The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sambutan Hari Raya di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by frodonaza, 2021-05-16 00:51:17

Sambutan Hari Raya

Sambutan Hari Raya di Malaysia

KENALI
HARI RAYA AIDILFIRTI

Secara bahasa (harfiyah), ‘Aidilfitri’ bermaksud
‘kembali kepada fitrah; iaitu, kembali kepada asal
kejadian manusia yang suci, bersih dari dosa,
seperti keadaan bayi baru lahir.

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di kota Mekah,
masyarakat Arab Jahiliyah Arab telah memiliki dua hari raya, iaitu perayaan
Nairuz dan Mahrajan.

Kaum Arab Jahiliyah menyambut perayaan itu dengan tarian, seperti
tarian perang dan ketangkasan selain menyanyi dan makan makanan enak dan
minuman memabukkan.

Setelah itu, turunnya kewajiban untuk menunaikan ibadah puasa
Ramadan pada tahun 2 Hijrah. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengganti kedua hari raya itu dengan hari raya yang
lebih baik, yakni Aidilfitri dan Aidiladha.” (Hadis Riwayat Daud dan Nasai)

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang
Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah (Ensiklopedia Islam). Jadi pada
tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan, iaitu
kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menakluk hawa nafsu sepanjang
sebulan berpuasa.

Dari sinilah lahirnya ungkapan ‘Minal ‘Aidin wal Faizin’ yang lengkapnya
ungkapan doa kaum Muslim saat itu:
‘Allahummaj ‘alna minal ‘aidin walfaizin’ : ‘Ya Allah, jadikanlah kami termasuk
orang-orang yang kembali (dari Perang Badar) dan mendapatkan kemenangan’.

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Jadi, Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan
sebagai hadiah untuk umat Islam, bukan sahaja sebagai kemenangan dalam
bentuk fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menakluk nafsu dalam bulan
Ramadan.

Seharusnya, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan
membanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada
Allah SWT bersempena dengan kemuliaan hari kemenangan itu. Diterangkan
dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra,
maksudnya;
“Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.”

ALLPPT.com _ Free PPT

Cerapan anak bulan pertama kali dilakukan bagi menetapkan
permulaan puasa seluruh Malaysia ialah pada 7hb Oktober 1972 atau
bersamaan dengan 29 Syaaban 1392 di Teluk Kemang, Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Bermula dari saat itu, pengisytiharan permulaan Ramadan,
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dilaksanakan oleh Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen setelah diperkenankan
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-Raja.

ALLPPT.com _ Free PPT

ALLPPT.com _ Free PPT Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan Ramadhan,
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di Malaysia adalah berdasarkan
"Rukyah" (Cerapan Hilal) dan "Hisab" (Kiraan).

Rukyah ditentukan melalui pencerapan di semua 29
tempat yang telah disenaraikan sejak tahun 1972. Laporan daripada
pegawai pencerapan meliputi fakta waktu mencerap dan keadaan
cuaca ketika mencerap.

Hisab ditentukan oleh ahli falak dari JAKIM mengikut
kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah, iaitu pernampakan hilal atau
anak bulan yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Rakaman pengumuman akan disediakan untuk dua situasi, iaitu
mengandaikan (i) anak bulan kelihatan dan (ii) tidak kelihatan iaitu sama ada
bulan Syaaban dan Ramadan akan berjumlah 29 atau 30 hari.

Semua laporan daripada pusat pencerapan akan diterima oleh
urusetia yang dilantik dan akan disembahkan untuk makluman kepada Yang
di-Pertuan Agong untuk tujuan perkenaan baginda. Sebaik sahaja titah
perkenan disambut, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan memberitahu
pegawai RTM yang juga bertindak sebagai urusetia untuk beliau membuat
pengumuman. Secara kebiasaannya pengumuman tersebut akan
disempurnakan sebelum jam 8 malam.

ALLPPT.com _ Free PPT



SAMBUTAN HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA

PAKAIAN LELAKI SEMASA HARI RAYA

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu
yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari
Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan
lilitan songket di bahagian pinggang.

SAMBUTAN HARI RAYA

PAKAIAN LELAKI SEMASA HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA

PAKAIAN WANITA SEMASA HARI RAYA

Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula
ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun
pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan
rekaan baju-baju tradisi ini

SAMBUTAN HARI RAYA

PAKAIAN WANITA SEMASA HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA
1. Ketupat
- Sejenis makanan daripada nasi dan pulut yang dibungkus dengan daun kelapa.

