The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ia adalah helaian amali untuk melaksanakan kerja pemancangan tanda tapak (setting out)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kprostp, 2022-02-23 04:23:31

Pemancangan Tanda Tapak (Setting Out)

Ia adalah helaian amali untuk melaksanakan kerja pemancangan tanda tapak (setting out)

Keywords: Pemancangan Tanda Tapak (Setting Out)

STP 20803
BINAAN STRUKTUR BAWAH TANAH

HELAIAN AMALI
PEMANCANGAN TANDA TAPAK

(SETTING OUT)

disediakan oleh :

PN SARAH BT::ABD HAMID
KOLEJ KOMUNITI JELEBU

ARAHAN : Pelajar dikehendaki menyediakan peralatan yang diperlukan dan memastikan ruang
kerja selamat sebelum memulakan kerja .

NAMA PROGRAM HELAIAN AMALI
SEMESTER TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN
KOD KURSUS SEMESTER 2
NAMA KURSUS STP 20803
TOPIK BINAAN STRUKTUR BAWAH TANAH
TEMPAT TOPIK 3 : PEMANCANGAN TANDA TAPAK
TEMPOH AMALI / PRAKTIKAL BENGKEL TEKNOLOGI PEMBINAAN
TAJUK AMALI 21 JAM
KERJA PEMANCANGAN TANDA TAPAK

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)

Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat:-
1. Menunjukkan kerja pemancangan tanda tapak bagi pembinaan bangunan.

PERALATAN / 1. Kayu tegak bersaiz 25mm x 50mm x 1000mm (12 batang)
BAHAN 2. Kayu lintang 25mm x 50mm (8 batang)
3. Kayu piket 25mm x 50mm x 300mm (mengikut keperluan)
4. Pensel
5. Gunting (memotong benang)
6. Sesiku L
7. Alat Level
8. Benang
9. Tukul
10. Pita Ukur
11. Paku

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

1. Mengamalkan 1.1 Pastikan keselamatan diri diutamakan
langkah - 1.2 Periksa kawasan kerja dan peralatan bengkel berada dalam
langkah
keselamatan keadaan selamat sebelum memulakan kerja.

2. Menyediakan 2.1 Sedia peralatan dan bahan bagi melakukan ujian.
peralatan
ujian

3. Melaksanakan 3.1 Kenalpasti kedudukan bangunan dengan melihat perkara-
proses kerja perkara berikut:
merancang a) Jarak depan bangunan dari jalan raya mestilah sekurang-
tanda tapak kurangnya 6m
b) Jarak tapak bangunan dari bangunan lain.

3.2 Tanda kedudukan kedua-dua sudut bagi bangunan iaitu titik A
dan titik B (rujuk rajah 1) pada garisan pertama dengan
menggunakan kayu pancang berukuran 50mm x 50mm x
300mm.

3.3 Paku kedudukan tepat bagi sudut-sudut bangunan pada
pancang di titik A dan titik B.

3.4 Tanam pancang dan pakukan kedudukan tepat pada titik F
pada garisan AB dengan jarak 3m dari A.

3.5 Cari kedudukan titik E dengan menarik pita pengukur dari

titik A dan F agar jaraknya tepat 4m dari A dan 5m dari F.
Sudut EAF adalah bersudut tepat 900 dengan menggunakan
kaedah 3:4:5 bagi segitiga bersudut tegak.
3.6 Cari kedudukan titik D dengan menyusul AE dan ukur dengan
pita pengukur.
3.7 Cari kedudukan titik C dengan menarik pita pengukur dari D
dan B mengikut ukuran DC dan CB. Tanam dan paku
kedudukan C yang tepat menggunakan pancang.

Rajah 1 : Merancang Tanda Tapak

4. Melaksanakan

kerja pancang 4.1 Tanam kedudukan kayu tegak 25mm x 50mm x 1000mm

ukur tapak dengan jarak 1.2m dari titik A. Rujuk Rajah 2

4.2 Pancang ukur tapak dinaikkan dengan memakukan kayu

lintang pada kayu tegak. Pancang ukur tapak boleh dibuat

sekeliling atau pepenjuru garisan bangunan sahaja.

4.3 Pakukan kedudukan pancang bucu bangunan di atas kedua-

dua belah kayu lintang pancang ukur tapak. Paku perlu

diletakkan bersudut tepat dengan pancang bucu bangunan.

Rajah 2 : Kerja Membina Pancang Ukur Tapak

5. Melakukan 5.1Ikat tali benang pada kedua-dua paku lintang dan tarik dengan
kerja garisan tegang ke kayu lintang yang bertentangan/berhadapan (Rajah
bangunan 3). Pastikan persilangan tali itu betul-betul berada pada
pancang tapak bangunan.

Rajah 3 : Kerja Garisan Bangunan Pada Pancang Ukur Tapak

5.2 Semak kedudukan persilangan tali dengan menggantungkan
ladung pada titik persilangan. Rujuk Rajah 4

Rajah 4: Kerja Semakan Persilangan Tali Bebenang
5.3 Daripada garisan bangunan, tentukan tanda-tanda untuk

cerucuk, parit atau tebal tembok berdasarkan pelan yang
disediakan.

Rajah 5 : Kaedah Meranccang Dan Menanda Pada Pancang Ukur
Tapak

6. Melaksanakan 6.1 Semak semula keseluruhan ukuran
kerja 6.2 Ukur pepenjuru bagi memastikan agar segi adalah selari dan
pengujian /
ketepatan bersudut tepat
kerja 6.3 Guna kaedah 3:4:5 untuk menyemak sudut tepat.

Rajah 6 : Kaedah Menguji Ketepatan Kerja

7. Membersihkan 7.1 Bersihkan semua peralatan dan perkakasan kerja yang
peralatan, digunakan.
perkakasan
dan kawasan 7.2 Bersihkan tapak binaan dan kawasan kerja
kerja 7.3 Pastikan kawasan kerja kelihatan kemas dan bersih

PELAN CERUCUK

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Click to View FlipBook Version