Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
Tajuk : Amalan Kitar Semula Di Kawasan
Bandar Baru Uda , Johor Bahru
Nama : Nurdinie Balqis Binti Adan
Kelas : 3 Futuris
Guru : Puan Normalar Binti Harun
ISI KANDUNGAN HALAMAN
BIL PERKARA 1
1. Isi kandungan
2. Jadual kerja 2
3. Penghargaan
4
Pendahuluan
Objektif kajian 5
4. Kawasan kajian
Peta kawasan kajian 6
5. Kaedah kajian 7
6. Graf dan jadual
7. Hasil kajian : 8
Konsep dan takrifan
Jenis-jenis bahan 9
8. Hasil kajian :
Pelaporan kepentingan 10
9. Hasil kajian :
Pelaporan masalah 11
10. Hasil kajian :
Pelaporan langkah-langkah 12
11. Rumusan 13
12. Lampiran
1
JADUAL KERJA
BIL TARIKH BUTIRAN AKTIVITI CATATAN
Saya menerima taklimat dari
1. 2/9/2021 PDPR
(KHAMIS) guru melalui google meet. Tutorial
8.30 pagi-9.30 Guru menerangkan bagaimana Sendiri
pagi menjalankan kajian lapangan PDPR
Sendiri
secara atas talian. PDPR
Tajuk kajian lapangan kerja saya Sendiri
PDPR
ialah KAJIAN TENTANG :
AMALAN KITAR SEMULA
DI KAWASAN TEMPAT
TINGGAL SAYA.
Tempoh kajian lapangan saya
ialah selama sebulan.
Saya membina jadual kerja dan
2. 3/9/2021
(JUMAAT) membuat pengagihan kerja,
11.00 malam - Saya mencari contoh kajian
1.00 pagi lapangan Geografi di internet
untuk membuat rujukan .
Saya menyiapkan penghargaan ,
pendahuluan dan tajuk
Saya menulis objektif kajian dan
3. 4/9/2021
(SABTU) kawasan kajian.
11.00 malam - Saya membina contoh borang
1.00 malam soal selidik menggunakan google
form.
Saya mencari bahan dan
maklumat tentang amalan kitar
semula.
Guru menunjukkan cara menulis
.4. 20/9/2021
(ISNIN) konsep dan takrifan.
Saya juga menyemak jadual
8.15 pagi -
9.00 pagi kejadian, menyiapkan kawasan
kajian dan peta kawasan kajian.
Guru menunjukkan cara menulis
5. 23/9/2021
(KHAMIS) kaedah kajian dan
9.00 pagi - menyiapkannya.
9.30 pagi Saya menyiapkan
6. 2/10/2021
(SABTU) kepentingan,masalah dan
11.00 malam - langkah-langkah.
Saya juga menyiapkan jenis-jenis
2.00 pagi
bahan sisa domestik.
Guru menerangkan cara
7. 4/10/2021
(ISNIN) membuat graf dan jadual.
Saya juga membuatnya selepas
8.30 pagi -
9.00 pagi habis kelas
2
8. 7/10/2021 Guru menunjukkan cara PDPR
(KHAMIS)
8.45 pagi - membuat kajian iaitu SENDIRI
9.30 pagi kepentingan,masalah dan SENDIRI
langkah-langkah amalan kitar SENDIRI
9. 9/10/2021 semula.
(SABTU)
12.00 pagi - Saya menyemak kajian yang
3.00 pagi
saya buat sebelum ini.
10. 9/10/2021 Saya membuat isi
(SABTU)
3.00 pagi kandungan,rumusan dan
lampiran.
11. 20/10/2021 Saya juga menyiapkan jadual
(RABU) kerja.
