The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PJ20621 Muhammad Syahiran Bin Zainuddin, 2023-04-02 10:44:29

TUGASAN 2 PJMS3092-LAPORAN REFLEKTIF

TUGASAN 2 PJMS3092-LAPORAN REFLEKTIF

Keywords: PJMS3092

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN PJMS3092 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Nama : MUHAMMAD SYAHIRAN BIN ZAINUDDIN No. K/P : 020323-03-0203 Angka Giliran : 2021242340184 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : W11 Nama Pensyarah : MOHD FOAZI BIN MD NOR Tarikh Hantar : 21 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_______Syahiran_________Tarikh : 21 MAC 2023 7 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN........................................................................................................................... 2 PENGHARGAAN ........................................................................................................................... 3 1.0 PENGENALAN.................................................................................................................... 4 2.0 NAMA PERTANDINGAN.................................................................................................... 4 3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT.......................................................................................... 4 4.0 SENARAI NAMA PESERTA DAN PASUKAN................................................................... 4 5.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN ........................................................................................ 6 6.0 FORMAT PERTANDINGAN ............................................................................................... 7 7.0 EVIDEN PENGELOLAAN PERTANDINGAN .................................................................... 8 8.0 ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN YANG DIHADAPI .. 9 9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ..................................................... 10 RUJUKAN..................................................................................................................................... 12


PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat saya menyiapkan tugasan Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan saya iaitu Encik Mohd Foazi Bin Md Nor. Beliau telah banyak membantu saya dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang erat kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakan-rakan semua, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Tugasan ini memberikan seribu satu pengalaman yang amat bermakna kepada diri saya. Saya berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan. Insya-Allah.


1.0 PENGENALAN Pada hari Ahad bertarikh 19 Mac 2023 telah dianjurkan satu karnival permainan tradisional yang telah diorganisasikan oleh major Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh unit W iaitu unit W10 dan W11. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memenuhi tuntutan kerja kursus subjek PJMS3092 iaitu Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan, di mana pelajar major Pendidikan Jasmani dikehendaki mengelolakan satu pertandingan terhadap siswa siswi IPG kampus Ipoh. Selain itu, untuk menghargai adat dan warisan tradisi terdahulu. Hal ini demikian kerana permainan tradisional semakin hari semakin dilupakan oleh generasi moden sekarang. Menurut Tengku Abdullah (2018), di dalam arkib Sinar Harian berkata “Permainan yang menjadi identiti negara semakin dipinggir masyarakat terutama generasi muda berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat yang membuka ruang peningkatan permainan moden di alam maya yang membuatkan mereka lebih menjiwai permainan berasaskan komputer dan digital”. Permainan tradisional masyarakat Melayu merupakan permainan warisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi (Zuriawat et al., 2014). Siswa minor Pendidikan Jasmani unit X telah dipilih untuk menyertai karnival yang diadakan. Karnival ini telah di langsungkan di Gimnasium IPG Kampus Ipoh. 2.0 NAMA PERTANDINGAN Pertandingan yang dipertandingkan adalah pertandingan Galah Panjang. 3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT TARIKH : 19 MAC 2023 MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI TEMPAT : GIMNASIUM 4.0 SENARAI NAMA PESERTA DAN PASUKAN 1. SENARAI PESERTA KAMPUNG DURIAN RUNTUH BIL. NAMA 1. MUHAMMAD AMIRUL AMRI BIN MD SAAD 2. MUHAMMAD ANAS FAIZ BIN MF FAUDZI 3. MUHAMMAD HAIQAL SAIFUDDIN BIN ZAINUDDIN 4. MUHAMMAD ALIFF BIN YAHYA 5. NUR BATRISYIA BINTI ZAIDI 6. NUR FATIHA BINTI HARUN


