MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
PINGPONG DUNGUN KALI KE-18
TAHUN 2022
Tarikh:
31 DISEMBER 2022
Tempat:
BILIK SEMINAR ULPL, PSMZA
AA ATURCARA MAJLIS
8.30 pagi - Pendaftaran
9.00 pagi - Ketibaan VIP dan Dif-Dif Jemputan
9.30 pagi - Bacaan Doa
- Ucapan Aluan oleh Tuan Haji Mohd Nor
bin Jusoh. Pengerusi Persatuan Pingpong
Dungun
- Ucapan Perasmian oleh En. Fairul Hisyam
bin Mat. Ketua Penolong Pegawai Daerah
Dungun.
- Penyampaian Cenderahati kepada VIP
dan Dif-Dif Jemputan
- Mesyuarat Agung Persatuan Pingpong
Dungun Kali ke-18 Tahun 2022
- Cabutan Bertuah
12.00 tghari - Jamuan dan Majlis bersurai
SEKALUNG PENGHARGAAN:
Encik Fairul Hisyam bin Mat
Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun
Encik Robby Abd Ghani
Penolong Pegawai Pembangunan (Belia,Sukan dan NGO)
Pejabat Daerah Dungun
Setiausaha Kerja Majlis Sukan Daerah Dungun
Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun
Puan Noraini binti Mustapa
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN PINGPONG
DUNGUN KALI KE-18
TAHUN 2022
DIRASMIKAN OLEH:
ENCIK FAIRUL HISYAM BIN MAT
Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
BIL NAMA JAWATAN
1 YB TUAN HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK PENASIHAT
PENGERUSI
2 HAJI MOHD NOR BIN JUSOH TIMBALAN PENGERUSI
SETIAUSAHA
3 HAJI AB. RAHMAN B. MOHAMAD PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
4 MOHD FADRUL RIZAL BIN AB RAHIM
PENOLONG BENDAHARI
5 AHMAD AIZAYUDDIN B. ABDULLAH AJK
AJK
6 MOHD IZWAN B. MOHAMMED SHAHID AJK
AJK
7 WAN IZZULHILMI BIN CHE WAN NOR AJK
AZIZI AJK
AJK
8 ARMAN BIN ARIFFIN
PEMERIKSA KIRA-KIRA
9 ABD. KADIR BIN A. RAHMAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
10 AHMAD TARMIZI BIN ABDULLAH
11 MOHD ISWADY BIN AHMAD
12 AHMAD LUKMAN BIN MOHAMAD
13 MOHAMAD HILMI BIN IBRAHIM
14 WAN SHAHRIL HAZWAN B. WAN RAMLAN
15 KHAIRUDIN BIN MOHD THANI
16 MOHD AFFIQ B MOHD ALI
ATURCARA MAJLIS
8.30 pagi - Pendaftaran
9.00 pagi - Ketibaan VIP dan Dif-Dif Jemputan
9.30 pagi - Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan oleh Tuan Pengerusi
Persatuan
- Ucapan Perasmian oleh Encik Fairul
Hisyam bin Mat. Ketua Penolong Pegawai
Daerah Dungun
- Penyampaian Cenderahati kepada VIP dan
Dif-Dif Jemputan
- Mesyuarat Agung Persatuan Pingpong
Dungun Kali ke-18 Tahun 2022
- Cabutan Bertuah
12.00 tghari - Jamuan dan Majlis bersurai
PERSATUAN PINGPONG DUNGUN Pengerusi : 019-9884331
Setiausaha : 012-9660287
152A & 152B, JALAN SULAIMAN,TANAH LOT,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN
___________________________________________________________________
No. Rujukan : PPPD.01/22/02
Tarikh : 01 Disember 2022
SEMUA AHLI BERDAFTAR
Persatuan Pingpong Dungun
DUNGUN.
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PINGPONG DUNGUN KALI KE-18 TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pingpong Dungun tahun
2021 akan diadakan pada hari Sabtu, 31 Disember 2022 jam 8.30 pagi di Bilik Seminar ULPL
PSMZA. Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut:
i. Ucapan Aluan Tuan Pengerusi Persatuan
ii. Mengesahkan Minit Mesyuarat Tahunan tahun 2021
iii. Pengesahan Laporan Aktiviti Persatuan Tahun 2021
iv. Pengesahan Laporan Kewangan Persatuan Tahun 2021
v. Perancangan dan Perlaksanaan Aktiviti Tahunan Persatuan bagi Tahun 2022
vi. Menimbangkan Usul-usul yang dikemukan
vii. Hal-hal berbangkit
viii. Hal-hal lain
3. Usul-usul yang dicadangkan boleh dimajukan terus kepada Setiausaha Persatuan Pingpong
Dungun (En. Mohd Fadrul Rizal bin Ab Rahim) sebelum atau pada 29 Disember 2022.
