The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PI10620 Maizatulwardiah Binti Monzane, 2024-03-12 23:46:46

Kertas Cadangan Penyelidikan Kajian Tinjauan PIMK3143 ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Kertas Cadangan Tesis

PEMAHAMAN TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN KERJA BERKUMPULAN MURID BAGI PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH TAWAU MAIZATUL WARDIAH BINTI MONZANE PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan JUN 2021) Dr. Ismail Bin Husin INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024


1 KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL 1 3 BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 2 3 4 4 5 5 6 7 8 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 9 9 11 12 12


2 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 13 13 14 14 15 15 15 17 17 18 RUJUKAN LAMPIRAN 19 22


3 SENARAI JADUAL Jadual Nama Jadual Muka Surat 1 2 Interprestasi Pekali Alpha Cronbach Nilai Kebolehpercayaan 16 16


1 BAB 1 - PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kurikulum Pendidikan Islam merangkumi gabungan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran dalam menyampaikan ilmu Pendidikan Islam. Daripada kepelbagaian inilah telah disisipkan nilai – nilai sejagat yang boleh diaplikasikan dalam kalangan pelajar dengan bertujuan melahirkan masyarakat aman sejahtera dan harmoni. Perkara ini bertepatan dengan kajian Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah (2017), yang menyatakan fungsi Pendidikan Islam yang berteraskan Al – Quran dan Sunnah adalah untuk membangunkan tingkah laku, kemahiran, keperibadian dan pegangan hidup sebagai hamba Allah SWT untuk pembangunan diri, masyarakat, alam sekitar, dan negara hendaklah dihayati dan difahami oleh para pendidikan supaya matlamat ini dapat disuburkan dalam jiwa pelajar. Oleh itu, intipati pembelajaran Pendidikan Islam boleh disampaikan melalui pelbagai kemahiran yang menyatukan kepelbagaian sikap, pemikiran dan nilai murid bagi mencapai sesebuah matlamat dan objektif. Menurut Mohamad Khairi Haji Othman (2016), mewujudkan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang mampu menghasilkan individu yang mempunyai jati diri kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Justeru, pendidik khususnya guru Pendidikan Islam perlulah mahir tentang pelbagai kemahiran berdasarkan pelaksanaan kaedah dan pendekatan pengajaran yang dipilih. Tambahan pula, peranan guru yang bukan sahaja untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai tetapi turut mendidik akhlak murid yang pelbagai kelebihan dan kekurangan kearah umat yang mampu mengatasi cabaran Islam pada masa kini. Oleh demikian, kemahiran kerja berkumpulan merupakan salah satu elemen dalam kaedah dan pendekatan pembelajaran yang menjadi peluang untuk menanam nilai – nilai murni,


2 memupuk motivasi diri serta penglibatan murid secara menyeluruh dalam pembelajaran abad ke-21. Disamping itu, peluang ini dapat diperolehi oleh murid sekiranya guru menerapkan kemahiran kerja berkumpulan secara integrasi dan kreatif semasa pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Mendepani cabaran pada masa kini menuntut guru untuk mengamalkan pembelajaran abad ke – 21 (PAK-21) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajran (PdP). Tambahan pula, pembelajaran sewajarnya menuntut perubahan dari semasa ke semasa agar bersesuaian dengan dunia yang semakin berkembang. Penerapan PAK-21 dapat mengasah elemen kreativiti pengajaran guru untuk mengahasilkan bahan pengajaran yang interaktif serta mempengaruhi keterlibatan murid secara aktif dan bermotivasi. Namun, masalah kearifan guru dalam pelaksanaan PdP yang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid ini masih membimbangkan dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Hal ini selaras dengan dapatan kajian Jessica Dora Henry dan Zamri Mahamod (2021), mereka mendapati tahap penerapan amalan 4K pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana dan guru – guru belum menerapkan amalan 4K semaksimum yang mungkin. Tambahan pula, ketidakprihatinan guru terhadap kepentingan mengintegrasikan kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran ini akan menghalang keperluan murid dalam pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Kemudian, Muhammad Sabri et al. (2020) turut menyatakan bahawa aplikasi pengajaran abad ke-21 bukanlah hanya menekankan teknologi semata-mata, namun memberi penekanan juga terhadap elemen utama PAK-21 4K iaitu kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi. Justeru itu, guru dituntut untuk memahami dan menguasai kemahiran –


