ANAK
DIDIK
ATOK
BUYONG
ADAB
Kandongan Muka Surat
Latarbelakang 2
Sejarah Atok Buyong 3–5
Titik Mulo ADAB
Perancangan Awal 5
Perancangan Pertemuan Pertamo ADAB 6
Tenago Kojo Di Belakang Tabir 6
Persiapan 6-7
Hari Berkampong 7-9
Pasca Majlis 10 - 14
Ghoman-ghoman ADAB 14
15
1
AnakDidikAtokBuyong2021
LATARBELAKANG
ADAB atau Anak Didik Atok Buyong adalah perkumpulan penduduk Kampong Siliau dan juga kawasan
sekitarnya yang mengenal huruf jawi, membaca mukaddam sehingga khatam mengaji Al Quran hasil
didikan Allahyarham Haji Buyong bin Langan yang lebih mesra di panggil Atok Buyong (AB digunakan
untuk meringkaskan penulisan). ADAB yang tertua yang masih hidup berusia 81 tahun dan yang paling
muda berusia 52 tahun dapat dikesan setakat ini.
Hasil dari cetusan idea ADAB Nor Raizan Naim atau lebih dikenali sebagai Kakcik Izan maka bermulalah
usaha mengumpulkan ADAB serta mengadakan aktiviti bagi mengenang dan menghargai jasa AB.
Perancangan telah bermula pada awal tahun 2021 dimana Kakcik telah menghubungi cucu AB, Zarina
Abd Majid untuk memulakan langkah mengumpul ADAB untuk mengadakan majlis kecil kecilan bagi
mengenang jasa AB. Kakcik juga menghubungi Shamsudin Mahadi yang juga cucu kepada AB untuk
menggerakan aktiviti pertama ADAB.
AB berdiri di tengah bersama Abangnya Jamin dan sepupunya Kassim. Dua orang lagi tidak dikenali
2
AnakDidikAtokBuyong2021
SEJARAH ATOK BUYONG
Tiada sebarang bahan bertulis yang ditemui bagi menyingkap sejarah AB. Semua pengisahan adalah
berdasarkan dari penyampaian cerita dari mulut ke mulut sahaja tanpa sebarang bukti kukuh namun
ianya memadai buat masa ini untuk dijadikan titik permulaan mengimbau sejarah AB serta ADAB.
Menurut penceritaan, AB telah berhijrah dari Kampong Sungai Janiah, Padang, Sumatera Barat,
Indonesia kerana tekanan pemerintahan Belanda ketika itu yang mengenakan cukai yang tinggi kepada
penduduk. AB bersama Abang beliau, Atok Jamin dan sepupunya Atok Kassim telah berlayar dari
Sumatera pada tahun 1911 dan menjadikan Kampong Linsum sebagai tempat Atok bersaudara
menetap. Ketika itu AB baru berusia 15 tahun. Secara tidak langsung kita dapat mengira tahun lahir AB
iaitu pada tahun 1896.
Di Kampong Linsum, AB bersaudara telah menetap bersama ibu angkat mereka Si Ijah yang juga dikenali
sebagai Wan Yom. Bermula dari saat itu AB telah membuat pelbagai pekerjaan untuk menampung
kehidupan dimana semua hasil titik peluhnya AB serahkan kepada Wan Yom.
Wan Yom (Ibu angkat AB) duduk nombor tiga dari kiri
AB berdiri paling kiri
Wan Lu @ Badoyah bt Ibrahim (isteri AB) duduk ditengah memangku cucu
Dimaklumkan juga sebelum berhijrah ke Malaya, AB telah mula mengajar mengenal huruf, membaca
mukaddam dan al quran di kampongnya Sungai Janiah pada usia 12 tahun. AB pernah menyatakan
kepada ADAB bahawa beliau mula mengajar pada tahun 1908. (3 tahun sebelum AB berhijrah)
Setelah sekian lama berada di Linsum, AB bernikah dengan Wan Badoyah bt Ibrahim (lebih di kenali
sebagai Wan Lu) dan berpindah ke Kampong Siliau. Wan Yom telah memulangkan semula semua hasil
titik peluh yang AB serahkan kepadanya sejak bertapak di Linsum dulu untuk AB memulakan kehidupan
di tempat baru. Sebidang tanah telah dibeli dan sebuah rumah kecil dibina. Tapak rumah anak AB, Lijah
adalah rumah asal beliau.