Sekian, Terima kasih.
“KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN”
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHD FADRUL RIZAL BIN AB RAHIM)
Setiausaha
Persatuan Pingpong Dungun
s.k. > Pengerusi
Persatuan Pingpong Dungun
DUNGUN.
PERSATUAN PINGPONG DUNGUN Pengerusi : 019-9884331
Setiausaha : 012-9660287
152A & 152B, JALAN SULAIMAN,
TANAH LOT,
23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN
________________________________________________________________________________________
No. Rujukan : PPPD.02/22/01
Tarikh : 01 Disember 2022
SEMUA AHLI BERDAFTAR
(Rujuk Lampiran)
Persatuan Pingpong Dungun
DUNGUN.
Tuan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PINGPONG DUNGUN KALI KE-18 TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pingpong Dungun kali ke-18 tahun 2022
akan diadakan seperti butiran berikut;
TARIKH : 31 Disember 2022 (Sabtu)
MASA : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
TEMPAT : Bilik Seminar ULPL, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
3. Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut. Makan minum
akan disediakan oleh pihak persatuan dan cabutan bertuah akan diadakan pada hari tersebut.
4. Segala sokongan, kerjasama dan keprihatinan tuan-tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN”
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHD FADRUL RIZAL BIN AB RAHIM)
Setiausaha
Persatuan Pingpong Dungun
s.k. > Pengerusi
Persatuan Pingpong Dungun
DUNGUN.
Lampiran
SENARAI AHLI BERDAFTAR:
BIL NAMA
1 HAJI MOHD NOR BIN JUSOH
2 HAJI AB. RAHMAN B. MOHAMAD
3 MOHD ISWADY BIN AHMAD
4 MOHD FADRUL RIZAL BIN AB RAHIM
5 ABD. KADIR BIN A. RAHMAN
6 MOHD SABRI BIN JUSOFF
7 AHMAD TARMIZI BIN ABDULLAH
8 ARMAN BIN ARIFFIN
9 MOHD IZWAN B. MOHAMMED SHAHID
10 MOHD HAZLIN B. ABDULLAH
11 MOHD NAJMI ARIFF B. MOHD DIN
12 AHMAD KHAIRUL ANAM B. AB. RAHMAN
13 MOHAMAD HILMI BIN IBRAHIM
14 RAMLEE B. MOHAMAD
15 AHMAD AIZAYUDDIN B. ABDULLAH
16 WAN IZZULHILMI BIN CHE WAN NOR AZIZI
17 WAN SHAHRIL HAZWAN B. WAN RAMLAN
18 MOHD AFFIQ B MOHD ALI
19 MOHD HAFIZ BIN MOHD MAZLAN
20 KHAIRUDIN BIN MOHD THANI
21 AHMAD LUKMAN BIN MOHAMAD
22 CHE AHMAD TARMIZI BIN CHE TAWANG
23 MUHAMMAD ADHAM BIN MOHD SABRI
24 AHMAD SIRAJUDDIN FADHILAT B. ALIAS
25 AYUB BIN ISMAIL
26 WALID BIN HAMZAH
27 MOHAMMAD AFIZI BIN ABD AZIZ
28 TAN KOK LEY
AAAGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan Tuan Pengerusi Persatuan
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan yang lalu.
3. Pembentangan dan Pengesahan Laporan
Penyata Kewangan Persatuan bagi Tahun
2021.
4. Pembentangan dan Pengesahan laporan
Aktiviti Persatuan bagi Tahun 2021.
5. Pembentangan Perancangan Aktiviti
Persatuan bagi Tahun 2022.
6. Menimbang Usul-usul yang dikemukakan.
7. Hal-hal Berbangkit.
8. Hal-hal lain.
LAPORAN
PERSATUAN PING
TAHUN
BIL. SENARAI AKTIVITI TARIKH
1. Penganjuran Kejohanan Pingpong Berpasukan Tertutup 30/10/20
27/11/20
Terengganu dan Jemputan 2021
15/10/20
2. Penganjuran Kejohanan Pingpong individu tertutup 05/03/20
dungun.