- Ketupat direbus dalam air menggunakan periuk.
- Jenis ketupat bergantung kepada dua perkara iaitu bahan dan daun yang digunakan
untuk membalut ketupat.
- Ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan pulut sebagai bahan isinya.
- Ketupat nasi ialah ketupat yang menggunakan nasi sebagai bahan isinya.
- Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya dan
lazimnya digunakan untuk membalut ketupat pulut.
- Ketupat nasi pula lazimnya menggunakan daun kelapa.
- Bentuk ketupat biasanya tiga segi dan ketupat moden pula berbentuk empat segi.
- Dikenali sebagai simbol hari perayaan Hari Raya di Malaysia.

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

2. Lemang
- Menggunakan beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas
buluh yang dilapik dengan daun pisang dan dibakar sehingga masak.
- Dimakan dengan rendang atau serunding.
-Turut menjadi makanan orang asli Negrito di Kelantan, suku Semai dan
Minangkabau.

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

3. Rendang
- Menggunakan bahan seperti santan, lada, bawang, daun kunyit, daun
limau purut dan kerisik untuk memasak rendang.
- Daging batang pinang atau daging ayam selalu digunakan sebagai
bahan utama masakan rendang.
- Dimakan bersama lemang, nasi, ketupat dan pulut kuning.

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

4. Serunding
- Dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering.
- Kadangkala berminyak supaya tahan lama (serunding daging).
- Banyak jenis serunding seperti serunding daging, ayam, ikan, udang
dan ikan bilis.
- Dimakan bersama nasi impit, ketupat, dan lemang.

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

5. Lontong Sayur
- Bahan masakan dalam lontong seperti kacang panjang, lobak, kubis,
serai, lengkuas, santan, tauhu, telur dan tempe goreng.
- Dimakan bersama nasi impit.

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

6. Dodol
- Bahan untuk membuat dodol adalah seperti santan kelapa, tepung
beras, gula melaka, gula pasir dan garam.
- Tergolong dalam kumpulan makanan manis.
- Perisa dodol yang popular ialah durian, pisang dan kelapa.

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

7. Biskut Raya
- Terdapat pelbagai jenis kuih raya yang ada semasa musim raya.
- Antara yang popular ialah biskut cornflakes, biskut kacang, dan kuih

bahulu.

SAMBUTAN HARI RAYA

10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

8. Nasi Impit / Kuah Kacang
- Nasi impit ialah nasi yang dihimpit atau ditekan di dalam bekas hingga
menjadi ketulan yang besar. Ia kemudian dipotong menjadi kecil.
- Kuih kacang terdiri daripada bahan seperti mentega kacang, santan,
kicap, halia, bawang putih dan rempah.

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

9. Sate
- Kepingan daging atau ayam yang dicucuk pada lidi dan dibakar di atas
api arang kayu
- Banyak jenis sate ada di Malaysia sate ayam, sate daging, sate arnab,
sate ikan, dan sate pedal.

SAMBUTAN HARI RAYA
10 JUADAH PALING POPULAR PADA HARI RAYA

10. Nasi Ayam / Nasi Minyak / Nasi Beriyani / Nasi Dagang

- Pelbagai jenis nasi yang boleh dihidangkan ketika hari raya seperti di
bawah.

SAMBUTAN HARI RAYA

SUASANA PADA HARI RAYA

AMALAN ZIARAH-MENZIARAHI

SAMBUTAN HARI RAYA

SUASANA PADA HARI RAYA

AMALAN BERMAAFAN

SAMBUTAN HARI RAYA

SUASANA PADA HARI RAYA

AMALAN MEMBERI DUIT RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA

SUASANA PADA HARI RAYA

BERMAIN MERIAM BULUH DAN
BUNGA API

SAMBUTAN HARI RAYA

SUASANA PADA HARI RAYA

AMALAN MEMBAKAR LEMANG

SAMBUTAN HARI RAYA

SUASANA PADA HARI RAYA

MENGIRIM KAD SAMBUTAN
HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

TAMAT


Click to View FlipBook Version
Previous Book
อังกฤษ1
Next Book
CARDE