Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi AHMAD SHAHMI BIN ABDUL BARI BMMB 1074 PPISMP BM 2 EN. MOHD SARIFUDDIN BIN MAT SALLEH
Tulisan merupakan lambang berbentuk coretan/loretan kepada bahasa. Pada asasnya bahasa ialah bunyi ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya. Bunyi-bunyi ujaran tersebut digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk tujuan perhubungan. Pengenalan
Sejarah Ringkas Jawi Kedatangan Islam Skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke Kepulauan Melayu. Penemuan tiga duit syiling kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah alMutawakkil di Kedah, membuktikan kegiatan perdagangan dan kehadiran orang Islam di Kepulauan Melayu. Negeri awal terlibat : Kedah Kelantan Melaka Terengganu Brunei Indonesia @reallygreatsite
S k r i p & I s t i l a h J a w i Skrip Arab diadaptasikan oleh bahasa Melayu dikenal dengan nama skrip Jawi. Mengikut Omar Awang (1985: 50) tidak ketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun beliau memetik keterangan dalam kamus R.J. Wilkinson (1959: 452), perkataan Jawi dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok Jawi-Jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang berbeza dengan beras pulut. Omar Awang (ibid.) seterusnya menegaskan, kemungkinan perkataan Jawi berasal daripada perkataan Arab al-Jawah. Kata tersebut pernah digunakan dalam catatan Arab yang tertulis sebelum pertengahan abad ke-14 M.
Bentuk Skrip Jawi Skrip Jawi merangkumi 29 abjad Arab dan enam abjad tambahan seperti yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu dengan satu lagi abjad yang ditambah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka hasil keputusan daripada Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1994. Abjad-abjad itu adalah seperti yang berikut : Rajah menunjukkan Abjad- abjad Jawi.
Bangsa Cham yang kebanyakannya beragama Islam dan sangat rapat dengan orang Melayu semenanjung. Khat tulisan pada batu nisan berbentuk Kufi yang indah dalam bahasa Arab penuh. Khat Kufi Arab Batu Nisan Fatimah di Leran Batu Nisan Sultan Malik Menurut J.P. Moquette(1919) dan Ravaisse (1925) telah membuat terjemahan bagi inskripsi Leran tersebut. Bahagian atasnya terdiri daripada petikan ayat AlQuran surah al-Rahman:26- 27, manakala bahagian bawahnya keterangan si mati. Batu nisan pertama di Aceh iaitu batu nisan Sultan Malik al-Salleh. Pada nisan kaki mengandungi petikan ayat al-Quran surah al-Hasyar:22- 24 dan pada kepala, pada satu penampangnya, tertulis satu puisi Sufi Arab. Tahap-tahap Pengsisteman Ejaan Jawi
Batu Bersurat Terengganu Sistem ejaan jawi yang ada pada Batu Bersurat Terengganu merupakan kombinasi daripada sistem ejaan Arab yang menggunakan sistem i’rab dengan sistem Melayu. Contoh kombinasi sistem tersebut.
Ejaan JAwi Ejaan JAwi Abad ke18 Masihi
Rajah disebelah menunjukkan manuskrip Hukum Qanun Melaka Manuskrip ini tercatat tarikh penulisan pada tahun Hijrah 1175 bersamaan dengan tahun Masihi 1761. Seni khat pada Hukum Qanun Melaka jauh lebih cantik daripada yang terdapat dalam manuskrip-manuskrip terdahulu. Manuskrip Hukum Qanun Melaka mengandungi banyak bahagian telah rosak, iaitu dakwatnya yang telah kembang pada beberapa bahagian tulisan dan ada halaman yang koyak menyebabkan susah untuk dibaca. Sistem ejaan Jawi dalam manuskrip ini mempunyai banyak penggunaan abjad vokal alif, wau dan ya untuk melambangkan bunyi-bunyi vokal pada suku kata akhir terbuka dan juga pada suku kata tertutup jika dibandingkan dengan manuskrip yang terdahulu. Penggunaan sedemikian dianggap sebagai ciri-ciri kekecualian daripada kebiasaan sebelum ini, nampaknya memperlihatkan satu ciri yang baru pada abad ke-18 yang agak ketara.
Ejaan JAwi Abad ke19 Masihi 19 Masihi
Akhbar Melayu pertama dalam tulisan Jawi telah diterbitkan di Singapura diberi nama Jawi Peranakkan di bawah pimpinan Munsyi Muhammad Said (lihat Za’ba, 1940: 147). Berdasarkan penelitian, sistem tulisan Jawi yang digunakan dalam akhbar ini mengekalkan peraturan yang tidak memakai abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup dalam katakata yang sudah mantap. Bagi kata-kata lain, terutama kata yang baharu, abjad vokal digunakan pada posisi yang demikian.Contoh Sistem Ejaan Jawi digunakan di akhbar adalah seperti berikut : i. Tanpa penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dan pad suku kata tertutup. Misalnya: ii. Penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup. Misalnya:
Ejaan JAwi Abad ke20 Masihi 20 Masihi
Permulaan abad ke-20 menyaksikan pertumbuhan yang pesat dalam bidang persuratkhabaran Melayu, iaitu mengikuti jejak langkah yang dimulakan oleh Jawi Peranakan. Hampir sepuluh buah akhbar Melayu telah muncul dan salah satu yang terpenting ialah Utusan Melayu yang pertama kali di Singapura. Sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam akhbar tersebut ialah ejaan yang tidak menggunakan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dalam perkataan yang sudah lazim terpakai diteruskan. Manakala pada kata yang lain dan juga pada kata yang baharu,pada suku kata tertutup. Bagi kata pinjaman, abjad vokal digunakan sepenuhnya untuk bunyi-bunyi vokal.