Anjuran Bersama Kelab Belia Sahabat Sejahtera Dungun
(KBSSD)
3. Penyertaan Kejohanan Pingpong berpasukan Tertutup
Durian Mas
4. Gotong royong mengecat kawasan laluan dalam Dewan
Persatuan Pingpong Dungun
5. Gotong royong membasuh lantai dewan dan membersih 08/10/20
kawasan sekitar dewan.
6. Gotong royong mengecat dinding Dewan Persatuan 19/10/20
Pingpong Dungun.
Disediakan Oleh:
______________________________
(MOHD FADRUL RIZAL BIN AB RAHIM)
Setiausaha
Persatuan Pingpong Dungun
N AKTIVITI
GPONG DUNGUN
N: 2021
H PENGLIBATAN BAJET PENCAPAIAN
021 32 Pasukan RM 1000.00 Berjaya diuruskan. Perbelanjaan
daripada dana persatuan dan
sponsor individu
021 32 orang RM 850.00 Berjaya diuruskan. Perbelanjaan
daripada KBSSD
021 24 Penyertaan tiada Johan, naib johan dan ketiga
bersama
021 20 orang RM 600.00 Pembelanjaan Pembelian Cat epoxy
warna light blue 2 tin x 5 Liter,
peralatan mengecat,
makan minum peserta dan upah
mesin rumput semasa aktiviti gotong
royong.
021 20 orang RM 150.00 Perbelanjaan makan minum peserta
dan upah mesin rumput semasa
aktiviti gotong royong.
021 20 orang RM 600.00 Pembelanjaan Pembelian Cat
Dinding warna Dark Green 30 Liter,
peralatan mengecat, dan
makan minum peserta semasa
aktiviti gotong royong.
Disahkan Oleh:
___________________________
(TUAN HAJI MOHD NOR BIN JUSOH)
Pengerusi
Persatuan Pingpong Dungun
PERANCANGAN AKTIV
BELANJA MENGURUS PERSA
TAHUN
BIL. TEMPOH SENARAI AKTIVITI
PERLAKSANAAN
1. Sepanjang tahun Penganjuran Kejohanan Pingpong
2. Mengikut Penyertaan Kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA
ketetapan tarikh
oleh pihak urusetia
SUTERA
3. Sepanjang tahun Penyertaan Kejohanan Luar
4. Dua bulan Aktiviti gotong royong membersihkan dalaman dan
sekali/Sebelum Persatuan Pingpong Dungun
penganjuran Naik taraf/ pembaikian kerosakan kecil dalaman da
kejohanan
5. Sepanjang tahun
6. Sepanjang tahun Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
7. MAC-DISEMBER Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Tahun 2022
Disediakan Oleh:
___________________________
(MOHD FADRUL RIZAL BIN AB RAHIM)
Setiausaha
Persatuan Pingpong Dungun
VITI DAN ANGGARAN
ATUAN PINGPONG DUNGUN
N: 2022
KEKERAPAN BAJET SASARAN CATATAN
4 RM 2,000.00 Semua Ahli Perlu
mencari
sponsor
A) 1 Sumber dana Pengurus, Perlu
n luaran Dewan daripada Jurulatih dan mencari
MSDD pemain yang sponsor
terpilih
4 RM 600.00 Ahli/Pemain Perlu
yang dipilih mencari
mewakili sponsor
persatuan
6 RM 700.00 Semua Ahli
an luaran Dewan 1 RM 500.00 AJK Mengupah
tukang jika
4 RM 400.00 AJK
1 RM 2,500.00 Semua Ahli perlu
Perlu
JUMLAH KESELURUHAN RM 6,700.00 mencari
sponsor
Disahkan Oleh:
___________________________
(TUAN HAJI MOHD NOR BIN JUSOH)
Pengerusi
Persatuan Pingpong Dungun
UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN
PERSATUAN PINGPONG DUNGUN (PPD)
DUNGUN, TERENGGANU.
1) NAMA
Persatuan ini di kenali dangan nama :
PERSATUAN PINGPONG DUNGUN,
DUNGUN TERENGGANU.
Dengan nama ringkasnya:
‘PPD’ selepas ini disebut “Persatuan”
2) ALAMAT BERDAFTAR DAN ALAMAT SURAT MENYURAT
Alamat berdaftar Persatuan ini ialah
D/a: Pejabat Daerah Dungun,
Jalan Yahya Ahmad,
23000 Dungun,
Terengganu.