9.00 malam Saya menghantar kerja lapangan
ke dalam ‘’Google Classroom’’
Saya telah menghantar
pembentangan melalui video
3
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Georgrafi
Tingkatan 3. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK (P) SULTAN
IBRAHIM, Puan Hajah Rosliza Binti Taib kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini . Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih Guru Geografi saya yang dihormati,iaitu Puan Normalar Binti Harun
kerana memberi tunjuk ajar dan memberi bimbingan kepada saya sehingga kerja
lapangan ini siap dengan jayanya.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua ibu-bapa saya
dan kawan baik saya di rumah iaitu kakak saya. Akhir sekali,tidak lupa pada para
responden dari Bandar Baru Uda kerana memberi bantuan kepada saya sepanjang
kajian lapangan ini dijalankan.
PENDAHULUAN
Saya telah diberi tajuk ‘’Amalan Kitar Semula Di Kawasan Bandar Baru Uda’’
sebagai tajuk kajian saya. Kitar Semula ialah proses menukar bahan buangan menjadi
bahan atau objek baru. Amalan kitar semula adalah satu amalan yang penting di
semua negara. Pelbagai kempen yang dijalankan di seluruh negara untuk menarik
minat masyarakat bagi menjalankan amalan kitar semula di rumah mereka.
Saya diberi tempoh selama sebulan untuk menyiapkan kajian lapangan ini. Kajian
ini bermula pada awal bulan September hingga akhir bulan September. Saya
menjalankan kerja-kerja mencari data dan pengumpulan maklumat selepas habis
waktu PDPR dan pada hujung minggu. Selebihnya saya akan melakukan pada waktu
pembelajaran mata pelajaran.
OBJEKTIF KAJIAN
1.Mengkaji konsep dan takrifan kitar semula
2.Menyenaraikan jenis-jenis sisa domestik
4
3.Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula
4.Mengenal pasti masalah yang dihadapi
5.Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah kitar semula
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian amalan kitar semula ialah di
kawasan Bandar Baru Uda. Kawasan ini terletak di daerah Johor Bahru di negeri
Johor. Bandar Baru Uda merupakan kawasan perumahan yang mempunyai bilangan
penduduk yang padat dan strategik.Berhampiran dengan Bandar Baru Uda terdapat
beberapa buah taman perumahan seperti Padi Malinja 1, Padi Ria, Padi Mahsuri dan
mempunyai masjid iaitu Masjid Jamek Bandar Baru Uda.
Saya memilih Bandar Baru Uda sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan
kediaman saya. Hal ini memudahkan saya untuk mengumpul data dan maklumat yang
diperlukan .
PETA KAWASAN KAJIAN
5
KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian yang menggunakan kaedah berikut :
1) Pemerhatian
Saya telah memerhati secara langsung di kawasan kajian untuk melihat jenis-jenis
bahan yang dapat dikitar semula oleh penduduk Bandar Baru Uda.
2) Soal Selidik
Saya telah menggunakan kaedah soal selidik dengan mengedarkan google form
kepada 10 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan tentang jenis-jenis bahan
yang dikitar semula. Selain itu,borang ini juga digunakan untuk mendapatkan
6
maklumat tentang masalah dalam menjalankan kitar semula di kawasan kajian serta
langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
3) Rujukan
Saya telah membuat rujukan mengenai amalan kitar semula dengan merujuk pelbagai
sumber seperti buku teks,buku rujukan,laman web dan bahan multimedia yang lain.
7
JADUAL
Langkah-langkah yang dapat mengatasi masalah kitar semula
kawasan Bandar Baru Uda , Johor Baharu
LANGKAH-LANGKAH YANG BILANGAN RESPONDEN
DAPAT MENGATASI MASALAH (ORANG)
KITAR SEMULA 6
Membuat kempen 6
Memperbanyakkan pusat pengumpulan 5
Membuat pertandingan 3
Membuat kempen 9
Membuat gotong-royong 3
Lain-lain 32
Jumlah
GRAF
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TEMPATAN - KAJIAN LANGKAH-
LANGKAH AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN BANDAR BARU UDA,
JOHOR BAHRU
8
HASIL KAJIAN
1. Konsep dan tafsiran kitar semula.
Menurut wikipedia adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek
baru.proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baru. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat , kitar semula didefinisikan sebagai kitaran semula.