2. SENARAI PESERTA KAMPUNG BUNTUNG BIL. NAMA 1. MUHAMMAD HAFIZ BIN SHAHRUDIN 2. AHMAD DANISH IMAN BIN AHMAD YUSRI 3. MUHAMMAD IRFAN SHAMIR BIN KADIR 4. MUHAMMAD AZIM IZZUDDIN BIN ROSLI 5. NUR AIN BINTI MOHD IDRIS 6. NUR AKALILI BINTI YUSRI 3. SENARAI PESERTA KAMPUNG JALAN BAHAYA BIL. NAMA 1. LUM ZHONG JIE 2. MUHAMMAD SYAHMI BIN AZLAN JASAH 3. AMAD IRFAN BIN ROSENIZAMH 4. WAN NABIHAN BIN WAN ZAIRUDIN 5. FATIN NUR ZAFIRA BINTI SHAARI 6. NUR AMALINA BINTI HASHIM 4. SENARAI PESERTA KAMPUNG PENING LALAT BIL. NAMA 1. NIMROD MORGAN ANAK RANTIS 2. WAN KHAIRUL HAMIZAN BIN WAN KASWADI 3. AHMAD DANISH MIRZA BIN AHMAD REZAUDIN 4. AIRIEL AFFAN BIN AMRAN 5. NURSHAMIRA NAZILA BINTI MUHAMMAD NAZRI 6. PUTRI IRDINA BINTI ROHIMAN


5.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERLAWANAN KALAH MATI 1 KAMPUNG JALAN BAHAYA VS KAMPUNG BUNTUNG 15 MARKAH 0 PERLAWANAN KALAH MATI 2 KAMPUNG PENING LALAT VS KAMPUNG DURIAN RUNTUH 20 MARKAH 30 PERLAWANAN PENENTUAN 3/4 KAMPUNG BUNTUNG VS KAMPUNG PENING LALAT 0 MARKAH 10 PERLAWANAN AKHIR KAMPUNG DURIAN RUNTUH VS KAMPUNG JALAN BAHAYA 30 MARKAH 15


6.0 FORMAT PERTANDINGAN 1. Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati. 2. Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan berenam bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada 2 perempuan dan 4 lelaki. 3. Penentuan johan dan naib johan adalah melalui perlawanan akhir antara pasukan yang menang perlawanan kalah mati 1 dan 2 4. Penentuan tempat ketiga dan keempat adalah perlawanan antara pasukan yang tewas di perlawanan kalah mati 1 dan 2


7.0 EVIDEN PENGELOLAAN PERTANDINGAN


8.0 ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN YANG DIHADAPI Sepanjang proses pengelolaan pertandingan galah panjang terdapat beberapa isu yang timbul yang menyebabkan perjalanan pertandingan sedikit terganggu. Antara isu yang timbul semasa pertandingan berlangsung adalah peserta kurang memahami arahan yang diberikan. Hal ini berlaku mungkin kerana penerangan kami kurang jelas ekoran suasana yang agak bising di dalam gimnasium. Tambahan pula kebanyakan peserta merupakan kali pertama bermain permainan galah panjang ini. Hal ini menyebabkan peserta kurang memahami prosedur permainan galah panjang. Contohnya, terdapat beberapa peserta yang cuba melepasi pasukan bertahan dengan menggunakan gelanggang di sebelah yang satu lagi. Hal ini menyebabkan kekeliruan berlaku oleh pasukan bertahan. Namun begitu tindakan peserta pasukan penyerang itu telah ditegur oleh pengelola dan peserta perlu kembali ke tempat peserta berada sebelumnya. Selain itu, isu yang timbul sepanjang pertandingan galah panjang berlangsung adalah sarung tangan yang digunakan tidak sesuai. Hal ini demikian kerana sarung tangan yang digunakan adalah jenis getah. Hal ini menyebabkan tepung tidak melekat pada sarung tangan yang dipakai oleh peserta pasukan bertahan. Bukan itu sahaja malah, kesan sentuhan terhadap peserta pasukan menyerang juga tidak meninggalkan kesan pada pakaian peserta. Hal ini demikian kerana sarung tangan yang dipakai tidak mengandungi tepung walaupun telah di celup ke dalam tepung. Oleh itu, penggunaan sarung tangan getah ini sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada pengelola untuk memutuskan sama ada peserta tersebut telah disentuh oleh pasukan bertahan ataupun tidak. Akhir sekali, isu yang timbul sepanjang pertandingan galah panjang berlangsung adalah permukaan gelanggang permainan yang agak licin. Hal ini demikian kerana permainan ini dijalankan di dalam gimnasium ekoran cuaca yang sangat panas di luar gimnasium. Namun begitu, permukaan gimnasium agak sedikit licin oleh sesetengah peserta yang memakai kasut yang tidak sesuai. Pemilihan kasut yang tidak sesuai dengan permukaan gelanggang oleh peserta ini mengakibatkan mereka mudah tergelincir semasa bermain. Bukan itu sahaja malah,


