The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alinsazali2001, 2022-01-03 11:03:57

ULASAN FILEM OLA BOLA

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Keywords: OLA BOLA

DEPARTMENT OF PETROCHEMICAL ENGINEERING

MPU 21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA PENSYARAH: PUAN FARHA BINTI MOHAMAD

BIL NAMA PELAJAR NO MATRIKS
1. NUR HANIM SUHADA BINTI KAMALUDDIN 33DCE19F1052
2. NURSYAZLIANA BINTI SAZALI 33DCE19F1078
3. SITI HAJAR BINTI ABU BAKAR 33DCE19F1044
4. WAN NUR AISYA BINTI WAN MOHD NASIR 33DCE19F1045
5. NURUL ATIRAH BINTI MOHAMAD ZAI 33DCE19F1047

SUBMIT DATE :13 DISEMBER 2021
SESSION 1 2021 / 2022

1|Page

ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN......................................................................................... 3-4
2. OBJEKTIF.................................................................................................... 5
3. HURAIAN ISI .......................................................................................... 6-7

i) TEMA YANG DIPILIH
ii) NILAI DAN PENGAJARAN
iii) ULASAN DAN CADANGAN
4. PENUTUP..................................................................................................... 7

2|Page

PENGENALAN OLA BOLA (PEMILIHAN CERITA)

Sebagai manusia, kita dikurniakan sepasang mata yang celik umpama lensa kamera. Namun kurniaan ini
mungkin terbatas dalam mentafsirkan isu-isu semasa dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, kita
menonton berita untuk mengikuti isu-isu semasa. Bukan itu sahaja, seni perfileman juga memainkan
peranan dalam membantu pemahaman kita ke atas isu-isu ini. Namun begitu, ianya harus berlandaskan
filem yang mengandungi nilai dan aspek yang jelas disampaikan secara langsung mahupun tidak langsung.

Proses pembangunan yang dilalui dan kemajuan yang dicapai oleh negara sehingga hari ini adalah hasil
penyesuaian yang dilakukan terhadap aspek-aspek kemajmukan ini dari segi sosial, ekonomi dan politik.
Dalam hal ini, kami ingin menekankan penyampaian nilai kesepaduan antara kaum melalui seni perfileman.
Filem merupakan salah satu industri media yang acapkali diikuti sehinggakan ianya sudah sebati dengan
kehidupan sosial dan gaya hidup manusia.

Filem merupakan hasil gerapan pelbagai seni yang memaparkan cerita dan cerminan budaya masyarakat
tertentu. Filem yang baik merangkumi tiga aspek, iaitu ianya menghiburkan, mempunyai pengajaran atau
tauladan, dan memaparkan budaya sesuatu bangsa atau negara. Namun begitu, bukan sahaja filem
berkonsepkan dokumentari mampu menyampaikan maklumat yang berguna, malah filem fiksyen juga tidak
terkecuali dalam hal ini. Dalam bab ini, kami telah memilih satu filem yang berkaitan dengan penggerak
kesepaduan nasional. Seperti contoh, filem “Ola Bola” arahan Chiu Keng Guan. Kami telah memilih tajuk
tentang “Filem Olabola”. Perkataan 'Ola' membawa maksud 'Hello' manakala 'Bola' dalam Bahasa Malaysia
adalah sama dengan Bahasa Portugis yang digunakan secara meluas di Brazil.

Filem ini telah memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama
Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada tahun 1980s dan juga mengimbau kembali
ketika awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-
pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam
perlawanan penting. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di
persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama
negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu
cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

3|Page

Bagi meninggalkan kesan pada hati penonton, Chiu telah memberi sentuhan ajaib pada setiap watak
terutamanya watak utama, Tauke yang digambarkan dalam OlaBola, yang mana dia terpaksa meninggalkan
pasukannya disebabkan masalah kewangan. Begitu juga dengan watak Rahman, seorang pengulas sukan
yang begitu bersemangat ketika membuat liputan. Kehilangan tunggak utama membuatkan pasukan
kebangsaan berdepan dengan pelbagai masalah di perlawanan kejohanan pertamanya. Namun, pasukannya
bangkit dengan bersatu padu untuk mencapai kemenangan.
Filem ini telah ditayangkan pada 28 Januari 2016 yang dihasilkan oleh pengarah Chiu Keng Guan dan
dibintangi oleh JC Chee sebagai Tauke, Luqman Hafidz sebagai Ali, Saran Kumar Manokaran sebagai
Muthu dan Marianne Tan sebagai Marianne iaitu seorang wartawan. Pengarah Chiu Keng Guan merupakan
bekas penyerang terbaik bagi pasukan bola sepak sekolahnya. Dengan ini, beliau menghasilkan filem ini
mengenai bola sepak dan impiannya terkini sudah mencapai. Filem Olabola ini melambangkan pasukan
Kebangsaan Malaysia yang diwakil oleh pelbagai kaum antaranya ialah kaum Melayu, Cina dan India serta
kaum dari Sabah untuk mencapaikan kejayaaan mereka dalam perlawanan bola sepak walaupun
mempunyai kulit yang berbeza dan filem OlaBola ini diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa
penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah.
Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang
terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia. Filem Olabola juga menjalani pengambaran di beberapa
tempat pemandangan di Malaysia antaranya ialah Stadium Merdeka, Victoria Instituition, Sabah, Selangor
dan sebagainya. Filem Dalam filem ini penonton-penonton akan melihat semangat, keunikan dan kekuatan
yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia dan merekea juga berkomunikasi dalam pelbagai
bahasa antara satu sama lain tetapi mempunyai semangat bekerjasama antara pelbagai kaum. Seterusnya,
filem ini juga membawa semangat rakyat yang berbilang bangsa bersatu padu untuk memberi sokongan
kepada pasukan supaya mempuyai bersemangat dan keyakinan dalam pertandingan bola sepak.