Berdasarkan Buku Teks Geografi Tingkatan 3 kitar semula bermaksud memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Di rumah, Tuan
Adan Bin Ibrahim dan Puan Asni Binti Md Sani telah mengguankan semula botol
plastik bagi mengisi air untuk digunakan pada waktu tiada air.
GAMBAR
MENUNJUKKAN
TUAN ADAN BIN
IBRAHIM DAN
PUAN ASNI BINTI
MD SANI
MENGGUNAKAN
SEMULA BOTOL
PLASTIK
2. Jenis-jenis sisa domestik
Sisa domestik terdiri daripada pepejal dan cecair yang dikategorikan sebagai bahan
organik dan bahan bukan organik. Bahan organik ialah bahan yang boleh diuraikan
dan dilupuskan. Bahan organik juga dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan.
Contohnya ialah sisa makanan,sisa kebun dan kertas. Seterusnya, bahan bukan
organik adalah bahan yang sukar diuraikan dan dilupuskan. Bahan ini dihasilkan dari
umber mineral iaitu bahan yang wujud secara semula jadi. Contohnya, tin,plastik,besi
buruk dan kaca.
9
3. Kepentingan amalan kitar semula di kawasan Bandar Baru Uda, Johor
Bahru .
a) Menceriakan kawasan sekitar
Melalui soal selidik yang dijalankan seramai 6 orang telah setuju amalan kitar semula
dapat menceriakan kawasan sekitar kita. Hal ini kerana apabila kertas,plastik,tin,kaca
dan lain-lain di kutip untuk kitar semula secara tidak langsung dapat mengurangkan
sampai di kawasan kajian. Contoh aktiviti yang kita boleh buat untuk menceriakan
kawasan sekitar adalah gotong-royong , membuat tempat menanam pokok dan
sebagainya.
b) Menjimatkan sumber semula jadi
Amalan kitar semula juga dapat menjimatkan sumber semula jadi yang semakin
berkurang. Sebagai contoh, kita dapat mengurangkan pokok yang terpaksa di tebang
untuk membuat kertas dan dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Melalui cara ini
kita dapat memelihara sumber hutan supaya generasi akan datang dapat melihatnya.
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas did alam
sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas.
c) Mengurangkan penghasilan sisa pepejal
Melalui soal selidik yang dijalankan sebahagian besar daripada responden
berpendapat bahawa amalan kitar semula dapat mengurangkan penghasilan sisa
pepejal. Contoh bahan yang kita boleh guna adalah kotak,plastik,botol kaca,tayar dan
lain-lain. Ini ditunjukkan apabila kita membuat membuat bekas alat tulis daripada
plastik atau kertas yang tidak terpakai secara tidak langsung kita dapat mengguna
semula. Selain itu,kita juga boleh membuat pasu daripada tayar lama untuk menanam
pokok baharu untuk dijadikan hiasan di halaman rumah.
10
4. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan amalan kitar semula di
kawasan Bandar Baru Uda, Johor Bahru .
a) Kekurangan pusat pengumpulan
Melalui soal selidik yang saya jalankan seramai 8 orang responden dapati bahawa
masalah utama yang dihadapi oleh penduduk Bandar Baru Uda dalam menjalankan
amalan kitar semula ialah kekurangan pusat pengumpulan. Contohnya,penduduk
sukar menghantar barangan kitar semula ke pusat kitar semula. Hal ini kerana pusat
kitar semula juga tidak menyediakan perkhidmatan pengambilan barangan kitar
semula dari rumah.
