The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2czk, 2021-10-29 13:32:28

EBOOK 99 KESALAHAN DALAM SOLAT

EBOOK 99 KESALAHAN DALAM SOLAT

EBOOK
99 KESALAHAN
DALAM SOLAT

Nama:
No Tel:

E-BOOK 99 KESALAHAN DALAM SOLAT COPYRIGHT © 2021 BY FAIZ AFANDI




Cetakan Pertama: OKTOBER 2021











Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara sekalipun. Sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis dari FAIZ AFANDI©

DEDIKASI

Kepada semua, Terima Kasih tidak terhingga buat :

Baba dan Ummi yang dicintai:
M.D. Afandi Bin Mat Zin
Asiah Binti Hassan

Para guru yang dihormati:
Al Alamah Sultanul Ulama’ Al Habib Salim Bin Abdullah As-Syatiri Rahimahullah

Alaih Syeikh Toha Bin Abdul Hamid Al Hamadi
Syeikh Soleh Bin Hassan Bafadhol
Habib Alwi Bal-Faqeh
Habib Aqil Ba Aqil
Habib Umar Al-Kaf
Habib Muhammad Al-Kaf
Syeikh Abdul Rahman Ba Fadhol
Habib Ali Bin Semaiyt
Habib Ali Mastur

Isteri tersayang:
Siti Fatimah Binti Nor

Anak-anak yang dikasihi:
Nuriman Nurani Tihani @ Asiah Sumayyah @ Aisyah Ayushi

Sahabat:
Ustaz Hafiz Afandi
@ Hasan Heng @ Noor Ramizah

@
Azam Che Will @
Hafizuddin Hamdan

Dan semua para Habaib dan Masyaikh yang telah mendidik selama di Rubat
Tareem dan kepada semua guru yang telah mendidik. Kepada sahabat, follower

dan anak murid #DailyFiqh #BengkelCaraSebenarSembahAllah dan seluruh
masyarakat yang menyokong perjuangan saya.

TERIMA KASIH buat anda semua.

FAIZ AFANDI
PEMBIMBING ASAS FARDHU A'IN ANDA

Muhammad Faiz Bin M.D. Afandi dilahirkan di Hospital
Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada Tanggal
17 Feb 1987. Beliau yang lebih dikenali dengan Faiz
Afandi merupakan anak ke 2 yang dilahirkan kembar
daripada 9 adik beradik daripada pasangan M.D
Afandi dan Asiah Hassan.

Dilahirkan dalam keluarga sederhana yang menitik
beratkan soal pendidikan agama seawal usia kanak-
kanak yang menjadi asas penting dalam kehidupan.
Ayahnya merupakan seorang pesara kerajaan di
KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).
Manakala Ibunya pula seorang suri rumah sepenuh
masa.

Sekarang beliau menetap di Krubong Melaka bersama isteri dan lima cahaya mata.
Mempunyai program sendiri yang dikenali #DailyFiqh, menggunakan medium Facebook
“Facebook page Faiz Afandi” sebagai platform untuk menyebarkan ilmu kepada orang
ramai. Dengan ilmu dan kredibliti yang ada, beliau seringkali dijemput mengajar di masjid
sekitar Melaka dan memenuhi jemputan dari luar Melaka juga.

Pendikan Al quran beliau bermula di Madrasah Tahfiz Darul Quran Walqiraat Repek,
Pasir Mas. Seterusnya Tahfiz Darul Riyadh, Gual Tinggi Rantau Panjang. Untuk
memantapkan lagi ilmu, beliau berangkat ke Yaman untuk menyambung pengajian di
Rubat Tareem Hadramaut dalam bidang Fiqh Syafie. Beliau berkelana selama enam
tahun disana sebelum pulang ke Malaysia.

Antara kitab yang beliau telah pelajari adalah: Risalah Jami’ah, Safinatu Annajah,
Mukhtasar Latif, Muqaddimah Hadramiah, Matan Zubat, Matan Abi Syuja’, Matan
Ghayah wat Taghrib, Ibnu Qasim, Umdah, dan Ia’natul Tolibin.

KALAM FAIZ AFANDI

Alhamdulillah, segala puji hanyalah bagi ALLAH S.W.T Tuhan yang mentakbirkan
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad
S.A.W dan ahli keluarga baginda serta seluruh para sahabat baginda yang mulia.

Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang telah memberi taufiq dan hidayah kepada seluruh
hambanya untuk beribadah dan meninggalkan maksiat. Seterusnya, semoga kita semua
dapat menyelusuri jalan yang di tunjuk oleh junjungan mulia baginda nabi Muhammad
S.A.W, demi mencapai kejayaan yang hakiki di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Solat adalah seutama-utama ibadah bagi seorang hamba. Kita di tuntut melakukan solat
dalam keadaan apa pun termasuklah ketika sakit, apatah lagi ketika dalam keadaan sihat
dan cergas akal dan fizikal.

Alhamdulillah kita masih diberi izin dan hidayah oleh Allah untuk menunaikan ibadah Solat di
zaman ramai orang meninggalkan Solat.

Ini adalah satu anugerah dan keistimewaan yang di kurniakan oleh ALLAH S.W.T yang
Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, untuk hamba-hambaNya yang beriman dan
bertaqwa. Sebagai hambanya yang taat, kita tidak ada sebab untuk meninggalkan solat
setelah mendapat keistimewaan yang diberi oleh ALLAH S.W.T ini

Walaubagaimanapun, harus diingatkan, setiap amal ibadat itu memerlukan ilmu untuk di
praktikkan. Menjadi kewajipan kita setiap umat islam untuk belajar tentang satu-satu
amal ibadat sebelum mengamalkannya, dan apatah lagi untuk berkongsi dengan orang
yang terdekat dan sebagainya.

Saya melihat, ramai orang awam di luar sana kurang jelas dan faham, seterusnya
seringkali melakukan kesalahan yang boleh membatalkan Solat. Hal ini terjadi kerana,
kurangnya kesedaran untuk menuntut ilmu agama ALLAH S.W.T lebih-lebih lagi
berkaitan dengan solat.

Oleh kerana kejahilan dalam solat amatlah merugikan, maka, berbekalkan ilmu yang
ada, saya gagahkan untuk melahirkan E-Book ini sebagai nilai tambah kepada peserta
Bengkel Cara Sebenar Sembah Allah. Ianya adalah untuk menyedarkan masyarakat
tentang kesalahan yang selalu dilakukan ketika solat, supaya kita tidak ambil mudah
dengan solat. Dengan lahirnya E-Book ini juga, saya berharap dapat membantu
masyarakat memperbaiki mutu kualiti Solat sekaligus dapat mempersembahkan ibadah
solat yang lebih sempruna tanpa cacat celat kepada Allah S.W.T

Jadi, saya ingin mengajak anda untuk kita sama-sama berdiri teguh untuk membanteras
kejahilan. Ingatlah tuan/puan, kejahilan adalah satu dosa, apatah lagi sekiranya kita
tidak berusaha untuk menuntut ilmu.

Akhir kalam, E-Book ini adalah salah satu cara untuk saya menyebarkan ilmu. Buat
penuntut ilmu dan juga anak murid saya, yang sentiasa dahagakan ilmu, ini adalah buah
tangan saya untuk anda sebagai ucapan terima kasih kepada semua, tidak kira belajar
secara atas talian mahupun beresemuka.

Semoga dengan usaha kita semua, lebih-lebih lagi E-Book ini, diterima oleh ALLAH
S.W.T dan kita semua mendapat ganjaran yang besar disisi ALLAH S.W.T. InshaAllah.
Kepada ALLAH S.W.T saya bertawakkal dan berserah diri.

Amin,

Banteras kejahilan diri,
kerana kejahilan adalah satu dosa.

FAIZ AFANDI
Pembimbing Asas Fardhu A'in

TIDAK TAHU PERKARA
YANG MEMBATALKAN

1WUDHU

HUKUM

Wudhu mungkin TIDAK SAH dan
mengakibatkan Solat juga TIDAK

SAH.

PENERANGAN

Tambah ilmu berkenaan Sah & Batal
Wudhu & Hati-hati dengan perkara

yang membatalkan Wudhu.

WUDHU DENGAN

2BUKAN AIR MUTLAK

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH.

PENERANGAN
HANYA air MUTLAK sahaja yang boleh
digunakan untuk berwudhu. Selain air mutlak,
TIDAK SAH MENGGUNAKAN sumber air lain
seperti air Musta'mal, air Mutanajis, dan air
yang berubah dengan sebab dimasuki

sesuatu yang boleh mengubah air.

