8.5 PENYEBARAN CAHAYA
PENYEBARAN CAHAYA
• Cahaya yang keluar daripada prisma
kaca menjauhi garis normal.
• Cahaya yang keluar dari prisma telah
disebarkan kepada tujuh warna dalam
tertib susunan tertentu yang dikenal
sebagai spektrum.
• Spektrum cahaya putih terdiri
daripada warna merah, jingga, kuning,
hijau, biru, indigo dan ungu
PELANGI
• Apabila sinar matahari
mengenai titisan air
hujan di langit, maka
cahaya putih akan
dibiaskan dan
disebarkan kepada tujuh
warna yang berlainan
yang dikenal sebagai
pelangi.
8.6 PENYERAKAN CAHAYA
PENYERAKAN
CAHAYA
• langit kelihatan kebiruan pada waktu
tengah hari dan matahari kelihatan
kemerahan pada waktu senja
• Kedua-dua fenomena semula jadi ini
disebabkan oleh penyerakan cahaya.
• Penyerakan cahaya berlaku apabila sinar
cahaya dihalang dan dipantulkan ke
semua arah oleh awan atau zarah-zarah
dalam udara.
PADA WAKTU
TENGAH HARI
• Pada waktu tengah hari,
cahaya biru diserak
paling banyak ke semua
arah oleh molekul-
molekul udara yang
halus dalam atmosfera.
• Oleh itu, langit kelihatan
biru pada waktu tengah
hari.
PADA WAKTU SENJA
• Pada waktu senja pula, cahaya matahari
bersinar secara mengufuk.
• Cahaya yang paling kurang diserak
seperti merah dan jingga akan melalui
atmosfera tanpa gangguan.
• Cahaya lain seperti cahaya biru yang
banyak diserak akan hilang daripada
lintasan cahaya asal.
• Oleh itu, langit pada waktu senja kelihatan
kemerahan
8.7 PENAMBAHAN DAN
PENOLAKAN CAHAYA
PENAMBAHAN DAN
PENOLAKAN
CAHAYA
• Cahaya berwarna boleh
dikategorikan kepada dua
jenis, iaitu warna primer
dan warna sekunder.
• Warna primer ialah warna
asas yang tidak boleh
dihasilkan melalui
pencampuran warna.
• Warna merah, biru dan hijau
ialah warna primer.
PENAMBAHAN
CAHAYA
• Warna-warna yang dihasilkan
apabila dua atau lebih warna
primer ditambah dikenal sebagai
warna sekunder.
• Warna sian, kuning dan magenta
ialah warna sekunder.
• Warna putih pula dihasilkan
apabila ketiga-tiga warna primer
ditambah