The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Anjuran Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Syariah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnawaheda_UnIPSAS, 2023-08-02 17:53:57

Buku Program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi 2023

Anjuran Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Syariah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Keywords: buku program

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia, iradah dan izin-Nya dapatlah kita bersama-sama dalam program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi 2023 atau Karnival Ilmu dan Budaya anjuran bersama Fakulti Pengajian Islam UnIPSAS dan Fakulti Syariah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan kepada keluarga, kaum kerabat dan para sahabat Baginda. Program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi ini merupakan karnival ilmu yang menghimpunkan beberapa seminar dan bengkel perkongsian ilmu yang tentunya akan memberi impak positif kepada peningkatan kefahaman masyarakat Pahang berkaitan agama Islam sejajar juga dengan objektif strategik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang pertama iaitu “Pembentukan Insan Yang Rabbani Berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah”. Peranan institusi pengajian tinggi seperti UnIPSAS tidak boleh dilihat hanya sebagai pusat penghasilan cendekiawan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata sebaliknya UnIPSAS perlu bergerak lebih aktif dan proaktif dalam menentukan peranan mahasiswa/mahasiswi dan tenaga akademiknya terhadap masyarakat. UnIPSAS mempunyai peranan utama bagi menjalinkan hubungan yang baik dalam masyarakat, menyumbang sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan menjadi platfom kepada aktiviti keilmuan yang samasama melibatkan masyarakat atau komuniti setempat. Saya yakin perkara ini sentiasa menjadi antara keutamaan UnIPSAS pada masa kini terutamanya setelah dinaik taraf sebagai universiti penuh. Sebagai Timbalan Yang Dipertua, saya mewakili Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) amat mengalu-alukan serta menyokong sebarang usaha penganjuran aktiviti keagamaan dan keilmuan yang membawa pelbagai faedah dan impak positif kepada rakyat di negeri ini khasnya dan negara ini amnya. Saya berdoa agar segala usaha yang baik daripada kita semua mendapat ganjaran kebaikan yang setimpal di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan juga program ini memberi sumbangan besar dalam mengukuhkan penghayatan Islam dan perpaduan umat Islam negeri Pahang Darul Makmur. Sekian, terima kasih. Kata alu-aluan YAM Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SSAP., SIMP Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmanirahim. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan kurnia dan inayahNya, program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi anjuran Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Syariah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dapat dianjurkan pada tahun ini dengan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat negeri Pahang. Program ini dilaksanakan sejajar dengan fokus dan halatuju UnIPSAS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam di Negeri Pahang yang tercatat dalam Visi, Misi dan Pelan Strategik UnIPSAS 2022-2026. UnIPSAS sentiasa memberi perhatian kepada aktiviti seumpama ini yang bertujuan memberikan khidmat komuniti kepada masyarakat melalui penganjuran seminar-seminar perkongsian ilmu dan penganjuran pertandingan di samping menjadi platfom kepada mengukuhkan perpaduan sesama masyarakat Negeri Pahang. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Syariah serta semua urusetia yang menjayakan program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi. Semoga program ini dapat menghasilkan satu impak yang besar kepada UnIPSAS dan masyarakat negeri Pahang. Sekian, terima kasih. Kata alu-aluan YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, DSAP,. SMP., AMP. Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana saya telah diberi peluang untuk menitipkan bicara dalam buku program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa AlThaqafi anjuran Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Syariah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Alhamdulillah, pada tahun ini Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Syariah diberi kepercayaan oleh Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dalam menganjurkan satu program yang julung-julung kalinya diadakan di UnIPSAS. Program ini bertujuan untuk membina dan melahirkan modal insan berilmu dan beriman serta memperkasa khidmat komuniti dalam kalangan para pensyarah dan pelajar UnIPSAS. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada mempromosikan UnIPSAS kepada masyarakat luar sebagai satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Negeri di pantai timur khususnya di negeri Pahang yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengajian Islam. Al-Mahfal al-Ilmi wa al-Thaqafi menghimpunkan lebih 14 aktiviti termasuk seminar-seminar dan pertandingan berkaitan dengan bidang dan tujahan pengajian Islam dan Syariah. Pelaksanaan program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi ini merupakan satu platform yang dilihat dapat memberikan ilmu serta mencungkil kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah dan komuniti masyarakat negeri Pahang. Al Hamdulillah. Penganjuran program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama para rakan sinergi yang telah memberikan sokongan padu. Oleh itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa, para rakan sinergi dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program yang bermanfaat ini. Semoga program Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Sekian, terima kasih. Kata alu-aluan Encik Abdul Halim bin Abdul Karim Pengarah Karnival Ilmu Dan Budaya Islam (Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi)


KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA ISLAM (AL-MAHFAL AL-ILMI WA AL-THAQAFI) Latar belakang Pembinaan modal insan yang cemerlang dan seimbang merupakan antara fokus dan halatuju Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam di Negeri Pahang yang tercatat dalam Visi, Misi dan Pelan Strategik UnIPSAS 2022-2026. Karnival ilmu dan budaya Islam atau dikenali juga sebagai Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi ini adalah paltfom atau medium untuk membangunkan modal insan terbaik dalam skala yang lebih besar melibatkan komuniti masyarakat negeri Pahang, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, pelajarpelajar sekolah serta golongan mualaf serta masyarakat orang asli di sekitar Kuantan. Pelaksanaan aktiviti dalam Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi turut dirangka bagi membantu bahagian Hal Ehwal Pelajar UnIPSAS membina kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UnIPSAS. Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi berlangsung selama dua hari iaitu 4 dan 5 Ogos 2023 dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti Seminar pemantapan Akidah Peringkat Negeri Pahang, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Bengkel Bimbingan Fardhu Ain kepada Muallaf juga dilihat bertepatan dengan Objektif Strategik 1 (2022-2026) MUIP iaitu pembentukan insan rabbani berasaskan Ahli Sunnah wa al-Jamaah, juga 1d-(5) iaitu perluasan Program Dakwah di kawasan perkampungan Orang Asli dan 1 d(6) iaitu Program berkala bagi pemantapan akidah muallaf secara tahunan sebagaimana yang tercatat dalam Pelan Strategik MUIP(2022-2026). Himpunan aktiviti yang pelbagai seperti seminar dan bengkel pengisian ilmu, pertandingan-pertandingan, pameran dan gerai turut diadakan bagi tujuan untuk membina kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa dan mahasiswi UnIPSAS agar berupaya lahir sebagai graduan holistik dan unggul pada masa akan datang.


Matlamat Membina dan melahirkan modal insan berilmu dan beriman serta memperkasa khidmat komuniti dalam kalangan para pensyarah dan pelajar UnIPSAS. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada mempromosikan UnIPSAS kepada masyarakat luar sebagai satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Negeri di pantai timur khususnya di negeri Pahang yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengajian Islam. Objektif • Menjadi wadah perkongsian pelbagai bidang ilmu pengajian Islam seperti akidah, Quran dan Sunnah, dakwah, syariah, muamalat, bahasa Arab dan kaunseling kepada masyarakat Negeri Pahang. • Menggarap kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UnIPSAS dan para peserta program. • Mengeratkan hubungan UnIPSAS dengan institusi-institusi pendidikan yang lain sekitar negeri Pahang seterusnya mempamerkan keterlihatan UnIPSAS dan Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Syariah.


Atur Cara KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA ISLAM (AL-MAHFAL AL-ILMI WA AL-THAQAFI) 4 & 5 OGOS 2023 HARI MASA PROGRAM TEMPAT 4 OGOS 8.30 Pagi Seminar Pemantapan Akidah Auditorium 2023 - Peringkat Negeri Pahang Tuanku JUMAAT 10.30 Pagi Canselor (PAGI) 11.00 Pagi Majlis Perasmian Al-Mahfal Auditorium – Al- Ilmi Wa Al-Thaqafi Tuanku 12.00 Tengah Hari Canselor 8.30 Pagi Bicara Intelek Kepimpinan Dewan Sultan – Wanita Menurut Siyasah Ahmad Shah 10.30 Pagi Syar’iyyah JUMAAT 2.30 Petang Bual Bicara Pendidik: Auditorium (PETANG) – Kes Penderaan Kanak- Tuanku 5.00 Petang kanak di Taska dan Tadika Canselor Pertandingan Hafazan Hadis Dewan Barakah Gerai Jualan dan Pameran Parking (Dibuka pada 9.00 pagi Auditorium hingga 4.30 petang) Tuanku Canselor JUMAAT 8.30 Malam Forum Perdana Ehwal Islam Masjid (MALAM) UnIPSAS