سام sama ورت warta سوک suka تياد tiada i. Tanpa abjad vokal pada suku kata akhir terbuka : ii. Penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka & tertutup: باݢي bagi بهوا bahawa اهلي ahli بڠسا bangsa
iii. Kesemuanya dieja dengan menggunakan abjad vokal sepenuhnya apabila wujud untuk pembunyian sehampir yang boleh dengan perkataan asalnya : هيݢ Hague فرس press بيڠ Bank نوبمبر November
Ejaan Rumi Za’ba
Rumi Za’ba Orang Melayu yang pertama di Malaya yang telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah Za’ba pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Pada ketika itu sistem ejaan Rumi yang terpakai di sekolah-sekolah ialah sistem Ejaan Wilkinson (lihat Za’ba, ibid.: II). Namun mengikut Za’ba dalam penggunaan ejaan Rumi pada masa itu kerap kali timbul kekacauan sama ada kerana kesalahan ataupun kerana tidak sekata dalam mengikuti peraturan itu. Za’ba telah menyenaraikan lapan “tempat” yang selalu timbul kekacauan,
Antaranya : i. Pada segelintir suku kata tertutup, iaitu sama ada menggunakan vokal i atau vokal e, dan vokal u atau vokal o; v. Pada kata pinjaman Arab dan Inggeris sama ada hendak dieja menurut sebutan asal atau sebutan Melayu; vi. Pada ejaan awalan se dan ke, sama ada hendak dieja seperti demikian atau sa dan ka; vii. Pada penggunaan sempang, iaitu tidak tetap sama ada patut memakai sempang, atau perlu disambung tanpa menggunakan sempang; viii. Pada penggunaan huruf besar, juga tidak tetap. ii. Pada bunyi diftong (Za’ba: bunyi berkait) sama ada menggunakan ai atau ai atau ae, dan ui atau ui atau ue; iii. Pada perkataan dialek yang berbeza sebutannya menyebabkan berbezanya ejaannya; iv. Pada ejaan yang menggunakan dua abjad g tetapi kerap menggunakan satu g sahaja;
ii. Huruf benar, iaitu konsonan yang terdiri daripada 21 abjad. i. Huruf saksi yang merupakan vokalyang terdiri daripada enam abjad, iaitu a, e, e, i, o, dan u. Untuk mengatasi permasalahan tersebut Za’ba telah menyusunnya kepada dua kumpulan iaitu :
Kesimpulan Disini dapat kita lihat bahawa tulisan Jawi menggunakan aksara Arab dan digunakan dalam kalangan komuniti Melayu-Islam sejak berabad yang lalu. Sementara itu, tulisan Rumi adalah sistem ejaan Latin yang diperkenalkan oleh penjajah Barat pada abad ke-19 di wilayah Malaysia. Keduanya mempunyai kelebihan tersendiri, seperti tulisan Rumi lebih mudah difahami berbanding tulisan Jawi yang tidak terbiasa digunakan oleh orang Malaysia kini. Namun tulisan Jawi masih digunakan dalam konteks keagamaan, terutamanya dalam Al-Quran dan teks Islam. Dalam pendidikan juga Rumi adalah sistem yang diajarkan di sekolah-sekolah Malaysia, walau bagaimanapun terdapat usaha untuk mengekalkan pembelajaran Jawi sebagai bahagian daripada pendidikan sejarah dan kebudayaan. Secara keseluruhan, kedua-dua sistem ejaan ini mempunyai nilai penting dalam konteks Malaysia, dengan Rumi menjadi lebih dominan dalam harian sementara Jawi memainkan peranan penting dalam aspek keagamaan dan sejarah.
Omar Awang, 1985. “The Terengganu Inscription as the Earliest Known Evidence of The Finalisation of the Jawi Alphabet” dlm. Islamika III, Muzium Negara. Jabatan Pengajian Islam Universiti Malaya, hlm. 189-196 Rujukan Zainal Abidin bin Ahmad, 1965. (1940). Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jajasan Prapantja, Djakarta: 1962. Ejaan disesuaikan dengan Ejaan Rumi Baharu. https://images.app.goo.gl/tKj3Q8dV6JMWWDyC7 https://images.app.goo.gl/hrHQvuiwcB7Womyt8 https://images.app.goo.gl/d1HLPVLUzjxgshaG8 Hashim Musa, 2006. Epigrafi Melayu sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu. -Ed, ke-2. Dawama Sdn. Bhd. Kompleks Dawama. Perpustakaan Negara Malaysia, hlm. 3-431
Sekian Terima Kasih