3
AnakDidikAtokBuyong2021
Pandangan rumah Lijah dari hadapan Hanya kesan tapak tangga yang masih dapat dilihat
peninggalan dari rumah AB di belakang rumah Lijah
Wan Lu bersaudara Mariah (Wan Lir) dan Hafsah (Wan Su dahulunya dikenali sebagai antara penduduk
yang datang dari keluarga yang mewah. Oleh yang demikian tidak menghairankan mereka mampu
membeli tanah di pinggir jalan (rumah AB sekarang) dan duduk bersebelahan tiga beradik.
Tiada rekod bertulis yang boleh mengesahkan tarikh peristiwa-peristiwa tersebut berlaku. Begitu juga
dengan tarikh atau tahun AB membina surau dan mula mengajar mengaji.
Anak Didik AB terdiri dari penduduk kampong Siliau dan juga kampong Linsum termasuk anak cucu AB
sendiri. Tak juga terkecuali AB turut mengajar mengaji ipar-ipar beliau, Wan Lir dan Wan Su. Bermula
dengan sesi mengaji di sebelah malam selepas solat maghrib sehingga lebih kurang jam 10 malam
bergantung jumlah Anak Didik pada masa tersebut.
Pada permulaannya semua ADAB perlu menghafal 22 surah-surah Lazim sebelum dipertimbangkan
untuk dikhatamkan. Namun dengan perbincangan bersama Wan Lu, AB akhir mengenepikan syarat hafal
surah-surah Lazim tersebut dimana apabila telah habis 30 juz, maka majlis khatam Al Quran akan
dijalankan.
Secara simboliknya, setiap kali anak-anak khatam al quran, ibu bapa akan menghadiahkan beberapa
barangan kepada AB. Antaranya pulut dan telur rebus, sebilah pisau lipat, pensil, sebatang rotan, serta
kain putih. Masih belum dapat dirungkai maksud sebenar disebalik pemberian barangan-barangan
tersebut.
4
AnakDidikAtokBuyong2021
Dari tahun ke tahun ratusan orang anak murid menamatkan pembacaan Al Quran dan kini ADAB
bertebaran di mukabumi Malaysia.
Malang tidak berbau. AB telah mendapat kecederaan serius apabila getah bersama penyangkuk besi
yang digunakan untuk mengikat lukah di atas pelantar basikal telah tidak tersangkut kemas dimana ianya
terpelanting dan mengenai mata AB. Mata AB tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dikeluarkan.
Dengan hanya sebelah mata, AB masih terus mengajar di surau namun waktu pengajian ditukar kepada
siang hari. Akibat beredaran masa dimana semakin ramai penduduk berhijrah keluar dari kampong maka
jumlah anak didik juga terkesan. Dek kerana semakin kurang Anak Didik, akhirnya AB menamatkan
sesi-sesi mengaji dan AB menumpukan tenaga untuk membuat kerja-kerja ringan disekeliling rumah
sahaja kerana ketika itu AB juga sudah semakin uzur serta daya ingatan AB juga mula berkurangan.
Pada tanggal 15 Disember 1984 di rumah anaknya Lijah, Haji Buyong bin Langan menghembuskan nafas
terakhir pada usia 88 tahun. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Kilir, Kampong Siliau. Tinggallah
segala ilmu yang AB perturunkan kepada Anak Didiknya untuk dimanfaatkan di dunia ini.
Pusara Atok Haji Buyong Langan di Tanah Perkuburan Siliau Hilir
TITIK MULO ADAB
Salah sorang ADAB kesayangan AB (dimaklumkan tak pernah dirotan oleh AB) telah memendam rasa
begitu lama untuk mengadakan majlis khusus untuk mengenang jasa AB. Nor Raizan Naim atau lebih
dikenali di kampong sebagai Kakcik Izan telah menghubungi Zarina, cucu kepada AB untuk memulakan
langkah mengadakan majlis tersebut. Dalam perancangan awal Kakcik Izan cuma berhasrat
mengumpulkan 20 ke 30 orang ADAB sahaja untuk mengadakan tahlil atau bacaan yasin untuk AB serta
Wan Lu. Ini kerana difahami ramai ADAB merantau dan menetap luar dari Kampong Siliau dimana sukar
untuk mengumpulkan ADAB.
Kakcik Izan juga menghubungi Shamsudin (juga cucu AB) untuk mengerakkan program majlis tersebut.
Satu grup menggunakan aplikasi WhatsApp telah diwujudkan dan semua ADAB yang diketahui telah
dimasukkan ke dalam grup tersebut dan bermulalah pengumpulan ADAB. Semua ini berlaku sekitar
bulan Januari 2021.
