4.4 PERSENYAWAAN DAN
KEHAMILAN
PERSENYAWAAN
DAN KEHAMILAN
• persenyawaan bermaksud
proses percantuman
nukleus sperma dengan
nukleus ovum.
• Selepas persenyawaan,
seseorang perempuan
akan mengalami proses
kehamilan, zigot mula
terbentuk dan membesar
di dalam uterus sehingga
kelahiran.
PERSENYAWAAN
DAN KEHAMILAN
• Sperma akan berenang
memasuki faraj ketika
persetubuhan.
• Jika ovum hadir di tiub Falopio,
persenyawaan mungkin akan
berlaku. Nukleus sperma akan
bercantum dengan nukleus
ovum di tiub Falopio dan
membentuk zigot.
• selepas persenyawaan, zigot
membahagi menjadi satu
bebola sel yang disebut sebagai
embrio. Embrio akan menempel
di dinding uterus.
PERSENYAWAAN
DAN KEHAMILAN
• Embrio yang telah
menempel pada dinding
uterus akan terus
berkembang menjadi fetus
yang menyerupai manusia
(bayi).
• Proses ini dinamakan
sebagai kehamilan. Selepas
kira-kira 38 minggu, fetus
akan dilahirkan melalui
faraj.
UJIAN
AMNIOSENTESIS
• Ujian amniosentesis
merupakan suatu ujian
yang dijalankan untuk
mengesan beberapa
jenis kecacatan
kelahiran seperti
sindrom Down dan
pengecutan otot.
• Sejumlah kecil cecair
amnion dikeluarkan
dan diuji.
KEPENTINGAN DAN FUNGSI
PLASENTA DAN TALI PUSAT
• Embrio akan membesar dan
berkembang di dalam satu
pundi yang dikelilingi oleh
membran yang dikenal
sebagai amnion.
• Amnion mengandungi
bendalir untuk melindungi
fetus.