Tutorial Minggu 2
Soalan Tugasan
Berdasarkan standard kandungan
dan standard pembelajaran aspek
seni bahasa, rancang dan laksanakan
aktiviti nyanyian yang menarik.
Tema Kemasyarakatan
Standard Kandungan 4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa
dalam bahan sastera
Standard Pembelajaran 4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi
peribahasa dan bahasa yang santun
Objektif 1.Membaca petikan cerita dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan tepat.
2.Menyenaraikan peribahasa dan menyatakan maksud
peribahasa yang terdapat dalam petikan.
Kriteria Kejayaan 1. Menyebut setiap patah perkataan dalam petikan cerita
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan tepat.
2. Murid dapat menyenaraikan 5 daripada 9 peribahasa dan
memberi maksud peribahasa yang terdapat dalam petikan
dengan betul.
Prapengajaran 1. Guru memilih dan menentukan bahan daripada buku
teks Tahun 5 iaitu petikan Susah Senang Kita Bersama.
2. Guru merancang strategi pengajaran iaitu:
i. Guru menyediakan bahan rangsangan iaitu slaid
bergambar menunjukkan situasi kemasyarakatan
ii. Murid dan guru bersoal jawab tentang situasi yang
ditunjukkan dalam kad bergambar / slaid
iii. Contoh soalan (pernahkah menyertai program
kemasyarakatan seperti gotong-royong?)
iv. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pembelajaran.
Pengajaran 1. Mengkreativitikan aktiviti
i. Guru membimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog
yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun
dengan betul.
ii. Guru mengaitkan petikan teks dengan tema pembelajaran
(berkaitan dengan kemasyarakatan)
iii. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan topik
utama yang terdapat dalam petikan teks (bertanya
pengetahuan umum murid berkaitan dengan definisi
peribahasa.
iv. Guru menjelaskan definisi peribahasa secara umum.
v. Guru meminta murid menyenaraikan peribahasa-
peribahasa yang terdapat dalam petikan teks dengan
bantuan guru.
vi. Guru menjelaskan maksud setiap peribahasa yang
disenaraikan.
Pengajaran 2. Mengoptimumkan sumber
Guru menayangkan gambar kemasyarakatan yang lain seperti
(murid-murid bekerjasama membersihkan bilik darjah)
Guru membentuk kumpulan untuk menyenaraikan
peribahasa-peribahasa yang boleh dibentuk berdasarkan
situasi yang ditunjukkan dalam gambar tersebut.
3. Menilai kejayaan
i. Murid dapat mengaplikasikan peribahasa yang dinyatakan
dan membina ayat mengikut konteks yang betul dalam
kumpulan masing-masing.
4. Mengrefleksi pengajaran
i. Murid dapat menyenaraikan semula dan menyebut semula
maksud peribahasa.
Pascapengajaran 1. Mengrefkleksi keseluruhan pengajaran
i. Murid dibimbing membuat rumusan
pelajaran.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang kefahaman mereka mengenai isi
pelajaran.
Sekian.
Terima Kasih