The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelajaran 2

1.2.1 Konsep Asas Muamalat Islam
1.2.2 Jenis-Jenis Muamalat Islam dan Cara Pelaksanaannya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asyraf Mustapa, 2021-05-30 08:39:51

Tasawwur Islam Ting. 5 : Sistem Kewangan Islam

Pelajaran 2

1.2.1 Konsep Asas Muamalat Islam
1.2.2 Jenis-Jenis Muamalat Islam dan Cara Pelaksanaannya

Keywords: KSSM,Tingkatan 5,Tasawwur Islam,Muamalat Islam

Tasawwur Islam (Tingkatan5)

Tema 1 : Sistem ekonomi dan
kewangan islam
Pelajaran 2 : sistem kewangan islam

“Modul Pengajaran dan Pembelajaran dari
Rumah Tasawwur Islam Tingkatan 5”

AKADEMI INTEGRASI TAHFIZ AL-FALAH

PengEnalan

Pada tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan kehadiran Covid-19 (Corona Virus) dan
pandemik ini memberi kesan yang mendalam terhadap banyak sektor seperti sektor pendidikan,
sektor perniagaan, sektor ekonomi, sektor pelancongan dan lain-lain. Dalam sektor pendidikan, Covid-
19 meningkatkan suatu keperluan baru iaitu pembelajaran dalam sistem talian. Keadaan ini telah
sedikit sebanyak mengubah corak pembelajaran, iaitu daripada pembelajaran secara bersemuka
(PdPC) kepada pembelajaran secara manual atau secara atas talian (PdPR). Pembelajaran secara
atas talian ini secara tidak langsung meningkatkan taraf Pendidikan di Malaysia selaras dengan
Pendidikan antarabangsa iaitu dengan memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Antara pelatar yang digunakan bagi para guru meneruskan pembelajaran adalah :

Modul ini khas untuk murid-murid tingkatan 5 bagi subjek Tasawwur Islam. Saya memilih tajuk
ini memandangkan tajuk kewangan ini agak sukar untuk diterangkan. Jadi dengan adanya modul dan
latihan didalamnya, dapat memudahkan murid dan semua yang membaca untuk memahaminya serta
memanfaatkannya pada kehidupan sebenar.

Nama : Modul pEMBELAJARAN
Tahun : Tasawwur islam tingkatan 5
No. Mykad :
Nama Guru : PANDUAN
Sekolah :
Tarikh : 1. SETIAP MURID AKAN MENDAPAT SATU MODUL
PEMBELAJARAN

2. MURID HARUS MENYIAPKAN TUGASAN/LATIHAN
MENGIKUT WAKTU YANG DITETAPKAN

3. IBUBAPA PERLU MEMANTAU ANAK-ANAK
UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN

4. ISIKAN TEMPAT KOSONG YANG DISEDIAKAN
(NAMA, TAHUN, LAIN-LAIN)

5. SETELAH MENYELESAIKAN TUGASAN/LATIHAN,
SILA HANTAR KE GURU KELAS

6. HASIL TUGASAN/LATIHAN ADALAH BAHAN
BUKTI PENGISIAN REKOD PENTAKSIRAN MURID

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STANDARD KANDUNGAN 1.2 SISTEM KEWANGAN ISLAM
STANDARD PEMBELAJARAN
OBJEKTIF 1.2.1 KONSEP ASAS MUAMALAT ISLAM
1.2.2 JENIS-JENIS MUAMALAT DAN CARA-CARA PELAKSANAANNYA
KAEDAH PENGAJARAN DAN 1. MURID DAPAt memahami konsep asas muamalat islam serta dalil al-quran yang
PEMBELAJARAn
disertakan
2. Murid dapat membezakan pelbagai jenis muamalat dalam islam
3. Murid dapat menyatakan cara-cara pelaksanaan bagi setiap jenis muamalat
1. PERBINCANGAN
2. Pemudahcaraan
3. Latihan
4. Penyelesaian masalah

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan bantu mengajar 1. Bahan audio/telefon pintar
pentaksiran 2. Kertas a4
3. Pen
1. Memahami konsep asas muamalat islam
2. Menerangkan perbezaan pelbagai jenis muamalat dalam islam
3. Memberitahu cara-cara pelaksanaan setiap jenis muamalat

Sistem ekonomi dan kewangan islam

Maksud muamalat dalam Maksud Muamalat
sistem kewangan islam
• Hubungan antara manusia dengan manusia
• Tatacara urusan harian sesama manusia lain dalam segenap segi kehidupan

• dalam memenuhi keperluan masing-masing • merangkumi kekeluargaan, ekonomi, politik,
pemerintahan, jenayah dan sebagainya.
• melibatkan transaksi kewangan berlandaskan
Syariat Islam.