3 kemahiran abad ke-21 dalam kurikulum dan amalan pengajaran guru dalam PdP agar dapat melaksanakan pembelajaran secara efektif dan membina kualiti peribadi murid. Selain itu, faktor lain kajian ini dijalankan adalah masalah murid pasif iaitu introvert yang memberi kesan negatif kepada mereka sendiri dari aspek akademik dan sosial. Perbezaan personaliti antara murid dapat dilihat daripada tindakan, reaksi, keterlibatan dalam aktiviti kelas dan interaksi sesama mereka. Menurut Mohd Razimi Husin et al. (2019), pelajar yang mempunyai personaliti introvert merupakan individu yang pendiam, pasif, terlampau banyak berfikir dan kurang bertindak serta tindak tanduknya kurang mahu mengambil risiko. Hal ini dapat menjejaskan interaksi sosial dan nilai kerjasama murid dalam menjalankan aktiviti – aktiviti PdP yang melibatkan aktiviti berkumpulan serta pencapaian objektif pembelajaran yang ditetapkan adalah kurang memuaskan. Oleh demikian, peranan guru adalah menguasai kemahiran berkumpulan murid untuk membantu murid introvert menyesuaikan diri dan berkomunikasi dalam pembelajaran koperatif. 1.3 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji pemahaman dan tahap penerapan guru terhadap kemahiran kerja berkumpulan murid bagi pembelajaran subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah sahaja.


4 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN Bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan, pengkaji menyenaraikan empat objektif utama iaitu untuk mengenalpasti : 1.3.1.1 Profil guru Pendidikan Islam daerah Tawau 1.3.1.2 Tahap pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran kerja berkumpulan murid. 1.3.1.3 Tahap penerapan guru terhadap pengaplikasian kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam. 1.3.1.4 Hubungan antara pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran kerja berkumpulan murid dengan penerapannya dalam pembelajaran Pendidikan Islam. 1.3.2 SOALAN KAJIAN Persoalan kajian pula adalah penting bagi membolehkan pengkaji melakukan kajian secara berstruktur dan lebih mendalam lagi, antara persoalan kajian ini adalah : 1.3.2.1 Apakah tahap pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran kerja berkumpulan murid ? 1.3.2.2 Sejauh manakah tahap penerapan guru terhadap pengaplikasian kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam ? 1.3.2.3 Adakah terhadapat hubungan antara pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap penerapan kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam ?


5 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis merupakan ramalan awal yang boleh diuji dan dibina berdasarkan andaian. Antara hipotesis kajian ialah : 1.3.3.1 Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pemahaman kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan umur guru. 1.3.3.2 Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerapan kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan umur guru. 1.3.3.3 Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pemahaman kerja berkumpualan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina guru. 1.3.3.4 Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penerapan kerja berkumpualan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina guru. 1.3.3.5 Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan terhadap pemahaman dengan tahap penerapan kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam. 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Skop kajian ini tertumpu kepada guru – guru sekolah rendah khususnya di daerah Tawau ini. Selain itu, instrumen yang digunakan bagi kajian ini merupakan instrumen soal selidik. Manakala, Batasan bagi kajian ini ialah terhad hanya kepada guru – guru Pendidikan Islam di Zon Balung sahaja. Justeru, instrumen soal selidik digunakan kerana kajian ini terbatas kepada kaedah kuantitatif sahaja.


6 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini memberi kepentingan terhadap tuntutan agama Islam serta memberi impak kepada pihak murid. Kepentingan kajian berkenaan tuntutan agama adalah dimaksudkan dengan Pendidikan Islam sebagai menjadi salah satu usaha berterusan dalam menerapkan ajaran Islam serta membentuk peribadi muslim yang berakhlak mulia. Hal ini amat jelas menurut Mohd Yusri et al. (2022), mereka menyatakan bahawa Pendidikan Islam adalah asas yang sangat penting kepada semua ilmu yang dipelajari kerana ianya berkaitan pembentukan akidah, ibadah, sahsiah dan akhlak yang mantap kepada murid. Selain daripada tuntutan berilmu, Islam sangat menuntut ikatan persaudaraan yang menjadi kewajipan dan tanggungjawab bagi setiap muslim untuk saling tolong – menolong dan berkasih – sayang sesama manusia serta mereka yang memerlukan pertolongan. Justeru itu, aplikasi kerja berkumpulan ini menggalakkan interaksi bersemuka yang positif serta penghayatan nilai berterusan. Disamping itu, kepentingan kajian memberi impak kepada murid ialah memberi peluang untuk mencapai matlamat yang sama dan mengamalkan nilai kerjasama. Hal ini dimana, murid saling bertolak ansur dalam penerimaan pendapat, penyelesaian masalah bersama dan kolaborasi dengan rakan sebaya. Kemudian, motivasi murid meningkat semasa penglibatan murid di dalam bilik darjah dan kemampuan murid diiktiraf. Kemahiran komunikasi turut diambil kira apabila murid mampu mengatasi perbezaan dalam kebebasan bersuara dalam memberi pandangan atau idea. Sekolah merupakan antara institusi penting yang berupaya membantu pembentukan perpaduan kaum melalui proses sosialisasi yang melibatkan pelbagai agen seperti guru dan rakan sebaya (Yong et.al., 2018). Oleh itu, interaksi sosial murid juga berkembang semasa dalam kumpulan dan menggalakkan perkongsian kepelbagaian peribadi yang menarik.