WUDHU DENGAN AIR

3MUSTA'MAL

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga TIDAK
SAH

PENERANGAN

Air Musta'mal adalah air yang KURANG
dari DUA kolah yang sudah digunakan

untuk Fardhu Toharah, seperti air
LEBIHAN daripada wudhu dan mandi
wajib. Air ini TIDAK boleh digunakan lagi

untuk bersuci.

WUDHU DENGAN AIR

4MUTANAJJIS

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

Air Mutanajjis adalah air yang kurang dari
dua kolah yang dimasuki najis atau air
yang LEBIH dari DUA kolah dan berubah

dengan sebab di dimasuki najis. Maka air
ini TIDAK lagi boleh digunakan untuk
bersuci.

BASUH MUKA TIDAK
MERATAI BAHAGIAN

5SEMPADAN

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN
PENTING untuk TAHU sempadan muka semasa

ingin berwudhu, dikhuatiri air TIDAK sampai
keseluruh bahagian muka. Ini boleh

menyebabkan wudhu TIDAK SAH. Sempadan
muka panjangnya dari tempat tumbuh rambut

hingga ke dagu, dan lebarnya adalah dari
telinga kanan ke telinga kiri. WAJIB ratakan air
ke seluruh bahagian tersebut ketika berwudhu.

Sekiranya TIDAK, wudhu kita TIDAK SAH.

AIR TIDAK SAMPAI KE

6SIKU

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

Siku adalah TERMASUK di dalam anggota
tangan yang WAJIB kita basuh ketika

berwudhu. Tanpanya, wudhu kita TIDAK
SAH.

AIR TIDAK SAMPAI KE

7CELAH KUKU TANGAN

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

WAJIB meratakan air sehingga ke celah
kuku ketika berwudhu dan mandi wajib.

Ini adalah pandangan MUKTAMAD di
dalam mazhab

ADA SESUATU YANG
MENGHALANGI AIR

8SAMPAI KE KULIT

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

WAJIB menghilangkan segala yang boleh
MENGHALANG air dari sampai ke kulit
ketika wudhu dan mandi wajib. Contoh,

cat, gam, sisik ikan, dan seumpanya yang
boleh menghalang air dari SAMPAI
kekulit.

SAPU AIR PADA
RAMBUT BUKAN

DALAM

9SEMPADANNYA

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

Sempadan rambut adalah dari tempat
mulanya tumbuh rambut hingga ke

pangkal leher. Jika seseorang berambut
panjang dan dia menyapu air di rambut
yang terkeluar dari sempadannya, maka

TIDAK SAH wudhunya.

TAK BASUH RAMBUT
DI TEPI TELINGA

10(SIDEBURN)

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

Rambut di tepi telinga atau sideburn
adalah bulu yang tumbuh sekitar

telinga, dan ianya TERMASUK di dalam
bulu muka yang WAJIB dibasuh ketika

membasuh muka semasa wudhu.

TIDAK NIAT DI

11BAHAGIAN MUKA

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

WAJIB niat wudhu adalah ketika
MEMBASUH muka, dan TIDAK SAH
wudhu jika kita niat sebelum atau

selepas membasuh muka.

AIR TIDAK RATA

12SAMPAI KE TUMIT

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

WAJIB memastikan air meratai sampai ke
SELURUH bahagian tumit ketika

berwudhu. Ini kerana, ianya TERMASUK di
dalam anggota wudhu iaitu kaki. Ramai
yang TERLEPAS PANDANG ketika
membasuh kaki di bahagian tumit.

AIR TIDAK RATA DI

13CELAH KAKI KUKU

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

Celah jari kaki WAJIB disela-sela jika
kita yakin air TIDAK akan meratai jika
tidak menyela air. Lebih-lebih lagi di

celah jari kelingking kaki.

ADA SESUATU YANG
MENGUBAH AIR DI

14KULIT

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

Sesuatu yang boleh MENGUBAH air ketika
wudhu seperti sabun, WAJIB di hilangkan
dahulu pada anggota wudhu atau mandi

wajib. Kerana air sabun itu boleh
MENGUBAH air mutlak.

AIR TIDAK RATA DI

15CELAH MATA

HUKUM

Wudhu TIDAK SAH dan solat juga
TIDAK SAH

PENERANGAN

Sekiranya di celah mata ada tahi
mata,ianya boleh MENGHALANG air jika

TIDAK dibuang dahulu semasa ingin
berwudhu. Ini kerana, ianya boleh

menyebakan wudhu TIDAK SAH kerana air
TIDAk meratai keseluruh bahagian muka.