4|Page

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji kepentingan semangat dan kekuatan jati diri yang terdapat dalam filem Olabola.

Objektif utama kerja kursus ini adalah untuk mengkaji semangat dan kekuatan jati diri yang ada
dalam watak-watak filem Olabola. Dengan ini, kami ingin mengenal pasti kepentingan
semangat dan kekuatan jati diri yang terdapat setiap individu untuk membentuk satu bangsa
Malaysia.

2. Mengenal pasti kebaikan patriotisme yang wujud dalam Filem Olabola.

Melalui filem Olabola, kami ingin mengetahui konteks kesedaran kepada semangatpatriotisme
dalam masyarakat Malaysia. Dengan ini, kami juga mengkaji kebaikan-kebaikan yang diperolehi
oleh semangat patriotisme terhadap individu, masyarakat dan negara.

3. Mengkaji impak-impak yang besar daripada kerjasama dalam kalangan seluruh
rakyat.

Kajian ini adalah untuk mengkaji adakah filem Olabola mencerminkan kerjasama antara pelbagai
kaum. Kami juga ingin mengenal pasti impak-impak yang besar daripada wujudnya kerjasama
dalam kalangan rakyat Malaysia.

4. Mengenal pasti sumbangan-sumbangan tamadun Melayu, Cina dan India yang
membantu dalam pembentukan Malaysia pada hari ini.

Melalui kajian ini, kami ingin memahami tamadun Melayu, Cina dan India denganlebih mendalam.
Kami juga berharap untuk mengetahui bagaimana tamadun Melayu, Cina dan India dapat memberi
sumbangan kepada pembentukan Malaysia yang berbilang kaum, cemerlang dan aman sejahtera
pada hari ini.

5|Page

TEMA: Semangat kesukanan dalam berpasukan dan semangat cintakan negara

ULASAN:

- OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi
inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul
menjadi wira negara.

- Filem ini merupakan kisah tentang kejayaan, keberanian, kerjasama dan semangat bersatu padu
yang memberi inspirasi kepada para pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kecewaan dan
muncul sebagai wira negara. Semangat positif ini dapat dikaitkan dengan tamadun-tamadun yang
menjadi kajian.

- Konsep Semiotik Ferdinand De Saussure (1857-1931) digunakan sebagai pendekatan kajian untuk
menilai pemaparan simbol mengenai sosio-budaya melalui pemaparan watak dan perwatakan
dalam keseluruhan filem ini.

- Dengan fakta-fakta itu, kita dapat dari filem ini kita dapat melihat rakyat Malaysia mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi dan taat Setia kepada Malaysia supaya kejayaan Malaysia dicapai.
Kini, semangat patriotisme amat signifikan kepada masyarakat Malaysia. Seperti yang kita
tahu, Malaysia merupakan satu negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya.
Dengan wujudnya semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat,walaupun musuh negara
amat kuat, tetapi rakyat Malaysia akan bersatu padu untuk memerangi musuh.

- Memaparkan penerimaan terhadap pengaruh unsur unsur luar seperti Bahasa Inggeris dalam
kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

- Antara impak besar yang terdapat daripada kerjasama rakyat dalam filem ini ialah menyaksikan
kerjasama dan perit jerih pasukan bola sepak kebangsaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik
Moscow 1980. Dalam filem berkenaan, watak utama seperti Ali, Tauke, Muthu dan Eric adalah
lambang perpaduan yang membentuk Malaysia sejak dahulu lagi. Keakraban rakyat tanpa mengira
perbezaan bangsa dan latar belakang amatlah jelas dilihat melalui filem berkenaan. Seluruh
Malaysia bersatu dalam mempertahankan negara walau berbeza warna, bangsa dan agama.

NILAI MURNI FILEM OLA BOLA:

1. Bersatu padu
Contohnya: ia menekankan aspek hidup bersatu padu diantara semua kaum. Kita
mengetahuisemua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, budaya, agama, atau warna kulit
juga mempunyaisatu misi and visi yang sama iaitu menyaksikan kejayaan pasukan bola
sepak negara kepersada antarabangsa

2. Nilai bekerjasama
Contohnya: Hilangnya semangat kerjasama danberpasukan telah menyebabkan pasukan
bola sepak Malaysia mengalami kekalahan yang sangat memalukan. Setelah kesedaran
mula mengetuk kepala setiap pemain, ditambah dengan menjalani latihan di pusat latihan

6|Page

akhirnya sifat saling percaya dan bekerjasama antara satu sama lain telah berjaya diraih.
pasukan Malaysia telah memenangi kesemua perlawanan
pra- olimpik dan telah layak untuk ke Sukan Olimpik Moscow 1980.
3. Nilai patriotisme
Contohnya : filem nasio nal kerana semangat cintakan tanah air iaitu Malaysia
dipaparkan dengan jelas melalui perlawanan bola sepak.

