4.5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN FETUS DAN BAYI
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN FETUS DAN BAYI
• Wanita hamil perlu
mendapatkan makanan yang
berkhasiat dan seimbang, serta
menjaga kesihatannya dengan
baik untuk melahirkan bayi yang
sihat.
• Keperluan kalori wanita hamil
adalah lebih tinggi.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN FETUS DAN BAYI
• Gizi wanita hamil perlu seimbang
dan mengandungi lebih banyak
karbohidrat, lemak, protein, asid
folik, vitamin C, kalsium, fosforus,
ferum dan serat.
• Setiap kelas makanan ini
memainkan peranan yang penting
bagi kesihatan ibu dan bayi
• Wanita hamil
juga tidak
harus merokok,
mengambil
alkohol dan
dadah
ROKOK
• Bayi yang dilahirkan
berkemungkinan bersaiz kecil
• Risiko kematian bayi semasa
kelahiran berkemungkinan tinggi
• Bayi yang dilahirkan
berkemungkinan terencat akal
dan cacat fizikal
• Bayi berkemungkinan dilahirkan
pramatang
• Keguguran fetus mungkin
berlaku
MINUMAN BERALKOHOL
• Bayi berkemungkinan
menghidap Sindrom Alkohol
Fetus
• Fetus berkemungkinan
terencat
• Fungsi otak,sistem saraf dan
jantung berkemungkinan
musnah
DADAH
• Fetus berkemungkinan
cacat
CIRI-CIRI BAYI YANG
MENGALAMI
MASALAH SINDROM
ALKOHOL FETUS
• Dilahirkan dengan
berat badan yang kecil
• Ukuran kepala bersaiz
kecil
• Terencat akal
• Rupa paras yang cacat
KEPENTINGAN SUSU IBU
• Bayi yang baharu dilahirkan tidak
mempunyai gigi dan tidak dapat
memakan makanan pejal.
• Bayi hanya bergantung pada
susu sebagai sumber nutrien
mereka.
SUSU IBU MERUPAKAN MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI
YANG BAHARU LAHIR KERANA SUSU IBU LEBIH BERKHASIAT
BERBANDING DENGAN SUSU FORMULA.
• Susu ibu mengandungi segala keperluan
makanan bayi.
• Susu ibu mempunyai antibodi yang dapat
melindungi bayi daripada sesetengah
penyakit.
• Hubungan bayi dan ibu menjadi erat dan
penting untuk emosi bayi.
• Penghadaman bayi lebih baik dengan
meminum susu ibu berbanding dengan
susu formula
• Wanita hamil perlu menjaga
kesihatannya dengan baik kerana
setiap makhluk yang bernyawa
mempunyai hak untuk hidup
walaupun masih dalam kandungan
• Oleh itu, seseorang ibu haruslah
memastikan bayi yang berada di
dalam kandungan mendapat
nutrien yang mencukupi dan
mengelakkan diri daripada
mengambil bahan-bahan yang
boleh memudaratkan kesihatan ibu
dan bayi