Atur Cara KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA ISLAM (AL-MAHFAL AL-ILMI WA AL-THAQAFI) 4 & 5 OGOS 2023 HARI MASA PROGRAM TEMPAT 5 OGOS 9.00 Pagi Bengkel Bimbingan Ruang 2023 - Fardhu Ain Solat SABTU 12.00 Tengah Hari Kepada Mualaf Masjid (PAGI) UnIPSAS Kuiz Ejaan Jawi Peringkat Sekolah- Dewan Sekolah Rendah Daerah Kuantan Barakah Pertandingan Nasyid Peringkat Auditorium Sekolah Menengah Agama Tuanku Negeri Pahang Canselor Pertandingan Mewarna Perpustakaan dan Melukis UnIPSAS SABTU 2.00 Petang Pertandingan Memasak Parkir HEPA (PETANG) - Peringkat UnIPSAS 5.00 Petang Pertandingan Kalam Jamaie Auditorium Sekolah-sekolah Menengah Tuanku Agama Negeri Pahang Canselor Pertandingan Pentas Dai Dewan Barakah


Atur Cara Perasmian KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA ISLAM (AL-MAHFAL AL-ILMI WA AL-THAQAFI) 4 OGOS 2023 10.30 Pagi : Ketibaan dan Pendaftaran Peserta 10.45 Pagi : Ketibaan Dif-dif Jemputan 10.55 Pagi : Ketibaan Yang Hormat Naib Canselor UnIPSAS 11.00 Pagi : Ketibaan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) : Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Allah Selamatkan Sultan Kami” : Bacaan Doa : Ucapan Aluan Oleh Yang Hormat Naib Canselor UnIPSAS : Ucapan Perasmian Oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) : Gimik Perasmian Al- Mahfal Al- Ilmi Wa Al-Thaqafi 2023 : Penyerahan Sumbangan Zakat Oleh Bank Islam Malaysia Berhad Kepada Tabung Kebajikan Pelajar UnIPSAS : Penyampaian Cenderahati : Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Meninggalkan Majlis : Yang Hormat Naib Canselor UnIPSAS Meninggalkan Majlis : Majlis Bersurai


Jawatankuasa Kerja KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA ISLAM (AL-MAHFAL AL-ILMI WA AL-THAQAFI) PENAUNG Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin Naib Canselor, UnIPSAS PENASIHAT Dr. Muhamad Fadlly bin Ismail Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, UnIPSAS Dr. Safiah binti Abd. Razak Dekan Fakulti Pengajian Islam, UnIPSAS En. Mohd Saifuddin bin Abdul Karim Dekan Fakulti Syariah, UnIPSAS PENGARAH En. Abdul Halim bin Abdul Karim Ketua Jabatan Syariah TIMBALAN PENGARAH Cik Nor Fadzilah binti Mohd. Yusof SETIAUSAHA I Pn. Nurul Shuhada binti Ismail @ Musah SETIAUSAHA II Pn. Faiqah binti Ahmad Radzuan PEMBANTU SETIAUSAHA Cik Khairun Nisa binti Mohd Izuddin BENDAHARI I Pn. Musfirah binti Mohamed Mokhtar


Jawatankuasa Jawatankuasa Perasmian En. Hanif bin Abu Samah (K) Pn. Azriana binti Ridouan En. Ainuddin bin Kamaruddin En. Haizuran bin Mohd Jani En. Hider bin Othman Jawatankuasa Jemputan dan Pendaftaran Pn. Maisarah binti Abdul Rahim (K) En. Razif bin Ahmad Jawatankuasa Gerai dan Pameran En. Muhammad Assyifaa Ulhayat bin Jahidin (K) En. Nik Ahmad Mumtaz bin Nik Din Jawatankuasa Promosi dan Publisiti En. Muhammad Fairuz bin Ali (K) En. Mohd Safuan bin Arifin Jawatankuasa Grafik dan Multimedia En. Shammil bin Shabri (K) En. Muhd Ilham bin Ciding Jawatankuasa Pertandingan Pn. Aida Farkhana binti Ahmad Puhad (K) En. Wan Hasridz Rizal bin Abu Bakar Jawatankuasa Cenderahati, Hadiah dan Sijil Pn. Nurul Syuhadah binti Azalan (K) Pn. Nurizan binti Baharum Jawatankuasa Makanan dan Jamuan Pn. Husmazahiera binti Hussin (K) Pn. Syazwani binti Husin