PENGAJARAN UNTUK FILEM INI:
1. Kita mestilah berusaha dan bekerjasama bagi mencapai cita-cita malahan bersatu padu antara

kaum tanpa mengira warna kulit, bahasa, budaya dan agama.

2. Kita haruslah mengamalkan sikap patriotism kerana ia merupakan elemen penting dalam
kehidupan sesebuah masyarakat. Hal ini kerana, membolehkan semua rakyat bersatu padu
apabila menghadapi kesukaran atau pun kejayaan.

3. Kita mestilah mengamalkan sikap kerjasama dalam kalangan masyarakat supaya dapat
menyelesaikan masalah yang sukar seperti yang terdapat dalam filem tersebut.

CADANGAN UNTUK FILEM INI:
 Masih dapat mengekalkan ciri ciri setiap kaum dalam menjalani kehidupan bersama di bawah satu
negara dan hakikatnya, perpaduan hanya terpupuk melalui medium medium yang boleh
menyatukan – contohnya di tempat kerja (kerja sekali) atau melalui sukan atau ketika berada di
sekolah kebangsaan; misalnya.Hal ini mungkin terjadi kerana dasar pecah dan perintah British satu
ketika dulu.
 Memaparkan perpaduan di Malaysia pada waktu itu dengan menokok tambah perasa untuk
menunjukkan betapa harmoninya negara kita tapi ia memapar realiti sebenar – satu ketika dulu kita
pernah bersatu kerana sukan bola sepak.

7|Page

PENUTUP

Secara ringkas, filem Olabola bukan sahaja membawa mesej yang positif kepada masyarakat Malaysia
tetapi juga membolehkan masyarakat mengetahui tentang sejarah pasukan bola sepak Malaysia yang layak
memasuki Sukan Olimpik pada tahun 1980. Oleh itu, pada pendapat kita filem sebegini harus
diperbanyakkan di Malaysia bagi mengeratkan hubungan pelbagai kaum dan mengukuhkan perpaduan
kaum serta kerjasama antara satu sama lain.

Filem ini bukan sahaja mengajar kita berusaha dan bekerjasama bagi mencapai citacita, malahan bersatu
padu antara kaum tanpa mengira warna kulit, babasa, budaya dan agama, Filem ini juga membawa mesej,
kemana lagi tumpahnya kuah jika tidak ke nasi bermakna kemana lagi usaha kita diletakkan jika tidak di
negara sendiri. Walaupun ramai beranggapan hidup di negara lain lebih baik dari di Malaysia, berjuang
untuk negara sendiri lebih bermakna. Melalui hasil kajian kita, kita memahami tentang kepentingan
kekuatan jati diri terhadap seseorang individu kerana ia dapat melambangkan identiti sesebuah masyarakat
ataupun negara.

Seterusnya, semangat patriotism adalah elemen yang penting terhadap sesebuah masyarakat serta negara.
Semangat patriotism membolehkan semua rakyat bersatu padu apabila menghadapi kesukaran ataupun
kejayaan. Selain itu, kerjasama dalam kalangan seluruh rakyat dapat menyelesaikan masalah yang sukar
seperti yang kita dapati dalam filem tersebut. Semangat kerjasama antara pelbagai kaum dapat membina
sebuah negara yang maju dan aman. Perpaduan di antara kalangan rakyat berbilang kaum penting untuk
menjamin keselamatan negara yang berterusan dari kuasa dan ancaman negara luar. Dengan adanya
perpaduan antara rakyat, ia dapat melemahkan kuasa luar yang ingin mengancam danmengambil
kesempatan ke atas negara kerana telah dikawal ketat oleh sikap perpaduan dalam masyarakat. Tambahan
lagi, negara akan disegani dan dihormati oleh negara luar kerana keamanan yang dicapai menerusi
perpaduan antara berbilang rakyat dan membatalkan Hasrat untuk menakluki negara. Dua kaum yang
berbeza ini Bersatu dan dalam mempertahankan kota Madinah dari musuh islam. Ini menunjukkan
betapa besarnya implikasi perpaduan dalam kalanagan rakyat kepada keselamatan sesebuah negara
sekiranya rakyatnya Bersatu.

Akhimya, sumbangan dan keunikan Tamadun Melayu, Cina dan India telah banyak membantu dalam
pembentukan Malaysia pada hari ini. Dengan ini, kepelbagaian kaum yang menjadi teras kepada kewujudan
majmuk, kita berharap Malaysia dapat merealisasikan Visi 2020 dalam masa hadapan.

8|Page


Click to View FlipBook Version