7 1.6 DEFINISI OPERASIONAL 1.6.1 Pemahaman Pemahaman dalam kajian ini merujuk kepada pengetahuan yang difahami oleh guru dari segi konsep dan kepentingan kemahiran yang hendak dikaji dalam pelaksanaannya terhadap pembelajaran khususnya Pendidikan Islam. 1.6.2 Penerapan Penerapan dalam kajian ini merujuk kepada sikap guru menerapkan elemen – elemen di dalam kemahiran kerja berkumpulan murid. Ianya juga merujuk kepada seberapa tahap kemahiran kerja berkumpulan murid ini diterapkan oleh guru sepanjang pembelajaran berlangsung khususnya Pendidikan Islam. 1.6.3 Kemahiran Kemahiran dalam kajian ini merujuk kepada elemen – elemen kerja berkumpulan murid yang sewajarnya diaplikasi dalam pembelajaran murid. Oleh demikian, kemahiran ini merangkumi perbincangan aktif, memberi penghargaan, ciri kepimpinan dan banyak lagi. 1.6.4 Kerja Berkumpulan Murid Kerja berkumpulan murid dalam kajian ini merujuk kepada gerak kerja berpasukan murid sama ada dalam kumpulan kecil atau besar dalam


8 menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah bagi mencapai sesuatu matlamat. 1.6.5 Pembelajaran Pendidikan Islam Pembelajaran Pendidikan Islam dalam kajian merujuk pada proses penerimaan maklumat oleh murid berkaitan ketujuh – tujuh bidang dalam Pendidikan Islam. 1.6.7 Guru Pendidikan Islam Guru Pendidikan Islam dalam kajian merujuk kepada guru yang mengajar Pendidikan Islam sama ada tahap 1 atau 2 di sekolah rendah. 1.7 RUMUSAN Secara kesimpulannya bahagian ini banyak membincangkan perkara – perkara yang menjadi asas kepada kajian yang dijalankan. Antara perkara yang dihuraikan dalam kajian adalah seperti definisi operasional yang menyentuh setiap pemboleh ubah dalam tajuk kajian. Dalam bab ini turut dibincangkan mengenai pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian serta skop dan batasan kajian. Pengkaji membincangkan kepentingan kajian kepada pihak yang terlibat seperti murid dan guru serta berkaitan tuntutan agama Islam. Perkara lain yang menjadi perbincangan dalam bab pengenalan ini adalah pengenalan kepada kajian ini sendiri dan hipotesis kajian.


9 BAB 2 - TINJAUAN LITERATUR Bab ini akan membincangkan dan menjelaskan tentang tajuk yang berkait rapat dengan istilah – istilah yang digunakan oleh pengkaji. Antaranya ialah konsep kemahiran kerja berkumpulan dari aspek pemahaman dan penerapan, kaedah pengajaran Pendidikan Islam dan pembelajaran abad ke – 21. Tambahan pula, bab 2 ini akan membincangkan kajian – kajian lepas yang telah dijalankan yang dapat memberi gambaran terhadap kajian ini. 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Kajian ini mengupaskan tentang pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran kerja berkumpulan dan hubungannya dengan penerapan dalam proses pembelajaran murid. Oleh itu, isi kandungan bagi kajian ini adalah untuk memerhati hubungan antara pemahaman guru Pendidikan Islam terutamanya dalam Daerah Tawau terhadap kemahiran Kerja Berkumpulan dengan tahap penerapannya di dalam proses pembelajaran murid. Tambahan pula, pengkaji dapat meninjau sejauh mana perkaitan yang wujud di antara kajian pengkaji dengan kajian – kajian yang dibincangkan dalam bab ini. 2.2 TEORI / MODEL KAJIAN Bab ini akan membincangkan tentang teori yang berkaitan dengan kajian ini iaitu teori Vygotsky. Teori Vygotsky berkaitan kemahiran kognitif sangat berkait rapat dengan kajian ini. Teori ini diperkenalkan oleh Lev Vygotsky yang menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kanak – kanak. Tambahan pula, teori ini menjelaskan kebanyakan daripada kemahiran kognitif terhasil daripada interaksi sosial. Seperti yang diketahui, kerja berkumpulan merupakan salah


10 satu pembelajaran aktif dan koperatif dalam kalangan murid yang menggalakkan kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah bersama. Teori Vygotsky juga menekankan tentang konsep “Scaffolding” kerana kanak – kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Konsep ini membawa istilah bahawa setiap kanak – kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Oleh demikian, di dalam pembelajaran mengaplikasikan kemahiran kerja berkumpulan ini selain mendapat bantuan guru, rakan sebaya juga mempengaruhi perkembangan pemikiran murid. Hal ini disebabkan pergaulan atau interaksi bermakna membolehkan perkongsian maklumat berlaku dimana murid dan murid lain akan berbincang serta mengeluarkan pendapat masing – masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan. Selain itu, konsep bantu merupakan satu interaksi pengalaman berkesan seperti sekumpulan murid membincangkan isu akidah Islam memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti sehingga mencapai satu keputusan. Jelasnya, kefahaman guru mengenai kemahiran kerja berkumpulan murid amat diperlukan sebagai bantuan dalam pelaksanaan pembelajaran aktif ini. Kefahaman ini merangsang kesediaan guru menyediakan rancangan pengajaran serta bahan pembelajaran interaktif yang menggalakkan murid – murid mengaplikasikan kemahiran, pengetahuan dan nilai sesama murid. Tambahan pula, penerapannya dalam Pendidikan Islam akan meningkatkan keupayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan sokongan idea serta motivasi dalam kalangan murid. Elemen kemahiran kerja berkumpulan murid adalah penting dalam pengajaran guru Pendidikan Islam untuk mengetengahkan pembelajaran kendiri.