TIDAK AMBIL PERHATIAN
DI BAHAGIAN YANG
BERLIPAT SEMASA

16MANDI WAJIB

HUKUM

Air TIDAK RATA dibadan dan
mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

Penting untuk kita MEMASTIKAN air
sampai ke seluruh bahagian badan
ketika mandi wajib. Lebih-lebih lagi
pada bahagian yang berlipat seperti
celah ketiak, celah kelangkang dan

bawah kulit yang berlipat.

TIDAK DUDUK SEMASA
MENYAMPAIKAN AIR DI

17CELAH KELANGKANG

HUKUM

Air TIDAK sampai dicelah kelangkang,
mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

Celah kelangkang adalah tempat yang
susah nak meratakan air, melainkan

duduk ketika mandi wajib. Lebih-lebih
lagi bagi wanita, WAJIB menyampaikan

air pada bahagian zohir kemaluan.

TIDAK MENGGUNAKAN
AIR MUTLAK SEMASA

18MANDI WAJIB

HUKUM

Mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

Hanya air mutlak SAHAJA yang boleh
digunakan untuk mandi wajib. Selain
daripada air mutlak, TIDAK SAH kita
gunakan untuk mandi wajib. Seperti air
musta'mal, air mutanajis, dan air yang
berubah dengan sebab di masuki sesuatu

yang boleh mengubah air.

AIR TIDAK RATA DI

19SELURUH BADAN

HUKUM

Mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

Antara SYARAT mandi wajib adalah
MERATAKAN air keseluruh bahagian
zohir badan. Antara tempat yang perlu
diberi perhatian adalah telinga dan

bahagian-bahagian yang berlipat.

RAMBUT YANG
BEWARNA YANG

20MENGHALANGI AIR

HUKUM

Mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

Rambut yang MENGGUNAKAN pewarna, yang
BUKAN dari bahan semulajadi

KEBANYAKKANNYA menghalang air dari
sampai ke rambut. Ini boleh menyebabkan

mandi wajib kita TIDAK SAH, kecuali
menggunakan bahan semulajadi seperti inai.

CAT KUKU YANG

21MENGHALANGI AIR

HUKUM


Mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

Pewarna kuku yang BUKAN dari bahan
semulajadi KEBANYAKKANNYA

menghalang air dari sampai kekuku,
kecuali pewarna semulajadi seperti inai.

RAMBUT TIDAK

22TERURAI

HUKUM

Mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

Rambut yang kusut dan TIDAK terurai
boleh MENGHALANG air dari sampai
keseluruh bahagian rambut dan kulit

kepala. Ini boleh MENYEBABKAN
mandi wajib dan wudhu TIDAK SAH.

23KOTORAN DI KUKU

HUKUM

Mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

WAJIB menghilangkan segala kotoran
di celah kuku KETIKA mandi wajib dan

wudhu mengikut pendapat yang
MUKTAMAD di dalam mazhab.

TIDAK NIAT SEMASA

24MANDI

HUKUM

Mandi wajib TIDAK SAH.

PENERANGAN

Antara SYARAT SAH mandi wajib
adalah NIAT. Waktu niatnya adalah

ketika MENYAMPAIKAN air pada
mana-mana anggota di badan. TANPA

niat, ianya akan jadi mandi BIASA
sahaja.

TAK TAHU RUKUN

25MANDI WAJIB

HUKUM

Kemungkinan Mandi wajib TIDAK
SAH.

PENERANGAN

Rukun mandi wajib ada 2:
1. Niat
2. Meratakan air keseluruh tubuh
badan.
Di khuatiri jika TIDAK MENGETAHUI

rukun, kita akan melakukan kesilapan
ketika mandi wajib.

TIDAK JELAS SEBAB
KEPERLUAN MANDI

26WAJIB

HUKUM

Kemungkinan Mandi wajib TIDAK
SAH

PENERANGAN

Penting untuk TAHU sebab-sebab
yang mewajibkan mandi, supaya kita

jelas TUJUAN mandi wajib.

TIDAK BERDIRI TEGAK
KETIKA SOLAT BAGI

27YANG MAMPU

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Berdiri adalah salah satu dari RUKUN
solat bagi mereka yang mampu, dan
BERDIRI TEGAK adalah antara SYARAT
SAH ketika solat bagi yang mampu.

DADA TIDAK
MENGHADAP KE ARAH

28KIBLAT

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Menghadap arah kiblat adalah
SYARAT SAH solat. WAJIB menghadap
kiblat dengan DADA bagi meraka yang

mampu dari awal solat sehingga
selesai solat.