Jawatankuasa Jawatankuasa Peralatan, Persiapan Tempat dan Kebersihan En. Mohd Fikri bin Mohd Mokhtar (K) En. Sufian bin Ibrahim Dr. Rabie Mohamed Mohamed Abdelrahman Dr. Saad Elmaghazy Abdelmoaty Mahmoud Jawatankuasa Sumbangan dan Tajaan Puan Siti Nora’Aeshah binti Zakaria (K) Dato’ Dr. Ahmad Munawar bin Abdul Jalil Jawatankuasa Keselamatan En. Mohd Fahmir bin Fauzi En. Mohammad Azlan bin Uji Jawatankuasa Hiasan dan Keceriaan Pn. Juwairiah binti Hassan (K) Pn. Ainun Mardhiah binti Salehudin Jawatankuasa Teknikal dan Siaraya Pn. Faziah binti Mohd Rejab (K) En. Muhamad Sokri bin Husain En. Che Wan Hailman bin Che Wan Zainuddin En. Abdul rashid bin Jamaluddin En. Owais Alkarni bin Abdul Wahab En. Zulkifli bin Mohamed Jawatankuasa Buku Program Pn. Wan Nur Ainna Waheda binti Rozali (K) YM Pn. Raja Nurul Hafizah binti Raja Ismail


Penyelaras Aktiviti Program KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA ISLAM (AL-MAHFAL AL-ILMI WA AL-THAQAFI) PROGRAM PENYELARAS Seminar Pemantapan Akidah Pn. Norfadelah binti Nordin/ Peringkat Negeri Pahang Pn. Siti Nora’Aeshah binti Zakaria Majlis Perasmian Al-Mahfal Al- Ilmi En. Hanif bin Abu Samah/ Wa Al-Thaqafi Jawatankuasa Perasmian Bicara Intelek Kepimpinan Wanita Dr. Rabie Mohamed Abdel Rahman/ Menurut Siyasah Syar’iyyah Cik Bahirah binti Baharum / Dr Hasiah binti Mat Salleh/ Jabatan Syariah Bual Bicara Pendidik:Kes Penderaan Cik Siti Nurul Ain binti Mohd Yusoff/ Kanak-kanak di Taska dan Tadika Pn. Syazwani binti Husin/ Cik Nurulafzan binti Sa’ari Pertandingan Hafazan Hadis En. Abu Dzar bin Ahmad/ Dr. Mohamed Ahmed Mohamed Abdel Aal El Shurbany Gerai Jualan dan Pameran En. Muhammad Assyifaa Ulhayat (Dibuka pada 9.00 pagi hingga bin Jahidin/ 4.30 petang) En. Nik Ahmad Mumtaz bin Nik Din Forum Perdana Ehwal Islam En. Mohd Shupian bin Majid/ Staf Pusat Islam


Penyelaras Aktiviti Program KARNIVAL ILMU DAN BUDAYA ISLAM (AL-MAHFAL AL-ILMI WA AL-THAQAFI) PROGRAM PENYELARAS Bengkel Bimbingan Fardhu Ain Pn. Siti Masliah binti Mohd Nuri/ Kepada Mualaf Dr. Mohamed Ebrahim Elsherbiny Ahmed Saqr Kuiz Ejaan Jawi Peringkat Sekolah-Sekolah En. Ainuddin bin Kamaruddin/ Rendah Daerah Kuantan Pn. Nurizan binti Baharum Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah En. Muhammad Hilmi bin Hussin Menengah Agama Negeri Pahang Shokri/ En. Abi Sofian bin Abdul Aziz/ Pn. Norillah binti Abdullah Hassim Pertandingan Mewarna dan Melukis Persatuan Perwakilan Pelajar/ MT/ Exco Persatuan Pertandingan Memasak Peringkat UnIPSAS Pn. Nurul Athirah binti Mohd Azmi/ Dr. Amilruddin bin Ishak Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah- Pn. Seri Ayuna binti Sa’don Zubir / Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Pn. Nafisah binti Abd Rahim/ Dr. Oudrago Inoussa (Dr.Yunus) Pertandingan Pentas Dai Pn. Dayang Sakini binti Mohd Kadri/ En. Mohamad Hasmimie bin Mohd Yusof


Sekalung Penghargaan Jawatankuasa Kerja Karnival Ilmu Dan Budaya Islam (Al-Mahfal Al-Ilmi Wa Al-Thaqafi) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Rakan Sinergi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Kerajaan Negeri Pahang Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Jabatan Mufti Negeri Pahang Pusat Kutipan Zakat Negeri Pahang (PKZ) Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Kementerian Dalam Negeri Cawangan Pahang (KDN-Pahang) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Institut Jawi Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Akademi Hadis Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah


Click to View FlipBook Version