BUKU RESIPI NUTRISI
LENGKAP BERASASKAN
SAYUR-SAYURAN
DAN BUAH-BUAHAN BAGI
KANAK-KANAK 2 TAHUN
NUR AMIRAH BINTI ABDULL MALEK
DR ROMARZILA OMAR
Kandungan
Bil Kandungan Muka Surat
1. prakata 1
2. Piramid makanan 2
malaysia 2020 3
3. Pinggan sihat malaysia
4. Pankek Ubi Keledek 4-5
5. Popsikel Labu dan 6-7
Coklat 8-9
10-11
6. Muffin Coklat Avocado 12-13
14-15
7. Sup Brokoli dan Kubis 16-17
Bunga Berkrim
8. Smootie Tomato
Strawberi
9. Biskut Oat Lobak Merah
dan Epal
10. Wafel Bayam
11. bibliografi 18
PRAKATA
Buku resipi ini dihasilkan bagi menjadi rujukan dan
dapat memberikan idea kepada ibu bapa, guru TASKA,
penjaga atau pengasuh dan juga pelajar Pendidikan
Awal Kanak-kanak dalam penyediaan makanan yang
berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan. Di setiap
resipi bagi setiap jenis sayur-sayuran dan buah-buahan
dilampirkan khasiat bagi setiap sayur atau buah.
Diharapkan buku resipi ini akan bermanfaat kepada
sesiapa yang membacanya.
5
Pankek Ubi Keledek
Bahan-bahan
Ubi Keledek
Oat
Minyak Zaitun
Molase gelap
Esen vanila
Serbuk kayu manis
Yogurt kosong
Cara-caranya :
1. Cucuk ubi keledek dengan garfu dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro
selama 5 minit. Kupas setelah sejuk.
2. Kisarkan oat sehingga halus. Kemudian, ketepikan.
3. Kisar ubi keledek (puri ubi keledek) .
4. Masukkan puri ubi keledek, oat yang dikisar, molase gelap, esen vanila sebuk kayu
manis, minyak zaitan dan yogurt ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati.
5. Panaskan kuali dan tuangkan bancuhan.
6. Balik dan masak sehingga keemasan.
7. Sedia untuk dihidang.
Khasiat Ubi
Keledek
• Vitamin D : menguatkan tulang dan gigi, membantu
penyerapan kalsium ke dalam tulang.
• Zat besi : memberi tenaga dan melancarkan sel darah
merah dan sel darah putih
Popsikel Labu dan Coklat
Bahan-bahan
Labu
Susu segar
Madu
Rempah pai labu
Cip coklat
Coklat masakan cair
Cara-caranya :
1. Kisarkan susu segar, labu dan madu.
2. Tuang ke dalam acuan popsikel sehingga separuh acuan dan
bekukan.
3. Setelah beku, keluarkan dan taburkan sedikit coklat cair.
4. Masukkan cip coklat dan masukkan kembali adunan labu kemudian
bekukan kembali semalaman.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Khasiat labu
• Vitamin A : Nutrisi penting untuk kesihatan mata dan
mengurangkan beberapa risiko penyakit mata.
• Tinggi Kalsium dan Magnesium : Membantu tulang
kanak-kanak supaya lebih kuat.
• Tinggi Serat : Membantu pencernaan dan mengelakkan
sembelit.
Muffin Coklat Avocado
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
¾ cawan gula
½ cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
¾ cip coklat gelap
1 biji avocado (dilenyekkan)
150g yogurt Greek
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak kelapa
1 sudu teh esen vanila
Cara-caranya :
1. Panaskan ketuhar pada 160˚C.
2. Campurkan tepung gandum, gula, serbuk koko dan garam ke dalam bekas dan gaul
sebati. Kemudian, masukkan cip coklat. (Bahan A)
3. Di dalam bekas pengadun, pukul avocado bersama yogurt sehingga sebati. Kemudian,
masukkan susu segar, minyak kelapa dan esen vanila. Gaul sehingga sebati. (Bahan B)
4. Campurkan bahan A dan bahan B dan kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam bekas kek cawan sehingga lebih kurang ¾ penuh.
6. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak dan muffin naik kembali apabila
disentuh.
7. Sedia untuk dihidangkan.
KHASIAT AVOCADO
• Lemak tak tepu mono (monounsaturated fat) : Memainkan peranan penting
dalam pembentukan, fungsi dan perkembangan otak dan sistem visual.
• Dapat meningkatkan kesihatan jantung dan meningkatkan penyerapan
vitamin larut lemak lain seperti vitamin A, E, D. dan K.