11 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Bahagian ini akan membincangkan secara ringkas sorotan kajian yang meliputi aspek – aspek utama dalam kajian dilaksanakan seperti keberkesanan kemahiran kerja berkumpulan dalam penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kemahiran kerja berkumpulan murid merupakan satu kaedah pembelajaran aktif yang mampu mencapai kemenjadian murid dan usaha menumpukan pembelajaran berpusatkan murid. Hal ini bertepatan dengan kajian Zaharah Hussin et al. (2022), mereka mendapati bahawa aktiviti berkumpulan akan dapat dijalankan dengan baik apabila murid mempunyai sikap kerjasama dan perlu melantik ketua kumpulan. Pelantikan ketua kumpulan diakui mempunyai tiga kelebihan, iaitu membantu guru melaksanakan aktiviti seperti ketua kumpulan boleh diberi tugas dan tanggungjawab untuk membantu ahli kumpulan mereka. Antara aktivitinya ialah menyemak dan menilai bacaan al-Quran bagi ahli kumpulan masing – masing dan memberi idea dalam penyelesaian seseuatu masalah. Jelasnya, selain gerak kerja kumpulan dapat meringankan tugas guru, ketua kumpulan membantu guru dalam urusan kawalan murid dengan mengurus ahli kumpulan masing-masing. Tambahan pula, sifat sosial yang baik akan dapat dipupuk dengan adanya kerjasama dalam kumpulan (Mohd Asnorhisham et al., 2017). Perkara ini disebabkan variasi kemahiran yang dimiliki oleh murid – murid membolehkan untuk merancang dan mengagihkan tugas dalam kerja kumpulan. Disamping itu, hal ini bertepatan dengan persepakatan antara ahli kumpulan juga akan memudahkan kerjasama untuk mencari jawapan atau penyelesaian bagi sesuatu masalah (Abdull Sukor Shaari et al., 2017).


12 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Merujuk Rajah 1, dapatlah diketahui bahawa pengkaji ingin mengkaji tentang hubungan antara pembolehubah tidak bersandar iaitu pemahaman guru Pendidikan Islam berkaitan kemahiran kerja berkumpulan terhadap penerapannya dalam pembelajaran Pendidikan Islam. 2.5 RUMUSAN Berdasarkan sorotan literatur yang telah dinyatakan di atas, jelaslah bahawa kemahiran kerja berkumpulan ini adalah sangat penting untuk difahami oleh guru agar boleh diterapkan dalam pembelajaran murid bagi menghasilkan pembelajaran aktif dan menarik khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, penerapan kemahiran ini dalam proses ini juga penting bagi memastikan murid – murid mampu mencapai kejayaan optimum. Pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran kerja berkumpulan murid Penerapan kemahiran kerja kumpulan dalam pembelajaran Pendidikan Islam


13 BAB 3 - METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data yang tepat bagi menjawab soalan kajian ini. Perkara yang terdapat di dalam bab ini ialah reka bentuk kajia, persampelan, instrumen yang digunakan kajian rintis yang telah dilaksanakan serta prosedurpengumpulan dan penganalisan data. Oleh itu, beberapa pendekatan tertentu yang bersesuaian telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat seberapa banyak yang mungkin untuk mendapatkan hasil dapatan kajian yang bertepatan bagi menjawab persoalan kajian. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian adalah bahagian penting dalam sesuatu kajian yang memerlukan perancangan secara teliti dan bersesuaian dengan tujuan kajian yang telah dibincangkan. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan mengumpul data. Kaedah kuantitatif dipilih atas rasional beberapa sebab tertentu iaitu : 1) Penglibatan responden yang ramai 2) Data berbentuk numerikal 3) Penilaian yang lebih objektif serta tidak bias Statistik yang digunakan berbentuk deskriptif, ujian-t dan kolerasi Pearson yang menkaji profil guru Pendidikan Islam sekolah rendah daerah Tawau dan pemahaman berkaitan kemahiran kerja berkumpulan murid dengan tahap penerapan kemahiran kerja berkumpulan murid bagi pembelajaran Pendidikan Islam. Oleh demikian, untuk memperoleh malklumat pihak yang terlibat, soal selidik diedarkan.


