The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesyuarat jk karnival IPT bil 1 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suryarahmat78, 2019-03-07 17:13:23

minit mesyuarat jk karnival IPT bil 1 2019

minit mesyuarat jk karnival IPT bil 1 2019

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Kuantan
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan
Jalan Gambut
25000 Kuantan
Tel : 09-5136726 Faks : 09-5137313

MINIT MESYUARAT

JAWATAN KUASA PELAKSANA KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI PERINGKAT NEGERI PAHANG

TARIKH KALI PERTAMA 2019
: 28 FEBRUARI 2019

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : BILIK GERAKAN SK TUNKU AZIZAH, KUANTAN

KEHADIRAN : SEMUA JAWATANKUASA HADIR. (Rujuk Lampiran 1.)

AGENDA MESYUARAT
Agenda 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan, mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kehadiran
ahli jawatankuasa pelaksana Karnival Pengajian Tinggi (IPT) walaupun terdapat banyak kekangan
tugas di sekolah.

1.2 Pengerusi juga memulakan dengan sesi perkenalan antara ahli mesyuarat.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa perlunya kerjasama semua pihak untuk menjayakan program

‘GEMPAK’.
1.4 Pengerusi meminta kerjasama daripada semua kaunselor sekolah dalam memastikan kehadiran

murid ke sekolah meningkat. Pengerusi menyatakan kedudukan negeri Pahang pada tempat ke
16 peringkat Kebangsaan dan diatasi oleh Sarawak yang berada pada kedudukan pertama pada
tahun 2018.
1.5 Pengerusi juga menyatakan bahawa isu kehadiran murid ini adalah sebahagian daripada tugas
kaunselor. Untuk Dialog Prestasi, setiap daerah telah disarankan untuk mengadakan
perjumpaan pada setiap bulan untuk membentangkan isu kehadiran. Pengerusi juga
menyatakan terdapat guru kelas daripada SMK Bukit Rangin yang bertindak menelefon ibu bapa
penjaga kepada murid kelas beliau yang tidak hadir pada hari tersebut dan meminta untuk ibu
bapa hadir ke sekolah.
1.6 Pengerusi juga menyarankan semua kaunselor untuk bekerjasama dengan GPK HEM dalam
memastikan isu ketidakhadiran murid dapat diatasi di sekolah masing-masing.

Agenda 2. Perbincangan Program Tahunan 2019
2.1 Pengerusi menyatakan beberapa maklumat tambahan untuk Program Tahunan 2019:

2.1.1 Mesyuarat Agung MGKK Negeri Pahang akan diadakan pada
2.1.1.1 - 12 Mac 2019 (Selasa) di Hotel Seri Malaysia Temerloh.
2.1.1.2 - Agenda Mesyuarat Agung antaranya pelantikan jawatankuasa baru dan
jemputan ke Mesyuarat Agung atas nama Seminar.

2.1.2 Karnival Jom IPT di Kota Bharu
2.1.2.1 - Jemputan kepada 15 Pengetua Negeri Pahang.
2.1.2.2 - Sekolah terpilih akan dihantar surat oleh JPNP.
2.1.2.3 - MGKK digalakkan menghantar wakil ke karnival tersebut.

2.1.3 Kem Perkhemahan Peringkat Kebangsaan
2.1.3.1 - Penglibatan MGKK Kuantan
2.1.3.2 - 370 orang murid dan guru pengiring.
2.1.3.3 - Peruntukan telah ditetapkan sebanyak RM 15,000.00 dan perlu kepada
perancangan aktiviti yang dapat membantu anak murid kita.

2.1.4 Taklimat Peluang Pengajian di POLISAS pada 13 Mac 2019 ( Rabu) dan akan melibatkan
Guru Kaunseling Sekolah Menengah.

2.1.5 Program Kerjaya bersama TAC College
- 10 April – Kuantan
- 11 April - Temerloh

2.2 Pengerusi menjelaskan Karnival Pengajian Tinggi ini dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan
oleh Pengarah. Pengarah telah meminta Cik Emas Binti Sani untuk menyelaras Karnival Pengajian
Tinggi peringkat daerah Kuantan pada 20 Mac 2019 ( Rabu).

2.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa karnival ini akan melibatkan kerjasama JPNP, MGKK Negeri
Pahang, MGKK Kuantan dan BAKSU, JPNP. Program ini juga dalam membantu pihak BAKSU
mengumpul dana. Pengerusi juga menyatakan bahawa perjumpaan pada hari ini adalah untuk
membincangkan jadual gerak kerja serta pelantikan jawatankuasa pelaksana Karnival IPT ini.