• Dapat meningkatkan sistem imuniti badan kanak-kanak.
• Vitamin K : Perkembangan tulang yang sihat.
• Vitamin C : Menguatkan gusi, tulang dan saluran darah bayi serta
menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan penyerapan zat besi
yang efektif.
Sup Brokoli dan Kubis
Bunga Berkrim
Bahan-bahan
1 sudu teh minyak kanola
1 biji bawang besar (didadu)
2 ulas bawang putih
4 cawan sayur campur
(brokoli dan kubis bunga)
3 cawan stok sayur
1 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
Cara-caranya :
1. Panaskan periuk dengan api sederhana. Masukkan minyak, kemudian bawang besar
dan bawang putih. Masak sehingga bawang lembut selama 3 hingga 4 minit.
2. Masukkan sayuran dan stok sayur. Didihkan, ditutup selama 20 minit atau
sehingga sayur menjadi lembut.
3. Ketepikan dari api dan sejukkan.
4. Kemudian, masukkan ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan kembali ke dalam periuk dan masukkan santan dan
renehkan perlahan-lahan hingga panas. Tambahkan perisa.
6. Sedia untuk dihidangkan.
KHASIAT BROKOLI DAN KuBIS
BUNGA
• Meningkatkan imunisasi bayi dengan • Baik untuk kesihatan tulang kerana
memberikan rangsangan yang kuat bunga kubis kaya dengan vitamin C.
untuk sistem kekebalan tubuh. Brokoli Vitamin C memainkan peranan
membantu membina sistem imunisasi penting dalam penghasilan kolagen
secara semulajadi yang menghalang yang boleh melindungi tulang dan
daripada terkena penyakit. sendi. Vitamin K didapati boleh
menambah ketumpatan tulang dan
• Meningkatkan daya penglihatan kerana mengurangkan kadar keretakan
banyak vitamin A dan vitamin C. tulang.
Kombinasi beta carotene dan vitamin A
bertindak menjadikan penglihatan • Kaya dengan antioksidan.
kanak-kanak lebih tajam. Kandungan antioksidan seperti
glucosinolates dan isothiocyanates
yang boleh memperlahankan sel
kanser.
• Mengatasi masalah sembelit kerana
brokoli mempunyai kandungan serat
yang tinggi.
Smoothie Tomato
Strawberi
Bahan-bahan
1 ¼ cawan susu badam
6 biji tomato ceri
6 biji strawberi
1/8 sudu teh pemanis stevia
Cara-caranya :
1. Masukkan susu badam, tomato ceri dan strawberi ke
dalam pengisar. Kisar sehingga lumat dan sebati.
2. Tambahkan pemanis stevia sebagai perasa.
3. Tambahkan ais untuk lebih sedap.
4. Sedia untuk dihidangkan.
KHASIAT STRAWBERI DAN
TOMATO
• Menguatkan sistem imun kerana • Tomato mengandungi vitamin A yang
strawberi kaya dengan vitamin C, sangat penting untuk sistem imun,
antioksidan dan fitokimia. kulit dan penglihatan serta vitamin K
yang bagus untuk tulang.
• Fitokimia memberi manfaat kepada • Membantu melindungi kesihatan
sistem saraf dan nuga dapat jantung iaitu mengandungi
meningkatkan fungsi otak. antioksidan yang dinamakan
lycopene.
• Kalium dalam strawberi dapat • Kandungan lycopene, luteins dan beta
mengembangkan saluran darah dan carotene yang berfungsi membantu
mempertingkatkan tahap kesihatan melindungi mata daripada katarak
sistem peredaran darah secara dan macular degeneration.
keseluruhan.
• Kalsium, fosforus, dan fluorida
berperanan menguatkan tulang
kanak-kanak.
Biskut Oat Lobak dan Epal
Bahan-bahan
• 1 cawan oat
• 1 cawan tepung gandum / tepung
bebas gluten
• 1 sudu teh serbuk penaik
• 1 sudu the serbuk kayu manis
• 1 cawan lobak merah (diparut)
• ½ cawan epal (diparut)
• 1 cawan kismis
• ½ cawan walnut cincang
• ½ cawan minyak kelapa
• 1/3 cawan madu
Cara-caranya :
1. Panaskan ketuhar.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas besar. Gaul kesemua bahan
sehingga sebati.
3. Bentukkan adunan anggaran 2 sudu saiz bola dan letakkan di atas loyang dan
tolak adunan sehingga tebal ¼ - ½ inci. Jarakkan setiap adunan biskut seinci
supaya tidak bertembung.
4. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga warna keemasan.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.