14 3.3 PERSAMPELAN Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada beberapa orang responden daripada guru Pendidikan Islam di Zon Balung Daerah Tawau. Persampelan kajian ini adalah berdasarkan kaedah rawak berlapis iaitu jumlah keseluruhan guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Zon Balung berkenaan sebagai saiz sampel. Lapisan pertama adalah pecahan saiz sampel tersebut kepada jantina iaitu lelaki dan Perempuan. Lapisan kedua ialah umur guru mengikut beberapa pecahan dari umur 23 tahun sehingga 60 tahun. Kemudian, sebanyak 28 item soal selidik telah disediakan untuk dijawab oleh sampel kajian. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji telah menggunakan satu set borang soal selidik (rujuk Lampiran A) bagi mengumpul data terhadap kesemua responden di daerah Tawau khususnya zon Balung. Satu set soal selidik yang mengandungi 2 soalan profil responden. Kemudian, 26 soalan maklum balas berkaitan pemahaman guru Pendidikan Islam mengenai kemahiran kerja berkumpulan murid dan tahap penerapan kemahiran kerja berkumpulan dalam pembelajaran Pendidikan Islam yang akan dikemukakan kepada responden iaitu guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Tawau khususnya zon Balung. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian, iaialtu bahagian A berkisarkan tentang aspek demografi responden iaitu jantina dan umur, bahagian B pula berkisarkan tentang pemahaman guru Pendidikan Islam berkaitan kemahiran kerja berkumpulan murid dan bahagian C yang merangkumi penerapan kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam.


15 3.4.1 KESAHAN Kesemua pakar yang dilantik terdiri daripada individu yang terlibat secara terus dalam bidang kajian yang dijalankan atau pekerjaan secara dalam lingkungan tersebut (Zawawi & Aminah, 2018). Kesahan ini terbahagi kepada dua iaitu kesahan muka dan kesahan kandungan. Kesahan muka ini telah disahkan oleh seorang pakar yang melihat pada struktur teknikal. Manakala, kesahan kandungan pula telah disahkan oleh pakar konteks matapelajaran Pendidikan Islam itu sendiri. Justeru, hal ini sangat penting bagi mendapatkan kesahan alat instrumen sebelum diedarkan oleh responden. 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan merupakan alat untuk mengukur item soalan dan menguji ketekalan instrumen dengan menggunakan Alpha Cronbach. Menurut Nor Artika dan Moi (2023), menyatakan bahawa hasil daripada analisis kebolehpercayaan dapat membantu penyelidik dalam memastikan bahawa soal selidik yang ditadbir dapat menjawab persoalan kajian dan dilaksanakan secara efektif dalam kajian sebenar. Kebolehpercayaan bagi setiap item itu akan diperoleh setelah kajian rintis dijalankan. 3.5 KAJIAN RINTIS Pengkaji telah melakukan kajian rintis terhadap 30 orang guru Pendidikan Islam di sekitar daerah Tawau. Kajian rintis ini dijalankan untuk menguji tahap kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan dalam kajian sebenar. Sebanyak 3 bahagian yang mempunyai 28 item soal selidik telah dijawab oleh 30 orang responden yang ditadbir menggunakan Google Form yang mana ianya memudahkan soalan – soalan tersebut dijawab oleh responden tidak


16 mengira tempat dan masa. Kebolehpercayaan bagi setiap item soal selidik tersebut diketahui dengan memperoleh nilai Cronbach Alpha secara keseluruhan serta nilai bagi setiap item. Hujah yang dinyatakan oleh Hair, Babin, Money dan Samouel (2003), interpretasi nilai Cronbach Alpha boleh dinilai melalui pengelasan dalam jadual 1. Jadual 1 Interprestasi Pekali Alpha Cronbach Julat Pekali Alpha Cronbach < 0.6 Lemah < 0.6 hingga < 0.7 Sederhana < 0.7 hingga < 0.8 Baik < 0.8 hingga < 0.9 Sangat Baik 0.9 Cemerlang Berdasarkan Jadual 2 dapatan nilai keseluruhan Cronbach Alpha yang diperoleh hasil daripada kajian rintis yang dijalankan ialah 0.913 yang mana ianya ialah cemerlang. Hal ini menunjukkan bahawa setiap item dalam kajian melepasi tahap kebolehpercayaan. Jadual 2 Analisis Kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha Nilai Kebolehpercayaan (Cronbach’s Alpha) bagi Konstruk Bahagian B, Bahagian C dan Keseluruhan Konstruk Bilangan Item (N) Cronbach’s Alpha Bahagian B 8 0.611 Bahagian C 18 0.914