NIAT BUKAN PADA

29TAKBIRATUL IHRAM

HUKUM

Solat TIDAK SAH.

PENERANGAN

Tempat niat solat adalah KETIKA
Takbiratul Ihram. TIDAK SAH solat jika
kita niat SELAIN dari Takbiratul Ihram.
Seperti niat SEBELUM atau SELEPAS

Takbiratul Ihram.

TIDAK MENYEBUT
FARDHU DALAM NIAT

30BAGI SOLAT FARDHU

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

MENYEBUT Fardhu di dalam solat
Fardhu ketika niat adalah WAJIB.

MELAKUKAN
KESALAHAN JALIY

(BESAR) DALAM

31FATIHAH

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Antara KESALAHAN JALIY ketika
membaca Fatihah adalah MENGUBAH

huruf, MENAMBAH huruf dan
MENGURANGKAN huruf. Dan setiap
kesalahan yang boleh MENGUBAH
MAKNA juga adalah kesalahan Jaliy.

TIDAK MENUTUP AURAT

32DENGAN SEMPURNA

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Antara SYARAT SAH solat adalah
MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.
Bagi lelaki, WAJIB menutup di antara

PUSAT dan LUTUT ketika solat.
Manakala bagi wanita pula, adalah
SELURUH TUBUH BADAN, kecuali muka

dan tapak tangan.

TIDAK SEMPURNA

33RUKUK

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Rukuk yang SEAKAN berdiri, adalah
rukuk yang TIDAK sempurna dan
MEMBATALKAN solat.

TIDAK ADA
TOMA'NINAH SEMASA

34RUKUK

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Toma'ninah adalah BERHENTI
SEKEJAP, sekadar Subhanallah ketika
melakukan rukun Fi'li di dalam solat.

TARADDUD (TERAGAK-

35AGAK) DI DALAM NIAT

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

TARADDUD di dalam niat ialah
TERAGAK-AGAK. Contohnya,
teragak-agak ingin memberhentikan
solat, atau ingin meneruskan solat.

TA'LIQ (NIAT)
MEMUTUSKAN SOLAT

36DENGAN SESUATU

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Ta'liq atau MENGGANGTUNGKAN niat,
dengan niat INGIN memutuskan solat
dengan sesuatu. Contoh, jika hujan
turun, aku akan BERHENTI solat dan

angkat kain di jemuran.

TIDAK ADA
TOMA'NINAH SEMASA

37I'TIDAL

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Toma'nianah adalah BERHENTI
SEKEJAP, sekadar Subhanallah
ketika melakukan rukun Fi'li di dalam

solat.

TANGAN BERAYUN -

38AYUN SEMASA I'TIDAL

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Tangan yang TERHAYUN-HAYUN selepas
bangun dari I'tidal MELEBIHI dari 3 kali
BERTURUT-TURUT, boleh membatalkan
solat.

JARI KAKI TIDAK

39DILIPAT SEMASA SUJUD

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

WAJIB melipatkan sedikit JARI KAKI
sehingga PERUT jari kaki mengenai lantai

KETIKA sujud.

MENGGENGGAM
TANGAN SEMASA

40SUJUD

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Antara PERKARA WAJIB semasa sujud
adalah, MESTI meletakkan SEBAHAGIAN

dari tapak tangan ke lantai. Jika jari
digenggam seluruhnya ketika sujud,

maka TIDAK SAH SOLAT.

DAHI TERTUTUP
SESUATU SEMASA

41SUJUD

HUKUM

Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN

Dahi WAJIB terbuka dan TIDAK berlapik
dengan sesuatu yang bergerak, dengan
sebab PERGERAKAN KITA semasa sujud.

TIDAK MENGANGKAT
PUNGGUNG KETIKA

42SUJUD

HUKUM
Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN
Antara SYARAT Sujud adalah, punggung
mesti LEBIH TINGGI dari KEPALA. Sujud
TANPA mengangkat punggung melebihi
dari kepala boleh MEMBATALKAN SOLAT.

TIDAK ADA
TOMA'NINAH SEMASA

43SUJUD

HUKUM
Solat TIDAK SAH dan BATAL.

PENERANGAN
Toma'nianah adalah BERHENTI SEKEJAP,
sekadar Subhanallah ketika melakukan

rukun Fi'li di dalam solat.


Click to View FlipBook Version