5
AnakDidikAtokBuyong2021
Namun begitu apabila negara dilanda pandemik COVID19, semua perancangan terpaksa ditunda
sehingga keadaan pulih semula. Untuk beberapa bulan aktiviti ADAB di WhatsApp juga agak sunyi dan
sepi.
PERANCANGAN AWAL
Selepas semua PKP, PKPP, PKPD ditamatkan, bermula pada bulan November 2021 grup WhatsApp
aktif semula dimana perancangan telah dibuat untuk mengadakan majlis khas untuk AB. Keahlian grup
juga semakin bertambah. Hasil perbincangan dalaman maka beberapa ADAB telah bersetuju untuk
menjadi tenaga kerja untuk mejayakan majlis yang dinamakan “Jojak Kasih Anak Didik Atok Buyong”.
Nama ADAB pula di wujudkan apabila setiap kali menulis di WhatsApp, terlalu panjang untuk menulis
Anak Didik Atok Buyong.
Soal selidik melalui Borang Atas Talian telah dibuat bagi menentukan tarikh pilihan untuk mengadakan
majlis tersebut. 25 Dis 2021 telah ditetapkan hasil dari cadangan majoriti dan Tenago Kojo mula
bergerak di belakang tabir untuk menentukan majlis dapat disempurnakan.
PERANCANGAN PERTEMUAN PERTAMA ADAB
Bagi menampung kos penganjuran majlis, ADAB begitu bermurah hati untuk berkongsi rezeki bersama-
sama. Selain sumbangan kewangan, pelbagai sumbangan material turut diterima dari ADAB.
Hasil dari maklumbalas soal selidik, pada awalnya majlis dijangka akan dihadiri kira-kira 96 orang ADAB
serta keluarga sahaja. Namun begitu apabila semakin hampir dengan tarikh majlis jumlah kehadiran
semakin bertambah. Bagi mengelak kejutan pertambahan kehadiran yang akan mengakibatkan
kekurangan cenderamata dan sajian, Tenago Kojo telah menambah jumlah sajian serta cenderamata.
Walaupun terdapat pertambahan kehadiran, ramai yang bersedih hati kerana tidak dapat bersama
kerana aktiviti masing-masing yang telah dirancang dan juga isu semasa yang menghalang kehadiran
mereka. Ramai ADAB yang tidak dapat menghadirkan diri menyatakan mereka teruja untuk bertemu
semula rakan-rakan sebaya mengaji dengan AB satu masa dahulu. Tidak dinafikan semasa perjumpaan,
semua ADAB bertukar menjadi kanak-kanak semula dah bercerita seolah-olah mereka masih mengaji
dengan AB puluhan tahun dulu.
TENAGO KOJO DI BELAKANG TABIR
ADAB bukanlah persatuan yang berstruktur sebagai satu organisasi. Tiada Pengerusi, tanpa
Setiausaha, tak ada Bendahari dan tiada Ahli Jawatan Kuasa. Namun begitu perancangan majlis perlu
disempurnakan. Maka dengan persetujuan masing-masing, beberapa ADAB telah bergabung tenaga
untuk menganjurkan majlis. Terima kasih semua yang telah berusaha.
6
AnakDidikAtokBuyong2021
Nor Raizan Naim – Kakcik Izan Hamdan Khalid – Kudan
Pencetus Idea Majlis ADAB / Bendahari / Pengurus Majlis
Setiausaha
Shamsiah Ahmad – Syam
Zarina Abd Majid – Ina Koordinator Sumbangan
Pegawai Perhubungan Masjid Kariah Kg Kepada Fakir
Siliau / Koordinasi Cenderamata
Norhayati Malik - Anor
Shamsudin Mahadi – Sudin Pendaftaran
Juru Gogeh
Nooryati Mahmud – Ibu Yati Noor Kamsiah Kassim - Siah
Katering Koordinator Katering/Pendaftaran
Barisan Tenago Kojo di Belakang Tabir
PERSIAPAN
Telah juga diadakan Sidang Video antara ADAB namun tahap capaian internet yang kurang baik maka
sidang video tidak dapat berjalan dengan lancar namun dapat memacu ADAB untuk melangkah
kehadapan dalam dunia siber yang terus berkembang ini.
Selain dari itu ADAB juga mula berjinak dengan borang-borang atas talian atau e-borang untuk
mengesahkan kehadiran masing-masing ke majlis ADAB yang telah ditetapkan pada 25 Dis 2021.