17 Keseluruhan 26 0.913 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Dalam konteks kajian ini, pengkaji mengumpulkan data menggunakan borang soal selidik. 3.6.1 Soal Selidik Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah diambil berdasarkan dapatan kajian lalu iaitu kajian Noranizah binti Saineh (2019) serta telah diubahsuai oleh pengkaji mengikut konteks keperluan kajian. Borang soal selidik ini telah diberikan kepada guru – guru Pendidikan Islan yang terdiri daripada zon Balung untuk kajian sebenar. Borang soal selidik ini akan mengukur kefahaman guru Pendidikan Islam berkaitan kemahiran kerja berkumpulan murid terhadap penerapannya dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Skala likert digunakan bagi setiap soalan dalam kedua bahagian soal selidik ini. Borang ini juga telah diedarkan secara dalam talian kepada responden. 3.7 PROSEDUR PENGANALISAN DATA Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan statistik deskrpitif seperti min, peratus, sisihan piawai dan kekerapan. Penggunaan statistik deskriptif ini adalah untuk menghuraikan secara keseluruhan tentang kefahaman guru Pendidikan Islam berkaitan kemahiran kerja berkumpulan murid dan tahap penerapannya dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, pengkaji pengkaji menggunakan statistik inferensi iaitu kolerasi untuk mengkaji hubungan yang terdapat di antara pemahaman guru Pendidikan Islam berkaitan kemahiran kerja berkumpulan murid dengan penerapannya dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Seterusnya, pengkaji juga menggunakan statistik inferensi iaitu ujian-t untuk mengetahui perbezaan pemahaman dan penerapan kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran


18 Pendidikan Islam berdasarkan jantina dan umur responden. Data – data yang telah dikumpulkan akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) windows (version 27.0). 3.8 RUMUSAN Berdasarkan metodologi yang telah dinyatakan di atas, maka jelaslah bahawa kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan mengumpul data. Borang soal selidik merupakan bentuk instrumen yang ditadbir dan diberikan kepada kesemua sampel terlibat. Sampel bagi kajian ini pula ialah guru Pendidikan Islam di Zon Balung Daerah Tawau yang ditentukan secara rawak. Selain itu, kajian rintis yang telah dijalankan juga menunjukkan kebolehpercayaan bagi setiap item dalam soal selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji. Item – item di dalam borang soal selidik juga telah disemak oleh beberapa orang panel yang telah dilantik bagi menentukan kesahan bagi setiap item yang dibina.


19 RUJUKAN Abdull, S., Mohd, I. G., Nurahimah, M. Y. & Mohd, I. A. (2017). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar semasa praktikum. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). 599 – 608. http://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.531 Abdullah, H. S., Noor, M. M. K. & Zaharah, H. (2022). Elemen Kolaborasi Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Heutagogi. Jurnal Dunia Pendidikan, 4 (1). 372 – 386. file:///C:/Users/Asus/Desktop/IPGKT/PISMP%20JUN%202021%20(Degree)/3 rd%20Year/Sem%202%20(y3)/PIMK3143%20Penyelidikan%20dalam%20Pe ndidikan/Elemen%20Kolaborasi%20Dalam%20Pengajaran%20Guru%20Pen didikan%20Islam%20Melalui%20Pendekatan%20Heutagogi.pdf Hair, J. F., Babin, B., Money, A. H., & Samouel, P. (2003). Essential of businessresearchmethods. NY: Wiley. Ku, M. A. K. M. S., Jamilah, M. N., Norliza, M. N. & Mohd, Y. Y. (2022). Pedagogi (PdPc) Kontemporari Pendidikan Islam. Pustaka Al – Ehsan. Mohd, A. A. & Abdul, R. H. (2017). Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 7 (1). 66 – 73. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/134


20 Mohd, R. H., Nur, H. H., Nuratikah, J., Slanjat, E. M., Siti, W. H., Leonard, V. S., ... & Edwin, S. (2019). Pelajar Introvert di Sekolah. Journal of Humanities and Social Sciences (JHASS), 1(1), 1 – 14. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0101.99 Jessica, D. H. & Zamri, M. (2021). Penerapan Amalan Kreativiti, Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi (4C) Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (1). 239 – 248. file:///C:/Users/Asus/Downloads/document%20(5).pdf Mohamad, K. H. O. (2016). Pembentukan Akhlak Pelajar Menerusi Aplikasi Teknik-Teknik Penerapan Nilai dalam Pengajaran. THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION, 4 (1). 58 – 70. https://ijie.um.edu.my/index.php/O-JIE/article/view/5248 Muhammad, S. S., Nurulhuda, O. & Ilyani, S. M. (2020). Aplikasi ‘Konsep 4c’ Pembelajaran Abad ke-21 dalam Kalangan Guru Pelajar Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah UIAM. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 2 (1). 12 – 22. https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i1.33 Noraini, O., Mohd, A. C. N. & Mohd, I. H. (2017). Kepelbagaian Elemen BUdaya dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Isu dan Kepentingan. THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION, 3 (1). 1 – 11. https://jummec.um.edu.my/index.php/O-JIE/article/view/5282 Yong H. H., Ku H. K. S., Zatul H A., Mohd D A. & Adlina A H. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum


21 di Sekolah. Akademika 88(2), 95 – 108. https://doi.org/10.17576/akad-2018- 8802-07 Zawawi, A. & Nik, A. I. (2018). Kesahan Kandungan Pakar Instrumen IKBAR bagi Pengukuran AQ Menggunakan Nisbah Kesahan Kandungan. In International Conference on Global Education, 856 – 863. https://www.researchgate.net/profile/Mohd-Effendi-Ewan-Mohd-Matore2/publication/316741135_Kesahan_Kandungan_Pakar_Instrumen_IKBAR_B agi_Pengukuran_AQ_Menggunakan_Nisbah_Kesahan_Kandungan/links/591 07627458515bbcb48bf56/Kesahan-Kandungan-Pakar-Instrumen-IKBARBagi-Pengukuran-AQ-Menggunakan-Nisbah-Kesahan-Kandungan.pdf


22 LAMPIRAN A


23


24


25


26


27


28


29


30 LAMPIRAN B INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK PEMAHAMAN TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN KERJA BERKUMPULAN MURID BAGI PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GURU PENIDIDKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DAERAH TAWAU Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti Pemahaman dan Penerapan Kemahiran Kerja Berkumpulan Murid bagi Pembelajaran Pendidikan Islam dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Tawau. Kerjasama menjawab soal selidik secara jujur dan ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Maklumat berguna untuk penambahbaikan dimasa hadapan. Semua maklumat yang anda berikan adalah sulit. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi mengenalpasti; 1. Profil guru Pendidikan Islam daerah Tawau 2. Tahap pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran kerja berkumpulan murid. 3. Tahap penerapan guru terhadap pengaplikasian kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam. 4. Hubungan antara pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran kerja berkumpulan murid dengan penerapannya dalam pembelajaran Pendidikan Islam. PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap kemahiran kerja berkumpulan murid ? 2. Sejauh manakah tahap penerapan guru terhadap pengaplikasian kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam ? 3. Adakah terhadapat hubungan antara pemahaman guru Pendidikan Islam terhadap penerapan kemahiran kerja berkumpulan murid dalam pembelajaran Pendidikan Islam ? BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN


31 Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan 1) JANTINA Lelaki Perempuan 2) UMUR 23 – 30 31 – 40 41 – 50 51 – 60 BAHAGIAN B : PEMAHAMAN GURU BERKAITAN KEMAHIRAN KERJA BERKUMPULAN MURID DALAM PROSES PEMBELAJARAN 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Setuju 3 : Tidak Pasti 4 : Setuju 5 : Sangat Setuju Arahan : Tandakan (√) pada ruangan jawapan yang dipilih BIL. PERKARA 1 2 3 4 5 1. Saya berpendapat bahawa pembelajaran menggunakan kemahiran kerja berkumpulan dapat mengukuhkan komunikasi murid 2. Saya berpendapat bahawa kebanyakan persoalan yang ditimbulkan dalam kelas boleh dijawab semasa kerja berkumpulan murid 3. Saya berpendapat bahawa pengajaran menggunakan kaedah berpusatkan guru lebih berkesan 4. Saya berpendapat bahawa kerja berkumpulan murid sangat sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam 5. Saya berpendapat bahawa guru berperanan penting sebagai fasilitator di dalam kelas 6. Saya berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang dikongsi antara murid dan murid lain 7. Saya berpendapat bahawa pembelajaran secara aktif perlu diberikan oleh murid


32 8. Saya berpendapat bahawa saya telah mendapat pendedahan yang cukup tentang kemahiran kerja berkumpulan murid BAHAGIAN C : PENERAPAN KEMAHIRAN KERJA BERKUMPULAN MURID DALAM PROSES PEMBELAJARAN 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Setuju 3 : Tidak Pasti 4 : Setuju 5 : Sangat Setuju Arahan : Tandakan (√) pada ruangan jawapan yang dipilih BIL. PERKARA 1 2 3 4 5 9. Saya menerapkan kemahiran kerja berkumpulan untuk membina ilmu pengetahuan pelajar 10 Saya menerapkan kemahiran kerja berkumpulan untuk menilai idea pelajar 11. Saya menggunakan teknik penyediaan tugasan Pendidikan Islam berdasarkan minat pelajar 12 Saya menerapkan persekitaran pembelajaran yang aktif semasa kerja berkumpulan murid 13 Saya menggunakan peluang yang ada agar kumpulan murid boleh menyumbang idea 14. Saya menerapkan aktiviti secara berkumpulan semasa proses pembelajaran dan pengajaran setiap bidang Pendidikan Islam 15. Saya menerapkan perbincangan yang aktif dalam kalangan pelajar untuk menyelesaikan masalah 16. Saya menerapkan teknik memberi penghargaan kepada setiap pelajar yang memberi pendapat 17. Saya menerapkan teknik penglibatan seluruh kelas dalam membincangkan idea pelajar yang menarik 18. Saya menerapkan ciri kepimpinan ketua kumpulan semasa dalam kumpulan murid masing - masing 19. Saya menerapkan teknik penggalakkan kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas secara kerjasama 20. Saya menerapkan teknik membentang tugasan sacara berkumpulan di hadapan kelas 21. Saya menerapkan teknik kumpulan yang kecil ketika proses tasmik Al – Quran berlangsung