2.4 Pengerusi menyatakan Karnival ini akan dilaksanakan pada peringkat daerah iaitu pada 20 Mac 2019
(Rabu) dan juga peringkat Negeri di Temerloh pada 30 Mac 2019.

Agenda 3. Pembentangan Kertas Konsep Karnival Kerjaya dan IPT Negeri Pahang 2019

3.1 Pengerusi menyerahkan majlis kepada En Adnan Bin Abdul Rahman (YDP MGK Negeri Pahang) untuk
membentangkan kertas konsep serta jadual gerak kerja.

3.2 En Adnan menyatakan tarikh pada 30 Mac 2019 untuk pelaksanaan peringkat negeri di Temerloh
merupakan cuti persekolahan. Tarikh tersebut perlu dibincangkan semula untuk memastikan semua
pelajar terlibat dan juga menjaga kepentingan IPT dan agensi yang telah dijemput untuk membuka
tapak pameran mereka.

3.3 Pengerusi meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat dan cadangan tarikh pelaksanaan
peringkat negeri pada 4hb atau 5hb April 2019. Pengerusi akan berbincang dengan Pengarah
terlebih dahulu.

3.4 Pengerusi menjelaskan karnival ini disasarkan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM 2018 dan juga
calon SPM serta STPM 2019.

3.5 Pengerusi meminta untuk menggiatkan promosi Karnival Kerjaya dan IPT ini menggunakan pelbagai
medium bagi menggalakkan kehadiran pelajar ke sana.

3.6 Cik Emas Sani (Penyelaras Program) menyatakan karnival daerah Kuantan akan dilaksanakan di
Widad University College kerana pihak WUC telah bersetuju dan menawarkan penggunaan premis
mereka untuk apa sahaja aktiviti kelolaan MGK Kuantan.

3.7 Pengerusi meneruskan dengan pelantikan jawatankuasa kerja Karnival.( Rujuk Lampiran 2.)
3.8 Pengerusi memaklumkan surat kepada pihak IPT perlu segera kerana melibatkan bayaran dan

bayaran setiap booth pameran akan dibayar ke akaun MGKK Negeri Pahang.
3.9 Pengerusi meminta Cik Emas Binti Sani, Puan Zuniza Binti Abu Bakar dan Encik Ahmad Rizal bin Md

Isa untuk berbincang bersama pihak WUC berkaitan pengurusan Karnival yang akan dijalankan di
premis tersebut.
3.10 Pengerusi juga menetapkan kewangan yang diperolehi daripada Karnival ini akan dibahagikan
kepada MGKK Negeri Pahang, MGK Kuantan, MGK Temerloh dan juga BAKSU, JPNP.
3.11 Pengerusi juga menyatakan Pengarah meminta Karnival di Kuantan akan melibatkan Daerah
Pekan dan juga Rompin.
3.12 Cik Emas Binti Sani menyatakan Karnival Peringkat Negeri akan bekerjasama dengan pegawai
daripada PKR. Jawatankuasa Temerloh perlu memaklumkan kepada IPT yang terlibat berkaitan
kerjasama dengan pihak PKR sebagai Perasmi.
3.13 En Ahmad Rizal Bin Md Isa mencadangkan surat tawaran menyertai Karnival ini terus
diselaraskan untuk dua tempat dan bayaran menggunakan pakej yang akan dipilih. En Ahmad Rizal
juga mencadangkan pakej bayaran akan ditetapkan bersama pihak Widad kerana pihak IPT lebih
jelas tentang bayaran semasa untuk booth pameran.

Agenda 4. Hal-hal lain
4.1 Pengerusi memaklumkan urusan surat menyurat untuk Karnival ini akan diuruskan oleh JPNP.
Manakala surat kepada IPT yang melibatkan bayaran booth perlu diuruskan oleh MGKK Negeri.
4.2 Puan Norliana mencadangkan untuk mengadakan taklimat daripada pihak IPT yang berminat
dan mengenakan bayaran untuk slot tersebut.
4.3 Pengerusi mencadangkan urusan taklimat IPT ini diuruskan oleh Puan Norliana dan mendapat
persetujuan ahli mesyuarat.
4.4 Puan Chan meminta untuk membawa pelajar ke Karnival, surat ke sekolah yang mempunyai
perkhidmatan bas akan dikeluarkan oleh JPNP.
4.5Puan Zuniza mencadangkan untuk mengelakkan kekurangan pelajar dalam taklimat IPT, boleh
libatkan anak PERHATI Kuantan dan urusan pengangkutan akan diuruskan di bawah program
aanak PERHATI bersama Yayasan Pahang.

