RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 4 Nama Noorliy Hananiy binti Mohyiddin Mata Pelajaran Maharat al-Quran Tingkatan 4 al-Khawarizmi Tarikh 20/02/2023 Masa 9.00-10.00 pagi Bilangan Murid 30 orang Tajuk Bahagian-bahagian makhraj huruf yang utama Standard Kandungan 3. Bahagian makhraj huruf yang khusus Standard Pembelajaran 3.1 Rongga mulut 3.1.1 Menyatakan takrif rongga mulut dari segi bahasa dan istilah. 3.1.2 Menjelaskan keadaan tiga huruf mad. 3.1.3 Menjelaskan sebab ia dinamakan huruf rongga. 3.2 Halkum 3.2.1 Sebutkan bilangan makhraj halkum dengan menyebut hurufnya. i. Pangkal halkum ii. Tengah halkum iii. Hujung halkum 3.2.2 Menjelaskan sebab ia dinamakan huruf halkum. 3.3 Lidah 3.3.1 Sebutkan bilangan makhraj lidah dengan menyebut hurufnya. i. Pangkal lidah ii. Tengah lidah iii. Tepi lidah
iv. Hujung lidah 3.3.2 Menjelaskan sebab ia dinamakan huruf lidah. Objektif Pembelajaran Di akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan bahagian-bahagian makhraj huruf yang khusus. 2. Murid dapat menyatakan huruf yang keluar dari rongga mulut, halkum dan lidah. 3. Murid dapat menjelaskan sebab ia dinamakan huruf rongga mulut, huruf halkum dan huruf lidah. Aktiviti 1. Penerangan 2. Tayangan video 3. Soal jawab 4. Kuiz Pengetahuan Sedia Ada Maksud makhraj huruf dari segi bahasa dan istilah. Kemahiran Berfikir (KB) 1. Menghubung kait 2. Mengumpul dan mengelas Penerapan Nilai (PN) 1. Bekerjasama 2. Bertanggungjawab 3. Teliti Bahan Bantu Mengajar (BBM) 1. LCD Projektor 2. Komputer riba 3. Tablet 4. Buku Maharat al-Quran 5. Al-Quran Langkah/Masa ISI KANDUNGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi (5 minit) Ulangkaji topik yang berkaitan 1. Guru memberi salam kepada semua BBM : LCD Projektor
murid yang berada di dalam kelas serta bertanyakan keadaan kesihatan masingmasing. 2. Murid menjawab salam yang diberikan dan memaklumkan keadaan kesihatan masing. 3. Murid membaca doa sebelum belajar secara beramai-ramai. 4. Guru memaparkan sebuah video berkaitan sebutan huruf mengikut makhraj yang betul. 5. Guru meminta murid mengikuti bacaan di dalam video. 6. Guru meminta 2 orang pelajar yang dipilih melalui ‘spin the wheel’ untuk menjawab soalan berdasarkan pembelajaran yang lepas. Apakah itu makhraj huruf Komputer riba YouTube Aplikasi ‘spin the wheel’
dari segi bahasa? Apakah maksud makhraj huruf dari segi istilah? 7. Guru memberi respon bergantung kepada jawapan murid tersebut. 8. Guru meminta murid meneka tajuk pembelajaran pada hari ini. 9. Guru memberi tahu tajuk yang akan dipelajari pada hari ini ialah bahagianbahagian makhraj huruf yang utama. Langkah 1 (10 minit) Makhraj huruf: 1. Rongga mulut 2. Halkum 3. Lidah 1. Guru menerangkan bahagian makhraj huruf ada 5 bahagian iaitu rongga mulut, halkum, lidah, dua bibir dan rongga hidung. 2. Murid memberi perhatian terhadap penerangan yang diberikan oleh guru. BBM: LCD Projektor Komputer riba Gambar rajah makhraj huruf Tablet
3. Guru menerangkan huruf yang keluar daripada makhraj rongga mulut, halkum dan lidah. 4. Guru juga menjelaskan sebab ia dinamakan huruf rongga mulut, halkum dan huruf lidah. 5, Murid diminta untuk menjawab kuiz yang telah disediakan . 4. Guru memberikan respon yang sesuai berdasarkan jawapan murid. Langkah 2 (25 minit) Aktiiti berkumpulan: Menjalankan aktiviti secara spontan dan terancang. 1. Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan. 2. Setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah infografik berkaitan makhraj huruf yang telah dipelajari. 3. Masa perbincangan 5 minit sahaja. 4. Guru meminta 3 kumpulan yang terpilih untuk memaparkan BBM: LCD Projektor Komputer riba Aplikasi ‘spin the wheel’
hasil perbincangan di hadapan kelas. 5. Guru memberi ulasan terhadap hasil jawapan setiap kumpulan. Langkah 3 (10 minit) Membaca ayat al-Quran dengan mengambil kira sebutan yang betul bagi huruf makhraj rongga mulut, halkum dan lisan. Latihan pengukuhan berkaitan makhraj huruf yang telah dipelajari. 1. Guru memilih murid secara rawak untuk membacakan potongan ayat alQuran dari surah Saba’ muka surat 431. 2. Murid perlu mengeluarkan hukumhukum tajwid yang terdapat pada setiap ayat. 3. Guru memberi perhatian terhadap sebutan huruf murid. 4. Murid diminta untuk menjawab latihan pengukuhan yang telah disediakan. BBM: Al-Quran Tablet Penutup (5 minit) Kognitif: Merumuskan kandungan pembelajaran. Mengulang semula isi-isi penting iaitu bahagian 1. Guru meminta setiap kumpulan murid membaca surah Saba’ muka surat 432 secara bergilir-gilir dengan mengambil kira bahagian makhraj huruf yang dipelajari. Al-Quran
makhraj huruf serta huruf yang keluar daripada rongga mulut, halkum dan lisan. Sosial: Memberi peneguhan positif kepada murid-murid yang melibatkan diri secara aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengaitkkan dengan pembelajaran yang akan datang. 2. Guru memberikan kata-kata pujian kepada kumpulan yang mengeluarkan bahagian makhraj huruf dengan betul. 3. Guru juga memberikan kata-kata motivasi dan semangat kepada murid yang gagal memberikan jawapan yang tepat. 4. Guru memberikan hadiah kepada murid yang telah melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi PdP.