b) Kurang pengetahuan tentang amalan kitar semula
Masyarakat yang kurang pengetahuan tentang amalan kitar semula adalah salah satu
masalah yang dihadapi di kawasan kajian. Kebanyakan penduduk Bandar Baru Uda
membuang bahan-bahan yang boleh di kitar semula kerana kurang pengetahuan dan
kepentingan amalan kitar semula. Sebagai contoh,masyarakat tidak tahu sisa makanan
boleh dijadikan baja. Kekurangan pengetahuan menyebabkan mereka tidak tahu
bahawa amalan kitar semula dapat menjadikan kawasan bersih dan selesa.
c) Sikap penduduk
Melalui soal selidik yang dijalankan sebanyak 50% daripada responden berpendapat
sikap penduduk juga adalah salah satu masalah yang di hadapi oleh masyarakat. Sikap
penduduk yang malas atau tidak ambil peduli ini menyebabkan beberapa kawasan
tidak mendapat sokongan untuk membuat amalan kitar semula. Sikap penduduk yang
sebegini menyebabkan mereka membuang barangan yang boleh dikitar semula begitu
saya.
11
5. Langkah-langkah yang dapat mengatasi masalah amalan kitar semula di
kawasan Bandar Baru Uda, Johor Bahru .
a) Membuat kempen
Membuat kempen mengenai kepentingan kitar semula adalah langkah yang perlu di
ambil untuk mengatasi masalah amalan kitar semula. Contoh kempen yang boleh
diadakan adalah ‘’ Kempen Hari Kitar Semula’’ dan ‘’Kempen Hari Tanpa Beg
Plastik’’. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa
pentingnya amalan kitar semula pada zaman sekarang. Dalam kempen ini elemen
kitar semula iaitu 3R Reduce,Reuse dan Recycle akan ditekankan bagi membuka
minda masyarakat bahawa pentingnya amalan kitar semula.
b) Memperbanyakkan pusat pengumpulan
Selain itu, sebanyak 6 responden berpendapat bahawa pihak terbabit perlu
memperbanyakkan pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik minat penduduk
untuk mengamalkan amalan kitar semula. Sebagai contoh,pihak terbabit perlu
menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan di kawasan rumah. Hal ini dapat
menyenangkan penduduk daripada pergi ke kawasan luar untuk mengitar semula.
c) Membuat gotong-royong
Sebanyak 9 orang responden mencadangkan supaya aktiviti gotong-royong diadakan
di kawasan kajian. Melalui aktiviti gotong-royong kita dapat membersihkan kawasan
persekitaran dan mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Contohnya,aktiviti ini boleh dijalankan sekurang-kurangnya 3 bualan sekali.Hal ini
juga kita dapat memupuk sifat tanggungjawab dan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan masyarakat.
12
RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan di bandar Baru Uda telah memberi pengalaman yang
sangat berguna kepada saya. Kajian in membolehkan saya mengetahui kepentingan
amalan kitar semula di kawasan kajian.
Antara intipati yang saya peroleh ialah saya dapat mengenal pasti jenis-jenis sisa
domestik di kawasan kajian. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan amalan kitar
semula di kawasan kajian dan cadangan langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah
amalan kitar semula.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengambil langkah untuk
menguruskan amalan kitar semula secara berhemah agar bumi yang kita dialami
sekarang dapat memanfaatkan generasi akan datang.
13
LAMPIRAN
GAMBAR MENUNJUKKAN PENDUDUK
BANDAR BARU UDA MENGGUNAKAN TIGA
JENIS TONG SAMPAH
GAMBAR MENUNJUKKAN TUAN GAMBAR MENUNJUKKAN
ADAN BIN IBRAHIM DAN BENGKEL MENGGUNAKAN
PUAN ASNI BINTI MD SANI TONG SAMPAH YANG
MENGUMPUL BOTOL PLASTIK BERLABEL ‘’RECYCLE’’
14
GAMBAR MENUNJUKKAN RESPONDEN PENDUDUK BANDAR BARU
UDA MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK DALAM BENTUK
‘’GOOGLE FORM’’
15