Dalil Al-quran

(An-Nisa’ : 29)

‫يَا أَيُّ َها الَّ ِذي َن آ َمنُوا ََل تَأْ ُكلُوا أَ ْم َوالَ ُك ْم بَ ْينَ ُك ْم ِبا ْلبَا ِِ ِِ ََِِّل أَ ْن تَ ُكو َن ِت ََا ًََ ََ ْن تَ ََا ٍض ِم ْن ُك ْم‬

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil
(salah), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling meredhai antara kamu...”

matlamat

• Mengawal manusia dalam menguruskan sistem ekonomi
dan kewangan mereka.

• Supaya lahirnya masyarakat yang bersatu padu, harmoni,
saling menghormati dan aman.

Prinsip-prinsip muamalat islam

1. Kerelaan dalam berurus niaga.

2. Tidak mengandungi Elemen Haram
(riba, gharar dan perjudian).

**Gharar : Ketidakpastian dalam sesuatu akad
atau kontrak jual beli dari segi kualiti, kuantiti,
harga dan lain-lain.

3. Tidak membawa kepada kerosakan
terhadap struktur ekonomi dan sosial
masyarakat.

Ciri-ciri muamalat islam

1. Bersumberkan Al-Quran & Hadis
2. Redha-meredhai
3. Adil & Bermanfaat
4. Jujur

takaful Al-Wadiah Al-mudarabah

Al-bai’ Jenis-jenis muamalat islam Al-murabahah
bithamanil ajil

Al-ijarah Al-rahnu Al-musyarakah

Pengertian dan contoh

1) AL-WADIAH : Mewakilkan sesuatu barangan atau harta kepada pihak lain untuk disimpan.

Contohnya : Fitri mendapat gaji secara tunai sebanyak RM3,500 daripada syarikatnya.

Kemudian, beliau menyimpan duit tersebut ke dalam akaun banknya.

2) AL-MUDARABah : Pelabur memberi modal kepada pengusaha untuk diperniagakan dan
keuntungan akan dibahagikan mengikut perjanjian.
Contohnya : Nisa’ merupakan seorang jutawan dan beliau memberikan RM30,000 kepada
Ain untuk mengusahakan sesuatu perniagaan. Kemudian, keuntungan
peniagaan tersebut akan dibahagikan mengikut perjanjian yang ditetapkan.

3) AL-MURAbahah : Jual beli sesuatu barangan dengan makluman harga kos Bersama-
sama tambahan margin keuntungan
Contohnya : Nurul membeli sebuah kereta dengan harga RM40,000. Kemudian,
setelah setahun, beliau menjual kereta itu pada harga RM45,000
kepada Azam atas sebab-sebab tertentu seperti penambahan gajet
dalaman, pengubahsuaian fizikal kereta dan lain-lain.

**Margin : Perbezaan Antara Dua Jumlah

4) al-musyarakah : Akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan
keuntungan dalam sesuatu perniagaan
Contohnya : Tasha dan Asyraf masing-masing mengeluarkan modal untuk memulakan suatu
perniagaan melalui perkongsian. Keuntungan dan kerugian dikongsi Bersama
sebagaimana persetujuan yang telah dilakukan.

5) AL-rahnu : Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan wang.

Contohnya : Farhana pergi ke pejabat Ar-Rahnu untuk menggadaikan jam mewahnya
dengan tujuan mendapatkan sejumlah yang diperlukan. Kemudian pihak
Ar-Rahnu memberikan surat gadaian kepadanya untuk menebus semula
barangannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6) al-ijarah : Perjanjian yang membolehkan seseorang mengambil faedah atau
manfaat daripada milik orang lain dengan bayaran tertentu
Contohnya :
Naufal selaku pemberi sewa dengan rela memberi kereta miliknya untuk
disewakan kepada Afzal dengan bayaran RM150 dengan tempoh sewa 24 jam.