Untuk menentukan majlis berjalan mengikut tatacaranya maka kita juga telah menulis surat rasmi kepada
Masjid Qariah Kampng Siliau untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kemudahan masjid.
Disamping itu kita juga memaklumkan pihak berkuasa PDRM Balai Rantau perihal aktiviti ADAB yang
dirancang.
Dengan kerjasama AJK Masjid kita telah dapat memilih 10 orang Fakir dari Kampong Siliau untuk
menerima sumbangan ADAB semasa majlis ADAB tersebut.
7
AnakDidikAtokBuyong2021
Surat Kebenaran dari Masjid Kariah Kampong Silau dan Surat Maklumat kepada PDRM
Juru Gogeh begogeh ko Rumah Pasung Rantau untuk maklumkan aktiviti ADAB
8
AnakDidikAtokBuyong2021
Tenago Kojo bersidang kek mosojid Kg Siliau untuk kelokai an majlis kito
Kole (Tumbler), Rotan, Pulut mo Tolur Ghobuih dijadi an cenderamato majlis 9
AnakDidikAtokBuyong2021
HARI BERKAMPONG
Ketibaan ADAB disambut Tenago Kojo
Sebahagian dari ADAB serta yang keluarga yang hadir 10
AnakDidikAtokBuyong2021
Menanti Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir dimulakan
Penyampaian sumbangan kepada tujuh dari 10 orang Fakir oleh Along Sharif Zainal 11
AnakDidikAtokBuyong2021
Tanda Kenangan untuk ADAB terkanan (Senior) yang disampaikan oleh ADAB paling muda, Mohd Azam. Induk Simah (Rasimah
dilahirkan pada tahun 1940) dan Along Man (Abd Rahman dilahirkan pada tahun 1942)
Tanda Kenangan untuk ADAB paling junior, Mohd Azam Abd Malek 12
AnakDidikAtokBuyong2021
Bacaan Al Quran oleh tiga orang ADAB serta penyampaian tandamata. Ana Mohd Nor hanya dapat mengirimkan rakaman suara
yang mana telah diperdengarkan kepada semua yang hadir
Imam Masjid Kariah Kampong SIliau, Ustaz Anis telah memimpin ADAB bertahlil untuk Arwah AB dan Wan Lu
13
AnakDidikAtokBuyong2021
Tak longkap majelis kok takdo gambar ni … Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar
Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari untuk semua yang hadir termasuk Ahli Jawatan Kuasa
Masjid, Kumpulan Tablikh serta keluarga ADAB yang turut hadir. Sumbangan seekor kambing dari ADAB
turut dijadikan menu Kari Kambing yang dapat dinikmati oleh hadirin.
PASCA MAJLIS
Pada awalnya tenago kojo agak bimbang kerana tiada jawatan kuasa khusus untuk mengendalikan
majlis ulung ADAB ini. Hanya beberapa orang ADAB secara sukarela bergabung tenaga cuba sebaik
mungkin merancang dan melaksanakan majlis. Alhamdulillah walaupun terdapat beberapa kekurangan
namun majlis berjaya dilaksanakan sehingga selesai.
Keahlian ADB juga bertambah dari hari ke hari apabila lebih ramai dapat dikesan. Semua ADAB
walaupun mungkin hanya seketika mengaji dengan AB tetap diambil kira sebagai ADAB.
Dengan izinNya kita akan bertemu lagi di lain majlis yang akan mengumpulkan lebih ramai ADAB dan
mungkin dengan berlainan agenda. Semuga silaturrahim ADAB terus kekal hingga ke akhir hayat.
Assallamualaikum
Shamsudin Mahadi
Januari 2022
14
AnakDidikAtokBuyong2021
GHOMAN-GHOMAN ADAB YANG HADIR PADA 25 DIS 2021
Selma Nasrah Sahril Hamdan Nor Raizan Redzuan
Zarina Mohd Zin Norlaila Zakiar Abd Rahman Noraini
Nordin Nordin Noordin Abd Wahab Mustafa Azizah
Rasimah Rauda Mohamad Ariffin Shamsiah Shari Suraya
Abdullah Rosni Sharif Abu Bakar Fauziah Ahmad Kamal
Sarimah Jamirah Halimatus Saadiah Shahrim Mohd Azam Md Rashid
Zainab Salmiah Baharizan Rawidah Nor Hayati Jamal
Rohaya Osman Zahari Shamsudin Nooryati
Catatan: Gambar Ramli Zainal tidak sempat dirakamkan. Beliau telah hadir ke majlis ADAB.
15
AnakDidikAtokBuyong2021