4.6 Puan Surya mencadangkan, buku program dan banner menggunakan latar yang sama dan
maklumat akan dihantar kepada Puan Surya untuk diambil tindakan.

4.7 Surat jemputan daripada sekolah akan di uruskan oleh JPNP dan surat jemputan kepada pelajar
PERHATI akan diuruskan oleh jawatankuasa PERHATI.

4.8 Puan Siti Masayu menyatakan untuk bahagian jamuan, makanan akan disediakan untuk
pegawai booth pameran dan juga jawatankuasa kerja karnival. Makanan disediakan untuk
sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Selain itu juga, peserta yang hadir pada
majlis perasmian akan disediakan ‘door gift’.

4.9 Pengerusi menyatakan majlis persamian pembukaan karnival akan dilaksanakan di Kuantan dan
Perasmian Penutupan akan dilaksanakan di Temerloh.

4.10 En Khairul Nizam mencadangkan ‘tag line’ untuk banner Karnival dan dipersetujui oleh ahli
mesyuarat iaitu

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI PERINGKAT NEGERI PAHANG 2019
“ MOH SAMBUNG BELAJAR”

4.11 Pengerusi mencadangkan tarikh untuk mesyuarat Pelarasan Kerja dilaksanakan dalam masa
terdekat dan dipersetujui pada 8 Mac 2019 ( Jumaat) di WUC.

4.12 Pengerusi meminta setiausaha untuk mewujudkan group telegram supaya dapat berkongsi
segala maklumat menggunakan medium yang sama.

Agenda 5. Ucapan Penangguhan
5.1Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan memohon kerjasama serta kejelekitan
dalam melaksanakan tugas. Pengerusi juga menyatakan program yang akan dilaksanakan ini
merupakan satu keunikan kerana gabungan dua daerah iaitu Kuantan dan Temerloh.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................. .......................... ......................................
NORHUSNA BITI ABU BAKRI EMAS BINTI SANI ABDULLAH SANI BIN ABDUL RAHMAN
Setiausaha Program Penyelaras Program Ketua Penolong Pengarah
Daerah Kuantan Daerah Kuantan Unit HEM, JPNP

Lampiran 1

KEHADIRAN MESYUARAT PENGANJURAN KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI BIL 1/2019

Lampiran 2

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI DAERAH KUANTAN 2019

Penasihat Dr Haji Tajuddin Bin Mohd Yunus Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

Pengerusi Tn Hj Mohd Raauf Bin Haji Jali Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Encik Abdullah Sani Bin Haji Abdul Ketua Penolong Pengarah
Rahman Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Timbalan Pengerusi
Unit HEM, JPNP

Encik Khairul Nizam Bin Abdul Penolong Pengarah

Naib Pengerusi Razak Unit HEM, JPNP

Cik Emas Binti Sani (K) - Menyelaras semua AJK Pelaksana
Encik Adnan Bin Abdul Rahman - Memastikan semua AJK membuat
(YDP MGK Negeri)
Encik Mohd Zafri Bin Saman tugasan dan amanah yang diberi
(YDP Kuantan)
Penyelaras Puan Zuniza Binti Abu Bakar
(TYDP Kuantan)
Encik Azril Bin Othman
(YDP Temerloh)
Encik Subhi Bin Harun
(BAKSU)

Puan Norhusna Binti Abu Bakri - Membuat pengurusan dokumen
Puan Norkhasmariha Binti Mat berkaitan karnival
Salleh
Setiausaha Encik Johari Bin Salim (BAKSU)

Penolong Setiausaha Puan Nurul Fathihah Binti Nor - Mengurus surat jemputan VIP
Bendahari Azhar
- Mengurus kewangan karnival
Pendaftaran Encik Ahmad Rizal bin Md Isa ( pembayaran dan penerimaan)
Bendahari MGK Kuantan dan
Temerloh - Surat tawaran menyertai karnival
Bendahari BAKSU kepada IPT.