KHASIAT LOBAK MERAH DAN
EPAL
• Memudahkan proses pencernaan • Dapat mencantikkan kulit kerana
kerana serat tidak larut dalam kulit mempunyai Vitamin A dan
epal membekalkan air yang antioksidan yang akan melindungi
diperlukan semasa proses mencerna kulit daripada sinaran matahari.
makanan.
• Mengekalkan kesihatan tulang jika • Lobak merah boleh merawat mata
epal diambil sebagai menu harian. dan mengekalkan penglihatan yang
lebih baik kerana mengandungi
• Epal memiliki serat tidak larut vitamin A dan B.
seperti selulosa dan hemiselulosa
berfungsi sebagai prebiotik baik • Menguatkan imuniti badan kanak-
untuk kesihatan. kanak untuk melawan penyakit
kerana mengandungo beta carotene,
• Memberi manfaat kepada kesihatan vitamin B dan C.
kognitif kanak-kanak kerana
mengandungi sebatian fenolik yang • Lobak mengandungi mineral
melawan sebarang serangan radikal semulajadi yang dapat membantu
bebas dan berpotensi mengekalkan membunuh kuman di dalam mulut
dan memperbaiki kesihatan otak. dan mencegah kerosakan gigi.
Wafel Bayam
Bahan-bahan
• 1 ¾ cawan susu segar badam/ susu
segar biasa
• 1 ½ cawan daun bayam segar
• ¾ cawan yogurt
• 2 biji telur
• 2 ½ cawan tepung
• 2 sudu besar gula perang
• 2 sudu teh serbuk penaik
• ¼ sudu teh garam
Cara-caranya :
1. Kisarkan susu, bayam, yogurt dan telur sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang tinggal (tepung, gula perang,
serbuk penaik, dan garam).
3. Panaskan mesin wafel. Sapukan sedikit minyak pada permukaan mesin
wafel.
4. Letakkan adunan wafel ke mesin wafel apabila sudah panas. Jangan letak
terlalu banyak, kemudian tutup dan bakar selama 3 hingga 4 minit atau
sehingga wafel masak sepenuhnya dan rangup di bahagian hujung wafel.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama madu dan sebagainya.
Khasiat bayam
• Baik untuk kesihatan mata kerana bayam kaya dengan vitamin A, C dan
karatenoid (Lutein, Zeaxanthin dan beta-karotin) yang mampu mengehadkan
kerosakan retina akibat penyerapan sinar biru yang banyak.
• Mencegah masalah asma sayur bayam mempunyai beta-kroten mempunyai risiko
lebih dari diserang asma.
• Pengambilan sayur bayam secara kerap akan membantu menghapuskan cacing
dalam usus.
• Membantu melancarkan pencernaan kerana bayam Mempunyai jumlah serat
makanan yang banyak dan mampu menjaga sistem pencernaan agar sentiasa
lancar dan teratur.
• Meningkatkan sistem ketahanan badan. Sayur bayam membekalkan multivitamin
semula jadi yang mampu melindungi tubuh dari serangan penyakit.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Farid. (2020). Manfaat tomato terhadap kesihatan. Retrieved from
https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/manfaat-buah-tomato/
Amy Palanjian. (2020). Healthy Oatmeal Cookies with Apple and Carrot. Retrieved from
https://www.yummytoddlerfood.com/
Atiqah Rafiee. (2019). Kepentingan Makanan Mempengaruhi Kesihatan. Retrieved
from
https://www.academia.edu/42181941/Kepentingan_Makanan_Mempengaruhi_Kesihata
n
High Chair Chronicles. (2019). Hidden Vegetables Recipes for Toddler. Retrieved from
https://highchairchronicles.com/hidden-vegetable-recipes-toddlers/
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Panduan Pinggan Sihat Malaysia. Putrajaya :
Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit Bahagian Kawalan Penyakit.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2008). Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi
dan Kanak-Kanak Kecil. Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Piramid Makanan Malaysia 2020-Mendidik
Rakyat Mengambil Makanan dengan Betul.
Kurikulum PERMATA Negara. Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun.
Semakan 2013.
Nadia Ghafar. (2020). 9 Sayur Anda Boleh Masukkan dalam Makanan Bayi 6 bulan ke
atas. Retrieved from https://my.theasianparent.com/sayur-untuk-bayi
Ong. C.H. (2004). Buah : Khasiat Makanan & Ubatan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications& Distributors Sdn. Bhd.
The Asianparent Malaysia.Retrieved from https://my.theasianparent.com/
Sayur-sayuran dan buah-buahan
penting supaya tumbesaran
kanak-kanak tidak terbantut.
Disediakan oleh : Nur Amirah binti Abdull Malek