BIL. 1 SESI 2020/2021
Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
SEKAPUR SIREH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya, Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan (JPPI)
dapat mengetengahkan satu buletin yang julung-julung
kalinya disediakan bagi melihat secara keseluruhan aktiviti
serta pencapaian warga JPPI sepanjang tahun yang telah
berlangsung.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata
aluan di Buletin JPPI. Saya sangat berbangga dengan hasil
usaha gigih yang jelas membuktikan betapa komitednya
warga JPPI dalam menjayakan aktiviti serta mengharumkan
nama JPPI.
Akhir kata, syabas kepada semua warga JPPI yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam segala aktiviti dan
program yang djalankan seperti yang telah dirancang dan
semoga kita lebih aktif lagi pada masa-masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Pn. Nur Yani binti Che Hussin
Ketua Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
BARISAN PENSYARAH JPPI
Pensyarah Program Kaunseling Islam
Pensyarah Program Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Secara Islamik
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
ANUGERAH
KECEMERLANGAN PELAJAR
JABATAN PENDIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN INSAN
07 APRIL 2021 - JPPI mengucapkan tahniah kepada semua penerima
anugerah dan semoga terus mencipta pelbagai kejayaan di masa akan
datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Jabatan
Pendidikan dan Pembangunan Insan Semester 1 sesi 2020/2021
terutamanya Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan,
YBrs. Dr. Muhammad Hafiz bin Dato' Hj. Yaakub dan Dekan Fakulti
Pengajian Islam, YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed atas kesudian
merasmikan dan menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar JPPI.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
KUIPSAS MEMPEROLEH STATUS
UNIVERSITI PENUH
29 MAC 2021 - Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan
kepada KUIPSAS kerana berjaya memperoleh status universiti penuh
oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Seiring dengan penukaran status universiti penuh, diharapkan agar
minda pelajar Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan ke arah
berdaya saing dan proaktif bagi merealisasikan lebih banyak kejayaan
di masa akan datang seimbang dari segi akademik dan juga sahsiah.
Semoga perubahan yang dibawa ini membawa manfaat kepada seluruh
warga KUIPSAS, Aamiin.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
WEBINAR ETIKA KAUNSELING DALAM
MEMBENTUK PROFESIONALISME KAUNSELOR
SERTA PENULISAN LAPORAN KAUNSELING
MENGIKUT FORMAT LEMBAGA KAUNSELOR
MALAYSIA
22 FEBRUARI 2021 - Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan (JPPI)
dengan kerjasama Diploma Kaunseling Islam KUIPSAS telah
menganjurkan Program Webinar Etika Kaunseling Dalam Membentuk
Profesionalisme Kaunselor Serta Penulisan Laporan Kaunseling Mengikut
Format Lembaga Kaunselor Malaysia. Webinar ini disampaikan oleh Tuan
Haji Norazman Amat, Ketua Jabatan Kaunseling dan Infrastruktur Khas
Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan.
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan
peserta mengenai etika Lembaga Kaunselor Malaysia kepada bakal-bakal
kaunselor, menjelaskan dengan lebih terperinci tentang tanggungjawab
kaunselor dan mengetahui penulisan laporan kaunseling mengikut
format Lembaga Kaunselor Malaysia.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
WEBINAR
PEMANTAPAN KEMAHIRAN KAUNSELING
8 FEBRUARI 2021 - Jabatan Pendidikan Dan Pembangunan Insan dengan
kerjasama Diploma Kaunseling Islam KUIPSAS telah menganjurkan
Program Webinar Pemantapan Kemahiran Kaunseling. Program ini
melibatkan para pensyarah kaunseling Islam, kakitangan KUIPSAS,
pelajar Diploma Kaunseling Islam, Alumni Diploma Kaunseling Islam, dan
peserta luar yang terdiri daripada guru, Pegawai Psikologi PKD Lipis,
kakitangan OUM dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Temerloh.