Alamat berdaftar dan surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah selagi
tidak mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan terlebih dahulu.
3) TUJUAN-TUJUAN
3.1 Mewujud, memaju dan mengembangkan minat pingpong di daerah
Dungun, Terengganu sejajar kehendak Persatuan Pingpong Amatur
Malaysia.
3.2 Memelihara dan memaju serta meninggikan mutu dan taraf pemain
pingpong di daerah Dungun, Terengganu.
3.3 memperbaiki dan menyemaikan semangat kewarganegaraan perpaduan,
persahabatan dan persafahaman murni tanpa mengira kaum, jentina,
fahaman dan di antara ahli-ahlinya.
3.4 Menggalak dan memperkukuhkan tali persahabatan di antara pasukan-
pasukan pingpong dalam daerah Dungun khasnya dan seluruh Negeri
Terengganu amnya sesuai dengan tujuan dan nama Persatuan ini.
1
3.5 Mengatur dan menganjur kursus-kursus dalam berbagai bidang sejajar
dengan tujuan meninggikan mutu permainan pingpong.
3.6 Mengatur dan menjalankan pertandingan pingpong di antara pasukan-
pasukan yang bergabung dengan Persatuan ini atau sebarang
pertandingan samada di dalam atau di luar daerah Dungun, Terengganu
serta menyertai sebarang pertandingan pingpong.
3.7 Mengawasi, mengatur dan memberi kerjasama dengan mana-mana
badan atau pertubuhan yang berdaftar dan yang menganjurkan
pertandingan atau permainan pingpong.
3.8 Mencari dan memiliki hartabenda dan tanah bagi tujuan-tujuan
Persatuan dan boleh memberi atau menerima derma untuk mencapai
tujuan-tujuan Persatuan.
3.9 Mengiktiraf Undang-undang Persatuan Pingpong Negeri Terengganu.
3.10 Bergabung dengan Majlis Sukan Daerah Dungun, Terengganu, Persatuan
Pingpong Negeri Terengganu, Persatuan Pingpong Malaysia dan mana-
mana pertubuhan di peringkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan yang
tidak bercorak politik.
4) WARNA
Warna-warna pada lambang (loga) Persatuan adalah:-
Hijau - Perpaduan.
MERAH - kemajuan
HITAM/PUTIH - Warna Bendera Negeri Terengganu.
KUNING - Lambang Kedaulatan Diraja.
5) LAMBANG
Lambang (logo) Persatuan ini mengambarkan sebatang reket, net dan hruf
PPDd. Lambang (logo) Persatuan ini mengandungi warna-warna berikut.
MERAH - Bulatan reket.
HIJAU - Net/Jaring.
Kuning - Pemegang reket.
HITAM - Huruf PPDD.
PUTIH - Bola Pingpong.
2
6) KEAHLIAN:
6.1 Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu:
6.1.1 Ahli Biasa.
Adalah terbuka kepada semua orang perseorangan yang berminat
di dalam permainan pingpong dan berumur tidak kurang daripada
18 tahun yang tinggal di dalam daerah Dungun, Terengganu.
Ahli-ahli yang diminta untuk mewakili Persatuan dalam mana-
mana kejohanan-kejohanan pingpong sama ada di negeri
Terengganu atau negeri lain di negara ini dan enggan mewakil
Persatuan akan dikenakan tindakan tatatertib atau sebarang
hukuman yang sewajarnya termasuk membayar denda
Perasatuan.
6.1.2 Ahli Bersekutu.
Adalah terbuka kepada semua orang perseorangan yang berminat
di dalam permainan pingpong dan berumur tidak kurang daripada
18 tahun yang tinggal di luar daerah Dungun, Terengganu.
Ahli Bersekutu boleh menikmati segala faedah daripada
Persatuan kecuali hak memegang jawatan di dalam persatuan
dan menggundi di dalam Mesyuarat Agung.
6.1.3 Ahli Gabungan.
Adalah terbuka kepada semua Persatuan-persatuan yang
berdaftar dan berminat di dalam permainan pingpong di dalam
daerah Dungun, Terengganu.
6.1.4 Ahli Kehormat.
Adalah dipilih oleh Jawatankuasa Persatuan-persatuan orang
yang telah berjasa terhadap kebajikan ahli-ahli Persatuan dan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Ahli Kehormat tidak boleh memegang jawatan di dalam
Persatuan dan tidak boleh mengundi.
