BAHASA MELAYU
6 ORCIHD
TEMA 9 : TEROKAI SAINS TERAJUI TEKNOLOGI DAN INOVASI
TAJUK 25 : Keajaiban Sains (Ahli Sains Bertaraf Dunia)
SP : 3.7
SK : 3.7.1 Disediakan oleh:
Objektif PdPr: Cikgu Fredolin Noor
Murid dapat; Guru BM
6 ORCHID
1. Mendapatkan maklumat daripada pelbagi sumber berdasarkan
tajuk yang diberi.
2. Menulis 3 perenggan yang kohesi dan koheran dengan betulnya
KARANGAN: BIOGRAFI
Biografi disebut juga riwayat hidup, perjalanan hidup, atau sejarah
hidup seseorang yang ditulis orang lain. Biografi adalah karya tulis
berisi rangkaian kisah nyata tentang kehidupan seseorang sejak ia
dilahirkan, memasuki masa pendidikan, mulai berkarya, usia purnakarya,
hingga meninggal. Apabila kisah hidup atau riwayat hidup tersebut
ditulis sendiri maka disebut autobiografi.
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM PENULISAN
KARANGAN JENIS BIOGRAFI
• Karangan jenis ini mestilah berdasarkan fakta yang benar.
• Karangan jenis ini juga bukanlah jenis rekaan atau khayalan.
• Pastikan anda benar-benar tahu tentang tokoh atau seseorang
yang anda ingin tulis biografinya.
• Biasanya, tokoh yang hendak dipilih hendaklah mempunyai
keistimewaan tertentu atau seseorang yang dihormati dan
dikagumi.
Alasan seseorang ditulis biografinya
❑ Berjasa kepada bangsa dan Negara
❑ Menjadi pemimpin bangsa
❑ Memiliki prestasi atau keberhasilan
❑ Mempunyai keistimewaan
❑ Menjadi pelopor bidang tertentu
Perkara yang perlu ada dalam karangan biografi
➢Tarikh lahir dan tempat lahir tokoh.
➢Latar belakang, pendidikan dan sebagainya.
➢Pencapaian, kejayaan-kejayaannya, atau
keistimewaannya.
➢Jasa, bakti, dan sumbangan tokoh tersebut.
Contoh karangan
Encik Sabtu bin Sujak, Guru Besar sekolah saya. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Kembung,
Pulau Indah, Selangor, pada tahun 1950. Encik Sabtu mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Pulau Indah, kemudian di Sekolah Menengah Ampuan Rahimah.
Dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan
di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau telah mengikuti kursus itu selama tiga
tahun.
Beliau mula mengajar di beberapa buah sekolah di Sarawak dan Selangor. Antara sekolah
tersebut ialah Sekolah Menengah Pelabuhan Klang, dan Sekolah Menengah Pulau Indah sebelum
dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah.
Beliau juga pernah berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Klang, sebelum ditukarkan ke
sekolah ini. Walaupun baru dua tahun Encik Sabtu bertugas di sekolah ini, namun beliau yang
mempunyai banyak pengalaman itu telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah. Ini terbukti dengan
peningkatan keputusan UPSR.
Contoh karangan
Selain itu, kawasan sekolah saya kian cantik dan ceria dengan pelbagai pokok hiasan. Encik Sabtu
juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Beliau banyak menyertai pertubuhan-pertubuhan amal
dan persatuan guru.
Beliau yang tinggal di kampung tempat kelahirannya itu juga dilantik memegang pelbagai
jawatan di peringkat kampung dan mukim. Kami berasa bertuah kerana mempunyai seorang Guru
Besar yang penyayang dan sentiasa memahami masalah pelajar-pelajarnya. Saya berdoa semoga
Encik Sabtu sentiasa sihat dan kekal di sekolah ini sehingga bersara.
Latihan : buku teks muka surat 148
Berdasarkan maklumat yang diberikan, buat karangan tentang Profesor Dr. Abdul
Latif bin Ahmad
Profesor Dr. Abdul Latif bin Ahmad merupakan tokoh sains negara. Beliau telah menyumbang
pelbagai kejayaan kepada negara. Beliau dilahirkan di Beranang, Selangor pada 4 Januari 1967.
Profesor Dr. Abdul Latif bin Ahmad bertugas di sebuah university awam negara. Beliau
telah dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian kimia di Universiti Sains Malaysia. Beliau juga dilantik
menjadi Dekan Penyelidikan, Sains Fundamental di university yang sama.
- Banyak sumbangan
- Menjalankan kajian dan penyelidikan yang bermanfaat
- Penyelidikan merawat air sisa kilang kelapa sawit dengan menggunakan teknologi moden
- Menerima pelbagai pengiktirafan
- Diiktiraf sebagai seorang daripada saintis dunia yang mempunyai minda saintifik paling
berpangaruh di dunia
- Diberikan oleh Agensi Thomson
- Menerima pengiktirafan dalam negara
- Penerima Anugerah Merdeka 2014
- Menjadi ikon negara yang berpengaruh
TAMAT SUDAH