Webinar ini disampaikan oleh Puan Azmaniza Binti Ahmad Zain, Pegawai
Psikologi Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan
peserta mengenai kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang perlu
dipraktikan, memberi pendedahan pelaksanaan sesi kaunseling dan
menerangkan dengan lebih efektif peranan kaunselor.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
WEBINAR BICARA ANAK 3.0
27 JANUARI 2021 - Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islamik
dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak
(ISECE) telah menganjurkan satu webinar Bicara Anak 3.0 yang
merupakan satu program bagi memberi pengetahuan kepada para
pelajar Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak/Pendidikan Awal Kanak-
Kanak Secara Islamik tentang fitrah kanak-kanak serta cara
berkomunikasi dengan kanak-kanak masa kini. Webinar ini disampaikan
oleh Puan Zahara binti Awang, Naib Pengerusi Persatuan Tadika Islam
Malaysia dan Puan Wan Najmiyah binti Wan Yusoff, jurulatih KAP.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
HARI CELIK MINDA JPPI
23 JANUARI 2021 - AJK Akademik Jabatan Pendidikan dan Pembangunan
Insan (JPPI) telah mengadakan Hari Celik Minda JPPI secara atas talian
dengan menggunakan platform Google Meet yang melibatkan pelajar
Diploma Kaunseling Islam dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Secara Islamik khususnya pelajar Tahun 1. Program ini telah disampaikan
oleh Puan Nur Yani binti Che Hussin, Ketua Jabatan Pendidikan dan
Pembangunan Insan, Puan Nur Athirah binti Mohd Mazalan, Pembantu
Perpustakaan KUIPSAS dan Cik Raja Nurul Hafizah binti Raja Ismail,
Kaunselor KUIPSAS.
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai teknik penulisan tugasan berkesan, penggunaan e-book bagi
membantu pelajar mencari bahan sepanjang pembelajaran atas talian
dari rumah serta perkongsian tips pengurusan diri norma baharu.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
BENGKEL PERSEDIAAN PRAKTIKUM
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM AWAL
KANAK-KANAK
30 DISEMBER 2020 - Bengkel persediaan praktikum pelajar semester 5
Diploma Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak telah berlangsung selama 3
hari bermula 28 Disember sehingga 30 Disember 2020. Bengkel
persediaan praktikum yang dikendalikan oleh pensyarah Pendidikan
Islam Awal Kanak-kanak memberikan pendedahan kepada pelajar yang
akan menjalani praktikum mengenai Kurikulum Permata Negara atau
pun dikenali sebagai Genius Negara, Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan Semakan 2017 (KSPK), persediaan rancangan pelaksanaan
aktiviti (RPA) bagi taska, persediaan rancangan pengajaran harian (RPH)
bagi tadika serta penyediaan bahan bantu mengajar.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
MAJLIS APRESIASI PELAJAR DIPLOMA
PENDIDIKAN ISLAM AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER 6
20 NOVEMBER 2020 - Pensyarah Diploma Pendidikan Islam Awal Kanak-
Kanak telah mengadakan majlis apresiasi pelajar semester 6 di Bilik
Simulasi Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pengajian Islam
pada hari ini. Majlis ini turut dihadiri Dekan Fakulti Pengajian Islam, YBrs.
Dr. Norahida binti Mohamed dan Ketua Jabatan Pendidikan dan
Pembangunan Insan, Pn. Nur Yani binti Che Hussin.
Majlis Apresiasi ini bertujuan bagi meraikan pelajar semester 6 yang baru
sahaja tamat menjalani latihan praktikum di taska dan tadika sekitar
Kuantan selama 4 bulan dan bakal bergraduasi dengan jayanya.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
KEBANGGAAN JPPI
5 SEPTEMBER 2020 - Pensyarah-pensyarah Diploma Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Secara Islamik hari ini berjaya mendaftarkan Hak Cipta
Terpelihara kepada 7 hasil karya mereka yang merupakan Alat-Alat
Bantuan Mengajar (ABM) kepada kanak-kanak. Tujuh ABM tersebut ialah
Busy Book 0-2 Tahun, Busy Book 2-3 Tahun, Busy Book 3-4 Tahun, Katak
Teristimewa, Si Comel Yang Baik Hati, Panduan Seni & Kraf dan Mari
Berkebun.
Pendaftaran diselaraskan bersama Unit Inovasi dan Modal Insan,
Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) KUIPSAS di pejabat Perbadanan
Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kuantan. Kejayaan pendaftaran ini akan
memberi impak yang sangat besar kepada kualiti dan skor KUIPSAS dalam
penilaian Malaysia Research Assessment (MyRA).
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
KEBANGGAAN JPPI
Sekalung tahniah di ucapkan kepada Nur Dini Binti Jamaluddin
pelajar Diploma Kaunseling Islam semester 4, Jabatan Pendidikan
dan Pembangunan Insan (JPPI) KUIPSAS kerana telah di lantik
sebagai Exco Akademik dan Sahsiah dalam Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) sesi 2020/2021 Kolej Universiti Islam Pahang Sultan
Ahmad Shah. Beliau telah bertanding kerusi calon Fakulti
Pengajian Islam dan telah mendapat undian sebanyak 485 undian.
Undian tersebut merupakan undian tertinggi pelajar bagi calon
Fakulti Pengajian Islam.
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
JOM MASUK KUIPSAS
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
JOM MASUK KUIPSAS
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
JOM MASUK KUIPSAS
JABATAN PENDIDIKAN
DAN
PEMBANGUNAN INSAN