6.2 Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak bleh diterima
menjadi ahli Persatuan ini kucuali ia telah dibenarkan terlibih dahulu
secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
3
6.3 Tiap-tiap permohonan yang hendak menjadi ahli hendaklah dicadangkan
dan disokong oleh dua(2) orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha dan
hendaklah mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada
Jawatankuasa untuk kelulusan.
6.4 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang
tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran pertama
seperti yang tertentu, setiap bayaran ini dibuat barulah diterima menjadi
ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.
7) BAYARAN MASUK YURAN-YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN
7.1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar oleh ahli adalah seperti
berikut:
7.1.1 Bayaran masuk bagi Ahli Biasa, Ahli Gabungan
dan Ahli bersekutu. - RM5.00
7.1.2 Yuran tahunan bagi ahli biasa dan ahli bersekutu - RM10.00
7.1.3 Yuran tahunan bagi Ahli Gabungan ialah - RM20.00
Bagi setiap Pertubuhan.
7.1.4 Ahli Kehormat ada dikecualikan daripada sebarang bayaran.
7.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu si
dalam bulan pertama (Januari) awal tipa-tiap tahun.
7.3 Ahli yang membiarkan hutang yuran tahunannya sehingga bulan tiga
(Mac) dalam tahun tersebut dengan sendirinya terhenti daripada menjadi
ahli Persatuan dan Jawankuasa boleh memerintah supaya tindakan yang
sah diambail terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli
itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
7.4 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahlianya terlucut disebabkan hutang.
7.5 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara
yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung
ahli-ahli. Sekiranya ada yang mungkir membuat wang yuran tersebut di
dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama
seperti hutang yuran tahunan.
4
8) PERHENTIAN DAN PEMECATAN
8.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah
memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada
Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.
8.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau
bertindak dalam cara yang akan mencemar nama baik Persatuan,
bolehlah dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu tempuh
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa. Sebelum
jawatankuasa memecat atau mengggantungkan keahlian ahli tersebut,
ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan keahlian ahli tersebut
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangan
dan membela dirinya. Pemecatan penggantungan keahlian itu hendaklah
dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau keputusan itu
atas rayuan oleh ahli tersebut.
9) DERMA-DERMA
Persatuan ini boleh meminta bantuan atau derma-derma daripada badan-
badan yang diakui sah perjalanannya oleh kerajaan dan orang perseorangan
dengan syarat memdapat kebenaran bertulis daripada Persatuan. Kutipan
derma hanya dibenarkan untuk menjalankan rancangan-rancangan yang
berfaedah kepada Persatuan sahaja.
10) KEWANGAN
10.1 Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-
undang ini. Wang Persatuan ini bleh digunakan untuk perkara-perkara
yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah
belanja pentadbiran dan belanja pegawai-pegawai untuk menjalankan
sesuatu aktiviti. Walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk
membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman di mahkamah.
10.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM200.00
pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti
dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa. Kira-
kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan Pingpong Daerah
Dungun.(PPDD)
10.3 Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 bagi sesuatu masa, tidak
boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa
5
dan perbelanjaan yang lebih daripada RM2,000.00 bagi suatu masa tidak
boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih
dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 bagi sesuatu masa
bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama setiausaha dan Bendahari.
10.4 Penyata dari hal wang yang diterima dan perbelanjaan berserta
timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari
dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira mengikut Undang-Undang 1.1,
dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-
kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan-salinannya hendaklah
dibekalkan untuk makluman ahli-ahli di alamat berdaftar atau tempat
mesyuarat bagi Persatuan.
10.5 Tahun Kewangan Persatuan ini bermula dari 01 Januari dan berahir pada
31 Disember, tiap-tiap tahun.
11) PEMERIKSA KIRA-KIRA.
11.1 Dua orang yang bukannya pegawai-pegawai Persatuan boleh dilantik di
dalam Mesyuarat Agung sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka
akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
11.2 Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan
bagi setahun dan membuat lapuran atau pengesahan untuk Mesyuarat
Agung. Mereka juga pada bila-bila masa apabila dikehendaki oleh
Pengerusi untuk memeriksa kira-kira Persatuan di dalam tempuh jawatan
yang disandang dan mestilah membuat laporan kepada Jawatankuasa.
12) JAWATANKUASA
12.1 Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan sebagai pegawai-
pegawai Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha (dilantik)
Seorang Pen. Setiausaha (dilantik)
Seorang Bendahari.