**Tambahan : Al-Ijarah merupakan pinjaman secara bayaran, bukan milik kita sepenuhnya.

7) AL-bai’ bithaman ajil : Penjualan barangan berasaskan pembayaran tertangguh pada
harga tertentu secara ansuran atau sekali gus mengikut tempoh
yang ditetapkan

Contohnya : Zakiah ingin membeli sebuah kereta berharga RM70,000 tetapi beliau

tidak mampu untuk membayar dengan harga penuh. Oleh itu, beliau
melakukan pembayaran secara ansuran dengan bayaran tertentu dalam
tempoh masa tertentu, contohnya Zakiah RM700 dalam tempoh 9 tahun.

8) takaful : Pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah melalui caruman sejumlah
wang akan disalurkan kepada pihak yang mengalami kemudaratan atas dasar
ta’awun dan tabarru’
Contohnya : Muaz menyertai skim takaful dengan bayaran tertentu secara bulanan.
Kemudian, duit dibayar akan didermakan (Tabarru) kepada mereka yang
menimpa musibah atas dasar dan prinsip tolong-menolong (Ta’awun).

Persamaan
& perbezaan

bagi Jenis-jenis Muamalat Islam

Persamaan : Simpan & labur

Al-wadiah Simpanan pemilik dijamin dan tiada
sebarang keuntungan dijanjikan

Al-mudarabah Pemodal yang melakukan pelaburan PERBEZAAN
berpotensi mendapat keuntungan tinggi dan
berisiko menanggung kerugian yang tinggi

Al-musyarakah Keuntungan dan kerugian perniagaan yang
diusahakan bergantung pada keberhasilan
syarikat tersebut.

Persamaan : KONTRAK JUAL BELI

Al-MURABAHAH Penjual menjual barangannya dengan
makluman tambahan margin keuntungan

PERBEZAAN

Al-bai bithaman ajil Pembeli membeli sesuatu barangan dengan
bayaran secara tertangguh (ansuran) atau
sekali gus

Persamaan : membantu orang yang memerlukan pembiayaan
tunai segera atau perkhidmatan

Al-rahnu Menggadaikan barangan berharga tertentu
untuk mendapatkan sejumlah wang dengan
segera

PERBEZAAN

Al-ijarah Mendapatkan pemilikan barangan hak
orang lain atau perkhidmatan dengan
bayaran tertentu

Latihan Pengukuhan

1) Latihan 1

Padankan mengikut
jawapan yang betul

2) Latihan 2

Isi tempat kosong
dengan jawapan yang
bersesuaian.

Padankan jawapan yang bersesuaian

Mengawal manusia dalam menguruskan sistem Ar-Rahnu
ekonomi dan kewangan merupakan…..
Ketidakpastian dalam sesuatu akad atau jual
Dalil ‘Larangan memakan harta pada jalan yang salah’ beli dari segi kualiti, kuantiti, harga dan lain-lain
dan ‘keredaan dalam perniagaan’ terdapat dalam surah Matlamat Muamalat Islam

Menggadaikan sesuatu barangan berharga untuk Bersumberkan AQ dan Hadis, Redha-meredhai,
mendapatkan wang dengan segera Adil dan Bermanfaat & Tidak menipu
An-Nisa (29)
Istilah Gharar adalah…

Ciri-ciri Muamalat Islam adalah…

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

Al-Murabahah Gharar Memenuhi Al-Bai Bithaman Ajil Al-Ijarah

1. Muamalat dalam sistem kewangan Islam bermaksud tatacara urusan harian sesama manusia dalam

…………………………… keperluan masing-masing melibatkan transaksi kewangan mengikut Syariat Islam.

2. Antara prinsip-prinsip muamalat Islam adalah tidak mengandungi unsur haram sepert riba’, judi dan …………....
3. ……………………………. adalah jual beli sesuatu barangan dengan makluman harga kos bersama tambahan margin

keuntungan.

4. Atiqah menjalani praktikal sebagai seorang guru di Klang. Kemudian, beliau membayar RM200 setiap bulan

untuk menetap di sebuah rumah sebagai tempat tinggalnya. Berikut merupakan ……………………

5. Syarikat Epal mengeluarkan sebuah telefon pintar baru yang berharga RM6,000. Keeseokan harinya, Khairun

teringin membeli telefon tersebut, tetapi beliau belum mampu untuk membayar secara tunai penuh. Jadi,
beliau membuat pembayaran secara ansuran dan telefon tersebut menjadi miliknya. Berikut merupakan……….

‫‪Sekian, Terima Kasih‬‬

‫السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته‬


Click to View FlipBook Version