Puan Rozita Binti Awang (K) - Menyediakan format pendaftaran
Puan Azrinawati Binti Arifin peserta karnival
Puan Siti Maheran Binti Mamat
Puan Nor Asliza Binti Mohd Zin - Menjaga kaunter pendaftaran
Puan Hamidah Binti Baharum - Membuat menghantar Salinan
Puan Suhailah Osman (Temerloh)
pendaftaran kepada setiausaha
karnival

Sambutan Dan Puan Dalina Binti Isa (K) - Mengurus protokol semasa majlis
Protokol Encik Khairul Nizam Bin Abdul -
Razak perasmian dan penutupan
Encik Mohd Zafri Bin Saman berlangsung
Cik Emas Binti Sani Menyambut kehadiran tetamu VIP
Encik Subhi Bin Harun (BAKSU)
Encik Azril Bin Othman ( Temerloh)

Publisiti/ Kain Puan Surya Binti Rahmat - Membuat draf publisiti
Rentang / Banner Encik Jamzi Bin Othman - Membuat rekaan atau design kain

rentang
- Membuat tempahan kain rentang

Pameran Puan Zuniza Binti Abu Bakar - Kenalpasti IPT yang terlibat untuk
Puan Salmezah Binti Salim pameran.
Puan Faizah Binti Hasan
Pn Nordiana Binti Hasan - Menghubungi IPTS dan IPTA untuk
membuat pameran

- Memastikan ruang pameran telah
disediakan dan mencukupi.

Puan Norliana Binti Jamaludin - Merancang jadual taklimat daripada

Puan Nor Zarina Binti Abd Rahman IPT yang terlibat.
- Memastikan masa yang mencukupi
Puan Mastura Binti Idris untuk setiap taklimat.
- Memastikan pergerakan pelajar
Pengurusan Aktiviti & Puan Khazimah Binti Husain
Taklimat IPT selaras dengan masa yang

diperuntukkan untuk setiap
taklimat.

Puan Norbaisatul Binti Omar -
Nurul Azwin Binti Mazlan
- Menyediakan buku program bagi
Buku Program karnival ini dan mengedarkan
kepada VIP

- Merancang bersama dengan
jawatankuasa banner dan publisiti.

Rakaman ( Statik & Puan Norhawinda Binti Norudin - Membuat dokumentasi bergambar
Video) statik @ video majlis.
Persiapan Tapak Encik Mohd Alias bin Che Ibrahim
Pameran / Dewan (BAKSU JPNP) - Menghantar semua gambar statik @
video kepada setiausaha karnival
Hiasan Dewan
Pengangkutan dan Encik Nasarudin Bin Nordin - Menyediakan persiapan tempat
Pengurusan pelajar Encik Mohd Fadilah Bin Hassan seperti susunan kerusi, keperluan
Siaraya / PA Sistem (BAKSU) meja
En Jamri Bin Sidek ( Temerloh)
- Memastikan dewan berada dalam
keadaan bersih

- Mengemas dewan selepas tamat
program

Puan Noraini Binti Harun (BAKSU) - Menyediakan dan menyusun kerusi
Puan Zalila Binti Zakaria peserta dan VIP mengikut kesesuaian
Puan Nurhusna Binti Bahrin
Puan Farizah bt Ali - Mengemas kembali kerusi peserta
Puan Fauziah Abdul Samat dan VIP selepas karnival
Cik Hidayati Binti Abd Rahman
Tn Hj Azhar Bin Ahmad (Temerloh) - Membuat hiasan pentas dan
‘Backdrop’ yang bersesuaian dengan
majlis

- Menaikkan kain rentang karnival

Puan Chan Siew Sia - Membuat jadual pergi balik pelajar ke
Puan Yeo Suat Sia tapak karnival
Cik Tai Hwa Yih
Tn Hj Shaari (Temerloh)

AJK BAKSU - Memastikan sistem siaraya dan LCD
En Wong ( Temerloh) berfungsi dengan baik

Puan Azlina Binti Anmeri (Kuantan) - Mengacarakan majlis penutupan
Encik Azmi Bin Samah (Temerloh) rasmi

Pengacara Majlis

Cenderahati & Sijil Puan Kamarozita Binti Kamarudin - Menyediakan cenderahati perasmi
Puan Norhanani Binti Nordin - Menyediakan sijil untuk
Puan Maimun Binti Ibrahim
Puan Norasliza Binti Abd Hamid jawatankuasa
(BAKSU)

Makanan & Minuman Puan Siti Masayu Binti Mazlan - Membuat tempahan makan & minum
Puan Norazizah Binti Kamarudin peserta booth
Puan Norliza Binti Yaacob
Puan Asiah Mat Yasik - Memastikan makanan disediakan
Puan Azlina Binti Omar mengikut masa
Puan Nur Akma bt Deraman
Puan Suriana Binti Mohamad - Memastikan meja makan VIP berada
(BAKSU) dalam keadaan yang baik
Puan Siti Rogayah Binti Ishak
(Temerloh)


Click to View FlipBook Version