peserta juga sukar untuk mengacah pasukan bertahan untuk melepasi gelanggang yang dijaga pasukan bertahan. Oleh itu, permukaan gelanggang yang agak licin ini menyebabkan perjalanan pertandingan galah panjang kurang menarik. 9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Setelah melakukan pengelolaan pertandingan galah panjang ini terdapat beberapa isu yang timbul yang memerlukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan pertandingan galah panjang berlangsung dengan baik. Setelah melakukan sedikit refleksi terhadap pertandingan galah panjang yang dikelolakan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi memastikan isu yang timbul semasa pertandingan berlangsung tidak timbul pada masa akan datang. Antara cadangan penambahbaikan adalah menyediakan salinan keras peraturan dan prosedur permainan kepada setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan galah panjang. Dengan ini setiap peserta boleh memahami setiap peraturan dan prosedur permainan galah panjang sebelum pertandingan dilangsungkan. Hal ini juga memberikan masa kepada setiap peserta melakukan latihan untuk menyusun strategi yang boleh digunakan semasa pertandingan sebenar. Bukan itu sahaja malah penerangan berkaitan prosedur dan peraturan permainan juga akan diberikan sebelum pertandingan dimulakan. Hal ini bagi memastikan setiap pasukan berpeluang mengajukan soalan terhadap peraturan permainan yang tidak difahami walaupun setelah membaca peraturan yang diedarkan. Selain itu, cadangan penambahbaikan bagi isu yang kedua yang timbul adalah menyediakan sarung tangan kain. Hal ini demikian kerana sarung tangan kain lebih kesat dan lebih sesuai untuk digunakan dalam permainan. Hal ini kerana apabila sarung tangan kain dicelup di dalam tepung, maka tepung akan melekat pada sarung tangan kain berbanding sarung tangan getah yang permukaannya sedikit licin. Apabila tepung melekat pada sarung tangan, maka memudahkan pihak pengelola untuk menentukan peserta yang telah disentuh oleh pasukan bertahan semasa pertandingan berlangsung. Akhir sekali, cadangan penambahbaikan bagi isu yang ketiga yang timbul adalah mengadakan pertandingan di kawasan yang mempunyai permukaan yang sedikit kasar. Hal ini bagi memastikan permukaan gelanggang pertandingan yang digunakan tidak mempengaruhi perjalanan pertandingan. Hal ini kerana dengan permukaan yang sedikit kasar akan memudahkan peserta untuk mengacah pasukan bertahan untuk melepasi setiap halangan. Hal ini menyebabkan para peserta tidak mudah tergelincir semasa mengacah pihak lawan. Kesimpulannya, permainan tradisional banyak memberi manfaat kepada individu yang mengambil bahagian dalam permainan tradisional. Dengan bermain permainan tradisional ini


juga akan membantu perkembangan kanak-kanak. Menurut Jantan (2013), bermain penting bagi perkembangan kanak-kanak terutama dari segi perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak. Bukan itu sahaja malah, dengan bermain permainan tradisional ianya dapat memupuk semangat kerjasama dan kekitaan, melatih diri menjadi pemimpin di dalam kumpulan, mengeratkan hubungan persaudaraan serta dapat berhadapan dan bersosial dengan orang ramai (Siti Nurfahanah & Norleyza, 2021). Oleh itu, penganjuran karnival permainan tradisional ini amat membantu dalam memberikan pendedahan kepada siswa guru di IPG Kampus Ipoh tentang permainan tradisional yang merupakan warisan orang terdahulu.


RUJUKAN Jantan, R. (2013). Faedah bermain dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah (4-6 tahun). Dalam Mahizer Hamzah, Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran (hlm. 59-69). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Siti Nurfahanah, K., & Norleyza, J. (2021). Aplikasi Augmentasi Realiti Permainan Tradisional Konda-Kondi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tengku Abdullah, S. A. (2018, Disember 23). Permainan Tradisional Jangan Dilupakan. (A. Aiman Sadiq, Penemu duga) Zuriawati, A., Mohd Asyiek, M., & Norfarizah, M. (2014). Permainan Tradisional dan Teknologi: Penelitian dan Tinjauan Terhadap Persepsi Kanak-kanak. 1st Internasional Conference On Creative Media, Design & Technology. Universiti Sains Malaysia.


Click to View FlipBook Version