33 22. Saya menerapkan kaedah komunikasi yang berkesan kepada pelajar 23. Saya menerapkan kaedah berkongsi bahan pembelajaran sesama pelajar dalam kumpulan mereka 24. Saya menerapkan kaedah teknik bertolak ansur dalam kumpulan murid semasa aktiviti pembelajaran mereka 25. Saya menggunakan ruangan bilik darjah untuk menyimpan buku, surat khabar, nota pembelajaran bagi memudahkan pencarian maklumat oleh murid 26. Saya menerapkan teknik perkongsian maklumat antara diri sendiri dengan murid INTERPRESTASI SKOR MIN Nilai Interprestasi 1.00 – 2.00 TinggiRendah 2.00 – 3.00 Sederhana 3.00 – 4.00 Tinggi 4.00 – 5.00 Sangat Tinggi Sumber: Analisis skor min oleh Jamil Ahmad (1993) INTERPRESTASI PEKALI KORELASI Pearson r Nilai Interprestasi 0.50 – 1.00 Tinggi 0.30 – 0.49 Sederhana 0.10 – 0.29 Rendah Sumber: Analisis pekali korelasi oleh Cohen (1998) INTERPRESTASI KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY) Nilai Interprestasi 0.80 – 1.00 Sangat Tinggi 0.60 – 0.79 Tinggi 0.40 – 0.59 Sederhana 0.20 – 0.39 Rendah 0.00 – 0.19 Tidak ada hubungan Sumber: Analisis pekali Cronbach Alpha


ANALISA DATA BERBANTUKAN BIL S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 1. 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 2. 5 5 2 5 5 5 5 4 5 5 4 5 5 3. 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4. 2 4 3 3 5 2 5 2 4 2 3 3 5 5. 5 4 3 4 5 4 4 5 4 5 5 5 4 6. 3 4 4 4 5 3 4 3 4 5 3 5 4 7. 5 5 1 5 5 5 5 3 5 5 5 5 5 8. 5 5 2 5 5 4 4 3 4 4 4 4 5 9. 5 5 5 5 5 5 5 5 4 4 3 5 5 10. 4 4 3 5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 11. 5 5 3 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 12. 5 5 5 5 5 4 5 4 4 4 2 5 5 13. 5 5 2 5 5 4 5 4 5 4 4 5 5 14. 5 5 5 5 5 4 5 4 4 5 5 5 5 15. 5 4 3 5 4 5 5 5 5 5 5 5 5 16. 5 4 3 4 4 5 5 5 4 3 3 5 4 17. 5 5 4 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 18. 4 4 3 5 5 4 5 4 4 4 5 4 4 19. 5 1 5 5 5 5 1 4 5 5 5 5 4 20. 4 2 5 3 4 2 4 3 2 2 4 3 3 21. 4 3 5 2 5 5 5 3 2 2 4 3 4 22. 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 23. 3 3 3 4 3 5 3 4 3 4 3 5 5 24. 4 2 1 4 5 5 5 5 5 2 5 5 4 25. 3 3 4 4 4 4 4 3 4 4 4 4 4 26. 4 4 3 3 4 3 4 4 4 4 5 5 4 27. 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 28. 5 4 1 5 5 5 5 1 2 2 5 5 5 29. 5 5 4 5 5 5 5 1 5 5 5 5 5 30. 5 5 4 4 5 4 5 4 4 5 5 3 4


KOMPUTER (IBM SPSS Versi 27.0) S14 S15 S16 S17 S18 S19 S20 S21 S22 S23 S24 S25 S26 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 1 4 4 3 4 2 4 1 1 4 5 3 4 5 5 5 4 5 4 5 5 4 2 5 3 4 5 3 3 5 4 3 4 3 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 2 5 4 4 5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 5 5 4 3 5 5 5 5 5 4 5 5 4 4 4 4 4 4 5 4 4 4 4 3 3 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 3 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 3 5 5 4 3 4 5 5 5 5 5 5 5 5 4 4 5 5 5 4 5 5 5 4 5 5 5 5 3 5 4 5 4 4 4 4 3 3 3 4 4 4 5 3 3 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 5 4 5 5 4 5 5 5 4 3 4 4 4 5 4 3 5 5 5 5 4 5 4 5 5 4 5 1 5 3 3 3 4 3 4 2 2 4 4 4 2 4 2 5 3 4 2 3 2 2 4 3 3 2 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 4 4 4 4 4 4 4 5 4 5 3 3 5 4 3 4 5 2 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 2 5 3 3 4 5 3 4 5 3 4 5 5 4 5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 2 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 1 5 4 4 4 4 4 3 4 4 4 4 4 4 4


LAMPIRAN C


LAMPIRAN D


1


2


3 LAMPIRAN E


Click to View FlipBook Version