpasti dan mewujudkan
satu lokasi dan bangunan untuk dijadikan Pusat Khidmat Dan komuniti RELA (PKKR) yang
mempunyai insfrastruktur yang lengkap merangkumi bekalan elektrik, bekalan air bersih dan juga
jalan perhubungan. Pusat ini bertujuan sebagai sebuah pusat arahan untuk perjumpaan pegawai RELA
bersama anggota, pusat pertemuan, berhimpun dan riadah bagi anggota RELA diperingkat kawasan
dan komuniti. Pusat ini terdiri daripada pondok–pondok, rumah kediaman dan juga dewan masyarakat
yang dijadikan lokasi khas bagi tujuan tersebut. Dalam masa yang sama juga, anggota–anggota RELA
di pusat tersebut dapat merangka satu pelan rondaan sukarela untuk meronda disekitar kawasan
komuniti, taman dan kampung sekaligus dapat membendung masalah gejala sosial yang kian
meningkat.

Menjalankan rondaan pencegahan jenayah sebagai satu langkah memelihara dan mengekalkan
keselamatan dan keamanan kawasan masing–masing. Apabila timbul keperluan, membuat tangkapan
(citizen arrest) ke atas anasir-anasir jahat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Usaha ini dapat memberikan impak yang tinggi terhadap masyarakat setempat kerana wujudnya
rondaan sukarela, masyarakat akan rasa lebih selamat selaras dengan tujuan utama penubuhan RELA.
Penggunaan pusat khidmat komuniti RELA juga dioptimumkan sebagai pusat sehenti kepada program
dan aktiviti RELA yang turut menyediakan khidmat komuniti kepada masyarakat setempat.

Salah satu penambahbaikan yang boleh dibuat oleh kerajaan terhadap impian murni jabatan RELA ini
adalah melalui penambahan bajet tahunan jabatan. Melalui kaedah ini, jabatan RELA dapat
melaksanakan lebih banyak Program Khidmat Bakti RELA sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
meningkatkan taraf hidup masyarakat serta meningkatkan semangat patriotik dan cinta kepada negara.

KESIMPULAN

RELA adalah jabatan persekutuan paling muda sudah mengharungi dan menempuh
pelbagai arus perubahan serta cabaran dalam meletakkan ia terus kekal relevan
hingga kini. Justeru peranan RELA harus diketengahkan melalui dasar ini dalam
memelihara dan mengekalkan keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian,
kesatuan dan perpaduan rakyat harus dititikberatkan supaya jabatan ini mampu
menyampaikan dasar dan hasrat kerajaan dalam merperkasakan impian menjadi
sebuah negara majmuk.

DISEDIAKAN OLEH

Nama Pelajar No. Matrik

BAHTIAR BUJANG 248909
MOHAMAD RAUF BIN NAPRI 249041
MOHAMAD RUMMANO BIN MOHAMAD ROSILE 249043
249822
SHAHARUDIN BIN SELI
PUSAT PJJ UUM KUCHING


Click to View FlipBook Version