Tujuh (7) Orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
6
12.2 Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam Persatuan ini hendaklah
Warganegara Malaysia.
12.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan
disokong pada pemilihan yang dijalankan dengan cara mengundi oleh
ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai-pegawai
boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun.
12.4 Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja
harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perka mengenai
perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang telah
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah
boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat
Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat
Agung. Jawankuasa hendaklah memberi laporan kegiatan-kegiatannya di
dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
12.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali dalam
masa 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan
sendirinya atau tidak kurang dari 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-
sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada
bila-bila masa. Sekurang-kurang separuh (1/2) daripada bilangan ahli-
ahli Jawatankuasa hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan
kuorum mesyuarat.
12.6 jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan
Jawankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka
Setiausaha bolehlah mendapat kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa
dengan surat Pekeliling. Syarat-syarat berikut hendaklah disempurnakan
sebelum keputusan Jawankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.
12.6.1 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan
terang di dalam surat perkeliling yang di dihantar kepada
setiap-tiap ahli Jawatankuasa.
12.6.2 Sekurang-kurang setengah daripada ahli-ahli Jawankuasa
mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka
kepada cadangan itu, dan
12.6.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Perkeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa,
7
kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan
mesyuarat.
12.7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa,
tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan adalah disifatkan
sebagai meletak jawatan di dalam Jawatankuasa.
12.8 Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan,
calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon
sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu maka berkuasalah
Jawankuasa melantik ahli persatuan lain bagi memenuhkan kekosongan
itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
12.9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan lain-lain
pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Persatuan dan melantik
Pengurus-pengurus dan kakitangan-kakitangan yang difikirkan mustahak.
Ia boleh menggantungkan atau menlucutkan jawatan sebarang Pengurus
atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak
cekap,ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-
sebab yang difikirkan merosakkan Persatuan.
12.10 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa kecil
jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada
sebarang Ahli Jawatankuasa.
12.11 Jawatankuasa berkuasa melantik wakil-wakil ke Majlis Sukan Daerah atau
Negeri.
13) KEWAJIPAN-KEWAJIPAN JAWATANKUASA.
13.1 Pengerusi.
i) Mengawasi supaya tidak ada aktiviti-aktiviti yang melanggar
tujuan Persatuan.
ii) Bertanggungjawap di atas nama baik Persatuan di atas segala
rancangan yang dijalankan.
iii) Menjadi Pengerusi di dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa.
iv) Menandatangani semua surat penting bagi pihak Persatuan.
v) Menandatangani Cek-cek pembayaran bersama-sama Setiausaha
dan Bendahari.
vi) Menjayakan tujuan-tujuan yang tercatit di dalam undang-undang
Persatuan.
8
13.2 Naib Pengerusi.
i) Memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
ii) Memberi bantuan penuh kepada Pengerusi dalam menjalankan
tugas-tugasnya.
13.3 Setiausaha.
i) Dilantik oleh Pengerusi.
ii) Mencatit segala minit Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa
dan mesyuarat tergempar dan menyiapkan minit-minit tersebut
untuk dibawa ke mesyuarat yang berikutnya untuk kelulusan.
iii) Menguruskan segala surat Persatuan dan menandatanganinya.
iv) Menjalankan perintah atau keputusan yang diluluskan oleh
Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa.
v) Bertanggungjawab menyediakan dan menyimpan segala rekod
perjalanan dan kemajuan Persatuan serta menyimpan laporan
tahunannya untuk dibawa ke Mesyuarat Agung.
vi) Bertanggungjawab memanggil mesyuarat-mesyuarat atau dengan
arahan Pengerusi atau sebagainya yang diperuntukan di bawah
peraturan perlembagaan ini. (Undang-undang ini)
vii) Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan sukan dan
kebajikan yang diadakan oleh Persatuan ini di mana Persatuan ini
mengambil bahagian.
viii) Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butiran beriku:-
1. Bilangan Ahli.
2. Nama Ahli.
3. Tarikh jadi ahli.
4. Kelulusan Ahli.
5. Umur dan Tarikh Lahir Ahli.
6. Tempat Lahir Ahli.
7. Nomber Kad Pengelanan Ahli.
8. Alamat dan tempat Kediaman Ahli.
9. Alamat Tempat Pekerjaan Ahli.
ix) Berusaha dengan daya usaha sendiri untuk menambah rancangan
dan kegiatan-kegiatan Persatuan.
x) Mewakili Persatuan dalam mesyuarat Majlis Sukan Daerah Dungun,
Majlis Sukan Negeri Terengganu atau Persatuan Pingpong Negeri
Terengganu.
xi) Menandatangani dokumen-dokumen dan surat-surat penting
Persatuan bersama Pengerusi.
9
xii) Menandatangani cek-cek pembayaran bersama Pengerusi dan
Bendahari.
xiii) Setiausaha hendaklah dalam masa 28 hari dari tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan, mengirim penyata tahunan Persatuan
kepada Pesuruhjaya Sukan sebagaimana yang dikendaki di bawah
Seksyen 15/16 akta Pembangunan Sukan 1977.
13.4 Penolong Setiausaha.
i) Dilantik oleh Setiausaha.
ii) Memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaannya.
iii) Memberi bantuan penuh kepada Setiausaha menjalankan tugas-
tugasnya.
13.5 Bendahari.
i) Memungut segala yuran Persatuan.
ii) Menerima pembayaran-pembayaran Persatuan.
iii) Bertanggunjawap berkenaan segala wang yang diterima dan
dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
iv) Bertanggungjawap menyelesaikan pembayaran-pembayaran yang
telah diluluskan.
v) Menyedikan buku kira-kira wang masuk dan keluar.
vi) Menandatangani resit-resit penerimaan.
vii) Menyediakan baucer-baucer pembayaran.
viii) Menyediakan Penyata Kira-Kira Wang Tahunan serta kunci kira-
kira yang berahir 13 Disember setiap tahun untuk diperiksa oleh
Juru audit dan membentangkannya dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
ix) Bertanggungjawab membentang nama-nama ahli-ahli yang tidak
menjelaskan yuran walaupun setelah diberi amaran oleh
Jawatankuasa.
x) Menandatangani cek-cek pembayaran bersama-sama Pengerusi
dan Setiausaha.
13.6 Ahli Jawatankuasa Biasa.
i) Hendaklah hadir di dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa dan
membantu pegawai-pegawai di atas menjalankan tugas-tugasnya.
ii) Bertanggungjawab untuk melaksanakan segala rancangan
Persatuan.
iii) Berusaha untuk menimbul imej atau gambaran yang baik kepada
Persatuan.
10
iv) Membawa semua mesyuarat atau fikiran-fikiran yang baik
daripada ahli-ahli di dalam Mesyuarat Jawatankuasa.
v) Menjalankan lain-lain tugas yang mendatangkan faedah kepada
Persatuan dari masa ke semasa.
vi) Tidak dibenarkan mengkritik atau menyebarkan maklumat
Persatuan secara terbuka kepada mana-mana pihak seperti media
massa, media elektronik, melalui internet dan sebagainya tanpa
kebenaran dan persetujuan dari jawatankuasa.
vii) Tidak dibenarkan mengheret atau menyaman Persatuan ke
mahkamah.
14. MESYUARAT AGUNG.
14.1 Mesyuarat Agung hendaklah diadakan setiap tahun tetapi pemilihan ahli
Jawankuasa Tadbir dan Pemeriksa Kira-kira hendaklah dibuat tiap-tiap
dua tahun sekali.
14.2 Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung dan Ahli-
ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli biasa
dan wakil-wakil gabungan yang berhak mengundi atau dua kali jumlah
ahli-ahli Jawantankuasa ikut mana-mana yang kurang hendaklah hadir di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat dan mencukupi kuorum untuk mesyuarat.
14.3 Jika kuorum tidak cukupi selepas setengah jam daripada waktu
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada suatu tarkih (tidak lebih daripada 30 hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika kuorum masih tidak cukup
setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung
yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah Undang-
undang Persatuan dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli-
ahli.
14.4 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan
cepat mungkin setelah berahir tahun kewangan tetapi tidak lewat
daripada 31 Mac, pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ia lah:-
14.4.1 Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja
14.4.2 Persatuan dalam tahun yang lalu.
14.4.3 Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah
diaudit bahi tahun yang lalu.
Melantik Ahli Jawatankuasa dan pemeriksa Kira-kira tiap-tiap
dua tahun.
11
14.4.4 Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam
Mesyuarat itu.
14.5 Setiausaha hendaklah menghantar notis kepada tiap-tiap ahli sekurang-
kurang 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Suatu
pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat
serta satu Ajenda (Atur Cara Mesyuarat), termasuk salinan-salinan
peringatan mesyuarat dan laporan-laporan berserta dengan penyata kira-
kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat
berdaftar Persatuan.
15) MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR.
15.1 Mesyuarat Agung tergempar bagi Persatuan ini boleh diadakan:-
15.1.1 Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
15.1.2 Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang
daripada 1/5 daripada jumlah ahli-ahli biasa dan wakil daripada
ahli-ahli gabungan yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakan.
15.2 Mesyuarat Agung tergempar yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah
diadakan pada satu tarikh di dalam tempuh satu bulan terikh penerimaan
pemintaan mesyuarat itu.
15.3 Pengumuman adan ajenda untuk Mesyuarat Agung Tergempar itu
hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat.
15.4 Fasal 14 (14.2) dan 14 (14.3) di dalam undang-undang ini berkenaan
dengan kuorum dan penangguhan Mesyuarat Agung tahunan boleh
digunakan untuk Mesyuarat Agung Tergempar tetapi dengan syarat jika
kuorum tidak cukup setelah setengah jam dari waktu yang telah di
tetapkan bagi Mesyuarat Agung Tergempar atas permintaan ahli-ahli
maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam bulan
daripada tarikh itu Mesyuarat Agung Tergempar atas permintaan ahli-ahli
dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
12
16) PENGUNDIAN.
16.1 Undi akan dijalankan dengan cara undi sulit atau terbuka.
16.2 Jika keputusan undi di dapati seri, maka Pengerusi berhak menggunakan
penasihat/penaung bagi Persatuan ini.
17) PENAUNG/PENASIHAT.
Jawatankuasa boleh melantik orang-orang yang difikirkan layak untuk menjadi
Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini.
18) PENGAMANAH
18.1 Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah
dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat
selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Kapada mereka akan
diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan dengan
menandatangani surat amanah ( Dead of Trust) bagi menjaga harta itu.
18.2 Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik
harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang
diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan.
18.3 Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh
Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak suiman, tidak
berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia
tidak boleh menjalankan tugasnya dengan memuaskan. Jika berlaku
kematian, perletakan jawatan atau pembuangan seseorang Pengamanah,
maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru
dilantik dalam Mesyuarat Agung tersebut.
19) LARANGAN
19.1 Permainan yang tersebut di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam
rumah Persatuan:-
Lotto, Fan Tan, Poh, Poh Bin, Bengkai, Pau Kau, Tau Ngau, Tien Kow,
Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua puluh satu, Tiga puluh satu, Sepuluh dan
setengah, semua permainan dadu, Banker’s Games dan semua permainan
yang bergantung semata-mata kepada nasib.
13
19.2 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau
dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang
atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti
diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.
19.3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri semada dikhaskan kepada
ahli-ahli atau tidak , atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau
Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa.
19.4 Tidak dibenarkan membawa perempuan lucah, menonton film lucah,
melakukan perbuatan lucah, penyalahgunaan dadah di dalam premis
Persatuan.
19.5 Tidak dibenarkan menggunakan premis Persatuan selepas jam 12:00
malam kecuali ada sesuatu tujuan sama ada bermesyuarat atau sebarang
kegiatan yang berkaitan dengan persatuan di mana memerlukan kerja
lebih masa.
20) PINDAAN UNDANG-UNDANG.
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan-
pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan
mengikut Seksyen 15/16 Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam masa 28 hari
dari tarikh keputusan hendak membuat perubahan atau pindaan itu dan hanya
boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahan-perubahan
dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan.
21) TAFSIRAN UNDANG-UNDANG.
21.1 Diantara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa telah memberikan
tafsiran kepada Undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan
perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
21.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan
dasar yang telah dibuat di dalam mesyuarat agung, keputusan
Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad , jika tidak diubah
oleh Keputusan Mesyuarat Agung.
22) PEMBUBARAN.
22.1 Persatuan ini boleh dibuburkan dengan secara sukarela dengan
persetujuan tidak kurang daripada 3/5 jumlah semua ahli-ahli biasa dan
wakil-wakil gabungan yang berhak mengundi di dalam suatu Mesyuarat
Agung yang dipanggil khas kerananya.
14
22.2 Sekiranya Persatuan berhak dibuburkan secara yang tersebutkan Diatas
segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-
undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
diselesaikan mengikut cara yang dipersetuji didalam Mesyuarat Agung
tersebut.
22.3 Kenyataan yang bersabit dengan Pembubaran ini hendaklah disampaikan
kepada Pesuruhjaya Sukan di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran
itu.
15